Thursday, March 15, 2007


N : Kajian, Novel, Drama, Melaka?




Semalam aku jumpa seseorang yang agak dah lama aku tak jumpa. Tak kurang dari setahun rasanya. Relative sendiri tu huhuhu. Melepak di sebuah restoran kat jln Ampang, mendengar serba ringkas cerita dan urusan 'bisnes' yang sememangnya jauh dari bidang aku hehe. Seseorang ini adalah director/producer dalam hal-hal media untuk rancangan di tv. Seperti yang dirancang dua tiga hari sebelum tu, kami bergerak dari situ, ke sebuah hotel sekitar KL ni. Berjumpa dengan seorang penulis novel, sebab dia duk kat situ pun sementara dia jejak KL ni.
Mengikut perancangan, novel tersebut ingin direalisasikan menjadi drama berepisod atau setidaknya tele-movie untuk 1 jam 45 minit camtu. Aku tak baca novel tu lagi, somehow dari jalan cerita yang diceritakan sendiri (sipnosis la lebih kurang namanya, ye ke?) oleh penulis novel tersebut, aku rasa tertarik
dengan apa yang nak dibuat. Ceritanya bukan pada imiginasi penulis semata atau berkisar cintan cintun atau berkisar masalah masyarakat kelas atasan seperti yang banyak disiarkan kat tv sekarang ni. Bukan citer ala Bawang Merah bawang Putih atau bawang besar bwang kecik huhuhu. Penulis ni banyak mengkaji tentang persekitaran sesuatu tempat juga waktu dan sebagainya. Err, tu yang aku nampaklah dalam perbualan singkat berkisar novel dia tu. Memandangkan menjadikan ia sebuah drama or apa saja yang melibatkan pelakon dan segalanya itu bukan bidang aku, makanya aku hanya banyak mendengar.
Sambil bercerita dan diskusi tentang novel tersebut, ada satu topik dalam perbualan mereka yang aku tertarik iaitu pasal kajian berkenaan negeri Melaka yang pernah dijajah oleh Portugis satu masa lampau. By the way, kajian ke atas negeri Melaka tiada kaitan dengan novel yang nak dijadikan drama ye. Dalam kajian tersebut, ada satu masa di mana Acheh pernah take over Melaka dari Portugis selama lebih kurang 8 atau 10 bulan camtu. Taklukkan oleh Acheh jatuh kembali ke tangan Portugis disebabkan adanya pembelot dikalangan mereka waktu itu. Terfikir aku waktu tu, andai difilemkan, tentunya satu sejarah tersembunyi yang tak pernah diajar sewaktu sekolah akan mendapat sesuatu dari kisah ini. Macam juga kisah Hang Tuah. Masa sekolah dulu kita diajar Hang Jebat derhaka, namun bila kita disuruh melihat dari perspektif lain, aku merasakan taat setia Tuah tidak aku respect compare dengan Jebat yang kecewa dan cuba menegakkan keadilan bila disangka sahabatnya telah dijatuhi hukuman bunuh tanpa usul periksa yang sewajarnya. Aku terfikir kalaulah ada dikalangan sahabat atau kawan yang sanggup buat camni demi alasan setia pada "tugas" atau "arahan". Persoalannya, adakah kamu, kamu atau kamu menjadi Hang Tuah atau Hang Jebat dalam hidup aku?

Tuesday, March 13, 2007


N : Paras Normal




Pada mulanya, aku agak teruja ingin tahu, bagaimana terjadi, apa yang menyebabkan ianya terjadi dan siapa yang terlibat. Namun, setelah mendengar serba sedikit kisah yang agak banyak juga, makanya aku rasa tidak perlulah aku detail kan di sini. Kejadian tersebut sebuah kisah biasa yang kita pernah baca, lihat atau dengar dari media. Kisah seorang remaja yang ditegur oleh ayah saudara kerana pulang lewat malam. Ada isu berbangkit, mungkin isunya telah lama terpendam, mungkin juga baru berlaku malam itu. Hanya mungkin? Remaja tersebut pula dipengaruhi oleh bahan khayalan yang membuatkan dia dibawah paras normal, pertengkaran agak panjang yang akhirnya terbawa ke ruang dapur. Maka kejadian tersebut berlaku. Tanpa niat? Aku pun tak tau keputusannya lagi.