Thursday, May 14, 2009


N : Krono J-13




Masa tu aku terpaksa amik subjek ni.. terpaksa sebab bukan aku sukarela suka-suka nak pilih. Senior aku cakap subjek ni susah. Bila aku tanya dia dapat apa sampai declare "susah" pada dia tu? Sekadar' B'. Dush..ok,ok, aku faham. Maknanya paling tinggi aku leh dapat mesti C+ je. Ini ikut teori aku la.. teori standard sejak awal jejak kampus itu. Kalau dia dapat A, aku setakat B+ atau B je paling tinggi pun. Itu ikut teori, kalau realiti mungkin C+ atau teruk dari tu, standard la kan untuk orang malas cam aku nih huhuhu.

Menariknya, subjek ni aku terpaksa juga daftar walaupun bila dah seminggu berjalan, aku memang di alam realiti, sedar diri.. subjek ni clash boom bang dengan subjek lain. Kelas di waktu yang sama tapi bangunan lain-lain, subjek ni di fakulti sini, subjek tu di fakulti sana. Apa pilihan yang aku ada? Nak drop salah satu, aku rasa macam tak mampu. Sebab kawan-kawan. Kalau aku amik tahun seterusnya, sorang-sorang la aku.. nanti macam repeat paper la plak. Subjek yang aku amik ni 5 jam seminggu.. kelas 2 jam, 2 jam dan 1 jam. Kelas 1 jam ni plak pada hari Sabtu pagi. Kelas subjek lagi satu plak, 2 jam, 2 jam dan 3 jam di makmal. Tapi yang 2 jam, 2 jam tu la boleh bertembung plak masanya. Seronoknya hidup aku time tu, aku rasa!! Betul-betul macam seorang mahasiswa. Sebelum-sebelum tu aku rasa macam main-main je, takde nak kisah untuk score, janji lulus dah. Masa tu aku fikir, aku tunggu masa je ikut jejak kawan-kawan lain yg GB. Diaorang yang dapat result bagus masa SPM pun dah "grad dulu tanpa sijil" dari situ, inikan plak aku?

Maka aku buat keputusan untuk teruskan juga, walaupun hakikatnya aku sedar, aku tak mampu untuk berada di dua kelas serentak pada satu masa. Aku pakat dengan kawan, untuk 4 jam dalam seminggu tu, aku ke kelas subjek B, hanya pada Sabtu aku ke kelas subjek A sebab hari Sabtu dorang ni memang tak minat pergi kelas. Setiap kali aku masuk kelas hari Sabtu, memang aku blur abis sebab 4 jam punya kelas aku tertinggal. Harapkan nota fotostet kawan-kawan je. Tu pun jenuh aku nak baca dengan tulisan tangan yg berbeza. Itu ok lagi, ada tu dengan gambarajah graf yang berwarna, ada ditangan aku hitam semuanya. Tak leh nak beza mana satu garisan warna merah, biru atau hitam yang nota kawan aku dah buat. Nak fotostet warna, tak mampu. Sebulan berlalu, dari target C+, turun ke C, kemudian D, dan sekejap-sekejap terfikir, aku bakal repeat paper rasanya..hahaha.

Kisah waktu lain:
Hampir setiap malam, aku melepak kat cafe dengan kawan aku sorang ni. Orangnya berasal dari negeri S. Dia memang amik kursus tu, subjek yang aku amik semester ni (katakan), dia dah amik tahun lepas. Ini pun aku tersedar dia dari fakulti tu bila aku mengeluh depan dia betapa susahnya nak faham subjek tu, dengan teori, formula dan graf, sebab kenapa jadi camtu camni.. realitinya susah untuk aku faham sebab tak masuk kelas, harap baca nota orang,je kan.. Dia memang akui subjek tu susah, apatah lagi kalau orang macam aku ni amik sebagai minor. Start dari malam tu, bila lepak dengan dia, segala soalan berkenaan subjek tu aku tanya, walaupun kadang-kadang aku tak faham kenapa patut formula camni, kenapa patut pakai formula tu? So malam-malam seterusnya, takde la aku lepak kosong gosip sana sini ke, at least lepak-lepak pun masih bercerita pasal belajar.. macam nerd la plak.
Bila dah dekat nak ujian, kawan-kawan aku (lelaki2 dan perempuan2 ye) ni bawak semua kertas soalan lepas-lepas, discuss sama-sama pasal jawapan tu. Lebih dari tiga per empat, dorang dah ada jawapan, so masa perbincangan jadi lebih singkat. Walaupun setengahnya soalan dan jawapan objektif, tapi semuanya dekat-dekat, memang hampeh dot com. Tak leh langsung nak beza yang mana satu paling tepat. Semuanya betul, hanya satu paling tepat, camna tu?

Hari peperiksaan tiba, aku sampai agak awal depan dewan, masih memegang kertas soalan tahun-tahun sudah, melihat jawapan yang ada, cuba fahamkan kenapa jawapannya mesti begitu dan begitu. Tiba-tiba aku di sapa oleh seseorang. Tinggal satu blok di kolej aku. Pangkat abang, walaupun beza umornya berbelas tahun atau dua puluh tahun mungkin, namun aku sekadar panggil dia abang. Berasal dari Pahang. Dia sambung belajar setelah bekerja agak sekian lama. Sporting dan agak kelakar orangnya, memang best kalau orang macam dia boleh bercampur dengan kiteorang yang masih lepasan sekolah ni.

Berbalik pada tadi, lepas dia tegur aku, tengok aku masih kelam kabut duk study depan dewan, dia pun join sekali tengok apa yang aku tengok. Dia plak tanya aku kenapa jawapan untuk soalan tu yang itu dan itu, guna formula mana dan sebagainya. Aku yang memang tak tau apa-apa sangat, bagitau je la masa perbincangan dengan kawan-kawan, itulah jawapan yang kami rasa paling betul. Dia jawab yg ni betul, tapi jawapan lebih tepat ialah camni dan camni, kenapa dan sebabnya, dia bagitau satu-satu.. tak sangka, last minit sebelum masuk dewan besar tu, aku dapat ilmu baru. Lebih dari 10 soalan rasanya dia betulkan apa yang aku dan kawan-kawan jawab salah (pada kami memang dah betul sebelum tu).

Masa dalam dewan, aku dan kawan-kawan cuba duk dekat-dekat (nawaitu nak share jawapan la tu).. ayat sopan untuk tiru la ni kan. Tapi tak bestnya sebab yang duk belakang aku dan kawan-kawan ni tadi semuanya perempuan..arghh segan la plus tak macho la kan meniru masa exam hahaha.
Bila kertas soalan di tangan, aku jawap mana yang patut, dan divert segala jawapan aku ikut abang yang duk satu blok dengan aku tu.. yang ajar aku last minit, ikut formula yang dicadangkan and so on. Jadi jawapan aku tentunya jauh lari dari kawan-kawan aku yang lain. Kawan-kawan duk sebelah cuba berkomunikasi dengan aku, bagitau jawapan aku salah, aku cuba tunjuk, buatlah cara aku.. siap boleh konflik dalam dewan besar tu. Last-last dorang tiru sama sendiri, ignore jawapan dari aku. Apakan daya, aku pun bukan orang yang masuk kelas tu sepenuh masa kan..

Masa nak kuar dewan, perempuan yang duk belakang kawan aku belah kanan siap tegur kenapa jawapan aku jauh lari dari diaorang punya. Kenapa tak follow macam yang dah discuss sebelum tu? Aku tak mampu nak jawab, sebab mungkin jua jawapan aku tu salah.. aku tak argue. Just senyap je. Err, dia ada plan nak tiru aku ke? hahaha. (masa aku taip citer ni, baru terfikir pasal ni).
Terserempak kembali dengan abang tu, dia angkat tangan tunjuk ibu jari tanda bagus sambil tersenyum. Aku pun balas balik (tapi dalam hati, mungkin aku dah silap formula kut).

Hari result keluar:
Result yang ditampal kat fakulti tu hanya ada no matriks dan markah je. Lega sket sebab orang takkan tau apa result kita dapat kalau tak tau no matriks kita. Memang mendebarkan untuk tengok keputusan, apatah lagi kawan-kawan aku yang lain kebanyakkan dapat markah dalam 70 ke 80. Dorang kata ada gak result yang agak rendah.. tak sampai 60. Akukah itu?
On de way ke fakulti tersebut, terserempak dengan abang tu dan kawan-kawan sebaya dia. Sedang berborak sesama. Semuanya nampak happy. Kawan aku cakap, dorang tu semua score, ada beberapa orang dapat full mark. Wow!!
Masa aku tiba dan tengok papan yang tampal result tu, aku check no matriks aku.. err lemah rasanya, macam tak caya pun ada, aku yang tak masuk kelas dan bergantung pada nota kawan-kawan, belajar masa melepak kat cafe dan dapat ilmu baru last minute sebelum masuk dewan.. markah aku sama dengan abang tu?? Terimakasih aku tak terhingga pada dia. Kalau dia tak sapa aku masa aku tengah study, tak mungkin aku dapat jawab dengan lebih tepat berbanding jawapan yang betul. Sampai aku taip kat blog ni, aku tak pernah bagitau kawan-kawan aku yang lain macam mana aku boleh dapat markah penuh gak. Kawan-kawan aku memang tak tau sebab setengah jam sebelum masuk dewan, aku dikira ada diskusi baru, yang tidak sekadar berikan jawapan, namun memberikan penjelasan terperinci kenapa perlu jawab sebegitu.

Namun, semua itu hanya tinggal kenangan. Dalam dua atau tiga tahun aku masuk alam pekerjaan, aku dapat berita, abang tu dah pergi buat selamanya. Al-fatihah buat arwah.

ps: Cerita ni aku plan nak letak hujung tahun lepas atau awal tahun ni... Apa kes cerita pasal zaman 'student' tetiba, kan..

Monday, May 11, 2009


N : Krono J-12



Masa duk melihat kenderaan lalu lalang kat hi-way melalui dinding kaca dengan tiada tujuan spesifik.. tetiba aku terfikir kembali pasal sesuatu. Aku sebut 'terfikir kembali' sebab perkara ni pernah terjah di minda aku suatu tika dulu tapi tak pernah aku mencari makna disebalik apa yang timbul kat benak aku masa tu. Apa yang aku fikir?

Sebagai seorang yang cuba menerokai alam standard dan cuba keluar dari kekangan 'standard' tersebut, yang tiada siapa pun set mende alah ni, aku terfikir, bila kita punya peluang yang melibatkan tempat atau perhubungan dengan seseorang, secara standard kita akan mengambil kesempatan yang tidak sepatutnya. Atau dengan kata lain, selalu saja tersilap pilihan, tersilap buat keputusan. Yang lebih parah, kita tak rasa itu satu kesilapan. Malah merasakan tindakan kita betul seadanya. Setidaknya kita rasa betul dah tu apa yang kita decide time tu.

Pernah tak bila kita pergi ke suatu tempat, katakan ianya negeri atau negara, bila tiba kat situ, kita dapat tau ada beberapa perkara menarik lagi yang kita tak tau sebelum ke tempat itu. Kita memang, kalau boleh nak singgah di lokasi-lokasi itu juga, tapi sayangnya, masa yang terhad tidak mengizinkan kita. Ok la kalau ianya disebabkan masa. Bagaimana kalau bukan sebab masa? Yang aku nak cakap ni di luar standard kekangan masa la. Maka, tanpa rasa kita bakal buat silap, kita membuat andaian bahwa, lain kali la kita singgah lagi ke lokasi itu, yang akhirnya sampai ke hari ini, lokasi yang kita nak pergi tu, hanya berlalu mengikut peredaran waktu, tanpa kita pasti bila agaknya lagi kita akan pergi lagi ke situ.

Bila cerita pasal tempat atau lokasi, tidaklah ralat sangat jika dicari segala maksud tersembunyi yang kita tak perasan tu. Tapi bagaimana kalau melibatkan perhubungan dengan sesama insan. Yulks..'insan'..muahahaha.. (kalau nak standard guna 'manusia' atau 'orang' ye).

Berbalik pasal hubungan sesama manusia. Apa yang kita terlepas pandang selalunya berkisar tentang perjumpaan. Maksud aku, bila adanya satu perjumpaan yang dirancang, terkadang kita ada perkara lain yang kita rasa lebih penting, maka kita menganggap, lain kali la jumpa. Kalau orang tu memang setiap masa boleh berjumpa, tu secara standard nya tiada masalah sangat. Tapi bagaimana kalau kawan sekolah yang setahun sekali pun payah nak jumpa, tetiba dapat muncul sekitar lokasi kita tinggal atau bekerja, dan ajak berjumpa... tetapi... dengan apa jua alasan pada masa itu yang kita fikir sangatlah betul tindakan kita, maka kita menangguhkannya ke suatu tarikh lain, yang sebenarnya kita sendiri kurang pasti bila agaknya muncul kembali situasi itu. Kalau berpeluang jumpa, ok la. Bagaimana kalau suatu hari, dapat berita dari orang lain bahwa yang nak jumpa kita tu, yang kita buat keputusan next time la jumpa, rupanya kita tak berpeluang lagi untuk berjumpa sampai bila-bila?

Ok la mungkin jua kita (korang la) tidak merasa terkilan sebab berkemungkinan orang yang ajak berjumpa tu, hanyalah seorang pelakon tambahan dalam hidup korang je huhuhu. Tapi bagaimana kalau dia kawan rapat zaman belajar dulu? Keras sungguh hatimu jika tidak merasakan apa-apa. Ermmm, mungkin gak ada selisih faham atau tak puas hati disaat akhir zaman persekolahan yang hingga kini terbawa-bawa sampai sanggup mengelak dari berjumpa. Ni kes pinjam baju tapi pulang tak basuh...grrr.. tension tension muahahaha.. *tu contoh iklan je tau*.

Bagaimana kalau dalam satu situasi, perjumpaan beramai-ramai, kita berjumpa kembali dengan orang tu, pastu, seperti mana yang aku mention kat atas tadi, kerana kita tidak memikirkan secara mendalam, kerana kita fikir apa yang kita decide masa tu adalah benar seadanya, maka kita pun 'kaku' walaupun sepatutnya mesra kerana lama tak jumpa. Kerana kita fikir next time pasti berulang dan kita boleh betulkan kembali apa yang tak kena pada masa itu. Ego je bunyinya, kan? Tapi benarkah next time itu, kita pasti bertemu kembali? Pasti ke? Apa yang bermain diminda aku seawal coretan ini.. perkara ni bukan melibatkan lokasi atau tempat yang tidak bernadi. Ini adalah satu perhubungan yang berkait dengan adanya seseorang itu atau bakal menghilang buat selamanya dari muka bumi ini. Maka bila dah terjadi, akan muncul pula perkataan standard.. 'kalaulah' .. 'mesti/pasti'....

Ok la kalau masih terfikir nak guna perkataan standard 'kalaulah" tu. Kalaulah aku macam ni macam tu, mesti akan begini begitu. Tapi secara standardnya kita manusia, akan berfikir ke arah sama atau dinasihatkan supaya fikir ke arah yang sama (dah jadi standard dah kalau macam tu).. disuruh melupakan apa yang berlalu, lupakan apa yang dah terjadi, tak perlu kesalkan segala yang dah berlaku... hoho standardnya. Secara tersembunyinya, kita tak pernah nak fikir disebaliknya, maka sebab tu, kita akan mengulangi perkara yang sama lagi pada masa akan datang tanpa kita sedar. Jadilah kita juga tergolong antara insan yang suka mengambil kesempatan dalam mencari dan memberi alasan, "tanpa" kita sedar.

Kalau dari mula kita mengalah, pasti tak muncul perkataan standard 'kalaulah' .. tapi dah nama pun ego.. fikir sendri larr.