Tuesday, January 11, 2005

N : Suatu Ketika Dengan BMX



Suatu jangka masa yang dah terlalu lama. Namun masih ada sisa yang masih segar diingatan. Pada waktu itu basikal BMX sangat popular. Singkatan kepada Bicycle Motor Cross. Aku pun tak berapa pasti adakah BMX bermaksud seperti itu, tetapi dalam beberapa video tape disewa waktu itu, ada dalam satu movie yang memperjelaskan tentang BMX. Waktu itu, kedai untuk menyewa tape ada di mana-mana. Sekarang ini sukar untuk dapatkan video tape sementelah bersepahnya VCD dan DVD. LaserDisc atau LD berkubur tanpa berita.

Pada zaman kegemilangan BMX (sedang pemes), aku pun tak mau ketinggalan masa tu. Harga sebuah basikal yang aku beli tu dalam RM200. Sticker kat palang basikal tu tertulis Dia Compe. Warna metalik Perak. Rim jejari biasa kerana nak pakai sport rim memang tak cukup duit, agak mahal. Waktu itu, hanya ada 2 buah sahaja Dia Compe warna perak dlm bandar KT. Sebuah lagi second cousin aku beli. So bila pergi ke mana-mana sentiasa berdua. Cam kembar tapi hanya kat basikal aje la. Aku rasa tu je dua, sebab bila berkumpul ramai-ramai terutama petang Jumaat kat area pantai Batu Buruk tu, tak nampak lak sama cam basikal aku. Naik BMX ni kalau sorang-sorang memang tak best. Kalau ramai-ramai dengan kawan-kawan apatah lagi serombongan melebihi 20 buah basikal, memang menyeronokkan, kadang tu bila bersantai di tepi pantai bertemu pula dengan kumpulan yang lain. Ada yg willy, pusingan 360 darjah dan tah apa-apa lagi nama yang aku pun dah tak ingat. Paling best masa nak belajar mengayuh basikal terbalik dengan duduk atas handle tu. Nak pusing ke kiri dan kanan asyik tertukar je. Pernah sekali aku terlanggar orang kerana bersungguh nak pastikan aku mahir dengan aksi ini... hahaha. Kerana basikal ini juga, aku mengenali ramai kawan-kawan yang bersekolah berasingan dgn aku. Setiap kali hari tidak bersekolah (Jumaat dan Sabtu, bukan sebab ponteng sekolah ya!), kami akan berkumpul kat belakang pasar Chabang Tiga. Belakang stesen minyak Shell. Itu markas kami. Ada tempat stunt, ada juga board yang melengkung untuk latihan. Sukar nak bayangkan? Tengok setting kat X-Games di channel AXN. Kemahiran mengendalikan basikal tersebut dah diiktiraf sehingga ada pertandingan sedemikian rupa pada masa kini. Dulu-dulu macam nampak budak takde matlamat hidup. Orang lain sibuk telaah buku. Aku and the gang lebih tertarik ronda-ronda kampung orang dengan basikal. Tapi, adalah 2 atau 3 orang dari group aku tu yang pergi tuisyen.

Apa yang aku nak ceritakan ialah berkenaan kumpulan berbasikal time aku dulu. Nama panggilan sewaktu lepak-lepak dulu dipanggil set Batik. Salah sorang dari member aku nama gelarannya Batik. By the time aku tulis kisah ni, aku masih tak pasti nama betul dia. Mungkin dia pemes kat sekolah dia hingga nama tersebut sangat sinomin hingga melekat dengan kumpulan kami. Ntah lah. Sikap dia menyenangkan. Sepanjang aku kenal dia, takde la pulak aku dengar ada orang tak puas hati atau dia pernah menyinggung perasaan kawan-kawan. Setidaknya tidak berlaku antara dia dengan aku. Rekod bersih. Aku pernah sekali berbasikal ke rumah dia sekitar Hiliran dengan seorang lagi kawan aku sebab nak panggil dia untuk aktiviti "lepak" kat Chabang Tiga tu. Hari itu baru aku tau kenapa dia dipanggil Batik. Rupanya, ayah dia seorang pengusaha batik.

Aktiviti berbasikal BMX ni tak lama. Hanya sekitar beberapa bulan sebab kejadian meletak basikal depan kedai yang menjual ikan untuk pelihara dalam akuarium telah menyebabkan basikal aku hilang dicuri orang. Kedai tu terletak paling hujung deretan bangunan, dekat dengan simpang jalan nak ke Losong yang pemes dengan keropok lekor tu. Nyumpah berhari-hari aku masa tu. Dah ler susah nak kumpul duit sebanyak itu, hilang plak tu. Seharian aku dan rakan-rakan meredah dari kampung ke kampung mencari namun gagal. Nak balik ke rumah time tu memang takut giler. Tak tau nak explain camna. Time tu aku tinggal dengan atuk dan nenek kat kampung. Parents kat Korea atas urusan kerja di sana selama 2 tahun. Kerana perasaan yang teramat sedih sangat-sangat ditambah dengan rasa sakit hati, rasa membengkak dalam hati pada petang itu sangat menebal. Sambil explain kat atuk, aku menangis, tak leh tahan-tahan lagi dah. Tapi mungkin jua ada hikmah disebaliknya. Kalau tak kerana hilang basikal tu, memang jarang melekat kat rumah. Ada ketika (selalu gak) beli sotong kat pasar dan panggang sendiri kat tempat lepak tu bila rasa lapar. Tapi ianya masih tidak juga membuatkan aku pegang buku sekolah.

Selepas kehilangan BMX, aku terlibat dengan basikal Racing lak, tapi hanya dalam setahun je bertahan. Masa terus berlalu. Tidak lama selepas itu, aku pulak dah bertukar ke sekolah. Duduk di asrama kurang mendapat berita tentang mereka apatah lagi sewaktu kenal diaorang pun, hanya aku sahaja dari sekolah aku. BMX dilupakan. Tidak segah sebelum itu. Ramai dari rakan-rakan dah convert naik motorsikal. Rumah kedai kat Chabang Tiga tu, pemiliknya dah berpindah ke Chendering kalau tak silap aku. Kedai tersebut merupakan kepunyaan ayah salah seorang yang berbasikal dengan kami. Maka acara melepak kami masih diawasi orang dewasa. Oh ya, adik Batik merupakan kawan sekolah adik aku sewaktu bersekolah rendah sebelum adik aku juga masuk asrama bila masuk ke tingkatan 1. Berita terakhir yang aku terima dan dengar dari adik aku, Batik dah meninggal dunia kerana kemalangan motorsikal. Aku diberitahu beliau terlanggar tiang lampu waktu dekat nak maghrib. Mungkin waktu petang menjelang ke malam, penglihatan agak kurang, apatah lagi waktu itu, menghidupkan lampu motor di siang hari tidak diwajibkan lagi. Kemungkinan dia memandu laju juga merupakan satu sebab.

Al fatihah buat allahyarham Batik.



Thursday, January 06, 2005

Akgna Hulupes : Angka Sepuluh



Nuhat 5002 had ripmah uggnimes ulalreb. Pelbagai peristiwa berlaku sepanjang 2004. Numan gnilap hag nad lakab itagniid, ifasniid helo aisunam tagajes (uata aynnaigahabes), aynutnet nagned naidajek Imanust gnay halet tugarem ihibelem 541 ubir aisunam. Di satu ketika,bila direnung kembali, bagai tak terasa setahun telah pun berlalu. Utigeb aynsatnap asam karegreb. Walaupun adakalanya pada hari-hari tertentu, waktu yang beredar bagaikan terlalu perlahan.

Uka amirenem leme gnay nakdrawrofid. Dalam kandungan emel tersebut ada bertanyakan tentang aku. Uka had nup aynsalabmem. Apa yang ingin aku perkatakan di sini ialah orang yang bertanyakan tentang aku tu rasanya dah lebih 10 tahun tiada khabar berita. (Acab naggnerepid hawab akij uham). Aku tersenyum sendirian. Sabmiret ilabmek kited-kited amasreb utkawes id jelok. Bukan aku tidak tahu ke mana dia pergi setelah tamat dari kolej. Uka uat. Itu pun setelah terbaca dalam akhbar ucapan hari raya dari pelajar yang menuntut di luar negara. Kajes uti,adait atireb uata napacu irah ayar id nuhat-nuhat ayntukireb uata uka sapelret acab. Mungkin juga aku terlepas baca sebab aku pun jarang baca suratkhabar. Id nalub asaup nuhat 4002, uka kapmanret igal. Kali ini dia tidak lagi berseorangan. Had agraulekreb. Cuma yang menjadi tanda tanya, adakah dia masih belajar lagi atau sekarang sudah mengajar? Anarek tamala gnay irebid halai tamala haubes itisrevinu.

Peristiwa yang tak dapat aku lupakan hingga ke hari ini berkenaan beliau ialah sewaktu trip rekreasi dengan bermotorsikal ke Bagan Lalang. Araces aynsakgnir, uaileb tabilret malad nagnalamek. Koma. Id awab ek latipsoh Gnalk. Doktor mengesahkan bahwa peluang untuk dia hidup adalah tipis kerana berlakunya pendarahan di otak. Uti gnay uka
nakmahafid.Namun semangat juangnya tinggi. Haletes aparebeb irah kadit nakrades irid, uaileb aynrihka helob akubmem atam nad hisam itagnignem aman nakar-nakar gnay ridah nad alages awitsirep gnay ukalreb mulebes aynidajret nagnalamek uti. Peristiwa itu habis di situ sahaja sehinggalah aku keluar dari kolej setelah tamat pengajian dan memulakan hidup baru. Halaggnihes (acab kilab id sata gnatnet anamiagab aynai alumreb).

Walaupun aku masih mengingati peristiwa kemalangan itu, namun dihati terdetik rasa gembira bercampur terharu kerana dia juga masih mengingati rakan-rakan seperjuangan yang dah 10 tahun berlalu.

Agomes nuhat urab 5002 nakairecnem nad nakaigahabmem aumes kahip. Amin.