Monday, March 29, 2010

N : Krono J-20




Kali terakhir yang aku tahu, jika dilihat dalam kalendar, telah beberapa tahun lampau. Aku tau dia telah menetap di situ pun dari adiknya. Beberapa kali juga, aku ke situ, namun kelibatnya tidak pernah kelihatan, mungkin aku salah rumah ? Atau takkan hanya tiga buah rumah yang ada di situ, aku boleh terlepas pandang di antara yang mana satu. Tiga tau!! bukan tiga puluh atau tiga ratus. Namun dua tahun kebelakangan ini, aku tidak lagi ambil peduli untuk mengetahui rumahnya yang mana satu. Aku mengalah begitu saja? Atau aku terfikir, elok saja aku tanya adiknya agar lebih mudah. Tapi persoalan itu hanyalah dalam hati aku sahaja. Tiada siapa yang tahu.

Aku mengenali adiknya, bermula sesi baru persekolahan tingkatan empat. Entah apa keputusan peperiksaan aku yang lalu, menyebabkan aku terperosok di dalam kelas itu. Ini gara-gara buat pertama kali dalam sejarah sekolah, kesemua pelajar mendapat keputusan A. Para guru terutama guru besar atau pengetua ketika itu sangat merasa bangga kerana rekod sekolah tercipta tanpa disangka. Makanya, kalau tak silap dengan aggregate hanya tiga belas atau empat belas pun waktu itu, telah berada di aliran sains kelas ke lima. Kesemuanya seingat aku ada tujuh kelas sains, dengan bilangan murid seramai tidak kurang empat puluh lima orang setiap kelas. Sekolah harian biasa punya tujuh kelas sains? Ini antara alasan kawan-kawan aku yang mendapat tawaran maktab atau sekolah berasrama penuh tapi enggan bertukar ke sekolah sana. Aku masih ingat kata-katanya.. "makmal sains sekolah kita ada banyak, cikgu yang mengajar pun bagus, tengok la kita semua dapat keputusan camna, buat apa nak tukar ke sekolah sains lagi, sini pun dah cukup bagus". Dan kawan yang cakap kat aku macam tu satu ketika dulu, sekarang ini adalah salah seorang doktor pakar.

Berbalik kepada tadi, aku sekelas dengan adik dia nih atau singkatan namanya sebagai (huruf nombor ke empatbelas kalau bermula dari A). Kami sekelas.. sains tiga. Pelajar perempuan lebih ramai dari lelaki dalam kelas ini. Dia pulak duduk sebelah belakang aku. Komunikasi antara kami memang takde langsung. Aku memang tak reti nak borak dengan dorang ni masa tu. Maklumlah, masa tingkatan tiga, kami dari aliran berlainan. Bila masuk tingkatan empat, takde sorang pun pelajar perempuan dari kelas aku dulu (tingkatan tiga) sekelas dengan aku kini. Kalau berborak pun dalam kelas masa cikgu takde, sesama lelaki aje la. Berborak masa cikgu takde tu lebih kepada buat bising dalam kelas, memang la tak melibatkan pelajar pompuan, standard la tu kan.

Teringat kawan duk sebelah aku masa tu cakap kat aku. Masa tingkatan tiga, top five yang cun dari aliran perdagangan ialah sekian-sekian, manakala dari aliran sains rumahtangga sekian-sekian, dan dari aliran pertanian juga sekian-sekian, tengok-tengok semua dorang tu sekelas dengan kita. Wah, semua yang cun dan cute dalam kelas kita la, ni tackle pejam mata pun takpe, tak kisah dapat mana-mana. Aku gelak sakkan dengar dia cakap macam tu. Lepas tu,dia tanya aku.. apa persamaan dorang ni semua? Aku yang blur dengan soalan dia tu, tanya dia balik, persamaan apa plak nih? Dia pun cakap, apa la ko nih, persamaan dorang ni semua, yang cun-cun tu otak dorang pun sama gak, sebab tu duduk dalam satu kelas. Aku gelak lagi dengar teori dia tu. Kita ni plak camna? Aku saja nyakat tanya dia? Kita pun dalam kategori camtu gak kut, hey perasan la sket kan.. lepas dia cakap macam tu, kami sama-sama gelak.

Hari berlalu, pembelajaran tak memberansangkan, kerja-rumah cikgu bagi, ada aje yang tak boleh disiapkan. Camna nak siap, kalau balik sekolah merayau dulu. Maka, setiap pagi seawalnya, mesti pinjam buku kawan-kawan nak xerox. Yang lawaknya, semua yang lelaki standard aje tak siapkan kerja-rumah, mula la pinjam dengan pelajar perempuan. Aku nak mintak memang la segan, bercakap pun tidak, tiba-tiba nak pinjam, kan. Nak tak nak, kena la tunggu kawan siap salin baru aku salin dari kawan aku tu. Tapi salin aku masa tu, bukan salin saja-saja, salin dan fahamkan terus. Sebab tu bila ujian bulanan, ada pelajar perempuan tak puas hati sebab keputusan tak jauh dari markah penuh. Mula la tuduhan meniru huhuhu. Macam real meniru tapi nasib baik ada saksi penting. Satu hari tu kebetulan masa ujian satu kertas tu, mana-mana pengawas perpustakaan bermesyuarat terus aje amik ujian di perpustakaan, kiranya ujian tetap berjalan serentak. Bangunan perpustakaan dengan kelas kami agak jauh juga. Kawan aku ni, amik ujian kat sana, aku pulak dalam kelas. Masa keputusan keluar, aku banding tengok paper kawan aku dengan aku punya, kami gelak besar. Apa taknya, markah sama, soalan subjektif, nombor yang salah.. sama. Jawapan yang diberikan salah, juga sama. Entah apa punya kebetulan da. Tapi, aku tak lama dalam kelas ni. Aku dan kawan sebelah aku tu, adalah dua orang terawal bertukar ke sekolah lain. Puas pengetua pujuk. Ishh, panjang citer plak kang. Skip skip skip. Tara sapa baca pun.

Kiranya, aku rapat gak la dengan si (huruf nombor ke empatbelas kalau bermula dari A) ni sejak meninggalkan sekolah tersebut. Bila cuti penggal aje, kerap juga aku berbicara dengan dia menerusi telefon. Perlu diingat, masa ni, tak semua rumah ada telefon. Jadi, bila aku nak tau kisah-kisah kawan aku kat sekolah lama, aku akan telefon tanya dia. Nak berutus surat, kawan-kawan lelaki ni, awal-awal je rajin, masuk surat ke tiga atau empat, senyap terus. Nak call tak boleh. Jadi, atas alasan itu hubungan kami lebih rapat. Terkadang kakak (huruf nombor ke empatbelas kalau bermula dari A) ni yang angkat telefon, panjang gak borak dengan kakak dia nih. Ada ketika, kakak dia ni tak bagitau pun aku yang call sebab pernah sekali terdengar (huruf nombor ke empatbelas kalau bermula dari A) ni kecoh kat belakang duk tanya kakak dia sapa yang telefon, dan kakak dia jawab kawan dia. Aku tergelak aje la. Oh ya, kakak dia masa ni, pelajar di sebuah univ di Amerika. Hampir setiap cuti balik kampung, macam dekat aje dibuatnya, kan.

Masa aku tengah bingung duk fikir adakah patut aku amik kursus yang di tawarkan oleh pihak universiti, kakak (huruf nombor ke empatbelas kalau bermula dari A) la yang memberikan semangat. Waktu ni dia dah pun grad. Dia bercerita betapa dia nampak kursus yang bakal aku amik tu punya masa depan. Aku plak blur je tak leh bayangkan kerjaya apa yang akan wujud nanti. Dia bagitau, semua pelajar kat sana (tempat dia belajar masa tu) dah menggunakan komputer untuk taip assignment. Aku dengar aje, nak tanya apa ke mende assignment tu pun aku segan. Tak boleh bayangkan masa tu. Memandangkan aku dah anggap dia macam kakak aku, aku ikut aje la cakap dia. Nak tanya sebelah sedara mara aku, dorang pun blur gak tak tau sebab kat Malaysia belum berkembang lagi kerjaya berkaitan dengan komputer nih. Mana (huruf nombor ke empatbelas kalau bermula dari A) masa nih? Dia dah kat asrama ppp shah alam, satu tempat persediaan nak ke luar negara. Aku tersadai kat malaysia aje la sebab taknak terima cadangan orang jpa masa temuduga tempoh hari, suruh amik apa-apa je kursus tu. Nasib badan la, kan.

Makanya, dalam bicara lalu tu, orang yang aku nak call itu ialah kakak kepada (huruf nombor ke empatbelas kalau bermula dari A), tapi aku sendiri tak pasti nak berbicara pasal apa. Mungkin dia dah tak ingat apa-apa lagi. Kisah dia pun, adakalanya meruntun juga hati aku bila mendengar (huruf nombor ke empatbelas kalau bermula dari A) bercerita satu ketika dulu. Seingat aku, kali terakhir aku berbual dengan kakak tu di telefon, ialah beberapa bulan selepas kakak tu kahwin. Dari bicaranya, sangat ceria, aku tumpang gembira. Mula tu dia bebel gak la sebab aku tak pergi kenduri dia. Sebenarnya aku pun tak tau, sebab dah lama juga aku tak behubung dengan (huruf nombor ke empatbelas kalau bermula dari A) sebetulnya. Pelbagai yang dia ceritakan pada aku. Ada yang masuk di minda, ada yang terlepas begitu saja nasihat yang dia bagi kat aku. Masa aku dengar di ganggang telefon tu, aku lebih teruja dengan reaksi gembira dia berbicara. Selang setahun dua selepas itu, sewaktu aku berbual dengan (huruf nombor ke empatbelas kalau bermula dari A), baru aku tau kisah yang aku sangkakan indahnya pelangi sepanjang masa, rupanya ada sesuatu yang aku tidak tahu. Menitis air mata aku bila (huruf nombor ke empatbelas kalau bermula dari A) menceritakan bahwa abang iparnya telah kembali ke rahmatullah hanya usia tak sampai setahun perkahwinan kakaknya. Aku dah lupa abang iparnya itu sakit apa. Tapi mengingatkan kembali betapa ceria kakak (huruf nombor ke empatbelas kalau bermula dari A) bercerita, aku merasa seakan kelu andai menelefon walau untuk sekadar bertanya khabar. Rasa hati ini masih belum kesampaian. Dan aku biarkan ia berlalu, tanpa aku sedar, telah cukup lama masa melangkau waktu. Patutkah aku biarkan masa berharga ini berlalu begitu saja? Ada ke yang kira berkenaan huruf ke empatbelas tu? Kalau baca bahagian ni dulu, dah tau ianya huruf n.