Friday, July 17, 2009


N : Krono K-01




Hari itu aku amik cuti. Takde plan pun nak cuti apatah lagi di tengah-tengah minggu, bukan Jumaat atau Isnin yang boleh disekalikan dengan Sabtu dan Ahad. Tapi memandangkan cuti ni adalah cuti ganti sempena cuti umum bulan sebelum tu yang aku terlupa nak apply sejak awal, lagi pula cuti ganti ni tak tolak cuti sedia ada, apa kisah cuti tengah minggu kerja, kan.

Kebetulan pula time ni memang tengah hangat cerita Revenge Of The Fallen. Aku bercuti time orang lain kerja. Tiket memang takde masalah huhuhu. So pagi tu aku keluar rumah macam biasa, ala-ala macam nak pergi kerja tapi bercuti, so singgah opis jap breakfast dengan kawan-kawan (huh, yo yo oo lak kan). Dipendekkan cerita .. aku dah berada di sekitar panggung wayang. Aku ingat hari bekerja tak ramai orang.. ramai juga rupanya.

Terasa lawak pun ada gak sebab pergi tengok sorang-sorang, kawan aku dah tengok hari ke 2 tayangan.. hampeh sebab tak leh join dorang. Tapi pergi tengok sorang-sorang ni bukanlah pengalaman pertama dan bukan juga paling gempak. Aku mention "gempak" sebab walaupun aku sorang-sorang tapi pastinya ramai lagi dalam panggung tu. Yang paling gempak pernah berlaku dalam hidup aku ialah pergi tengok wayang sorang-sorang dalam panggung wayang hanya aku sorang je dalam tu. Gempak kan? huhuhu. Kalah selebriti, macam aku book satu panggung wayang la plak muahahaha. Cerita bertajuk "As Good As It Gets" kalau tak silap. Pasal sorang ni yang terlalu jaga kebersihan, pergi restoran pun bawak sudu garpu sendiri. Abis kat sini pasal ni.

Sebelum masuk panggung tu, aku beratur la nak beli popcorn dengan air. Aku fikir at least ada something untuk dikunyah masa menonton tu. Elok selesai membeli, aku pandang la orang yang masih beratur nak beli tiket. Tiba-tiba aku ternampak seseorang.. macam kenal... muahahaha.. seseorang ni tengah beratur nak beli tiket? Aku pergi kat dia.. terkejut tak sangka sebab aku ada kat situ kut tapi aku buat selamba je la. Siap bagi tau aku duk row mana dan ajak join sekali hahaha. Aku gelak tak ingat masa tengah taip ni. Sebab apa? Elok lepas dia beli, aku tanya la dia.. tak kerja ke? Jawapan innocent abis.. kerja. Aku bagitau la aku bercuti walaupun dia nampak aku kat opis pagi sebelum tu time breakfast. Dia dah ala-ala tak selesa dengan jawapan aku tu kan.. tapi aku buat derk je la. Bila dah masuk panggung, aku nampak dia bercakap kat phone.. tiba-tiba dia keluar. Oh btw, walaupun aku satu row tapi bukan sebelah-sebelah. Masa cerita dah start lebih kurang 5 minit camtu (iklan je time ni belum cerita sebenar), dia masuk balik dengan kawan sekerja lain.. muahaha.. hampeh tul dorang ni. Agaknya dia ni fikir, alang kantoi biar lebih dari sorang kut hahaha. Ermm aku bukan nak detail kan citer pasal ni. Yang aku nak citer ialah betapa tak puas hatinya dengan citer Transformers ni.


Ermm, camna aku leh nak cerita pasal ROTF ni ek? Bukan standard aku ni huhuhu. Apa yang aku tak puas hati? Banyak sangat. Antaranya :

Pertama: objek bergerak dengan kamera sekali bergerak.. memang memeningkan.

Kedua: tah mana datang robot ala-ala terminator.. kalau dah power tahap tu, kenapa tak semua sekali jadi terminator? Ke selepas ni dalam filem terminator ada transformers plak?

Ketiga: kisah robot yang menyerang kat setengah bandar di China, kisah tu dianggap khabar angin semata. Kan masa part one dulu masa perang robot kat town (US) ramai yang terlibat. Macam ler 2 - 3 orang je tau pasal transfromer ni. (ni kalu refer filem yg pertama la kan).

Keempat: Mamat yang dilantik presiden, halau autobots kluar dari bumi.. dia plan nak serang dengan senjata yang sedia ada? hohoho. Dia dan presiden masa tu ada kat Pluto agaknya tak tau dan tak kaji sejarah US diserang Decepticons.

Kelima: Decepticons kidnap parents Sam untuk jadikan tebusan, somehow bawak org tua tu ke padang pasir tempat bertempur antara Autobots dan Decepticons. Yang tak kenanya, dah dapat detect Sam kat mana, apa guna nak bawak parents dia lagi? Rasanya takde pun part Decepticons ugut Sam suruh serah diri.

Keenam: Megatron boleh dihidupkan dengan Allsparks Cube tapi Optimus Prime tak leh.. dah jenuh plak si Sam tu nak cari key untuk hidupkan Prime.

Ketujuh: Jetfire bagitau Sam bahwa hanya Prime boleh kalahkan Fallen. Tapi zaman dulu lagi masa Prime ada 6, kenapa nak sacrifice mati bersama untuk protect Key? Pegi je la belasah Fallen masa tu.

Kelapan: kamera pergi shoot mamat tu punya underwear sekadar nak bagitau dia masih fanatik dgn S7.. untuk apa?

Kesembilan: berbalik kepada yang ketiga. Masa kat China (Shanghai kalu tak silap).. transformers ni leh detect sesama dia tapi masa Sam date dgn awek macam terminator tu, bumblebee tak prasan pun.

Kesepuluh : Masa filem pertama pun aku tak puas hati gak. Masa bertarung tu, laju sangat.. aku tak leh folo mana autobots mana decepticons. Lain kali suh pakai jersey la weh.

Banyak lagi boleh senarai, sepuluh pun ok pe.

Dan yang paling menjadi tanda tanya kat aku dan sesapa la kut selepas ni kalau terbaca ni dan ditanya kat orang lain pasni kan.. cube tu kalau kena kat mana-mana mekanikal atau eletronik equipment, akan transform jadi robot kan.. Kenapa mesti jadi robot jahat je atau dengan kata lain, jadi klik decepticons bukan autobots?

autobotsss.. transform !

Wednesday, July 15, 2009


N : Krono J-14




Apa yang telah terjadi pada kenangan? Sememangnya aku tak pernah melupakan.. Macam biasa dengar ek?

Sesuatu yang indah pernah berlaku dalam hidup kita, belum pasti ianya akan berulang. Apatah lagi untuk dikekalkan keindahan tersebut. Hanya minda dapat mengenang, mengingati keindahan tersebut. Kalau dicerita pun, yang mendengar atau yang membaca tidak dapat menterjemahkan dengan tepat. Apa yang kita lihat, apa yang kita alami pada waktu itu, hanya diri kita sahaja yang lebih menghargai. Kalau reti nak menghargai. Makanya, dengan kata standard mudah yang lain, pengalaman adalah orang itu sendiri yang mengalaminya. Yang mendengar atau membaca hanya boleh berimiginasi semata.

Keindahan yang berlaku dalam hidup kita, bagaikan melihat keindahan warna pelangi. Hanya sementara. Takkan kekal di situ. Melihat pelangi dari satu sudut sini, tidak sama melihat dari sudut di sana. Jika muncul lagi pelangi tersebut, pastinya kita tidak melihat dari tempat yang sama. Macam pengalaman indah yang kita alami. Unik? Dan mengharapkan warna pelangi muncul di tempat yang sama kerana kita merasakan itulah yang paling cantik pernah kita lihat, ibarat ... ermmm ... aku lontarkan kembali soalan ini, ada ke peluang kedua tersebut? Boleh ke?

Mengimbas kembali kenangan paling indah waktu persekolahan, semuanya dalam memori kita. Kita boleh bercerita tapi habis setakat itu aje la. Itu pun bukan sepanjang masa kita terfikir tentang perkara tersebut. Kerana apa? Terlalu banyak jawapan yang boleh diberikan jika nak dijawab persoalan "kerana apa" itu. Minda kita tak akan berputar bermain selalu memori tersebut kerana seperti yang dikatakan di atas, kita tidak dapat mengekalkannya sepanjang masa. Setiap detik berubah. Apatah lagi diselang seli dengan rasa kecewa, sedih, mengguris hati, sakit hati, geram, marah dan sebagainya.

Peluang kedua? Terpulang kepada masing-masing, atas dasar apa yang kita perlukan peluang kedua ini. Sebab belajar? kerjaya? hubungan sesama manusia? atau apa saja tapi pastinya bukan berkaitan pengalaman indah, ceria, gembira, teruja, yang paling best pernah kita alami. Boleh ke diharapkan peluang kedua macam tu muncul kembali? Malas dah nak harap apa-apa. Bak kata Sheila Atas Tujuh.. Berhenti Mengharap. Nak kena paste lirik kat sini gak ke?

Kenapa dah tak harap wish macam tu? Sebab kebarangkaliannya atau pembolehubah rawaknya diberitakan sumber pengetahuan ketidaktentuan. Mudah fahamkan? huhuhu. Wish aku dodulu tak come true pun, dan yang paling best ever (huh, ada gak wish paling best ever?) yang aku rasa dengar lagu Berhenti Mengharap tu macam sesuai je kan... ialah wish masa birthday. Wish waktu pagi, waktu petang hari yang sama dah dapat tau keputusan yang ianya not come true. Walaupun target adalah hujung bulan tapi faktor ketentuan numerikal mengesahkan simptom tersebut, di mana bulan tersebut dah berlalu dengan jawapan adalah seperti di hari lahir tersebut. Unik gak nih? huhuhu. Macam tengok Dr Who atau Back to the future la plak.

Segala yang indah yang berlaku dalam hidup kita, hargai selagi mampu kerana percayalah, ianya tidak berulang. Jika ada pun, tidak seratus peratus sama atau minda kita je yang cuba manipulasi ke arah yang sama, yang akhirnya keindahan tersebut tidak lagi menjadi natural. Keindahan yang datang tanpa dirancang adalah yang paling best. Macam juga nak tengok pelangi.. nak tengok yang terjadi dilangit atau nak buat sendiri macam eksperimen sains zaman sekolah dulu? Sama tak serupa. Seperti di lirik Laskar Pelangi ... Walau dunia tak seindah syurga, bersyukurlah pada yang Kuasa.

PS:
Bila yang tertulis untukku adalah yang terbaik untukmu ... yang telah terukir abadi sebagai kenangan yang terindah.