Thursday, August 23, 2007


N : Gagal Untuk Mengingati




Tiba-tiba sepi seketika....kan?
Sedang aku mengumpul berita gembira tentang bertemu rakan-rakan lama, sedang aku memikirkan sesuatu apa yang nak dicoretkan di sini, memikirkan di mana aku harus mulakan cerita ini, masih terfikir bagaimana akhirnya aku dapat juga menghubungi kawan-kawan lama dan merancang untuk bertemu jika punya waktu...dan dalam masa tersebut jua.. aku terima sms dari rakan sekolah lama, terima email dari rakan sekolah lama, bahwa salah seorang dari kami telah pergi meninggalkan kami semua. Mendapat berita tersebut membuatkan aku terpaku tak berdaya, lemah jemari nak teruskan coretan ini dan akhirnya sepi buat seketika. Aku cuba melangkau masa lampau, cuba mengingati beliau, namun gagal. Hanya kias wajah sahaja yang bermain dibenak aku nih. Aku tak dapat nak capai kembali data dalam otak aku nih yang entah di mana aku letak. Kalau guna komputer, boleh juga aku guna fungsi Carian, tapi ni otak aku sendiri, aku gagal. Tak dapat mengingati wajah beliau sepenuhnya. Jangkamasa yang melebihi 15-20 tahun bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita ingat setiap wajah yang pernah bersama kita sewaktu belajar dulu. Terkadang nama betul pun kita tak mampu untuk menghafalnya, terutama andai sewatu belajar tu, mereka bukanlah dalam kelompok atau kawan yang pernah hadir berkongsi gelak ketawa, berkongsi suka duka dalam hidup kita. Al-fatihah buat beliau.