Tuesday, July 17, 2007


N : Skoooool Reunion




Awal tahun baru ni, kalau ikutkan sebenarnya hujung tahun lepas, melalui email yahoogroups sekolah lama aku. Sekolah masa ambil SRP, bukan sekolah sewaktu ambil SPM. Ada perancangan untuk bermain futsal di malam hari di tahun baru 2007 dimana hari yang sama juga adalah Hari Raya AidilAdha. Aku beria reply email kata jadi walaupun dalam masa yang sama aku tau aku tak pernah main futsal sebelum ni. Bila difikir-fikirkan balik, kali terakhir aku main bola kat padang pun sebelum millenium. Maknanya tak kurang dari 7 tahun tu. Huh, larat ke aku ni nak lari ke sana sini?
Bila nak tiba waktunya, dapat lak email, tempat futsal tu tak benarkan pakai boot ada stuck. Hohoho, nasib baik dapat email tu sebab aku tak teringat langsung pasal kasut nak main futsal. Mana taknya selama ni duk main bowling je kan, takde kasut pun leh je sewa muahaha. Nak tak nak, kena gak singgah kedai beli kasut, yang rupanya lebih pada kasut nak pegi jalan dari kasut tendang bola huhuhu.
Aku nak join futsal, bukan sebab nak main futsal pun, tapi lebih kepada nak jumpa rakan-rakan lama. Itu aje. So malam tu aku sampai agak lewat sket sebab tak jumpa tempat tu. Kalau main bola, boleh la aku cari padang. Ni futsal yang terletak di tempat tertutup, mana nak tau kan. Masa aku sampai, adalah dalam 10 atau 15 minit dorang dah start. Lepas pakai kasut semua, terpaksalah ala-ala pro lari ke sana ke sini untuk warm up. Dalam masa yang sama aku duk gelak-gelak sebab terfikir.. larat ke nih? Tengah warm up tu, ada sorang lagi baru sampai, so aku bukan lah orang terakhir sampai. Then elok la join the game, kira balance la player. Main futsal rumput ala-ala karpet ni yang aku lemah, kena lak kasut tapak rata je. Brek sket, laju je slide dia, so ada la dua kali gak jatuh muahaha. Aku tengok yang lain main steady je. Tak sampai 20 minit ke sana ke sini, aku dah termengah tak ingat punya hahaha, yang lain maintain je. Mana taknya dorang tiap-tiap minggu turun. Last-last aku jadi keeper je hohoho. Damn, dorang rembat takde belas punya. Jenuh nak tepis sana sini, dan kerap gak la bocor huhuhu. Bila game abis, aku yang tersandar kat dinding tak bergerak hihi.
Part two. Errr yang tadi tu kira abis la citer kat situ. Ni kes accident tahun lepas membabitkan kereta atas nama aku, driver bukan aku dengan sebuah motorsikal. Kejadian berlaku dalam jam 8 malam camtu. Kira dah gelap la kan. Kereta nak keluar dari simpang. Tengok kiri tengok kanan, jalan clear (based on lampu kenderaan waktu malam la kan), so elok je keluar, tetiba dummm. Entah mana datang motorsikal tetiba nih. Rupanya tak pasang lampu. Orang yang berdiri kat simpang pun terkejut sebab dorang pun tak perasan ada motorsikal. Imagine. Pergi balai buat report. Polis boleh suggest jangan letak motorsikal tak pasang lampu sebab tu takde kaitan dengan kes. Yang jadi kes ialah kereta keluar dari simpang yang dikira cuai. What?? Camtu ke?
Penunggang dan pembonceng di suruh ke hospital, check mana patut. Tak lama lepas tu dorang sampai kat balai polis yang sama. Maknanya hanya ada luka sikit sana sini, takde la patah ke apa ke. Kalau tak camna leh sampai balai polis kan. Masa cakap pasal tak pasang lampu tu, dorang diam je, takde bantah pun. Dah tau salah tak pasang lampu kan. Bila diskas, kiranya settle kat situ aje lah. Ingatkan memang betul habis camtu tapi ...
Beberapa bulan selepas itu, aku terima surat lawyer cakap pasal kemalangan tu dan aku perlu ke mahkamah. Dalam tu punyalah bagus letak orang tu cedera sangat teruk sampai tak leh kerja, bil perubatan tinggi, trauma and so on. Pakaian rosak teruk termasuk kasut, walhal hanya pakai selipar jepun je malam tu. Banyak sangat sampai aku pun tak leh recall. Dalam surat dari lawyer tu juga suruh aku refer hospital besar tempat dorang terima rawatan semua tu. Dalam hati aku, oo kene refer hospital ek? ok.
First aku contact member aku tanya sapa kawan sekolah yang kerja kat situ. Then member aku bagi satu nama ni, sekarang dah jadi pakar tulang kat hospital tu. Owh dia ke? Aku dah gelak-gelak. Mana taknya, dia tu naik satu bas sekolah dengan aku dulu. Tak sangka dah jadi pakar sekarang nih. Teringat aku masa awal form 4. Masa tu ramai gila menunggu offer sekolah berasrama penuh tapi dia cool aje. Aku tanya sebab aku tau dia tak apply mana-mana sedangkan result dia jauh teramat bagus dari aku. Dia jawab, nak ke sekolah sains nak buat apa, sekolah kita ni pun ada lebih dari 6 makmal sains, kira macam sekolah sains gak la. Dan result batch kita masa SRP semua bagus, maknanya cikgu-cikgu yang ngajar kat sekolah tu memang bagus. Aku setuju dengan pendapat dia tapi sebab ada kes tertentu yang akhirnya membuatkan aku tukar ke sekolah lain di negeri lain. Nyesal gak dah tukar sekolah. Ni citer lain ye.
Akhirnya aku contact juga dia, takut gak dia dah tak kenal aku lagi. Tapi dari cerita dia, rasa sedih pun ada. Dia ada mention pasal arwah ayah aku yang kena operate masuk besi kat kaki pasal accident dulu (tak ingat bila). Dia tau tu ayah aku sebab ayah aku memang ada mention kat dia pasal aku kat KL ni and so on tapi masa aku balik kampung takde plak ayah aku cerita pasal dia. So selama ni dia la yang operate ayah aku, tapi memang takde rezeki untuk berjumpa agaknya, masa aku lawat ayah kat hospital, dia takde. Even masa aku kena tido kat spital, doktor lain yang datang check.
Sebelum aku call dia, aku call pejabat lawyer mintak nama penuh dan no kad pengenalan budak-budak tu. Borak sekejap tanya bila tarikh budak-budak tu jumpa lawyer and so on. Berdasarkan tarikh diberi, secara sinis aku cakap, budak-budak tu boleh lak ke pejabat lawyer di awal pagi tanpa bertongkat whatsoever sedangkan mereka tu accident malam sebelum tu. Aku tanya, dia tengok budak-budak tu macam mana, teruk sangat ke? Dia jawab, biasa je, takde gaya trauma ke apa. Then aku cakap la, yang pegi letak ayat-ayat canggih(psl cedera teruk, trauma and so on) tu apa hal? Boleh dia cadangkan kat aku, tu tak perlu risau, insuran akan bayar semua tu, even aku tak perlu ke mahkamah pun. Persoalannya, macam ni ke keje seorang lawyer untuk dapatkan duit? Is it? Akhirnya aku fikir balik, agaknya dia ni takde kes kut nak handle, tu yang macam terdesak je. Member aku sorang lagi lawyer gak, kalau mende leh settle luar mahkamah, dia suggest buat camtu je. Pada hari tu, aku pergi mahkamah amik member aku yang baru abis bentang kes dia. Pergi lepak kedai kopi hahaha. Tunjuk la surat aku dapat tu. Aku just nak mintak pendapat kedua je sebab dia pun ada mention, kes macam ni, normally lawyer insuran yang akan handle. Berdasarkan segala maklumat dan bukti yang aku ada, termasuk beberapa orang kat simpang yag sanggup jadi saksi, motor tu tak pasang lampu, memang agak memberansangkan juga.
Lupa aku nak bagitau, masa aku call member aku yang jadi doktor tu, aku bagi nama dan no kad pengenalan budak-budak tu kat dia untuk check medical record dorang which aku rasa agak tak patut tapi bila fikir dorang lagi buat mende yang tak patut kat aku, so kene la balik kan. Member aku cakap based on malam tu punya accident, dorang hanya luka-luka luar je. Sebagai pesakit luar je yang tak perlu menerima rawatan susulan tapi salah seorang tu pernah alami accident sebelum ni, so member aku cakap, maybe sebab ni dia berani bawak kes ni ke mahkamah, somehow kalau perlu dia sanggup je ke mahkamah bagitau perkara sebenar. Lega la sket bila dia cakap camtu. Now, bertambah lagi bukti yang aku ada.
Malam tu, tu la first time aku jumpa dia balik setelah lebih dari 20 tahun tak jumpa. Best gak lepak-lepak kat warung, makan-makan sambil borak-borak kisah lama. Dan yang bestnya, semua yang lepak tu punya profession yang orang tak sangka, dah ala-ala macam mat lepak tepi simpang je kan hehe.
Ada sorang yang datang, aku sendri tak ingat nama dia dan kelas mana, masa introduce tu, member aku ni cakap dia mekanik. Aku pelik gak asalnya, tapi bila dia kata dia mekanik orang, bawak gergaji, skru driver segala tool ada. Tetiba aku terfikir, jadi doktor ni kena takde perasaan kut muahahaha.
Kes mahkamah tu dah settle pun, dan aku tak bawak pun segala bukti yang aku ada tu, biar je la budak-budak tu dapat habuan yang dorang nak sangat-sangat. Lantaklah. Yang penting pada aku, kerana kes ni, membuatkan aku dapat bertemu kembali rakan lama aku. Satu nilai yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Alhamdulillah, aku bertemu lagi dengan kawan aku ni dan beberapa orang lagi sewaktu lepak makan-makan malam tu.

PS: Ada reunion kolej, tapi aku tak pergi. Kenapa? Nanti la jika punya masa. Tajuk pun school reunion kan, takkan nak citer pasal kolej lak hahaha.