Wednesday, March 01, 2006

N : Instinc Juga Ada Gerak Hati



Instinc atau gerak hati yang tiada kaitan dengan siri Gerak Khas ada dalam diri setiap insan samada kita mahu mencuba untuk menyelami dan memahaminya atau tidak menyedari tentang rasa itu. Ianya tampil tanpa diundang. Tidak boleh dipaksa-paksa. Tidak boleh juga dibuat-buat. Tidak boleh dijemput sesuka waktu. Sekelip rasa itu datang dalam sekelip mata. Kadang berkait dengan alam persekitaran waktu itu. Terkadang tiada alasan untuk dikaitkan dengan persekitaran atau masa. Hanya dengan tiba-tiba.

Gerak hati tentang merasai sesuatu tanpa diundang terkadang mencemaskan, merisaukan mungkin dan kalanya menakutkan. Gerak hati kita yang merasakan tentang sesuatu kehadiran mungkin adalah suatu kebiasaan. Kebiasaan yang tidak luar biasa. Namun bagaimana gerak hati orang lain tentang diri kita? Tentang sesuatu yang tak terfikir oleh mereka. Tentang sesuatu yang tidak ingin diwujudkan?

Di bulan lalu, dicuti yang panjang, aku mengambil keputusan sementelah mahu memenuhi hasrat ibu untuk melewati kehidupan di suatu tempat yang telah lama aku tinggalkan. Melebihi separuh dari sisa umur dan kehidupanku. Hanya dengan tiba-tiba ibu ingin mencari rakan-rakan lamanya yang suatu ketika sebahagiannya adalah jiran tetangga. Mungkin rasa itu hadir setelah ayah pergi. Meninggalkan kami tanpa aku rasakan bahwa dia benar-benar telah pergi.

Menjejaki rakan lama ibu, ibarat menjejaki rakan lamaku jua kerna anak-anak mereka sebahagiannya adalah rakanku. Telah berkali aku hadir di sini namun segalanya telah berubah. Terlalu berbeza sewaktu aku masih bersekolah disekitarnya. Aku pasti termungkin berselisih bahu tidak aku kenali mereka lagi. Memandu ke arah selatan Semenanjung memakan masa lebih kurang 4 jam setelah membuat 7 perhentian tidak terancang sebelum itu.

Sebelum check in, aku ronda-ronda sekitar kawasan perumahan di mana kali terakhir aku mendiami di kawasan itu sewaktu aku masih darjah 1. Sungguh, waktu bergerak pantas tanpa aku mampu menoleh ke belakang. Rumah yang aku singgahi adalah berjiran, berdepan dan agak ke sebelah kanan sedikit. Aku masih ingat melewati kawasan rumah itu sebagai jalan pintas sewaktu ingin ke masjid tunaikan Jumaat. Rumah yang aku pernah duduki suatu ketika dulu kini telah menjadi sebuah restoran atau kedai makan. Mengikut hitungan, telah berapa kali aku melewati jalan itu dalam tahun-tahun sebelum ini namun aku tidak singgah atau berhenti melihat sekitar dengan lebih dekat. Sekadar lalu melihat kiri kanan rumah yang ratanya masih belum berubah dengan drastik. Masih boleh ku ingat dengan segarnya segala persekitaran yang ada. Namun, membawa ibu menjadikan perjalanan kali ini lebih indah. Singgah di rumah makcik m (em) agak mengejutkan aku. Dari ceritanya, baru 2 atau 3 hari lalu bicara tentang aku. Tentang aku diwaktu kecil dahulu. Mungkin juga kenakalan aku waktu itu. Cerita tentang aku dengan anaknya yang cute itu (skrg tak sure sbb tak jumpa hari tu huhuhu). Dan dia sendiri tidak menjangkakan, aku bakal hadir setelah mereka bicara tentang diri ini. Adakah kerana itu, aku merasakan suatu energy sehingga membawa aku ke sana?
Ada beberapa buah rumah lagi yang aku singgahi. Realitinya hanya mengundang air mata. Tidak menyangka dan disangka, ada mereka yang lain juga telah pergi meninggalkan yang mengenali. Sungguh, aku tidak punya kekuatan untuk bicara selanjutnya.

Huh, bahse apa aku taip kat atas nih?

Baru-baru ini, setelah tiket ditangan. Keesokkannya, rakan aku yang dah lama agak menyepi baik hubungan email atau phone, dengan tiba-tiba call aku. Masa tu aku tengah transfer no phone kawan-kawan dari phone lama ke sim kad. Mudah untuk aku gunakan mana-mana phone nanti. Salah satu sebabnya, masa aku sampai ke destinasi, aku boleh call kawan aku sorang ni. Tapi tengah duk transfer number tu, dia call. Cakap baru malam tadi mimpi pergi kolej. Jumpa rakan-rakan lain, jumpa aku dan bicara tentang sesuatu. Memandangkan dia pun tau dah lama tak contact, so dia call aku. Aku pun dah lama rasa pelik, apsal lately tak singgah KL. Selalunya dalam 2 atau 3 bulan mesti jejak KL. Rupanya dah naik pangkat. Tak perlu ke sana ke mari lagi. Sedang borak-borak tu, dia tanya bila nak datang? *aku dah gelak-gelak tapi masih tak bagitau flight aku esoknya*. Teringat dah book flight bulan 6 atau 7 akan datang, aku mention la yang itu. Lagi pun, soalan dia tentang time tu pun. Dah habis berbual thru phone, terlintas di fikiran, kuatnya gerak hati dia pasal aku. Walaupun dia fikir dia silap tentang aku akan ke sana, hakikatnya memang aku akan ke sana esoknya, cuma aku tak cakap je kat dia. Bila jadi camni, teringat aku kat makcik m di Johor. Berkenaan gerak hati mereka.

Akhirnya aku jejakkan kaki jua di Kuching, Sarawak. Mulanya aku tak nak contact sesiapa, namun aku hantar je la sms tentang cuaca di Kuching waktu itu. Hujan seharian. Kawan aku masih memikirkan aku tengok berita tentang keadaan cuaca. Bila aku cakap dah jejak bumi kenyalang, dan dan dia call. Petang sampai malam round sakkan. Dapatlah rasa mee kolok kat sekitar kampung melayu. Aku pergi sana, bukan jalan-jalan cari makan, bukan juga jalan-jalan cari kek lapis sarawak atau terubuk masin, apatah lagi tikar sarawak atau pua kumbu. Habis presentation dari pagi sampai petang kat tempat tu, balik hotel dan keluar balik ke waterfront. Makan laksa Sarawak kat James Brooke Bistro. Sementelah lebih dari 3 orang Sarawak bagitau laksa sarawak kat Laksa Shack rasanya tak sama, maka aku kena lah try. Dan sememangnya rasa laksa tersebut jauh bezanya. Sementara menunggu laksa tiba, aku rasa tak sedap ati la plak kalau tak bagitau rose-pfs pasal aku kat Kuching time tu. Dan agenda nak membeli kek lapis memang tak sempat. Apa yang aku diberitahu, tempah dengan orang lebih baik dari beli yang dah tersedia. Even masa kat pasar Satok, kawan aku ada beli, tapi rasa masam manis la plak. Aku tak sure nama apa, tapi ada kaler hijau, merah dan coklat. Selama ni aku makan rasa yang manis je.

Baru nak angkat chopstick, rose call. Dah berenti tepi jalan. Aku teragak-agak mencari. Teringat pasal kereta bomba. Baru perasan huhuhu. Ros bagi langsat yang teramat manis. Aku makan laksa tak abis lagi, kawan-kawan dah sapu dulu. Takde sebiji pun yang tak manis, semuanya manis-manis belaka. Thank you ros hihi. Tak berkesempatan nak lepak. Malam tu aku ronda-ronda sekitar Kuching. Klik sana klik sini. Entah bila nak update fotopages ahaks. Pekena mee kolok lagi better lagi rasanya dari semalam. Sambil bercerita yang tak terjangka oleh kawan aku walaupun dia syak something petang semalam. Dah lama sangat aku simpan, so aku cerita aje la. Conclusion dari dia pun sama. Aku perlu susun langkah. Untuk melompat lebih tinggi.

Dan kesimpulan perjumpaan dengan mereka ialah lagu ini :

Dan mungkin bila nanti
Kita kan bertemu lagi ?