Wednesday, November 18, 2009


N : Krono J-17




Sebaik mendengar khabaran itu, bagai separuh jiwa hilang.. disentap.. pergi tah ke mana.. longlai. Apakah reaksi yang harus aku berikan? Aku dah memikirkannya atau lebih halusnya berimiginasi beberapa tahun lepas tentang hal ini, namun minda sentiasa cuba mencari helah agar ianya hanya yang indah sahaja bermain dibenakku. Aku dah merangka apa patut aku buat jika takdirnya, khabaran ini tiba jua pada satu hari nanti. Aku rasa waktu itu aku dah bersedia untuk menerima apa saja. Hati aku pasti teguh. Itu yang aku fikir waktu itu .. tapi bila ianya datang dengan tiba-tiba, dalam keadaan aku pening dan mengantuk teramat sangat.. aku buntu.. minda aku tidak dapat memproses data yang aku terima. Mana plan reaksi yang aku dah sediakan sebelum ini? Aku cuba mencari-cari dalam benak aku ni, tapi tak jumpa.. di folder mana aku simpan? Apa nama fail aku dah save dulu tu? Arghhh.. Disaat aku perlukannya, tak pula aku jumpa. Akhirnya, aku sekadar membisu tanpa bicara, namun otak masih berlegar-legar cuba memikirkan sesuatu, agar dapat aku ungkapkan sesuatu.. sekurang-kurangnya fikir aku.. tapi, hingga ke penghujung tiada sepatah perkataan pun yang dapat keluar dari mulutku. Aku biarkan aje mereka berbicara. Terasa mataku berkaca, tapi setidaknya, aku berjaya menahan dari membiarkan ia turut mengikut rentak dengan suasana pada waktu itu. Benarlah seperti mana terungkap diblog ini.. apa yang dirancang, terjadi sebaliknya. Sungguh mengecewakan :(

Pagi esoknya.. hujan. Suasana sekeliling bagai turut sama merasakan apa yang aku rasa. Aku fikir, waktu tengah hari nanti, pasti berhenti hujan itu, namun terus menerus hingga ke petang. Berdiri mengadap di dinding cermin, melihat hujan yang turun di luar.. tak pasti apa yang aku fikir.. hanya lagu Kosong dari Dewa dapat mengungkapkan apa yang aku rasa waktu itu. Melihat telefon bimbit di tangan, mengintai andai ada mesej masuk, tapi kelihatan hanya detik jam sahaja di paparkan di skrin. Tiba-tiba teringat mesej dari seseorang pagi semalam yang agak pelik.. aku sms dia bertanyakan sesuatu yang tidak terlalu memaksa untuk aku dapat jawapan darinya. Tiada balasan.

Aku melangkah ke tingkat bawah menuju ke tempat rakanku bertugas. Cuba mencari alasan tersendiri, agar berbicara itu bakal membuatkan aku lupa segala apa yang berlaku sebelum itu. Agak berjaya juga, walaupun di minda masih memproses tentang khabaran itu. Berjaya dalam erti kata, orang tak perasan apa kita rasa waktu itu. Biar nampak natural.. mungkin hanya ini kelebihan yang aku boleh banggakan sedikit.. ahaks. Berbual dengan orang yang tidak tau apa-apa itu lebih baik. Sewaktu berborak, aku terima balasan mesej. Cukup ringkas, bagai teka teki pula yang harus aku cari sendiri jawapannya. Biarkan dulu, mungkin dia perlu masa. Itu fikirku. Namun aku ingin sekali tahu apa sebenarnya telah berlaku. Pasti tahun hadapan adalah satu perkara besar bakal berlaku. Apakah aku telah bersedia tentang hal ini? Dengan khabaran yang menerjah tiba-tiba, aku sendiri kurang pasti ke mana hala tuju yang harus aku lalui. Owhh tahun 2010 !!



Teringat seorang kawan aku ni yang berada di satu lokasi. Yang dirahsiakan har har har.. Macam best je. Sebenarnya, memang standard aku, tidak meletakkan nama orang, nama tempat dan waktu. Biarlah aku saja yang tau. Mungkin suatu hari nanti, bila aku baca balik apa yang aku taip hari ni, aku akan menguji minda aku sendiri, setakat mana aku mampu mengingat segala peristiwa yang berlaku. Jika aku tak mampu, biarkanlah ianya berlalu mengikut peredaran masa. Aku sekadar mesej dia petang itu untuk mencari jalan keluar kononnya, untuk berbicara hal lain pastinya tapi.. gagal .. hahaha.. Macam dia tau je apa aku tengah rasa waktu itu.. namun untuk bercerita pastinya aku tidak tau dari mana nak mulakan tapi apa yang aku terima kali ini, seolah mengharapkan biar sahaja tersimpan di minda aku.. aku simpan dalam hati, buat sementara ini. Benarkah hanya sementara aje? Tengok ajelah apa bakal terjadi kemudian hari walaupun aku dapat rasa ianya menjadi lebih yyyyyy. Apa perkataan standard yang sesuai untuk aku gantikan dalam "yyyyyy"? Pastinya tak best lah. Dalam pada itu, bagaimana aku nak hadapi hari-hari mendatang bagai tiada apa yang berlaku? Dushhh..

Melayari internet di malam itu terasa membosankan, apatah lagi dengan minda yang terasa amat letih.. menyebabkan segala sendi turut sama tidak bermaya.. tanpa aku sedari, akhirnya aku terlelap dengan telefon masih di tangan.. aku tersedar pun jam dah menunjukkan hampir dua pagi. Masih ada mesej belum terbalas. Fikirku, esok aje lah kalau berkesempatan. Minda aku betul-betul letih kali ini dengan separuh jiwa hilang tah ke mana. Lagu Semua Tentang Kita bagai hampir dengan apa yang aku rasa ketika ini tapi "situasi berbeza".....



PS: gambar yang tersiar takde kaitan dengan jalan cerita .. jika macam ada, itu hanya kebetulan je ..

Monday, November 16, 2009


N : Krono J-16




Kalau dah nama restoran makanan segera, makanan, rasa dan harga adalah standard di mana-mana cawangan kecuali tempat-tempat tertentu. Aku bukan nak komplen pasal harga atau rasa tapi adalah peristiwa yang menjadi kenangan setiap kali jejak ke restoran ni di mana-mana cawangan pun. Walaupun aku jarang ke tempat-tempat macam tu, tapi bila terpandang, memang akan teringat la .. apatah lagi bila sesekali lagu yang berkumandang di radio membuatkan minda aku menerjah suasana di lokasi. Gaya nyanyian pelanggan yang nyanyi sekali mengikut lagu tersebut yang dipasang di restoran itu seolah macam baru je berlaku.

Tarikh dia aku masih ingat tapi takyah la letak kat sini. Aku boleh ingat sebab pagi sebelum tu aku ada tournament bowling. Oopss, aku tau, bila kawan-kawan ajak aku main bowling, aku cakap dah pencen hehe sebab aku lebih kepada futsal tapi tournament tu memang sekali tu je la aku join sebab boss besar yang paksa masuk dan aku terpaksarela. Kalau ikutkan, kali terakhir aku lontar bola boling sebelum join tournament tu rasanya dah melebihi 3 tahun. Memang aku tak ambil tau langsung, tak join mana-mana game hatta untuk bersuka-suka dengan kawan-kawan dalam jangkamasa itu. Aku ada sebab tersendiri yang sukar aku catitkan di sini, biarlah memori dalam minda aku berlalu begitu saja. Tiba-tiba terpaksarela melibatkan diri semula, abis alasan dah aku bagi.. alasan paling best.. kalau aku main kang, korang semua kalah, tak pasal piala pusingan dapat kat aku .. ha ha ham hampeh je alasan.. malam tu, jejak stor, cari balik apa yang ada, bola, kasut .. lorr sedeynya, sebab dah lama tak guna, tapak kasut dah berderai rupanya. Ehh, aku bukan nak catitkan pasal bowling ni kat sini.. patutnya selingan je .. so aku lompat balik pasal restoran segera tu.

Petang tu, aku bertolak ke sana.. sakit-sakit tangan, kaki masih terasa lagi sebab dah lama tak main bowling tu. Ikutkan, balik dari game, aku nak tidor je hehe .. tapi ngenangkan exam dah semakin hampir dan nak bercerita serba sikit kat kawan kamceng aku sorang ni yang bercuti sebelum tu, kenalah kuatkan semangat gak. Nak study sorang-sorang memang la aku tak berapa nak reti sangat, ntah betul ntah tidak.. hentam saja. Aku cakap "bercerita" sebab aku rasa tu ayat lebih afdal dari kata nak "mengajar".. sebab aku pun belajar gak.



Weh, sebenarnya aku teragak-agak juga nak masuk restoran makanan segera yang diboikot oleh orang ramai.. well sekarang apa jadi? takde boikot dah ke? aku tengok ramai je masuk huhuhu. Dah penat bercerita, beratur la nak beli makanan.. ni la part paling best.. beratur punya panjang.. plan siap-siap nak order apa.. sampai kat kaunter .. owh, yang tu dah abis, yang tu pun dah abis.. eh yang tu ada lagi.. tapi dia punya ni dah abis, boleh ganti yang lain? owh yang ni pun dah abis encik.. aku pun tanyalah apsal semua dah abis?.. sebenarnya encik, gas yang dah abis, so tak leh nak masak lagi.. gas dah abis? aku blurr jap terima jawapan adik yang jaga kat kaunter tu.. dalam hati takkan la restoran besar macam ni tak alert pasal gas nak abis? Akhirnya dapat la makanan yang dalam set tapi taklah setnya sebab dah abis dan diganti dengan mende lain. Apa yang aku terfikir masa tu, dasyat gak la kempen boikot nih.. aku rasa stok yang dah abis. Adakah terlampau ramai yang beli atau stok dikurangkan? Atau gak restoran tu boikot kiteorang dan takmo jual apa yang kiteorang nak beli.. owhh tidak..

Ye la ye la.. kisah bowling tu jangan ceritanya tergantung macam tu je? Tapi takde apa pun yang aku nak cerita kat sini, cuma nak bagitau, tahun mendatang aku takkan join dah tournament tu, cukuplah yang tu. Pasal piala pusingan tu? Adakah juara yang lalu dapat bertahan? Apa patut aku catit kat sini..ermm .. piala tu aku bawak balik .. kan dah rugi orang yang ajak aku join game tu hehehe..


ps: gambar yang tersiar takde kaitan dengan jalan cerita .. jika macam ada, itu hanya kebetulan je hahaha..