Friday, October 02, 2009


N : Krono J-15



Diari 1964 atau lebih tepatnya Diary 1964. Kenapa itu lebih tepat? Kerana tertera dimuka depan buku itu dalam bahasa.. ermm.. yg pastinya bukan bahasa Malaysia atau bahasa melayu atau keduanya lah. Apa menariknya diari 1964 berbanding cerita sekitar bulan Ramadhan yg standard seperti kat blog lain, cerita pasal shopping untuk raya, persiapan raya, tak ketinggalan ibadat yang hanya dilebihkan sekitar Ramadhan? Apatah lagi sekarang ini masing-masing teruja dengan standard-nya bercerita perihal sambutan Syawal yang masih lagi Syawal tika aku menaip nih. Ini pun aku nak kisahkan pasal sambutan Syawal tapi tak ikut standard orang yang sambut Syawal. Maksud aku, bukan cerita pasal sambutan raya tapi lebih kepada Diari yang aku tau kewujudannya pada Syawal baru-baru ni.

Lagipun demam selsema seminggu sebelum raya, pastu sihat dua hari Syawal dan demam balik hingga sekarang memang la tak berapa nak best sangat. Tapi kire best la gak dapat ngadap laut pepagi Syawal masa kat kg tu.

Pada hari aku nak berkonvoi dengan kazen aku suatu pagi untuk pulang ke KL, makcik aku.. mak pada kazen aku tu la, tunjukkan satu diari lama. Lama la kan kalau dah tertera tahun 1964. Aku pun tak wujud lagi masa ni. Makcik aku bagi pada anak dia untuk tengok-tengok apa yang ada dalam kandungan diari tu. Aku ada gak belek-belek sket. Tengok dari muka depan, pastu belek dari arah belakang. Tulisan campur-campur. Ada rumi dan kebanyakkannya jawi. Aku rasa lar sebab tak belek satu persatu pun. Ada ayat Al Quran yang tercatat tapi aku tak tau berkenaan dengan apa. Ada kisah pasal kalendar, pasal peristiwa tahun tertentu. Oh ya, walaupun ianya diari tahun 1964 tapi peristiwa yang tercatat dalam tu melangkau masa sehingga tahun 80an tak silap aku. Sebab apa aku cakap macam tu?

Ada beberapa muka surat dalam diari tu menarik perhatian aku, dalam aku duk belek sekali lalu. Pertamanya pasal salahsilah keluarga yang aku kurang amik tau sebelum ni huhuhu. Keduanya pasal tarikh lahir setiap orang, termasuk aku dan kazen-kazen. Yang last tercatat kazen yang dilahirkan tahun 1988 rasanya. Masa tanggal pusat untuk individu tertentu pun ada gak. Tapi yang lebih menarik perhatian aku, tentunya la pasal aku sendiri. Tu pun aku sempat tengok tercatat dalam dua muka surat. Kalau belek lagi mungkin ada, mungkin juga takde. Tulisan tangan yang berwarna merah atas sket nama aku tu yang buat aku terimbas kembali zaman sekolah. Aku teringat pasal makcik aku cerita pasal nama aku, bukanlah nama aku guna sekarang huhuhu. Owh owh, bukan Reversemode pastinya, bukan juga nama yg tertera sebelah kanan blog ni hahaha. Aku pernah tanya gak kenapa ditukar, tapi takde jawapan yang pasti.. ermm ye ke? Biar aku je la tau sebabnya. Kalau guna balik nama tu, nanti glemer terlebih plak hahaha. Elok la jadi insan biasa ala-ala standard macam orang lain.

Sepanjang perjalanan pulang secara berkonvoi tu, banyak la tempat kiteorang berhenti. Bukan berhenti sebab jalan jam ke apa, tapi lebih kepada nak menembak. Ada teman sesama nikon memang best, tak terasa masa berlalu begitu pantas. Itu yang amik masa lebih dua belas jam perjalanan. Iya la, bertolak jam tujuh pagi, tiba jam sebelas lebih malam. Dah tiba rumah, baru terasa letih teramat. Ermm, ke sebab ni aku demam tak abis-abis lagi?

Cerita pasal bernikon.. aku tulis skali la kat sini, malas nak buat entri lain yang nanti aku tak tau bila nak updet lagi. Pada Syawal pertama, aku singgah umah kazen aku ni, dah bertahun sebenarnya dia tak beraya di Malaysia sebab belajar kat sana nun, maka setiap kali raya, dia bukan dalam mode bercuti tapi kali ni waktu bercuti dia pakej sekali dengan raya. Dan kalau ikut kalendar, raya makin lama makin awal, maka raya untuk tahun akan datang pastinya sekali dalam cuti dia. Masa aku singgah umah tu, dia suruh ke arah dapur, rupanya nak tunjuk foto-foto yang dia dah shoot dan menariknya, dia tampal kat dinding dengan guna frame kotak-kotak yang dipotong tak berapa tepat sangat ukurannya hehehe. Konon-kononnya itu la galeri dia. Berangan la tu tapi aku tengok macam menarik gak. Bagi aku idea nak buat kat umah sendri nih hahaha. Dalam duk borak-borak tu, dia cakap nanti datang la tengok pameran foto dia kat galeri seni bla bla yang aku tak berapa nak tangkap sangat apa dia cakap masa tu. Apatah lagi bila dia bagitau, masa pameran tu, dia dah terbang keluar dari negara ni sebab sambung belajar, aku anggap dia buat lawak je. Tetapi, hari-hari yang lain plus masa berkonvoi tu, baru aku jelas pameran apa dan kat mana cuma tarikhnya aku tak pasti. Memandangkan dia dah iklan kat blog dia, maka aku iklan kan la sekali kat sini. Dulu dia rajin la letak gambo kat fotopages dia, link dari fotopages aku tapi sejak dia ada blog, langsung tak updet dah..sebab dalam blog dia pun dah letak gambo yang dia nak letak.. aku tak link ke blog dia dari sini sebab perlu ke dia tau aku ada blog? huhuhu.

Tarikh pameran bermula 23 Oktober 2009 sehingga 22 Januari 2010 bertempat di Islamic Arts Museum Malaysia Kuala Lumpur. Aku pun tak pasti lagi kat mana tempat ni akekeke. Cari sendiri la dalam peta ye..

Salam Lebaran buat semua.

ps: diari tu milik arwah atok yg telah pergi pada 1989. Al fatihah