Wednesday, November 01, 2006


N : Tersenarai Dalam Statistik Itu



Siapa sangka siapa duga. Adakah harus aku perkatakan di sini sekali lagi tentang gerak hati jadi versi 2 atau apa? Aku dah rasa sejak hari itu. Sebelum masuknya Ramadhan, dan akhirnya berlaku jua. Aku tersenarai dalam statistik OPS yang lalu. Bagaimana pula sambutan Aidilfitri anda?
Aku tidak ingin menceritakan spesifik bagaimana ianya berlaku, di mana, bila? Kerana ianya telah pun berlaku. Ianya telah pun berlalu. Walaupun masih segar diingatan, namun aku sedaya mungkin untuk melupakannya. Namun, apa yang ingin aku perkatakan adalah disebaliknya. Seandainya...
Sempena sambutan Aidilfitiri tahun ini, terlalu banyak sms aku terima. Dan aku tersenarai dalam statistik OPS tersebut beberapa hari (hampir seminggu awal)sebelum tibanya Syawal. Dan selepas itu hingga tibanya Syawal, bertalu sms aku terima. Malah ada sms yang aku terima dari orang yang tak pernah aku terfikir untuk mengirimkannya. Hanya dengan tiba-tiba mereka menghantar sms? Adakah kerana gerak hati mereka? Tahu tentang kejadian yang berlaku atau secara kebetulan atau entahlah, sukar untuk aku menterjemahkannya. Aku tak mampu untuk membalasnya waktu itu kerana fikiran melayang mengenangkan tentang kemalangan itu. Bagaimana aku dalam sedar tahu kemalangan sedang menunggu aku di hadapan sana. Hanya tidak pasti di selekoh mana, dengan apa, waktu bila? Malah aku ada hantar sms kepada seseorang 3 jam sebelum itu berkenaan ini. Gilak seyy.

Alhamdulillah segalanya selamat walapun kenderaan yang aku naiki remuk tersadai dalam workshop kini. Menunggu waktu untuk diperbaiki, diganti mana yang perlu. Apa yang aku terfikir (mungkin aku tak patut fikirkannya) atau mana mungkin aku dapat fikirkannya andainya ianya berlaku kerana sekarang adalah sebaliknya. Kerana itu aku dapat menaip di sini.
Aku terfikir andai kemalangan itu .. zzz.. tamat disitu dan sms dari kamu, kamu dan kamu, aku tidak membalasnya (ada juga yang aku tidak berkesempatan membalasnya, maafkan aku) ... andai aku tidak membalasnya dan blog ini juga berakhir sepi begitu saja? Adakah ko akan terfikirkannya? Kewujudan yang terlenyap sepi?
Maafkan aku kerana tidak berkesempatan membalas sms kamu dan kamu. Maafkan aku kerana membalas hanya di awal Syawal menjelma. Kerana Aidilfitri tahun ini sedari awal aku tahu ianya tiada makna buat aku. Instinct kut?

Selamat menjalani ibadah puasa sunat Syawal 6. Sesungguhnya ibadah sunat Syawal tidak boleh diniat sekalikan dengan Qada Ramadhan. Sila rujuk akhbar ruangan agama baru-baru ni.