Wednesday, November 01, 2006


N : Tersenarai Dalam Statistik Itu



Siapa sangka siapa duga. Adakah harus aku perkatakan di sini sekali lagi tentang gerak hati jadi versi 2 atau apa? Aku dah rasa sejak hari itu. Sebelum masuknya Ramadhan, dan akhirnya berlaku jua. Aku tersenarai dalam statistik OPS yang lalu. Bagaimana pula sambutan Aidilfitri anda?
Aku tidak ingin menceritakan spesifik bagaimana ianya berlaku, di mana, bila? Kerana ianya telah pun berlaku. Ianya telah pun berlalu. Walaupun masih segar diingatan, namun aku sedaya mungkin untuk melupakannya. Namun, apa yang ingin aku perkatakan adalah disebaliknya. Seandainya...
Sempena sambutan Aidilfitiri tahun ini, terlalu banyak sms aku terima. Dan aku tersenarai dalam statistik OPS tersebut beberapa hari (hampir seminggu awal)sebelum tibanya Syawal. Dan selepas itu hingga tibanya Syawal, bertalu sms aku terima. Malah ada sms yang aku terima dari orang yang tak pernah aku terfikir untuk mengirimkannya. Hanya dengan tiba-tiba mereka menghantar sms? Adakah kerana gerak hati mereka? Tahu tentang kejadian yang berlaku atau secara kebetulan atau entahlah, sukar untuk aku menterjemahkannya. Aku tak mampu untuk membalasnya waktu itu kerana fikiran melayang mengenangkan tentang kemalangan itu. Bagaimana aku dalam sedar tahu kemalangan sedang menunggu aku di hadapan sana. Hanya tidak pasti di selekoh mana, dengan apa, waktu bila? Malah aku ada hantar sms kepada seseorang 3 jam sebelum itu berkenaan ini. Gilak seyy.

Alhamdulillah segalanya selamat walapun kenderaan yang aku naiki remuk tersadai dalam workshop kini. Menunggu waktu untuk diperbaiki, diganti mana yang perlu. Apa yang aku terfikir (mungkin aku tak patut fikirkannya) atau mana mungkin aku dapat fikirkannya andainya ianya berlaku kerana sekarang adalah sebaliknya. Kerana itu aku dapat menaip di sini.
Aku terfikir andai kemalangan itu .. zzz.. tamat disitu dan sms dari kamu, kamu dan kamu, aku tidak membalasnya (ada juga yang aku tidak berkesempatan membalasnya, maafkan aku) ... andai aku tidak membalasnya dan blog ini juga berakhir sepi begitu saja? Adakah ko akan terfikirkannya? Kewujudan yang terlenyap sepi?
Maafkan aku kerana tidak berkesempatan membalas sms kamu dan kamu. Maafkan aku kerana membalas hanya di awal Syawal menjelma. Kerana Aidilfitri tahun ini sedari awal aku tahu ianya tiada makna buat aku. Instinct kut?

Selamat menjalani ibadah puasa sunat Syawal 6. Sesungguhnya ibadah sunat Syawal tidak boleh diniat sekalikan dengan Qada Ramadhan. Sila rujuk akhbar ruangan agama baru-baru ni.

Wednesday, October 18, 2006


N : Terkena Cawan Hic




Hic hic ... hiccups ...hic hic ...hiccups. Pernah kene hiccups? Hiccups atau biasa aku dan kawan-kawan aku yang sekawasan sewaktu dengannya sebut sedu. Kebiasaannya kena pada bayi yang menyusu botol. Spesifik aku sebut botol sebab ikutkan perubatan, bayi yang menyusu badan jarang kena sedu nih. So kalau korang pernah kena berapa lama? 10 hingga 30 minit? sejam atau 2 jam? Pernah lebih dari 2 jam? Memang menyeksakan hingga boleh tergendala segala keje, segala cerita dan apa saja jenis segala lah. Sampai camtu sekali. Aku terkena last week. Ni aku tak cakap kene sedu atau hiccups yang dalam 10-20 minit atau sejam dua. Kalau sekejap-sekejap tak perlulah aku jadikan cerita kat sini sampai Misi pun tergendala hehehe.

Nak dijadikan cerita, malam tu, aku plan nak keluar makan kat kedai sebab berbuka pun ala kadar je. So sebelum nak keluar rumah, aku minum la segelas air masak. Elok je dah kunci pintu semua, tetiba terkena .. hic hic .. hiccups nih. Aku ingatkan sekejap je. Mungkin angin kut sebab siangnya puasa, perut kosong. Jadi, aku berdiri la kejap kat kereta tunggu hic hic hiccups nih hilang. Tunggu punya tunggu, tak gak hilang-hilang. Adalah kat 20 minit aku berdiri kat luar rumah tu. Last-last aku cancel nak makan kat luar. Masuk balik rumah. Minum air lagi. Still .. hic hic ..hiccups ni ada. Tak ingat berapa banyak air dah aku minum tapi masih tak juga hilang-hilang hic hic hiccups nih. Mengadap tv je la malam tu.

Tengok pada jam, dah masuk 3 jam aku ber hic hic hiccups nih. Nak tidur pun tak leh. Bila baring lagi la seksa bila hic hic hiccups tu datang. Selang antara satu hic hic hiccups nih dengan satu lagi hic hic hiccups tak sampai pun 5 saat. So camna aku nak tido? Memandangkan baring tak leh, so aku duduk je la sandar kat kepala katil tu. Sedar tak sedar, jam dah kul 2 pagi. Baru sedar aku tak makan lagi yang plan asal nak makan kat luar tu. Jadi dalam jam 2:30 pagi tu aku makanlah nasi. Kira first time aku sahur yang dikira agak berat. Selalunya aku minum air je. Sejak tinggalkan kolej, aku jarang sahur kecuali minum air atau makan kurma. Sebab aku tak leh tido kalau dah termakan nasi hehehe.

Ingatkan selesai makan nasi ala sahur sekaligus tengah malam tu (pagi la kut dah kul 2 lebey), aku ingat hic hic hiccups aku nih hilang la kut. Tapi sungguh hampa. Mata memang dah ngantuk giler tapi hic hic hiccups tak juga ada tanda-tanda nak hilang. Tengok jam dah kul 4:30 pagi. Seksa amat. Agaknya mungkin sebab terlalu mengantuk, aku rasa aku tertido gak kut huhuhu. Tak sure aku tido ada hic hic hiccups ke atau macam biasa. Sebab dalam jam 5 pagi tu, aku bangun, hoho hiccups dah hilang kut dan sahur sekali lagi. Err kali ni ikut rutin sahur biasa iaitu minum air je. Dan-dan lepas minum air, hic hic hiccups nih datang balik. Arghh tensionnya. So sebelum waktu imsak tiba, aku minum la air lagi dengan harapan kut-kut boleh hilangkan hiccups. Tapi hampa. Kerana terlampau ngantuk, aku mungkin tertido balik dalam 10 minit camtu tapi hic hic hiccups still tak hilang.

Pagi tu pegi opis pun macam tak best je. Mana taknya ngantuk giler. Aku harap kat opis hilanglah hic hic hiccups aku tu so bolehlah aku amik kesempatan untuk tido tetapi nyata tiada perubahan. Memandangkan ni bulan Ramadhan, memang susahlah nak buat apa-apa. Kalau tak boleh gak aku minum ke apa untuk hilangkan hiccups tu. Oh ya, sampai petang baru aku perasan aku tak punch pagi tu hahaha. Sepanjang kat opis, aku cari segala maklumat pasal hic hic hiccups nih. Cari punca dan cara bagaimana nak hilangkan hic hic hiccups selain minum air. Rupanya ada beberapa cara. Cara-cara itu tak termasuk petua orang-orang tua yang amik kertas surat khabar letak kat langit-langit dan tampal kat dahi bayi tu huhuhu. Apa kaitan saintifik ek letak kertas kat dahi bayi kalau kene sedu tu? Ada sesapa atau doktor pernah buat kajian tentang tu?

Sehinggalah waktu berbuka, hic hic hiccups aku masih tak hilang-hilang. Waktu berbuka pun sangatlah seksa. Time minum pun ada hic hic hiccups. Tu tak cerita time solat terutama time sujud. Baca pun laju je. Malam tu sambil drive sambil berhic hic hiccups, aku straight ke farmasi hahaha. Logik ke cari ubat hic hic hiccups nih kat farmasi? Orang kat farmasi tu cadang suh aku minum air tujuh kali. Masalahnya, aku dah minum entah berapa banyak kali. Ikut kiraan jam, dah lebih 24 jam aku kene hic hic hiccups nih. Trust me seksa teramat. Aku rasa dalam jam 2-3 pagi kut baru reda hic hic hiccups aku tu. Then baru la malam tu aku tido dengan amannya. Esoknya aku tak ke opis sebab ngantuk giler, memang tak larat nak drive. Mohon EL thru web je.

Masalah dah settle dengan hiccups nih satu hal, tapi ada lak masalah lain disebalik tu. Rupanya waktu berbuka hari tu, seksa sungguh, tekak aku rasa macam luka kat belah dalam. Minum sakit, makan apa pun sakit masa nak telan tu. Dugaan Allah. Bila difikirkan balik, mungkin ada hikmahnya aku tak keluar makan malam tu, hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.

Oh ya, dari apa yang aku baca dan yang aku ingat berkenaan cara-cara nak hilangkan hiccups selain dari minum air (normally orang buat yang ni).
  • Hidu Smelling Salts (biasa guna untuk sedarkan orang pengsan) dalam first aid kit mungkin ada

  • Tarik lidah dengan sekuatnya hehehe .. aku try tapi hilang kejap je dalam 10 minit camtu

  • Kene terperanjat atau ketakutan teramat. Kenalah orang agah atau Naik rollercoster kat Berjaya Times Square?

  • Letak secamca gula kat belakang lidah. Kalau budak kecik guna sirap pekat cam ubat batuk tu


Err .. tu je yang aku ingat.

Salam Aidilfitri. Ampun dan Maaf dipinta. Berhati-hati semasa memandu. Yang menumpang tu pastikan pemandu sentiasa alert.

Tuesday, October 03, 2006


N : Ada Misi ~ Bab Kedua




Ada dengar atau baca berita baru-baru ini berkenaan sebuah kapal terbang hilang tiba-tiba di kawasan hutan Amazon? Darn! Teringat aku citer Lost. Ni la parahnya bila tengok citer bersiri Lost huhuhu. Ok, abis pasal ni.
Sambungan dari bab yang lalu. Selepas pergi makan tengahhari di sebuah restoran yang dinamakan seribu satu malam itu, plan untuk ronda-ronda tak kesampaian kerana pengiring tak larat. Kelihatan dia teramat letih dan mengantuk giler kerana macam aku gak semalaman tak dapat tidur sewaktu di atas kapalterbang. So pada aku, better dia pergi rehat dulu daripada plan asal dia nak lepaskan aku dengan driver yang langsung tak tau selain bahasa ibunda dia. Jenuh la aku nak berkomunikasi. I wish kalau cakap ayam dan itik boleh difahami tapi ni langsung tidak. Aku just bagitau dia, ni tempat dia, tak macam aku, excited mengatasi rasa ngantuk, boleh gitu? Keputusannya, balik hotel dan semua kene tidur dulu.
Jadinya lepas lunch tu, balik bilik. Aku online. Check email dan apa yang patut. Internet free dan laju, so rugila kalau tak gunakan kemudahan yang ada. Plan nak tidur tak jadi. Entahlah, aku lebih risau kalau aku cuba tidur tapi kalau tak cukup, tiba-tiba dikejutkan untuk ronda-ronda. Sure pening kepala or lebih worst sangkut migraine.
Sedang rancak chat dengan opismet, tiba-tiba phone kat bilik berdering. Awal sejam dari perancangan asal. Nasib baik aku tak tidur. So bergegas ke lobi dan perjalanan seterusnya bermula. Sewaktu lunch tadi, aku diberitahu untuk pergi ke suatu tempat nama ada "road" camtu huhuhu. Chowkit road? or something like Petaling Street? Tak kisahlah. Yang aku tau, kerabat lebih menumpukan misi untuk mencari kain sutera atau silk. Misi aku lak ialah cuba dapatkan apa yang kawan aku tak sempat dapat sewaktu jejak ke negara ini tapi di bandar lain. Perjalanan memakan masa dalam lebih kurang 20-30 minit rasanya dari hotel.
Setelah parking, dan berjalan menuju ke atas, there u go. Macam parking kat dataran merdeka la plak. Suasana ala-ala Petaling Street tapi saiznya jauh lebih besar, lebih lapang. Kelihatan beratus mungkin beribu orang lalu lalang. Ada berbasikal, bermotorsikal, yang slide macam kasut ada roda tu pun banyak gak (ramai penjual la yang aku perasan). Yang berjalan kaki teramatlah ramainya sehinggakan tak boleh nak snap gambar berlatarbelakangkan apa-apa yang ko berkenan tanpa ada kelibat manusia dalam kamera ko. Camtu sekali. Kecuali gambar bangunan bahagian atas.
Pengiring bagi masa dalam 3 jam camtu untuk kami ronda-ronda dan mencari apa-apa yang patut, lepas tu jumpa balik jam 9 malam kat tempat kami mula-mula berdiri. Hohoho aku dah macam, "lerr, kalau dia tak ikut camna nak buat tawar menawar kalau nak beli barang atau tolong jadi penterjemah bahasa", kan? Aku pandang sekeliling. Then teringat misi yang amat penting. Sambil tunjuk tshirt yang aku pakai, aku tanya driver kut-kut dia tau kat mana letaknya Hard Rock Cafe dalam bandaraya tu, dia angguk-angguk then sengih-sengih. Aku dah excited mula-mula tapi still rasa tak best sebab dia tak leh cakap balik apa yang aku tanya. So aku cakap dengan pengiring suruh tanya driver tu. Driver tu tak tau menahu pasal HRC. Untuk dapatkan juga info pasal HRC, pengiring call kawan dia. Belum pengiring bagitau aku, aku dah leh agak, sure tak tau nih. Mana taknya, pengiring nak cakap pasal HRC kat kawan dia pun, dekat 2-3 kali tengok tshirt aku pakai untuk nak eja ejaan dia. Hish, dorang ni nerd abis tak tau pasal HRC. Last-last pengring bagitau, kawan dia tak pernah dengar pasal HRC. Aku gelak dalam hati (imagine je la kan). Sebenarnya sebelum aku jejak bandaraya ni, aku dah check kat website HRC, kedai tu dah lama wujud tapi baru-baru ni pindah lokasi. Lokasi baru tak update dalam website tersebut. Sebab tu aku tanya dorang, kalau tak, sure aku dah salin alamat dan suruh driver tu bawak. Misi gagal.
Angin kat sini agak sejuk walaupun ada terik mentari. Macam suasana kat Bali. Mungkin sebab dekat dengan laut. Kalau negara Malaysia, yang dekat dengan laut belum tentu anginnya sejuk. Akhirnya setelah bermuafakat, kami ronda-ronda dulu walaupun nampak kedai Silk King depan mata. Ada 5 tingkat tak silap aku, macam bangunan Kamdar plak. Teruskan perjalanan melihat sekeliling. Baru aku perasan, driver dan pengiring jalan dalam 2 atau 3 meter di belakang. Ok la camtu, kalau terstop kat mana-mana kedai, leh terus panggil dorang. Sepanjang berjalan, entah berapa ramai stop depan aku, cakap-cakap something pasal nak jual barang sambil tunjuk segala. Aku yang tak faham apa dorang cakap dan memang tak minat pun, lebih kepada "no, thank you" je la. Last-last aku slow kan langkah, berjalan sekali dengan driver dan pengiring. Berjalan dalam 600-700 meter camtu, kerabat buat keputusan nak patah balik untuk singgah Silk King. So terpaksa patah balik.
Masuk Silk King, aku tengok suasana dalam tu pun, aku tak berminat, macam eksklusif sangat. Sebab tak ramai orang sebenarnya hahaha. Terus naik tingkat 4 walaupun aku rasa kat ground floor tu pun banyak tak tertengok. Bila dah naik atas, banyak pakaian dah siap, yang beli meter tak banyak, tanya-tanya harga and so on, baru tau harganya 4 kali ganda mahal dari yang pernah dorang beli kat bandar lain. Pada aku logik juga la, sebab material dia memang untuk mak datin je pakai. Bila dah abis ronda floor tu, kami turun ke bawah. Aku tengok sekeliling especially gambar-gambar kat dinding dalam kedai tu. Hohoho, semua gambar isteri vice presiden negara dari pelusuk yang pernah singgah kedai tu, tak terkecuali dari negara kita, wife ex-PM juga arwah DS Hendon. Kerabat masih mengintai-intai kain, aku terus lepak kat luar hahaha. Taraf pengemop cam aku jaga pintu kedai je la. Oh ya, masa turun ke ground tu, pengiring ada appointment dengan kawan dia, so tinggallah kerabat, aku dan driver. Wah, macam tajuk drama la plak.
Kami teruskan rondaan mencari kedai yang sesuai tapi hampa. Ni kira berjalan arah bertentangan dari awal tadi sampai abis hujung jalan. Adalah dalam 700-800 meter dari kedai tadi. Penat berjalan jangan cakap la. Last-last kerabat suggest naik keretapi. Hahaha. Ni bukan keretapi macam LRT, ERL, monorel atau Keretapi Senandung Malam, ni keretapi macam naik kat zoo negara. Idea naik keretapi ni menarik gak. Sebab kami dari hujung jalan, let say kat Selatan, dan keretapi tu menuju ke Utara, so sepanjang perjalanan bolehlah tengok kedai-kedai kiri kanan tu. Kerabat duk belakang sekali. Aku duk dengan driver. Yang duduk depan aku, rupa sorang tu macam melayu. Driver aku cakap apa tah dengan orang depan dia yang temankan awek rupa cam melayu tu, driver bagitau aku, awek tu asal Malaysia. Bila aku tanya, awek tu kata bukan, dia Filipina huhuhu. Lantaklah. Takde rupa Filipina pun, kalau cakap asal Indon ke, boleh gak aku terima. Aku sekadar nak tanya pasal kedai silk, kalau dia tau tapi dah dia cakap Filipina, takdelah aku nak tanya lebih-lebih lagi. Keretapi macam kat zoo negara tu takde lah bergerak sehujungnya, dalam separuh perjalanan je kut then stop kat stesen dia. Terpaksalah jalan kaki lagi. Terus berjalan ke depan melihat deretan kedai. Aku rasa dalam berjalan tu je pun dah lebih satu kilometer tak termasuk masa naik train tadi. Last-last nampak menara yang aku cakap simbol untuk bandaraya ni. Err refer fotopages huhuhu.
Setelah snap sana sini, kami berpatah balik. Darn! Jauh giler nak balik ke tempat yang dah janji dengan pengiring untuk berjumpa tu. On the way balik, ikut jalan seberang. Masih tak dapat elak dari penjual tepi jalan. Ada yang cakap something yang pastinya aku tak faham tapi aku leh agak. Sama macam kat Bali gak pasal "pembuka pintu rezeki" or something yang berkaitan sewaktu dengannya. Banyak yang nak jual jam tangan dengan pen. Aku bagi alasan tak minat pakai jam sambil tunjuk tangan aku takde jam huhuhu. Sebenarnya aku memang nak beli jam tangan tapi tak tau lah bila. Maybe aku cerewet kut bab jam tangan ni. Sejak aku terbeli jam guna tenaga solar (tanpa bateri), lepas tali dia putus, aku beli jam lain yang kena kunci (still takde bateri) macam zaman-zaman dulu punya jam. Tapi jatuh banyak kali, entah camna tempat pemutar tu patah. Hancus luluh terus. Member aku pernah cadang suruh beli jam guna tenaga kinetik, tapi sampai sekarang tak terbeli hehehe. Guna jam kat henpon je la.
Awek kat sini selain penjual kaki lima mesra alam sungguh hahaha. Sambil-sambil jalan tu, ada gak yang tourist cam aku leh tanya aku something. Aku memang sepatah haram tak faham apa dia cakap, harap lawa je. Driver yang jalan dengan aku tu cepat-cepat datang kat aku. Driver tu cakap apa tah, then awek tu cakap balik kat dia then blah macam bengang je. Yang aku faham driver tu sebut perkataan Malaysia. Agaknya bagitau aku asal mana, so aku tak faham awek tu cakap apa. Then aku tanya driver apa awek tu cakap kat aku. Driver tu angkat bahu, maksudnya "entahlah" kan hahaha.
Sewaktu tiba tempat yang dijanjikan untuk berjumpa dengan pengiring, aku tengok jam baru kul 8, ada sejam lagi hahaha. So lepak kat tepi macam taman tu tengok budak-budak berlari atas lantai yang lampu dia bergerak macam air mengalir (susah nak explain unless tengok sendiri). Aku perasan ada sorang mamat ni lepak kat kedai ala bistro mcam kat Bintang Walk tu sambil snap gambar orang lalu lalang. Kamera dia panjang macam orang ambik gambar kat tepi padang bola. Oh, inilah paparazi yang dimaksudkan. Silap-silap gambar aku pun dia snap. Silalah check kat paper atau majalah mana-mana, kut-kut ada gambar aku keluar sambil pandang ke atas. Pandang bangunan sekeliling time tu.
Bila tiba masanya, pengiring pun tiba then ajak pergi makan malam. On the way ke kenderaan, pengiring cakap dengan aku pasal something. Aku tak faham mulanya, then bila dia kata driver yang bagitau, aku pun "ohhh". Aku baru faham apa awek tu cakap kat driver. Driver tu sebab tak reti nak cakap kat aku agaknya, sebab tu just angkat bahu hahaha. Aku jawab "next time". Next time yang aku sendiri tak pasti entah bila aku akan jejak kat situ lagi.
Sebelum tu, rewind balik. Masa awal-awal tiba kat situ, ada orang cakap pernah nampak aku. Sedangkan aku first time jejak kaki kat situ. Tapi aku, biasalah dengan confident tanya "really, when?". So dapatlah jawapan "tak ingat bila" dalam bahasa dia (translate oleh pengiring) hahaha. Lantaklah.

Thursday, September 28, 2006


N : Ada Misi ~ Bab Pertama




Pagi Isnin itu aku dimaklumkan tentang perlunya untuk membuat sesuatu dan segala yang berkaitan yang sewaktu dengannya. Hanya dengan tiba-tiba? Selama ini aku tiada dalam agenda hatta dalam iklan sekalipun. Namun begitulah tugas seorang tukang mop. Agaknya. So, minggu tersebut selesai segala yang patut aku selesaikan.
Malam Ahad berikutnya, tiba masa untuk menjalankan misi. "Kita ada misi"... motto ala-ala sewaktu main bowling kat tournament Kodok lak. Aku menuju ke KL Sentral seawal 8 malam. Memang awal giler sebab flight date keesokkannya. Melepak kat situ setelah check-in. Punyalah awal sampai nombor gate pun belum confirm lagi. Bila dah tak tau apa nak buat kat situ, jam pun dah menunjukkan 9:30pm, akhirnya aku beli tiket erl ekspress. Tibanya di KLIA, aku ke sana-sini tanpa tujuan spesifik macam window shopping. Bila jam dah menunjukkan pukul 11pm, aku pergi McDonald. Sengaja memperlahankan makan, membiarkan waktu berlalu lebih sket. Tengok dari situ begitu ramai orang, mungkin ahli keluarga atau rakan taulan yang menemani untuk menghantar mereka hingga ke hujung gerbang perlepasan. Sedangkan aku hanya sorang-sorang je pergi huk huk. No no. Lagi pun Isnin pagi tu dah hari kerja. Lain la kalau waktu flight siang hari atau di awal malam selepas maghrib.

Setelah naik aerotrain, aku check kamera. Bermasalah. Takde power. Takkan bateri dah abis sedangkan sebelum tu masa kat rumah aku dah check segala. Rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Apatah lagi flight pepagi buta time orang lain sedang lena tidur. Terbayang macam citer Lost huhuhu. Tapi aku divert Lost versi Badrulaftersix. Dia buat-buat Lost, tau-tau sampai Bali. Semudah a,b,c. Aku nak gak buat-buat camtu tapi tak berkesempatan plus ringgit tidak memberangsangkan. Nasib baik aku bawak 2 kamera, halobanya hahaha. So sewaktu menunggu, aku snap gambar papan notis tu tentang flight boarding, arrival segala tu. Tengoklah gambar yang tah apa-apa itu.

Sewaktu menunggu sebelum masuk flight (ada sejam lagi rasanya), aku check balik kamera aku yang tiba-tiba buat hal tu. Akhirnya ok. Alhamdulillah. Petanda yang aku tak perlu risaukan sangat, aku rasa.
Sepanjang dalam penerbangan, aku plan asalnya nak tidur, namun gagal. Sebab sepanjang perjalanan gegar semacam je hehehe. Stewardess depan aku entah berapa kali terpaksa duduk. Aku tak sure apa yang berlaku kat luar, mungkin juga hujan lebat. Untuk mengelakkan aku ambil tahu segala pasal yang merisaukan tu, aku mintak headphone dan on vod (video on demand). Kerap juga mesej terpapar diskrin memberi amaran supaya duduk dan pasang tali keledar. Bila dah jam 6 pagi, aku dah start ngantuk. Tapi tak boleh tidur juga sebab cahaya matahari baru naik sangat menyilaukan mata. Soalan quiz, kenapa masa kita naik flight tak leh tutup blind tingkap tu? Kalau tutup, sure disuruh bukak balik. Kenapa ya?
Bila tiba destinasi yang dituju, badan terasa amat letih sebab tak cukup tidur atau tak tidur langsung, hanya pejam mata tapi suara-suara annoucement dan gegaran kapalterbang segala tetap terasa. Isi borang sebelum flight landing. Time beratur nak melepasi imegresen satu masalah lagi. Panjang giler dengan campur mereka-mereka yang datang dari flight lain.

Setelah settle segala dan dah ambil bagasi, aku ingat nak proceed seperti yang dah plan masa kat Malaysia sebelum tu. Naik MagLev. MagLev atau Magnetic Levitation adalah dikatakan train yang terpantas didunia buat masa ini, kalah bullet train gamaknya. Boleh mencapai halaju sehingga 500 kph dengan pergerakan terapung dari landasan sewaktu bergerak. Wahhh bestnya. Namun aku tak berkesempatan naik sebab sewaktu calling-calling berlaku, rupanya driver yang disuruh tunggu kat town telah pun berada di airport. Arghhh frustnya. Misi yang ini gagal jua huhuhu.
Dalam perjalanan menuju ke hotel, aku try snap sana sini. Bila jejak kaki kat sini membuatkan aku rasa macam tak percaya. Sebab aku imagine lain, tapi kat sini jauh berganda dari aku bayangkan. Kat tv tayang silap kut. Sebab sini moden giler. Jauh hebat dari Singapore. Rekabentuk apartment jauh hebat dari putrajaya. Pada pandangan aku la. Kat tv aku tengok citer kungfu je kut, memang la suasana lama-lama hehehe. Gambar yang aku snap tak sharp sebab dengan taraf amatur dan dalam kenderaan bergerak, sejauh mana la sangat aku boleh memaksimakan penggunaan kamera aku tu.
Aku nak taip lagi tapi biarlah selari dengan fotopages tu.. Stay tune di ... mana jua anda berada.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat Semua yang Berpuasa ;)

Wednesday, September 13, 2006

N : Takdir Dan Waktu




Berlari-lari tanpa menghiraukan aku, dia, kau dan juga mereka. Tidak menunggu. Tiada kemungkinan untuk memperlahankan. Tiada!! Begitu pantasnya hingga tanpa aku sedari ia tiba jua. Dah setahun? Tersentak namun itulah hakikatnya. Putaran masa yang tiada mengendahkan sesiapa. Seperti mana perancangan aku yang lalu, bertolak seawal pagi sebelum Subuh. Tiba ke destinasi yang dituju lebih dari masa yang pernah aku ambil kebiasaannya kerana di pagi itu, hampir sepanjang jalan ada konvoi kemerdekaan. Pulang kerana majlis tahlil ke setahun.

Terimbas kembali setahun yang lalu. Lebih tepatnya seminggu sebelum setahun yang lalu. Masih segar diingatan. Bagaikan baru semalam ianya berlaku. Takdir telah menentukan ayah pergi buat selamanya. Tiada kata akhir, tiada pesanan. Bila mengingatkan diri tentang "takdir", maka itulah hakikat yang harus aku terima, harus aku tempohi dalam perjalanan hidup aku.

Berkenaan rakanku yang menghidapi kidney failure itu, menjadi persoalan dalam benak aku kebelakangan ini tentang adakah ini juga takdir yang telah menentukan aku tidak dapat bertemu dengan rakanku itu? Yang aku dah plan sejak awal sebelum cuti merdeka. Aku dah call kawan aku yang lain untuk ajak pergi ke hospital bersama, namun, mengetahui dia telah keluar dari hospital dan tidak dapat dihubungi melalui talian telefon, sungguh mengecewakan. Menjadi persoalan yang tidak terjawab, adakah aku punya peluang dilain waktu? Apakah hikmah aku tidak bertemu dengannya kali ini? Maka benarlah dengan kata-kata, kita hanya merancang.

Thursday, August 24, 2006

N : Kenangan Terindah




Minggu lalu aku berjumpa dengan seorang rakan sekolah lama. Menghitung kalendar yang ada, aku pasti terlalu lama aku tidak bersua dengannya. Hanya kerna seorang rakan lain yang rajin contact sana sini membuatkan hubungan yang terputus sekian lama, bersua kembali. Sewaktu persekolahan, dia kerap jua datang ke kampungku yang terletak bersebelahan dengan kampung dia. Waktu itu aku tinggal bersama atuk dan nenek sehinggalah tiba waktu aku harus tinggal diasrama kerana kebodohanku yang mengisi borang nak masuk sekolah berasrama. Terpaksa tukar sekolah. Di negeri lain pula.
Dari cerita dia, aku mendapat khabar terkini lagi. Berkaitan kawan aku (yang aku ceritakan sebelum ini) yang menghidapi kidney failure kedua belah. Kini, apa yang aku dengar ialah hatinya tidak lagi berfungsi. Bermula awal bulan ini. Mata putih jua telah bertukar kuning.

Terimbas kembali, kali terakhir aku bertemu dengannya ialah awal Jun yang lalu. Waktu itu dia baru pulang dari membuat dialisis. Aku pula kerana konvoi orang kahwin untuk balik ke KL. Aku merentas negeri hanya untuk pastikan bertemu dengannya. Di awal tahun lagi aku telah mendapat berita tentang dia, namun, aku tak tau nak cakap apa andai aku sekadar menelefon dia. Sungguh aku terlalu lemah untuk hadapi perkara sebegini. Maka itu, aku mohon doa agar dia dipanjangkan umur agar sempat bertemu dengannya.

Sewaktu bertemu dengan dia, banyak kata-kata nasihat yang aku terima. Kelihatan dia cuba membuat bagai tiada apa yang berlaku. Seperti orang sihat lainnya. Sebagaimana pada mula-mula dia dikhabarkan berita ini oleh doktor yang merawatnya. Rahsia yang dia cuba simpan akhirnya terbongkar jua, kerana ada beberapa rakan sekolah yang lain juga berjawatan doktor, malah ada yang pakar dalam bidang tertentu di hospital. Aku tau dia sedih, kerana dalam perbualan kami berdua, banyak perkara silam diungkitkan untuk membuat kami gelak sama-sama. Aku lebih banyak mampu tersenyum. Sedang rancak berbual kisah lama, akhirnya tersentuh satu perkara yang tiada siapa tahu selain aku. Dia cakap, walaupun kawan baiknya yang lain banyak tahu tentang dia, tapi aku lebih tahu kisah dia yang tak pernah diberitahu kepada sahabat baiknya yang lain. Aku sekadar "ohh". Tak sangka perkara tersebut masih menjadi satu rahsia. Dan aku berjanji akan mengekalkan rahsia itu selamanya. Insyaallah.

Masa yang ada terlalu singkat. Rasa sekejap sangat. Dia harus pulang. Aku pun takde nak halang dia. Apatah lagi melihat dia memandu seorang diri tanpa ditemani sesiapa. Lagi pula perjalanan aku ke KL memerlukan tak kurang dari 3 jam lagi. Sewaktu bersalam untuk berpisah, hati aku rasa sebak, aku bagai tak mampu nak ucapkan selamat tinggal. Aku cuba buat macam biasa. Akhirnya air mata mengalir jua, begitu juga dia. Aku sedih. Tapi aku tau dia lagi sedih. Namun, aku harap dia masih ingat apa yang aku bagitau dia masa tu, bahwasanya aku tak punya kekuatan untuk menelefon dia, untuk berbual melalui telefon. Sebab aku tau aku akan kelu. Dan aku juga tau kalau melalui telefon, dia akan membuat bagai tiada apa yang perlu dirunsingkan. Setiap rakan yang melawat dia, aku hanya mampu kirimkan salam, agar dia tau aku tidak lupakan dia. Tidak pernah.
Kisah terkini yang aku dapat dari rakan lain yang aku jumpa minggu lalu, membuatkan aku gelisah. Jadual perjalanan yang aku dah rancang adalah hujung bulan ini sempena cuti Merdeka. Aku hanya mampu berdoa agar dapat bertemu dengannya lagi. Insyaallah.




Thursday, August 03, 2006

N : Mengapa Perlu Endah




Pagi itu ada sesuatu yang aku rasa macam tak kena tapi sesuatu tersebut tidaklah aku endahkan sangat. Memandu ke arah selatan di waktu pagi adalah satu kebiasaan. Cuma melihat seorang pemandu wanita berbekalkan sticker P di kereta yang membuat pilihan saat akhir jalan mana nak dituju (kanan atau kiri, lebih kepada berentuk Y, bukan simpang 90 darjah kiri kanan ye), hampir saja menyebabkan berlaku perkara tidak diingini. Tak biasa dengan laluan tersebut atau sedang mencari lokasi yang nak dituju, entah bangunan apa agaknya? Namun aku bernasib baik kerana telah menjangkakan hal tersebut. Aku tekan minyak agar lebih laju untuk mara terus ke depan ambil laluan kanan sebelum kereta itu buat pilihan. Sangkaanku benar, kereta itu membuat pilihan di saat akhir ke arah kanan. Aku lihat dicermin, kereta dibelakangku terpaksa brake mengejut gara-gara wanita tersebut memandu bagai jalan itu dia yang punya. Kelihatan kereta dipandu wanita itu bergerak amat perlahan. Masih slow bagai takde apa yang berlaku di belakangnya. Grrr!

Aku teruskan perjalanan, namun rasa hati berdebar sekali. Tak pasti adakah disebabkan peristiwa tadi atau apa. Tapi aku tak patut meletakkan diri di situasi tersebut. Habis disitu.

Jam 10 pagi, aku ke JPJ bersama seorang kawan. Mintak tolong dia tunjukkan lokasi yang aku memang tak tau di mana letaknya JPJ Cheras? Tujuan ke sana asalnya untuk batalkan hak milik dan tukar hak milik. Err camna tu? Mula-mula nak batalkan hak milik finance kepada nama aku, kemudian baru plan nak tukar kepada nama pembeli baru. Sebelum ni aku dah pergi JPJ Putrajaya tapi urusan yang aku perlu ni takde. Jawapannya YA, andai korang tertanya ada JPJ kat Putrajaya? Berbalik kepada JPJ Cheras, memang hampehlah sebab urusan yang aku nak buat, tak boleh buat walaupun ada surat sumpah dari pihak pemberi finance mengatakan kenderaan aku itu telah habis dibayar sepenuhnya. Surat sumpah wujud sebab surat asal yang diberi kat aku dah hilang entah ke mana huhuhu. Kenderaan aku tu pulak asalnya berdaftar di Padang Jawa, Selangor. Tidak pula aku tau kena pergi tempat asal sebab sebelum itu, maksud aku sebelum itu ialah sebulan sebelum itu, aku dah singgah JPJ KT untuk buat urusan batal hak milik dan tukar hak milik semua nih. Kebetulan ke sana kerana ada kenduri kawin (tak sangka pengantin perempuan itu ada kaitan yang tak jauh dengan Ijin). Memandangkan pagi itu yang agak terhad kerana aku harus pulang ke KL, maka permintaan pegawai JPJ KT minta aku buat surat sumpah sebab hilang surat asal serta salinan kad pengenalan tidak dapat aku lakukan pagi tersebut. Aku plan nak buat kat KL je. Tapi tak sangka la plak jadi macam ni punya susah. Tak boleh buat kat JPJ Cheras satu hal tapi bila tukang bagi nombor cakap surat salinan segala tu mana-mana kedai boleh buat, aku pun rasa bengang gak la. Macam la aku jual kenderaan curi?? Memang aku dah jual kenderaan itu, tapi nama tak tukar, kesian la mamat yang beli tu. So semua ni aku kena settlekan sebelum pertengahan Ogos.

Sewaktu perjalanan balik dalam jam 11 pagi camtu, tengah gosip macam-macam termasuk pasal satu perkahwinan atas dasar rampasan (lantak ler) yang bakal berlaku tak lama lagi ni huhuhu entah macamana, masa nak overtake sebuah lori yang tak besar sangat, tiba-tiba aku terdengar bunyi macam rim kereta aku berlaga dengan jalan raya. Bising teramat. Panik jap aku terbayang tayar kereta dah tak de kat tempatnya. Bayangkan hanya ada rim sahaja hahaha. Aku perlahankan kereta dan berhenti tepi jalan. Bila tengok kat tayar belakang, ternampak kepala skru melekat kat tayar. Skru bukan paku atau apa-apa objek yang tajam. Nak mencari kedai tayar berdekatan menjadi satu hal yang tidak menyenangkan. Aku tinjau kawasan sekitar, tapi hanya nampak kedai yang tiada kaitan. Aku pandu ke arah deretan kedai yang ada, tapi masih hampa. Akhirnya aku berhenti berdekatan kedai servis kereta. Aku call member aku dengan harapan dia boleh datang membantu tapi hampa sebab dia tak bawak kereta namun, dia agak familiar dengan kawasan tersebut. So dia bagi guide kat mana kedai tayar yang ada di sekitar situ. Patut dia tau sebab pernah tukat tayar dan rim kat kedai tu. Aku tinjau dengan berjalan kaki dahulu. Akhirnya nampak. Dan memandu perlahan ke arah kedai tersebut. Kerja-kerja sepatutnya dilakukan. Setelah dikeluarkan skru dari tayar itu yang agak susah pada mulanya, aku tengok pun macam tak percaya. Tengok ajelah kat gambar (guna kemra phone) tu panjang mana skru tersebut dan ianya tak de la tajam pun.
Part yang paling tak best bila aku diberitahu bahwasanya tayar tersebut perlu ditukar. Dan kedai tu pun tak punya senarai yang banyak untuk aku buat pilihan. Masa berjalan, aku perlu buat keputusan. Akhirnya aku decide tukar satu tayar je dulu, patut ikutkan kena tukar sepasang agar bunga tayar sama. Tapi kedai tu mahal sangat harganya, pada aku la kan. Aku terpaksa plan untuk ke Klang hari minggu untuk tukar tayar yang sama jenis. Oh ya, sebelum kerja-kerja bukak tayar di jalankan, kawan aku ni terima berita pasal Hani Mohsin. Aku pun macam tak percaya apatah lagi diberitahu ianya disebabkan berkaitan dengan sakit jantung. Al-fatihah buat allahyarham.
By the time aku nak post citer nih, sure tau la kan citer ni bila tarikhnya, sebab aku ada kaitkan dengan arwah Hani, geran kenderaan telah selamat dibatalkan hak milik kat JPJ Padang Jawa dan tayar sebelah lagi juga telah selamat ditukar. Sama jenis tapi lain harga. Beza dengan harga kat kedai yang aku tukar sebelum itu ialah RM67. Itu sebab tukar satu je, kalau keempat-empat tayar (darab dengan 4 la)? Takkan nak berkira kut pasal tol dan minyak ke Klang? Kalau pergi petang (tunggu pas Maghrib sket) pasti beza duit tu boleh singgah untuk makan seafood atau ikan bakar hehehe.


Friday, July 14, 2006

N : Thank you for being a part of my life




**Your response will be interesting. Pay attention to what you read. After you have finished reading it, you will know the reason it was wrote to you.


Here goes:

People come into your life for a reason, a season or a lifetime. When you know which one it is, you will know what to do for that person. When someone is in your life for a REASON, it is usually to meet a need you have expressed. They have come to assist you through a difficulty, to provide you with guidance and support, to aid you physically, emotionally or spiritually. They may seem like a godsend and they are. They are there for the reason you need them to be.


Then, without any wrongdoing on your part or at an inconvenient time, this person will say or do something to bring the relationship to an end. Sometimes they die. Sometimes they walk away. Sometimes they act up and force you to take a stand. What we must realize is that our need has been met, our desire fulfilled, their work is done. The prayer you sent up has been answered and now it is time to move on.


Some people come into your life for a SEASON, because your turn has come to share, grow or learn. They bring you an experience of peace or make you laugh. They may teach you something you have never done. They usually give you an unbelievable amount of joy. Believe it, it is real. But only for a season.


LIFETIME relationships teach you lifetime lessons, things you must build upon in order to have a solid emotional foundation. Your job is to accept the lesson, love the person and put what you have learned to use in all other relationships and areas of your life. It is said that love is blind but friendship is clairvoyant.


Thank you for being a part of my life, whether you were a reason, a season or a lifetime.


Friday, May 19, 2006

N : Chat di Reversemode




Tiba-tiba aku rasa macam tak tau kat mana nak mulakan. Terlalu lama tak updet blog dan fotopages membuatkan aku semakin la tak bermaya atau dengan erti kata lain, malas!. Macam baru ni, nak updet fotopages, aku boleh lupa username dan password huhuhu. Dan tah macamana aku ter-create fotopages baru, nasib la. Foto yang aku shot semua ada dalam hard disk lama, so apa yang ada dalam hard disk baru aje la aku letak kat situ. Tapi akhirnya aku ingat balik semua tu, so kembali sediakala dan tertinggal la fotopages baru tanpa ada apa-apa foto huhuhu.
Aku tau aku macam langgar arus, takde nak cakap pasal AF apatah lagi pasal World Cup. Itu normal bagi seorang blogger reversemode huhuhu. Tapi terus terang aje la, AF kali ni sememangnya tak membuatkan aku jadi magnet. Masa AF3 nak mula, cakap camtu gak, tapi ntah camna, aura depa sungguh kuat. Kali ni tak berapa sangat. Mungkin aku mengharapkan yang lebih dari dulu. Silap aku la tu.
Berkenaan dengan World Cup, rata-rata kalau tanya semuanya pilih pasukan yang memang dah pernah bergelar juara, so takde apa yang best pun. Pada aku la. Ye la kan, kalau pasukan ex-juara masuk final, takde rasa teruja pun berbanding pasukan yang tersebut tersingkir awal. Sama gak kalau pasukan yang tak pernah merasai juara world cup tersingkir awal, memang rasa biasa je tapi kalau pasukan ini masuk final, pasti adrenalin naik lebih sket. Sket je la. Kalau ramai pilih Brazil, German, Holland, Sepanyol, England atau Itali atau Argentina, aku lebih suka perhatikan pasukan Korea Selatan juga Ghana, memandangkan Jepun tak leh harap, harap producekan anime je boleh huhuhu. Ibarat tengok pasukan Malaysia lawan My Team, aku dapat rasa ramai penonton kat stadium nak tengok My Team belasah Malaysia, tapi apakan daya. So macam tu la gak aku mengharap untuk pasukan Korea itu. Go Samsung, go LG, go Hyundai huhuhu.
Wa liau sang, aku bukan nak cerita pasal AF4 atau World Cup, tapi updet kali ni nak bagi tau pasal chat box kat blog aku ni. Aku mungkin jadi yang pertama, mungkin juga tak sebab tak berkesempatan nak tinjau blog orang lain. Chat blog ni ibarat conf kat YM atau IRC. Aku tak pasti samada ianya juga kena block sepertimana port yang lain, tapi kalau korang tak boleh chat tu, faham sendiri aje la. Tapi kalau boleh chat tu, jangan havoc sampai network admin tau huhuhu.

Sekian laporan

Thursday, May 11, 2006

N : Hijack (hai jack, how r u)




Kini dah masuk Mei. Melihat tarikh akhir aku post dalam entry yang lalu menunjukkan dah 2 bulan lebih. Kalau dulu ngadap pc dan internet down, rasa semua mende macam tak kena. Segala kerja tak leh nak buat. Macamlah kerja aku ni bergantung sesangat dengan internet. Boleh je buat kerja lain tapi itu la alasan untuk mood berubah andai internet tetiba down. Rasa duk dalam aircond pun macam aircond tak berfungsi je. Kalau dulu sewaktu keje sebagai chat engineer, memang patut pun aku tak leh buat keje tanpa internet. Camna nak chatting kan kalau internet takde. Tapi sejak pegang mop ala pendekar jaga istana, apa kisah ada ke tak internet sepatutnya. Tapi itu la, kerjaya lama masih sukar dilupakan begitu saja. Itu pasal ada pc tanpa internet, kalau tanpa pc?
Sejak pc aku kene hijack, kene hijack ye, bukan sebab kena virus atau apa. Dengan kata lain, bila pc dah kene ambik, maka langsung tak leh buat apa. Datang opis, punch, pi bekpes, balik tido, bangun pun dekat-dekat nak lunch. Kadang tu sampai kene datang kejut huhuhu. Kadang tu kalau rasa malas, sambung tido lagi, yeah. Nasib baik segala mp3 yang aku download atau anime yang aku dah save dalam harddisk, sebelum orang tu datang hijack (nasib gak la bagitau bila datang nak hijack), so aku cabut dulu harddisk yang dah pelbagai file tersimpan dalam tu. Bukan pc aku sorang yang kene, ramai gak la. Tapi nak buat camna, mereka fikir mereka bijaksana. Siapa mereka? nanti kalau aku mention, ada lak terasa. Terasa dalam erti kata sebab mention division atau department atau jawatan atau apa je la kan yang berkait dan terkait walaupun bukan dari opis yang sama huhuhu.
So, bila takde pc ni (worst dari takde internet), maka segala mende tak leh nak buat. Segala blog yang aku singgah dulu, tak de masa nak baca. Segala file yang aku download setiap minggu, dah tak leh download. Haha, perasan tak, aku citer pasal berkaitan internet yang takde kaitan keje huhuhu.
Kesimpulannya ialah aku nak bagitau pasal tarikh hari ni iaitu UMNO dah masuk ke 60 tahun, aku ingat walaupun aku tak pernah daftar jadi ahli huhuhu dan 14hb ni Hari Ibu. Selamat menyambut di mana jua anda berada.

Wednesday, March 01, 2006

N : Instinc Juga Ada Gerak Hati



Instinc atau gerak hati yang tiada kaitan dengan siri Gerak Khas ada dalam diri setiap insan samada kita mahu mencuba untuk menyelami dan memahaminya atau tidak menyedari tentang rasa itu. Ianya tampil tanpa diundang. Tidak boleh dipaksa-paksa. Tidak boleh juga dibuat-buat. Tidak boleh dijemput sesuka waktu. Sekelip rasa itu datang dalam sekelip mata. Kadang berkait dengan alam persekitaran waktu itu. Terkadang tiada alasan untuk dikaitkan dengan persekitaran atau masa. Hanya dengan tiba-tiba.

Gerak hati tentang merasai sesuatu tanpa diundang terkadang mencemaskan, merisaukan mungkin dan kalanya menakutkan. Gerak hati kita yang merasakan tentang sesuatu kehadiran mungkin adalah suatu kebiasaan. Kebiasaan yang tidak luar biasa. Namun bagaimana gerak hati orang lain tentang diri kita? Tentang sesuatu yang tak terfikir oleh mereka. Tentang sesuatu yang tidak ingin diwujudkan?

Di bulan lalu, dicuti yang panjang, aku mengambil keputusan sementelah mahu memenuhi hasrat ibu untuk melewati kehidupan di suatu tempat yang telah lama aku tinggalkan. Melebihi separuh dari sisa umur dan kehidupanku. Hanya dengan tiba-tiba ibu ingin mencari rakan-rakan lamanya yang suatu ketika sebahagiannya adalah jiran tetangga. Mungkin rasa itu hadir setelah ayah pergi. Meninggalkan kami tanpa aku rasakan bahwa dia benar-benar telah pergi.

Menjejaki rakan lama ibu, ibarat menjejaki rakan lamaku jua kerna anak-anak mereka sebahagiannya adalah rakanku. Telah berkali aku hadir di sini namun segalanya telah berubah. Terlalu berbeza sewaktu aku masih bersekolah disekitarnya. Aku pasti termungkin berselisih bahu tidak aku kenali mereka lagi. Memandu ke arah selatan Semenanjung memakan masa lebih kurang 4 jam setelah membuat 7 perhentian tidak terancang sebelum itu.

Sebelum check in, aku ronda-ronda sekitar kawasan perumahan di mana kali terakhir aku mendiami di kawasan itu sewaktu aku masih darjah 1. Sungguh, waktu bergerak pantas tanpa aku mampu menoleh ke belakang. Rumah yang aku singgahi adalah berjiran, berdepan dan agak ke sebelah kanan sedikit. Aku masih ingat melewati kawasan rumah itu sebagai jalan pintas sewaktu ingin ke masjid tunaikan Jumaat. Rumah yang aku pernah duduki suatu ketika dulu kini telah menjadi sebuah restoran atau kedai makan. Mengikut hitungan, telah berapa kali aku melewati jalan itu dalam tahun-tahun sebelum ini namun aku tidak singgah atau berhenti melihat sekitar dengan lebih dekat. Sekadar lalu melihat kiri kanan rumah yang ratanya masih belum berubah dengan drastik. Masih boleh ku ingat dengan segarnya segala persekitaran yang ada. Namun, membawa ibu menjadikan perjalanan kali ini lebih indah. Singgah di rumah makcik m (em) agak mengejutkan aku. Dari ceritanya, baru 2 atau 3 hari lalu bicara tentang aku. Tentang aku diwaktu kecil dahulu. Mungkin juga kenakalan aku waktu itu. Cerita tentang aku dengan anaknya yang cute itu (skrg tak sure sbb tak jumpa hari tu huhuhu). Dan dia sendiri tidak menjangkakan, aku bakal hadir setelah mereka bicara tentang diri ini. Adakah kerana itu, aku merasakan suatu energy sehingga membawa aku ke sana?
Ada beberapa buah rumah lagi yang aku singgahi. Realitinya hanya mengundang air mata. Tidak menyangka dan disangka, ada mereka yang lain juga telah pergi meninggalkan yang mengenali. Sungguh, aku tidak punya kekuatan untuk bicara selanjutnya.

Huh, bahse apa aku taip kat atas nih?

Baru-baru ini, setelah tiket ditangan. Keesokkannya, rakan aku yang dah lama agak menyepi baik hubungan email atau phone, dengan tiba-tiba call aku. Masa tu aku tengah transfer no phone kawan-kawan dari phone lama ke sim kad. Mudah untuk aku gunakan mana-mana phone nanti. Salah satu sebabnya, masa aku sampai ke destinasi, aku boleh call kawan aku sorang ni. Tapi tengah duk transfer number tu, dia call. Cakap baru malam tadi mimpi pergi kolej. Jumpa rakan-rakan lain, jumpa aku dan bicara tentang sesuatu. Memandangkan dia pun tau dah lama tak contact, so dia call aku. Aku pun dah lama rasa pelik, apsal lately tak singgah KL. Selalunya dalam 2 atau 3 bulan mesti jejak KL. Rupanya dah naik pangkat. Tak perlu ke sana ke mari lagi. Sedang borak-borak tu, dia tanya bila nak datang? *aku dah gelak-gelak tapi masih tak bagitau flight aku esoknya*. Teringat dah book flight bulan 6 atau 7 akan datang, aku mention la yang itu. Lagi pun, soalan dia tentang time tu pun. Dah habis berbual thru phone, terlintas di fikiran, kuatnya gerak hati dia pasal aku. Walaupun dia fikir dia silap tentang aku akan ke sana, hakikatnya memang aku akan ke sana esoknya, cuma aku tak cakap je kat dia. Bila jadi camni, teringat aku kat makcik m di Johor. Berkenaan gerak hati mereka.

Akhirnya aku jejakkan kaki jua di Kuching, Sarawak. Mulanya aku tak nak contact sesiapa, namun aku hantar je la sms tentang cuaca di Kuching waktu itu. Hujan seharian. Kawan aku masih memikirkan aku tengok berita tentang keadaan cuaca. Bila aku cakap dah jejak bumi kenyalang, dan dan dia call. Petang sampai malam round sakkan. Dapatlah rasa mee kolok kat sekitar kampung melayu. Aku pergi sana, bukan jalan-jalan cari makan, bukan juga jalan-jalan cari kek lapis sarawak atau terubuk masin, apatah lagi tikar sarawak atau pua kumbu. Habis presentation dari pagi sampai petang kat tempat tu, balik hotel dan keluar balik ke waterfront. Makan laksa Sarawak kat James Brooke Bistro. Sementelah lebih dari 3 orang Sarawak bagitau laksa sarawak kat Laksa Shack rasanya tak sama, maka aku kena lah try. Dan sememangnya rasa laksa tersebut jauh bezanya. Sementara menunggu laksa tiba, aku rasa tak sedap ati la plak kalau tak bagitau rose-pfs pasal aku kat Kuching time tu. Dan agenda nak membeli kek lapis memang tak sempat. Apa yang aku diberitahu, tempah dengan orang lebih baik dari beli yang dah tersedia. Even masa kat pasar Satok, kawan aku ada beli, tapi rasa masam manis la plak. Aku tak sure nama apa, tapi ada kaler hijau, merah dan coklat. Selama ni aku makan rasa yang manis je.

Baru nak angkat chopstick, rose call. Dah berenti tepi jalan. Aku teragak-agak mencari. Teringat pasal kereta bomba. Baru perasan huhuhu. Ros bagi langsat yang teramat manis. Aku makan laksa tak abis lagi, kawan-kawan dah sapu dulu. Takde sebiji pun yang tak manis, semuanya manis-manis belaka. Thank you ros hihi. Tak berkesempatan nak lepak. Malam tu aku ronda-ronda sekitar Kuching. Klik sana klik sini. Entah bila nak update fotopages ahaks. Pekena mee kolok lagi better lagi rasanya dari semalam. Sambil bercerita yang tak terjangka oleh kawan aku walaupun dia syak something petang semalam. Dah lama sangat aku simpan, so aku cerita aje la. Conclusion dari dia pun sama. Aku perlu susun langkah. Untuk melompat lebih tinggi.

Dan kesimpulan perjumpaan dengan mereka ialah lagu ini :

Dan mungkin bila nanti
Kita kan bertemu lagi ?

Friday, February 24, 2006

N : Painful Memories




As the wind blows, these painful memories won`t dissapear
What where you thinking as you collected the old songs into one?
There is no second chance, there is no second chance

I know how foolish I look
The image of becoming innocent
This definitely isn`t over, this definitely isn`t over

The flaming sight of my passion crossing a thousand dreams
passing over inhuman beasts
I seize the world in my hands

The clouds scatter and the sun sets again
This one-man parade starts to move

Adventure
Lucky days
Trials
Climbing
Light and Darkness
Encounters
Life
Mutual Love

Monday, February 13, 2006

N : I Know What I Did Last Month



Sekali lagi ianya terjadi. Apa yang aku dah kemaskini tidak terpahat kat blog. Tak berapa pasti kenapa nak jadi camtu atau camni, yang nyata tak terpos. Malah ada yang dah pos tapi hilang dari blog. Kalau ada sesapa yang perasan la kan. Berkenaan azam tahun baru? Tapi itu lebih kepada kesilapan sendiri atau kesilapan teknologi yang serba canggih tapi menyusahkan dan tau-tau .. eh mana pergi da posting yang lalu? Hilang camtu aje. Takde backup lak tu. Hampeh dot kom dot mai.
Walau bagaimana pun, aku akan ringkaskan seringkas mungkin segala yang aku dah taip sebelum ni. Pertama berkenaan cerita Buli Balik yang aku pergi tengok kat wayang. Kisah Nordin mendapat peluang untuk membalas apa yang dia kena dari siri filem pertama Buli. Ok abis kat situ. Ringkas kan? Muahaha. Baca dibawah kalau nak yang tak berapa ringkas atau skip je kat komen huhuhu.

Aku pergi menonton filem Buli Balik pada hari pertama tayangan kat pawagam. Tak kira la kalau ada yang tengok dulu dari tu yang dikira "khas" untuk orang VIP segala. Orang cam aku mana nak dapat jemputan camtu. Kalau ada pun belum tentu aku pergi. Dah yang lain VIP, aku hanya NVIP. Juga tak dikira la kan kalau ada yang pergi nonton siang pada hari pertama. Tapi still hari pertama la kan. Lagi pun seingat aku, tak pernah la aku nak pergi tengok wayang hari pertama. Apa tah lagi filem melayu. Biasanya dengar dari mulut orang dulu samada cerita tu best atau tak, baru decide nak pergi. Dan kadangkala orang komen tak best tapi terasa nak tengok, aku beli VCD kat Speedy Video at least. So bukan cetak rompak ya. Unless kat kedai-kedai camtu telah mengkaburkan pembeli cam aku. Ko tau apa maksud aku. Tapi filem dari Afdlin Shauki boleh saja dikecualikan. Memang tidak mengecewakan. Pendapat aku la kan. Mungkin juga sebab aku dah suka dan boleh terima dengan rancangan AH-HA (kenapa tak de musim seterusnya?). Aku boleh gelak-gelak tengok tapi ada juga orang lain tak minat. Jadi kecualian tentang filem arahan Afdlin Shauki ni bergantung pada orang juga la.
Memandangkan aku antara golongan yang agak pertama (ikut hari tayangan umum) masuk pawagam tengok BULI BALIK, tentunya aku takde sebarang maklumat atau komen dari orang ramai tentang filem ni. Ada bagus, ada tak bagusnya. Mungkin juga ada bagus dalam tak bagus atau tak bagus dalam bagus. Tak boleh nak jangka apa-apa. Adakah macam filem Buli ceritanya macam takde ending? Atau kali ni ada ending atau bagaimana? Adakah jalan ceritanya membuatkan gelak sepanjang masa? Pelbagai persoalan, pelbagai andaian dibuat sebelum cerita bermula. Bila dah abis tengok, baru tau. Rupanya filem ini bukan untuk gelak sepanjang masa. Banyak persoalan dan pengajaran yang boleh diambil. Kalau nak!

Dalam BB ni pada pendapat aku, diulangi, pendapat aku, lakonan yang dikira cemerlang tentunya dari AC Mizal dalam menyamar setiap karakter. Lawak tentunya. Lakonan Hans Isaac yang hilang ingatan so real, cuma terover sket kut waktu ending. Kalau dia buat penyesalan yang biasa-biasa je tentunya lagi best. Dia cemerlang kerana dalam Buli orang sakit hati tapi dalam Buli Balik, dia buat orang ada rasa simpati. Tipikal perasaan orang kita kut hehehe. Lakonan Ako yang selamba juga memang best terutama part dia dera (kenakan) Roy. Uiks, macam aku berminat je kenakan orang muhahaha. Watak Nordin yang tak suka Roy tapi ingin bantu tanpa sengaja, amat cemerlang. Banyak pengajaran tapi aku kurang gemar la plak part dia lepuk Roy tepi padang tu. Macam tiba-tiba sangat. Sebelum tu ada gak tunjuk tak suka tapi part tu macam ... Atau ada extended version kat sini? Tapi bila fikir balik, ni kira twist yang paling bagus. Tengah rasa respek kat Nordin, tiba-tiba je rasa simpati kat Roy. Memang excellent.
Ini hanya beberapa watak yang aku boleh senaraikan. Kalau ikutkan aku, walaupun watak lain agak kecil atau sampingan tapi hasil lakonan mereka memang best. Dalam serius ada lawak. Dalam lawak ada serius. Dalam gelak ada sedih dan dalam sedih boleh gelak.

Aku tau, kalau ini nak dinamakan promosi, aku dah dikira tersangat lewat hahaha. Tapi aku dengar Afdlin nak kuarkan DVD untuk filem Buli Balik nih. Ini satu berita baru, mungkin pertama kali dalam industri filem melayu ada versi DVD. Atau mungkin juga dah ada sebelum ini tapi aku tak tau. Kalau filem dulu-dulu di DVD kan, tu tak kira la kan. Ni aku cakap pasal dia (afdlin) sendiri yang nak terbitkan versi DVD. Adakah DVD ini gabungan filem Buli dan Buli Balik? Sama-samalah kita tunggu. So pada yang tak sempat nak menonton cerita ni kat pawagam, jangan teragak-agak dapatkan DVD. Atau setidaknya VCD.

*** Bukan jurujual VCD atau DVD yach!! ***

Wednesday, January 11, 2006

N : Looking for Malaysia Bloggers




Ermm, baru aje dapat email seperti kandungan dibawah. Andai anda juga seorang bloggers dari Malaysia, sila baca dan buatlah apa yang patut hehe. Aku tolong iklankan aje kat sini...

** start email **


kowkh@ao2consulting.com to me

Your chance to win an iPod Video
Your chance to win an iPod Nano or both
Are you a Malaysian Blogger?
If yes, take a 5-10 minute survey

Hi,

We obtained your email contact details from your blog page.

We, aO2 Consulting Sdn Bhd, are a professional marketing research consultancy that specialises in online and offline research projects. Currently, we are conducting an interesting online survey project to find out the latest trends in internet usage that requires your valuable input. This survey should take between 5-10 minutes to complete.

Upon submitting your completed survey, you are entitled to enter into our draw where the top two prizes are to w~in one of 2 iPod Videos (30GB)* with ten runner-up prizes of cash/gift vouchers each valued at RM30*.

We also need your help to recruit more Malaysian bloggers to participate in this survey (through your personal contacts). By recommending this survey to your friends (who are bloggers in Malaysia), you will be eligible to enter into another draw where the top three prizes are to win one of 3 iPod Nanos (2GB)* with ten runner-up prizes of cash/gift vouchers each valued at RM30*.

In summary, there will be 2 lucky winners for the iPod Video, 3 winners for the iPod Nano and 20 winners for cash/gifts vouchers*.

This survey will close on the 31st January 2006, 23:59 p.m. Malaysian time.

http://www.surveysolutions.com.sg/perseus/surveys/1680431047/2b813810.htm

Please note that we will only allow one survey entry per person.

* Note:Terms & Conditions apply
(if the links failed, go to http://www.ao2consulting.com/terms/terms.html for more details)

** end email **