Thursday, January 28, 2010


N : Krono J-18




Terkadang percakapan seseorang dengan kita, bagaikan tak ada makna apa-apa. Kita berbual, kita mendengar, dan ianya berlalu begitu sahaja mengikut peredaran masa. Kita pun terus lupa. Mungkin juga kita rasa ianya tiada kaitan. Kita merasakan begitu kerana kita dah tak ingat. Kalau nama kawan-kawan satu sekolah dulu pun terkial-kial nak diingat namanya, inikan pula apa yang kita borak sehari-hari. Memang standard la kita tak akan ingat . Ada yang nak claim dia boleh ingat semuanya apa yang dia cakap dan dengar? Sejam lepas boleh la, sehari lepas pun mungkin, camna dengan seminggu lepas atau sebulan atau setahun atau sepuluh tahun yang lalu?

Perbualan yang disangka tiada makna atau perbualan kosong, saja-saja borak, memang tak terasa impaknya. Tapi bagaimana yang disangka tiada makna apa-apa itu, diambil secara serius dan membabitkan satu keputusan? Dan keputusan yang diambil tika itu telah membawa dia ke dunia dia yang terkini. Dunia dia pada masa ini. Adakah keputusan itu sewajarnya diambil atau bagaimana?

Aku harap aku boleh call seseorang ini. Mengingatkan dia apa yang telah dia ucapkan suatu masa dulu, yang telah membawa aku ke dunia aku hari ini. Jika dilihat pada kalendar, kata-kata dia itu telah berlalu menjangkau lebih dari dua puluh tahun yang lalu. Lebih dari, bukan ngam-ngam dua puluh. Lama sungguh. Entah apa khabar dia agaknya. Okays.. lets go back to Pendulum.

Pada masa tu, aku dah dapat keputusan sijil pelajaran malaysia. Tak banyak borang aku isi pun, sebab aku mengelak untuk masuk matrik. Rasa macam buang masa untuk 2 tahun kat situ, itu yang aku fikir waktu tu. Jadinya, aku lebih tumpukan mana-mana IPT yang menawarkan kursus diploma.. masa ni mana ada peluang dari spm lompat terus ke ijazah. Makanya, pilihan aku amat terhad. Yang ada cuma utm dan upm sahaja. Waktu tu pun, nak mohon kena guna borang UPU. Ada sehari tu, kawan pompuan aku sorang ni offer borang itm, katanya banyak program diploma. Aku masih ingat dengan jawapan aku kat dia.. tak nak itm sebab dia "i" , i nak u je .. pastu dia senyum-senyum kat aku. Mulanya aku sendiri tak dapat tangkap kenapa dia senyum, dah balik rumah baru aku perasan apa aku cakap kat dia huhuhu.



Selain dari dua univ tu, aku ada isi gak untuk program ke luar negara tapi kensel. Maksud aku, aku pergi temuduga dengan jpa waktu tu, tapi dorang ni menawarkan aku kursus lain dari apa yang aku isi. Alasan dorang, terlalu ramai yang mintak kursus yang aku mintak tu, so dorang cadangkan satu kursus nih yang dorang confirm kan aku leh dapat. Aku pulak tanya dorang masa temuduga tu, kalau saya balik abis belajar nanti, saya nak kerja apa? Dorang boleh jawab, u kerja la kat sana dulu lima nam tahun, nanti ada peluang kerja kat Malaysia, u balik la. Adesss, macam tu pulak. Yang aku fikir masa tu, dah ngabiskan duit pergi belajar jauh-jauh, nanti nak la balik ke negara sendiri untuk berbakti, ni macam tak bagi balik je. Macam tu la aku fikir masa tu, tak matang langsung pemikiran aku, kan hahaha. Tapi pada hari temuduga tu, banyak la kursus yang aku tak pernah dengar. Aku tengok member aku happy semacam je. Sebabnya? Dia bagitau confirm dapat pergi luar negeri. Aku tanya la, course ko amik tu nanti kerja apa? Dia jawab, janji dapat pergi obersea. By the time aku taip ni, aku dah tak ingat langsung apa nama course dia tu, sebab masa dia sebut time tu pun, aku tak pernah dengar, pelik sangat bunyinya hehe.

Dalam minggu yang sesak dengan temuduga, kawan aku call ajak temankan dia pergi temuduga kemasukan utm. Terdetik, kenapa aku tak dipanggil temuduga tu? Aku pergi la dengan dia, ramai giler. Masa kawan aku masuk untuk temuduga tu, aku lepak kat luar. Terpandang la pakcik dengan makcik ni.. dalam hati.. wahh, mak dengan ayah datang temankan untuk temuduga. Pakcik tu senyum je pandang aku, aku balas senyum dari jauh. Takde la jauh sangat, jarak dalam dua tiga meter je kut. Dorang duduk, aku berdiri. Dalam lima minit macam tu, ada kerusi kosong, so aku duduk selang satu kerusi dengan pakcik tu. Dia tanya aku, datang untuk temuduga gak ke? Aku jawab, temankan kawan, tapi dah masuk dalam. Samalah dengan anak saya, dah lama gak kat dalam tu, pakcik tu bagitau tanpa ditanya. Ingatkan datang temuduga sekali.. pakcik tu cakap kat aku. Aku jawab, semalam dah temuduga gak (aku refer pasal temuduga dgn jpa tu). Dia angguk-angguk je. Aku rasa dia salah faham, ingat aku datang temuduga utm semalam agaknya. Dia bagitau la aku betapa dia risau anak dia pergi belajar jauh-jauh sebab selama ni ada depan mata je. Aku jawab, insyaallah takde apa-apa, lagi pun dalam Malaysia gak, boleh kerap balik, kalau belajar luar negeri lagi payah nak balik. Makcik tu aku tengok, angguk-angguk je apa aku cakap. Aku plak dalam hati, eh betul ke apa aku cakap nih??

Tak lama selepas tu, aku tengok ramai-ramai keluar dari bilik temuduga. Pakcik dan makcik tu bangun mintak diri.. aku bersalam dengan pakcik tu. Pakcik tu pesan kat aku, nanti kat sana (utm la maksud dia tu), tolong tengok-tengok kan anak dia. Aku diam je tak cakap apa. Pastu aku tengok anak dia datang bercerita kat mak dia pasal temuduga tu, nampak macam happy je. Dalam hati aku : Ini ke anak dia yang ayah dia suruh aku tengok-tengok kan? Fuhhh, cun gilerr. Sebelum dorang pergi, makcik tu pesan kat aku depan anak dia, nanti tolong tengok-tengok kan dia nih (sambil tunjuk kat anak dia). Pastu makcik tu cakap kat anak dia, aku tak berapa dengar la plak nama anak dia tu apa.. yang jelas, dia cakap, kalau ada apa-apa cari aku kat sana. Terkedu aku pandang dia, dia senyum je. Dorang berlalu. Rupanya, kawan aku perati je dari tadi.

Apsal lama sangat? Itulah soalan pertama aku tanya bila nampak dia. Kawan aku cakap, dah masuk ramai-ramai sekali, memang la lama sket. Camna, ok ke? Ok la dia jawab, pastu terus tanya aku pasal budak pompuan tadi. Kawan aku cerita dia baru nak usha budak tu, tapi bila keluar, tengok-tengok aku duk borak dengan mak ayah dia. Wahh, "ko ni one step ahead dari aku", kata kawan aku. Aku faham maksud dia, tapi aku kena la jawab yang sebetulnya.. one step ahead apa plak, mana aku tau makcik pakcik tu ayah kepada sapa.. kan kita sampai tadi ramai dah masuk dalam.

Nanti la aku sambung bahagian kedua.. kalau rajin.. dah macam novel tertangguh je..