Wednesday, April 27, 2005

N : Somewhere Only We Know



ermm, tetiba aku suka plak dengar lagu ni huhuhu.

I walked across an empty land
I knew the pathway like the back of my hand
I felt the earth beneath my feet
Sat by the river and it made me complete
Oh simple thing where have you gone
I'm getting old and I need something to rely on
So tell me when you're gonna let me in
I'm getting tired and I need somewhere to begin

I came across a fallen tree
I felt the branches of it looking at me
Is this the place we used to love?
Is this the place that I've been dreaming of?

Oh simple thing where have you gone
I'm getting old and I need something to rely on
So tell me when you're gonna let me in
I'm getting tired and I need somewhere to begin

And if you have a minute why don't we go
Talk about it somewhere only we know?
This could be the end of everything
So why don't we go
Somewhere only we know?

Oh simple thing where have you gone
I'm getting old and I need something to rely on
So tell me when you're gonna let me in
I'm getting tired and I need somewhere to begin

And if you have a minute why don't we go
Talk about it somewhere only we know?
This could be the end of everything
So why don't we go
Somewhere only we know?

This could be the end of everything
So why don't we go
Somewhere only we know?


Monday, April 18, 2005

S : Uka, Aterek Nad Ayarnalaj : Aku, Kereta Dan Jalanraya



Najuh gnay kaga tabel halet nup itnehreb. Aku buat keputusan untuk pulang ke rumah. Uka rikif nalaj had kat apareb mej tuk. Seperti kebiasaan, aku akan melalui highway plus. Uka udnamem kaga wols anarek akel laubreb nagned nakar sipoes. Dari jauh aku nampak ada satu kemalangan berlaku. Haubes aterek arawsi halet raggnalem gnait upmal. Aku memperlahankan kenderaan yang aku pandu. Uka tahilem aynudnamep urab kan raulek irad aterek tubesret. Aku decide memberhentikan kenderaanku di tepi jalan. Utauses gnay gnaraj uka nakukal akij tahilem aynada nagnalamek id anam-anam. Mungkin juga aku orang pertama yang melalui kawasan tersebut, maka aku rasa aku perlu ambil tahu apa yang telah berlaku kepada pemandu itu dan sebagainya. Aynnaasaibek, iadna ada nagnalamek id anam-anam nad uka kognet had ada gnay nakitnehreb naarednek, uka naksuret nanalajrep eja babes kat uam nakkaseynem igal ulal satnil gnay ada.
Baru je nak parking kereta,aku tengok di kiri seberang jalan sana, kelihatan ada seorang mamat meluru deras dan ditangannya ada walkie talkie. Nad natahilek aguj licnak anrawreb hitup gnay urab ajahas nakitnehrebmem aynnaarednek id halebes nanak gnay gnatad irad hara ayajartup ukrikif, aguj awabmem eiklaw eiklat. Andai korang masih blur nak imejin atau kurang pasti lokasi yang aku maksudkan, aku bagi sedikit info di sini. Irad lot MPU alahgnem ek Netinu naka iulalem aparebeb naiatnar nalaj gnay kutnebmem natalub. Ke kanan menuju ke Putrajaya, ke kiri menuju ke Kajang, manakala jalan ke hadapan menuju ke Uniten. Nagnalamek gnay ukalreb halada id hokeles gnay ujunem ek Gnajak. Malah setakat ini masih kelihatan satu tiang lampu di selekoh tersebut tiada lampu jalan kerana kemalangan tersebut. Id gnarebes hokeles uti ada nalaj malad ujunem ek nairtseuqe netinu nad aguj gnadal kanret mpu. Kereta pertama yg berhenti itu datang dari arah itu,manakala kereta kedua kancil putih pula memberhentikan keretanya di selekoh yang datang dari arah putrajaya. Utigebes satnap akerem ek tapmet naidajek. Aku fikir mamat yang accident tu dah call mereka. Aynpakec gnaroaid gy ajrek kirat-kirat aterek in!
Kat iapmas tinimes ada aterek nial gnay abit nad nakitnehrebmem aynnaarednek, amas naujut nagned uka, uham tahilem apa gy halet ukalreb. Aku matikan enjin dan kunci kereta, lalu menuju untuk melihat apa yang telah berlaku. Numan tamam gnay tnedicca ut uka kapman aid hibel kaynab laubreb nagned gneg eiklaw eiklat tubesret. Maybe itu agen trak tunda yang dia dah contact sebelum itu. Kat iapmas 5 tinim, ikalel gnay nakitnehrebmem aterek idat halet nakpudihgnem aynaterek nad ulalreb irad utis. Aku yang melihat kepantasan agen trak tunda mengeluarkan bisnes kad dan juga borang yang perlu di tandatangan oleh mamat yang accident tadi, merasakan sedikit terganggu dengan cara tersebut. Macam kat rabas-rabas had. Memadangkan takde apa yang aku boleh bantu (setakat tolong tengok je), aku dan rakanku decide untuk meneruskan perjalanan pulang ke rumah.
Aparebeb hakgnal uka irad naarednek gnay tnedicca tubesret, hatne anamiagab uka karegret kan tahilem naarednek gnay iulalem nalaj tubesret. Aku toleh. Huggnus naktujegnem anarek aterek gnay gnatad nagned kaga nahalrep helob gnisupreb 081 hajrad. Now kereta tu dah berlawan arah jalan. Uka tahil adumep gnay nagnalamek uti iralreb ujunem ek aterek gnay taub nagnisup ala tnuts ut. Dalam hati aku berkata, kut ye pun nak tunjuk terer bukan kat jalanraya tu sebab banyak lagi kereta bakal lalu. Uka emussa aterek gy taub iska tnuts tubesret halada nakar adapek tamam gy nagnalamek uti. Tapi itu bukanlah antara sebab aku nak ceritakan kat sini. Apa gy taubmem uka mamagret aparebeb taas apnat ada nakadnit skelfer halai alib anam ada haubes igal aterek gnay gnatad iulalem nalaj tubesret. Jelas kelihatan kereta tersebut cuba mengelak ke kiri apabila pemandu tersebut menyedari ada sebuah kereta dihadapannya menghadap berlawanan arah. Aterek uti kerbmem araces tujegnem nad salabmem gnireets ek hara irik. Ke arah aku yang tergamam itu. Haraj kadit iapmas 2 retem aterek uti itnehreb. Andai jalan itu masih licin atau tayar kereta tidak mencengkam? Aud arakrep niamreb id adnim uka emit ut. Pertama, kereta itu bakal melanggar aku yang berdiri kaku di situ, kedua andai kereta itu ke arah depan sedikit lagi, maka kereta aku yang jadi sasaran. Nahilip gnay kadit kiranem adap uka. Sempat pulak aku fikir camtu masa tergaman tu. uhuhuh.
Sebelum memandu pulang, mamat yg accident tadi meluru ke arahku dan memberitahu bahwa beliau rasa teraniaya dan ditipu. Tukignem aynatirec, aid udnamem nahalrep nad abit-abit aterek uaileb kadit tapad lawakid anarek nalaj gnay uapmalret nicil. Beliau yakin ada bahan pelincir telah dituang di atas jalan tersebut dan mereka dari agen trak tunda telah melakukan yang tidak sepatutnya. Nagned tahilem naarednek gnay gnisupreb 081 hajrad idat, uka asarem lanoisar kutnu amirenem aedi tamam ut. Apatah lagi bila aku tanyakan dia, kenapa tak cuba contact rakan-rakan atau saudara mara terdekat? Uaileb pakac edkat enohpdnah. Jelas pada aku, kehadiran agen trak tunda meluru dengan pantas bukanlah kerana mamat tu yg menelefon. Nagned nakanuggnem nopneh uka, uka llac aynkickap nad uhatirebmem abres tikides naidajek gnay ukalreb mulebes uka nakhareynem enohp uti adapek tamam ut kutnu nialpxe hibel tujnal.
Perjalanan pulang, aku tidak terlalu fokus dengan cara aku memandu, namun ada rakan di sebelah memberi sedikit kekuatan untuk aku teruskan perjalanan. Narabed tauk hisam asaret. Setelah menurunkan rakanku di tepi jalan, aku kaget dalam 10 minit camtu. Kadit amal sapeles uti, uka nakhagag tagnames naksurenem nanalajrep gnalup ek hamur.

By the time aku paparkan kisah ni, aku rasa tiang lampu ditepi jalan itu telah diganti baru. Adapek gnay udnamem, iadna ukalreb naidajek kadit inigniid, itahreb-itah nagned nega repus-areges. Cuba call pihak AAM atau yang lebih diketahui perkhidmatan tunda kenderaan ini dan laporkan dulu kepada pihak berkuasa. Itahreb-itah id nalaj ayar taub adna aumes!


Tuesday, April 05, 2005

N : SK bersama memori itu



Sabtu baru ni mengingatkan aku pada seseorang. Seorang kawan, seorang rakan, seorang sahabat yang telah lama aku tinggalkan bersama memori suka duka dan amat pahit sekali untuk aku kenang. Melihat ragam manusia di sekitar Bukit Bintang dengan ragam berbeza tidaklah menarik perhatian aku kerana di mana-mana tempat wujudnya ramai manusia, maka pelbagai aksi dan kerenah akan kite dapat lihat. Namun perbualan bersama seorang rakan di sekitar tempat minum di hadapan BB plaza terhenti tanpa aku tidak mengendahkan cerita kawanku yang sedang rancak itu. *aku biarkan apa yg aku lihat itu, ringkasan tentang orang itu dibawah coretan ini dlm italic*
Kerna itu, aku tidak ingin teringatkan tentang dia. Bukan kerana aku benci dia, juga bukan kerana aku ada masalah dengannya suatu waktu dulu. Bukan, bukan dan bukan. Tapi ... Biar saja aku singkatkan namanya sebagai SK.
Nun di suatu waktu terdahulu, sewaktu aku bertukar ke sekolah baru, SK yg aku kenal waktu itu merupakan seorang yang agak mesra. Walaupun sesi perkenalan singkat berlaku di waktu kelas, SK lebih selesa menegurku sewaktu rehat bermula. Di hari pertama itu aku lebih selesa berada di beranda bangunan 2 tingkat sekolah itu. Melihat bangunan lain di sekitar. Meninjau dan mempelajari selok belok kedudukan sekolah itu. Aku disapa untuk ke kantin. Namun aku menolak. Melihatkan itu, dia bersama seorang lagi rakan (singkatnya R) yang bersedia untuk ke kantin membatalkan rancangannya. Malah memberikan duit kepada R untuk membeli apa yang perlu. Masa terluang itu, perkenalan bermula. Seminggu rasanya aku, R dan SK tidak makan dikantin. Hanya R seorang yang setia bersusah payah berjalan dan beratur untuk membeli makanan di kantin. Bukan bermakna hari ke dua dan seterusnya aku tidak ingin makan di kantin namun sesi makan bertiga jauh dari kantin membuatkan SK dan R merasakan ia lebih selesa. Di hari kedua seterusnya aku dan R ke kantin manakala SK hanya menunggu di bangunan di mana kelas kami terletak. Segala perbelanjaan kerapnya ditanggung sepenuhnya oleh SK. Dari cerita dia, aku dapat tau dia anak tunggal, manakala bapanya seorang bisnesman. Manakala R pula hanya tinggal bersama ibu dan seorang adik kerana ayahnya telah meninggal dunia sewaktu beliau dibangku sekolah rendah lagi. SK kerap belanja R. Kerana itu aku dapat lihat mereka agak rapat. Dan aku pula hanya pelajar baru yang tidak tau apa-apa. Pertama kali di kantin itu juga merubah segala persepsi aku tentang sekolah itu. Kerana di situ aku telah bertemu lebih dari 30 orang kawan lama dari sekolah rendah terdahulu, namun aku tidak ingin menyentuh tentang itu kerana apa yang aku ingin ceritakan hanyalah pasal SK. Kerana peristiwa melihat seseorang di Bukit Bintang mengingatkan aku dengan jelas segala perbualan aku dengan SK di waktu persekolahan dahulu.
Tahun berganti. Melangkah ke tingkatan seterusnya. SK berminat dengan seseorang. Gadis itu naik bas sama dengan aku. Namanya ku singkatkan sebagai E. Bukan sekadar cantik dipandangan mata,namun gadis itu juga amat cerdik. Aku tidak faham mengapa SK memilih untuk berkenalan dengan E, atas tujuan memperbaiki subjek matematiknya yang lemah selain mata pelajaran lain juga. Dia memang amat risau dgn subjek matematik. Lagi pun tika itu, jika tak lulus exam, tak kan naik ke tingkatan seterusnya. Kerana tujuan nak tekel, aku dah patahkan awal-awal kerana aku cakap tak yah la, buang masa tekel awek cun nih huhuhu. Lagipun ramai aje budak lelaki dari sekolah yang sama berminat dengan E. Masalahnya kenapa tidak orang lain? Dari waktu ke waktu SK meluahkan apa yang ingin dia lakukan untuk memulakan perkenalan itu, namun aku menyuruh dia menangguhkannya. Bukan sekadar menasihatkan dia untuk tangguhkan niatnya itu, malah aku telah berpesan kepadanya agar hasrat hatinya itu tidak sampai orang lain tahu. Maklum la, zaman tu kawan-kawan jenis gurau kasar dan yang suka perli-perli. Sepanjang aku kenal dia, dia ni jenis agak sensitif juga. Kerana itu dia agak kurang bersosial berbanding rakan-rakan aku yang lain. Mungkin tradisi famili. Aku hanya meneka. Bukan aku tidak membantu SK dalam matapelajaran matematik, namun dia sendiri merasakan tidak selesa kerana menyusahkan aku apatah lagi rakan-rakan sekelas hanya tau menyindir "takkan yg mudah tu pun tak reti?". Sejak itu dia lebih suka belajar sendirian.
Namun suatu hari, cerita tentang hasrat dia dan E kecoh jua. Aku tak pasti SK telah menceritakan pada siapa namun aku dapat lihat dia agak murung kerana malu dipersenda rakan-rakan satu batch. Pernah sekali dia luahkan rasa menyesal kerana tidak saja mendiamkan hasratnya itu, tapi dah terlambat. Peristiwa tersebut terus berlalu, keputusan exam penting dalam hidup memisahkan aku dan SK dari berada dalam satu kelas. Aku mendengar pelbagai cerita agak mengejutkan tentang SK, namun masa di sekolah yang terbatas, aku tidak berpeluang bertanyakan sendiri dengannya. Malah kerap juga dia tidak hadir ke sekolah. Aku juga buntu.
Setelah sebulan lebih aku ditingkatan baru, aku mendapat tawaran ke sekolah lain. Keputusan bodoh yang telah aku buat. Mungkin sekadar nak rasa camna duduk di asrama berbanding sekolah harian biasa itu. Cerita tentang SK semakin serius hingga aku tidak percaya dengan apa yang aku dengar. Oh ya, aku masih mengunjungi sekolah lamaku untuk bermain badminton di dewan sekolah itu jika ada time cuti. Suatu hari, sewaktu aku rehat di luar dewan kerana baru abis game, aku melihat seseorang yang aku kenal. Yup, dialah SK. Aku diberitahu sebelum itu, keluarganya telah berpindah dan duduk tidak jauh dari sekolah. Jadi tidak hairan jika aku bertemu dengannya yang sedang merayau-rayau tanpa tujuan. Masa dia terpandang aku, dia cuba melarikan diri, namun aku sempat memanggilnya. Kelihatan dia tersengih sewaktu menuju ke arahku. Dan perbualan ini masih segar di ingatan bagaikan baru minggu lepas berlalu. Apatah lagi sebelum aku memulakan perbualan, aku sedikit terkejut melihat perubahan dirinya.
"ko duk mana skrg nih?"
"kat sana" sambil tunjuk tangan ke arah barat sekolah.
"lama aku tak jumpa ko, orang lain cakap ko jarang datang sekolah, kenapa?"
~pause~ "ko pergi mana, dah lama aku tak nampak? aku dpt tau ko dah tukar sekolah" soalan itu pula ditujukan padaku.
"ha ah, aku dah tukar sekolah"
"aku nak ikut tukar sekolah sama ko boleh?"
"errr borang dikeluarkan masa kite dapat result hari tu" aku serba salah nak jawab soalan dia.
"sekolah ko masuk tu nak berapa A? aku bodoh, dapat aggregate 15 je. "
"tapi orang lain punya result lagi teruk, belum banding sekolah lain lagi, err math ko camna?"
" ermm .. ~pause~ nasib baik aku lulus, dapat C4"
"eh ok la tu, apa lak bodohnya"
"aku nak mintak tukar ke skolah ko boleh lagi kan? math aku C4 kire luluslah kan?"
"bukan takat lulus, tapi kire sangat ok la"
"jadi aku boleh la mintak masuk sama sekolah dengan ko?"
" err ~pause~ ko boleh mintak tapi masalahnya dah terlambat" aku serba salah nak menjawab apatah lagi terpaksa menipu kepada seorang kawan lama yang seolah mencari harapan baru.
"ooo, tak best sekolah sini, cikgu tak suka, orang semua tak suka?"
"apasal?"
"orang kata aku gile, ko tak tau ke? orang lain tak bagitau ko ke? semua takut nak dekat dengan aku"
Aku hanya mampu mendiamkan diri. Bukan aku tak pernah dengar cerita dari kawan-kawan lain, namun ketidakpercayaan aku tentang itu seolah aku cuba menafikan apa yang telah berlaku kepada seorang yang aku kenal suatu tika dulu.
"ko tengok ni, macam orang gila kan?" dia menunjukkan sebelah keningnya yang dah bercukur.
"tengok nih" kelihatan bekas luka di tapak dan belakang tangannya.
"apasal jadi macam tu?" aku pula yang bertanya kat SK.
"semua cermin kat rumah aku tak leh tengok, aku mesti pecahkan, aku tak leh tengok muka aku kat cermin"
"semua benda tajam mak aku sorok takut aku buat macam-macam" sambung SK lagi dengan tersengih.
aku mendengar sahaja ceritanya.
"abis tu kenapa ko ponteng sekolah?"
"bukan aku taknak pergi sekolah, tapi ayah aku rantai aku kat rumah, lagipun aku mana ada kawan kat sekolah ni, sapa nak kawan dengan orang gila, semua kata aku gila! semua jauhkan diri bila nampak aku"
"tapi aku ada cakap ko gila ke SK? ada aku larikan diri bila jumpa ko?"
"tak"
"dah tu? ko tetap kawan aku SK, ko tak gila, ko hanya tension je" aku cuba mengreversekan apa yg dia rasa selama ini.
Dia tersengih. Lama dia mendiamkan diri.
"tapi aku dah takde kawan Y, ko lak dah tukar sekolah"
"kite boleh jumpa time cuti sekolah, aku selalu datang main badminton kat sini" sambil tunjuk ke arah dewan.
"dan ko jangan larikan diri plak bila nampak aku" kataku pada SK.
Dia mengangguk kemudian tersengih lagi.

Perbualan aku dan SK terhenti tatkala rakan-rakanku yang lain keluar dari dewan setelah game mereka tamat. Melihat akan itu, SK terus bangun dan berjalan deras meninggalkan aku dan rakan-rakan.
"dia nak apa?" soal rakanku
"ko borak apa dengan dia?"
"takde apa" jawab aku perlahan.
"nasib baik dia tak buat apa-apa kat ko, dia tu gila, ko tau kan?
Aku hanya mampu mengangguk lemah.
"datang sekolah bawak pisau, ugut nak cederakan orang, mengamuk masa cikgu mengajar, yang kes tampar senior dulu masa tu ko belum tukar sekolah lagi kan?"
Aku angguk lagi.

Tahun berlalu. Aku tak pasti SK datang lagi atau tidak ke dewan itu sewaktu cuti penggal persekolahan. Adakah dia datang mencari aku atau dia dah lupa segalanya kerana aku tidak bertemu lagi dengannya sejak itu. Bertanyakan rakan-rakan di sekolah lama agak menghampakan kerana tiada sapa yang nak ambil tahu tentang SK lagi. Tamat persekolahan dan sewaktu menunggu result, aku ada bertemu SK dengan ibunya di bandar. Aku cuba menegur SK.
"SK, kawan panggil tu" pujuk ibunya. Namun kelihatan SK membatukan diri. Dia pandang ke arahku sekejap, kemudian memandang ke depan semula seolah tidak pernah mengenali siapa aku. Entah apa yang difikirkan, menerawang jauh, aku tidak tau. Sukar untuk aku terima hakikat sakitnya semakin kronik. Sejak itu SK menjadi sejarah dalam hidup aku. Dan peristiwa terpandangkan pemuda di BB baru-baru ni menyegarkan kembali ingatan aku terhadap SK yang telah lama aku cuba lupakan. So korang akan bertanya mana R pergi? At least SK ada kawan? Dia tidak dpt meneruskan persekolahannya kerana masalah kewangan. Dushh!

Kerana aku terlihat seseorang tanpa baju, hanya berseluar dan berkaki ayam. Orang itu berjalan tanpa tujuan. Kesana sini tidak menentu dan adakalanya mencium tanah atau sujud ditengah-tengah orang lalu lalang itu. Sungguh sadis. Dia masih muda. Dan dia boleh dikategorikan bagai seorang student yg good looking. Tidak selekeh. Kawan aku kata mungkin dia dibawah pengaruh dadah. Itu ada kemungkinan juga.

Berkenaan SK, aku rasa dia menghadapi tekanan kerana pelajaran bukan kerana awek. Memandangkan dia anak tunggal, segala harapan ibubapa terletak pada dia. Aku harap SK sihat dan seperti yang aku kenal suatu tika dulu walau di mana jua dia berada kini. Amin.