Thursday, June 23, 2005

N : Fuad Pelajar Kedua



Kalau tidak kerana pelawaan Bad untuk menonton konsert AF di stadium Melawati, aku rasa kemungkinan besarnya aku bakal tertidur depan tv seawal jam 9 malam. Bukan sebab aku bosan atau tak suka tengok konsert AF. Sebenarnya, memandu untuk satu perjalanan yang jauh tak kurang dari 5 jam agak meletihkan. Aku memang dah plan, abis sangat tengok je ulangan konsert AF tu hari Ahad keesokkannya kalau tak larat nak tengok malam tu namun panggilan dari Bad mengubah plan asal. Tiba-tiba je segar dan bersemangat..huhuhu. Terimakasih tak terhingga kat Bad.
Masa tengah menunggu dan meninjau luar stadium tu, terasa hangat bahang demam orang yang sedang beratur untuk masuk. Melihat peminat fanatik, fantastik dan bombastik dengan poster, banner dan baju kaler-kaler memeriahkan suasana di luar stadium waktu itu.
Image hosted by Photobucket.com
Secara ringkasnya, konsert malam itu sangat menghiburkan. Tak nampak sangat cacat cela. Suara semua pelajar yang menyanyi tu macam semua ok kat telinga aku. Tapi, bila aku tengok balik ulangan kat tv hari Ahad itu, terasa ada beberapa orang la juga yang macam tak best performance dia. Speaker tv kat rumah aku dah rosak kut?
Persembahan pertama malam itu dimulakan dengan Marsha. Lenggokan tariannya lebih seksi dari suaranya. Namun aku puji kerana dia dapat membawa lagu fast song dengan agak baik, pada aku. Tapi tarian dia bersama penari yang ada macam teragak-agak, step lari sket sana sini. Aku rasa dia lebih sesuai buat performance sorang-sorang atas stage. Lirik yang seolah terlebih tu, bila aku tengok balik kat extended, dia menyanyi dengan cara yang sama. Adakah memang terlebih lirik atau disengajakan? Atau masa prektis dah silap hingga terbawa-bawa sampai ke konsert sebenar?Mungkin penonton di rumah atau sebahagian besar di stadium tidak dapat mendengar dengan jelas suara chipmunk yang dibuat oleh Aidil di permulaan lagu yang dinyanyikan oleh Marsha.Habis sangat dengar Marsha sebut lirik yang belakang sahaja. Muzik kuat sangat agaknya.
Mengembalikan ke zaman silam dengan efek hitam putih memberi satu extra bonus kepada Aidil. Namun sayang sekali kerana segala prop yang ada tidak dihiraukan oleh Aidil. Rasanya para cikgu boleh menjelaskan bagaimana untuk appreciate dengan objek yang disediakan di atas pentas. Nyanyian Aidil ok memang macam penyanyi ala-ala zaman lampau tapi perlu dimantapkan lagi.
Satu tarian ala-ala persilatan yang cukup menarik dalam PGL tidak dapat dipersembahkan dengan begitu baik oleh Amy, malah pergerakan beliau bagai melawan arus, slow dari tempo. Terlalu banyak tarian tangan dihadapan muka nampak merimaskan. Kemungkinan beliau cuba menjaga pernafasan untuk nyanyian.
Persembahan bersahaja oleh Reza yang dicedok secara empat segi tepat sepatutnya boleh diubahsuai menggunakan teknik cahaya lampu seperti persembahan Yazer. Berdiri tegak untuk beberapa rangkap lirik lagu menampakkan pentas yang ada terlalu luas. Ada beberapa part tak sama macam lirik asal, kemungkinan diubahsuai oleh Reza sendiri.
Satu persembahan yang memukau oleh Yazer. Idea ingin menggunakan teknik sorot pencahayaan memang kena pada tempatnya. Nyanyian beliau jauh lebih bagus berbanding prektis sebelum itu. Kelihatan beberapa orang guru dan penonton mengalir air mata mendengar dendangan Yazer.
Persembahan dari Kefli sangat menghiburkan namun nyanyian perlu banyak diperbaiki. Aku dengar macam termengah-mengah pun ada malam tu. Tapi aku rasa ramai penonton di stadium malam itu lebih terhibur menonton rakan-rakan yang sebagai backup penari terutama sewaktu joget antara Felix dengan Aznil. Sungguh lucu. Begitu juga tarian oleh Ekin dan Mawi. Anggukan Yazer ala rockers sewaktu menari juga amat lawak jadinya. Tapi kat tv tak ditunjukkan sangat, nampak pun sipi-sipi je.
Kecil-kecil cili padi. Amylea melaksanakan tugasan beliau dengan mudah. Dari segi vokal tidak ada apa yang perlu dipertikaikan. Satu persembahan yang memukau penonton di stadium malam itu.
Satu persembahan yang agak baik oleh Fuad berbanding minggu lepas. Ekspresi wajah beliau walaupun over tapi tidak begitu terlebih berbanding yang dulu. Dari segi vokal, tiada apa yang nak dipertikaikan.
Mendengar nyanyian Akma jika tidak melihat siapa orangnya mungkin mengelirukan. Suara beliau kadangnya seperti artis ini, kadangnya seperti artis itu. Namun tugasan untuk beliau dilaksanakan dengan agak cemerlang.
Persembahan dari Felix malam itu kurang aura. Dia seperti cuba mengawal dari membuat kesilapan atau menjaga lirik yang bakal dinyanyikan untuk rangkap seterusnya. Penghayatan beliau tidak ada untuk lagu tersebut. Tidak dapat menyampaikan maksud lagu tersebut kepada penonton.
Lagu ini seharusnya satu bonus buat Ekin namun beliau gagal mengambil kesempatan untuk menunjukkan tahap kemampuan beliau yang sebenar. Nyanyian beliau agak bergetar sikit sana sini. Mungkin terlalu berhati-hati dalam menyampaikan lagu tersebut.
Satu persembahan yang ditunggu-tunggu oleh peminat AF. Fanatik Mawi tentunya berdebar-debar 13 kali ganda berbanding anti-fanatik Mawi yang mengharapkan berulangnya sekali lagi tragedi seperti minggu lalu. Kesilapan lirik atau kesilapan melodi yang dicari oleh ramai pihak tidak berjaya dikesan. Mawi melaksanakan tugasnya dengan baik. Malah persembahan beliau amat menghiburkan apatah lagi di backup oleh rakan-rakan seperjuangan dalam skesta mini yang agak mencuit hati. Nyanyian beliau belum ditahap terbaik. Ala kadar sahaja. Masih banyak yang boleh dipertingkatkan lagi.
Dari segi vokal, tidak dapat dinafikan Idayu punya suara yang bagus. Namun rasa segan agak terserlah dalam persembahan beliau. Masih disekat-sekat. Andai beliau boleh berlakon dengan baik sewaktu membuat kezutan untuk MM, beliau juga boleh membuang sifat segan untuk sementara, semasa membuat persembahan di atas pentas. Aku tak rasa lagu yang disampaikan oleh Idayu adalah satu arrangement baru. Entah kenapa aku terasa penyanyi asal pernah menyanyikan lagu ini dengan tempo ini. Tugasan ini disempurnakan oleh Idayu dengan mudah.

Penyingkiran Fuad dari AF malam itu tidak memeranjatkan walaupun kedudukan beliau di tempat ke 3 seolah dah cukup baik. Namun perbezaan tempat tetapi peratusan masih sama, apa sahaja boleh berlaku. Melihat sesi luahkan hati sesama pelajar dalam extended, aku rasa hanya Felix, Mawi dan mungkin Kefli yang agak jujur dalam menegur sikap Fuad sebelum tu di asrama. Yang lain tidak bersuara tetapi setelah Fuad tersingkir, baru nak cakap itu ini dan semuanya macam bagus je esp pelajar perempuan la. Rindu takde orang kacau la dan etc etc. Huh, sebelum tu bukan kalau boleh nak elak je ke?

** Gambar tiket diatas adalah sumbangan dari BadrulAfterSix thru KK. Terimakasih tak terhingga.

Monday, June 13, 2005

N : Eliza Pelajar Pertama



Malam Sabtu baru ni, sekali lagi aku ter`berjaya tidak menonton konsert AF secara langsung. Ada alasan yang tidak dapat dijelaskan disini. Aku belum tau apa itu Afundi agaknya. Agaknyalah kan. Aku belum hafal nama-nama yang ingin di hantar ke talian 32999. Belum lagi. Walaupun sehari sebelum itu aku banyak menghabiskan masa menonton diari extended, namun belum ada lagi yang benar-benar menarik perhatian aku untuk terus menerus (setakat tengok gitu-gitu je) mengikut perkembangan pelajar AF ini. Kalau ada setakat ini pun, aku nak tengok apa Mawi dah boleh buat semasa di dalam diari dan perkembangan Felix. Kebetulan pula mereka bagai bersahabat baik. Menerima sms dari rakan-rakan lewat tengah malam tentang Eliza tersingkir dan persembahan Mawi yang hancus agak mengejutkan juga. Menonton imbasan selepas konsert malam itu, ditambah dengan komen dari pengetua M Nasir mengesahkan lagi pelajar harapan ramai, Mawi, telah menghampakan ribuan penonton di malam itu. Seperti diduga, inilah waktunya fanatik pelajar lain memperli fanatik Mawi. Lumrah. Aku kene tengok konsert ulangan, nak tau apa Mawi dah buat.

Di hari Ahad itu, melihat ulangan konsert AF, ada beberapa jangkaan dan harapan dari pelajar yang bakal membuat persembahan yang sepatutnya lebih baik tapi terjadi disebaliknya. Adakah sebab terkejut last minute kerana melihat peratusan undi yang diumumkan sebelum nyanyian bermula? Hanya mereka sahaja yang tau.
Aku expect Idayu bakal mengkagumkan dihari konsert, namun aku rasa dia menyanyi lagi bagus sewaktu dia prektis. Kiranya masa konsert tu, hanya 70% sahaja yang dipersembahkan berbanding sewaktu prektis.
Manakala Kefli, aku rasa banyak juga perubahan ke arah yang lebih baik dapat dia lakukan dihari konsert berbanding prektis depan tenaga pengajar. Jauh lebih baik berbanding konsert 1. Ada perubahan positif dari beliau.
Fuad, nyanyian beliau mengikut lengok zainal, lebih baik dari Kaer yang cuba meng R & B kan yang tidak sepatutnya, namun ekspresi muka terlalu berlebihan. Melihat sewaktu prektis, membuatkan aku tak sanggup menonton tv sewaktu konsert. Biar saja mendengar dari melihat, lebih memadai.
Aku mengharapkan Amylea lebih banyak bermain dengan mata dihari konsert berbanding sewaktu prektis, namun yang berlaku adalah sebaliknya, tidak langsung sama banyak, apatah lagi 3 kali ganda seperti yang AAH minta dia lakukan. Tapi terasa enjoy menonton persembahan dari beliau.
Lagu yang didendangkan oleh Amy dengan ala-ala tidak berminat nak menyampaikan, membuatkan aku juga tidak tertarik dengan lagu tersebut.
Aidil seharusnya kekal di atas kerusi sehingga penamat lagu. Aku rasa itu lebih elok. Nyanyian beliau tidak begitu baik berbanding sewaktu prektis apatah lagi aku tak berkenan sangat bila dengar "babe" jadi "babeh".
Suara Ekin dengan lagu yang disampaikan tidak begitu baik berbanding prektis. Apa yang dibuat sewaktu prektis tidak digunakan sewaktu konsert sebenar. Kemungkinan penari yang ada tidak alert. Aku lebih suka jika Amylea saja yang kekal di situ bersama Felix yang cuba menganggu. Aura Felix yang kuat juga mengkaburkan terus imej Ekin dalam lagu tersebut.
Terhangat Di Pasaran adalah suatu lagu yang tidak mencabar vokal secara keseluruhan. Lebih kepada menguji kepantasan menyebut lirik. Di sini hafal adalah sangat perlu namun kelihatan Reza gagal melaksanakannya malah hampir saja tenggelam dari backup singer oleh Fuad yang cuba take over. Lagu ini hanya menarik kerana ianya masih segar dikalangan remaja macam gak lagu Pop Yeh Yeh di konsert 1. Kalau fanatik KRU, pasti je dorang kata Reza bawak lagu ni best. Agaknyalah.
Mendengar dendangan Marsha, aku tak rasa best sangat macam lembik je pun ada, aksi mengoda je lebih. Lepas ni aku dapat rasa tenaga pengajar akan bagi lagu yang slow melow kat dia. Cuba bagi yang lagu rancak macam Cant Fight The Moon Light (tengok dia goda cara camna lak), mungkin lagu pelbagai genre akan menguji tahap vokal beliau yang orang ramai uar-uarkan sangat best itu.
Jika lagu rock, terutama slow rock, Yazer amat sesuai dengan lagu-lagu berentak yang sewaktu dengannya. Malah aku rasa kalau lagu yang Aidil nyanyi malam konsert itu dibawakan oleh Yazer, bayangkan sendiri la ek. Sewaktu prektis, nyanyian dari Yazer agak hancur dan aku hampir tak konfiden jika itu yang beliau cuba persembahkan di malam konsert. Namun, seperti Kefli, syabas buat Yazer yang juga membawa sedikit perubahan positif sewaktu mendendangkan lagu beliau.
Expectation fanatik Mawi terlalu tinggi. Namun, expectation anti-fanatik Mawi lebih tinggi lagi untuk melihat beliau gagal atau bakal membuat suatu kesilapan. Dan akhirnya, mereka yang tidak berminat dengan gaya fanatik Mawi, yang merasa tergugat dengan peratusan undian terhadap Mawi, telah mendapat bonus untuk menempelak para fanatik Mawi. Mawi telah memberi point yang sungguh besar untuk pengundi pelajar lain (yang hantar sms atau yang takat buih mulut je) untuk menempelak para pengundi beliau.
Manakala nyanyian Eliza sewaktu prektis dan konsert tidak jauh beza. Pada aku, beliau tak perlu lari ke sana ke mari kerana itu saja dah membuatkan kawalan pernafasan untuk vokal beliau sedikit terganggu. Namun persembahan beliau adalah menghiburkan juga selain Felix dan Amylea.

Tidak dapat tidak, aku akui tersingkirnya Eliza malam Sabtu yang lalu sedikit memuramkan suasana di dalam Diari terutama sewaktu kelas EE dan LJ. Pada aku, hanya Amylea dan Eliza saja yang menari dengan baik. Yang lain-lain tu macam bersenam waktu pagi dalam rancangan RTM pun ada. Namun masa masih ada lagi untuk perubahan ke arah yang lebih positif.



Wednesday, June 08, 2005

N : Realiti TV Ke?



Lompat blog sana lompat blog sini, boleh dikatakan semua citer mende yang sama, Akademi Fantasia. Citer AF, AF dan AF. Apa bestnya AF nih? Anda dah demam? Itulah soalan paling bosan untuk aku dengar kali nih. Bosan sebab aku belum demam AF lagi...huhuhu. Masa konsert prelude, aku ignore untuk tengok. Malah TOP 12 yang terpilih, jadi bahan kontroversi sebab ada student yg lagi hebat pada pandangan ribuan penonton tidak terpilih. Kata mereka lah. Mereka itu adalah kamu, kamu dan kamu. Aku tak tengok time tu, so diam je la. Bila episod di akademi bermula, dah ramai plak duk ngomel sana sini kata yang tu gedik over, yang ni cakap lazer, yg tu berlagak dan ntah apa lagilah. Kiranya dalam realiti astro ni, macam-macam ada. Kepada yang tak puas hati sebab pelajar yang patut terpilih pada pandangan diaorang tu tapi tak terpilih, dah buat pakatan ala-ala mogok takmo afundi. Apa? Takmo Afundi? Hish, mana boleh jadi camni. Orang-orang kat astro baru nak calculate berapa bulan bonus nak dibayar tahun ni tetiba banyak lak cakap takmo afundi sebab pelajar faveret tak dapat masuk. Itu belum lagi masuk blog yang kempen "Katakan Tak Nak SMS" atau "Katakan Tak Nak Afundi".
Sepanjang minggu pertama diari, aku tak tengok. Tak ada rasa nak tengok gelagat diaorang buat masa ini. Belum lagi. Aku banyak habiskan waktu buat mende lain. Masa konsert pertama Sabtu lepas, aku setakat sempat tengok persembahan Akma, Reza, Felix dan Amy aje. Time lain tu banyak aku surf channel lain. Masa aku tengok sesi perbualan antara Aznil dengan Reza, aku terfikir adakah ni hanya satu lakonan? Sebab Ahmad Dhani dari kumpulan Dewa sangatlah jauh berbeza dengan yg dijemput itu. Tapi akhirnya aku tau rupanya hanyalah lakonan si Reza kononnya dia adalah salah seorang peminat Dewa. Kalau benar dia seorang peminat yg lebih berminat dari aku, tentunya konsert Dewa di KL Tower tidak akan dilepaskan begitu saja atau setidaknya bertanyakan mamat yg dijemput tu pasal konsert yg baru berlalu. Eh wait, dia tak kenal mamat tu, sure dia juga tak ambik tau pasal Dewa nak buat konsert. Hampeh la lu Reza. Nak tarik perhatian pengundi tak perlu cakap mende tu semua macam gak dia tegur salah seorang pelajar lain yang tak perlu gedik-gedik ngadap kamera. Ok ok, aku tak tengok pun dia cakap camtu kat pelajar lain sebab aku tak tengok diari, tapi kalau dah ramai kawan-kawan duk bercerita pasal topik ni, maka kebenaran yang berlaku di diari sukar dipertikai. Unless kalau tak wujud bab sound-sound ni, aku edit balik part tu. Kalau dah tulis kat blog boleh edit tapi kalau dah sound orang depan jutaan rakyat Malaysia, mana nak modify dah, kan.
Selepas tamat konsert pertama, aku tengok balik M Nasir pengetua baru bagi AF3 mengumumkan ada lagi konsert seterusnya untuk menambah 2 orang lagi pelajar ke dalam akademi. Aku off tv. Malas nak tengok. Rasa macam dah tau sapa yang bakal ditarik masuk. Dalam kul 1:30 am, kecoh-kecoh dengar Mawi dan Marsha terpilih untuk cukupkan kuota baru. Huh, seperti yang aku jangka.
Keesokkannya, baru aku tergerak nak tengok konsert pertama ulangan. Kesimpulannya hanya 6 orang teratas yang aku rasa nyanyian mereka agak baik iaitu Idayu, Amy, Ekin, Yazer, Felix dan Akma. Aku letak secara rawak bukan mana nama yg dulu adalah paling bagus. Tak. Nyanyi bagus bukan matlamat dalam AF, hanya undian penentu segala. Ingat tu.
Untuk nyanyian ulangan yang macam repeat paper exam atau amik ujian memandu yang tak lulus tu, aku rasa Shiha, Isa dan Haider selain Mawi boleh dikategorikan sangat memberi saingan. Yang lain-lain tu maybe kene ambik exam sekali lagi la kut. Aku tak nampak kelebihan untuk Marsha kali ini. Tapi dia tetap lagi ok berbanding dengan pelajar (lelaki) yang dah terserap ke dalam akademi.
Sewaktu melihat konsert prelude di channel 15, pada pandangan aku, ramai gak suaranya yang bagus tapi berkemungkinan lagu yang dipilih tak sesuai. Tak sesuai dengan cara pembawakkan, tak sesuai dengan selera juri atau tak sesuai segala-galanya. Ntahlah. Nak kata teruk, tak boleh sebab mereka adalah 20 orang yang terpilih. So pada aku yang dikira best tapi maybe lagu yang dibawa masa konsert prelude tak sesuai ialah Rina, Haider dan mungkin juga Mawi. Lagu yang Mawi bawak kalau ada backup singer (*sebab ni kan lagu berkumpulan*) akan jadi lagi best kut. Aku takmo la kaitkan kontroversi sebab dia bawak lagu nasyid. So aku cuba beri pandangan lain. Tajuk lagu yang Rina nak bawak, masa sebelum dia nyanyi pun, aku cuba fikir sapa penyanyi asal lagu ni? Tergerak dihati, takde lagu lain lagi ke yang dia boleh pilih? Sebab bila nyanyi lagu orang tak pernah dengar, penonton di stadium tak akan rasa enjoy. Bila suasana ni tak wujud, dengan tak semena menunjukkan orang lain tak suka dengan nyanyian dia. So pada aku pemilihan lagu sangat penting untuk satu-satu pertandingan. Bukan main hentam nyanyi saja. Untuk Haider pula, lagu Bon Jovi yang dibawa menyerlahkan kelemahan dia sewaktu pertandingan malam itu. Lagu Bon Jovi tu boleh dianggap fast song. Tak cukup stamina boleh menampakkan bagai tak berdaya nak follow at least macam penyanyi asal buat. Aku rasa lebih elok Haider nyanyi lagu melayu malam itu. Slow rock pun takpe. Peluang untuk dia terpilih lebih cerah berbanding Aidil atau Reza sebenarnya.
Hari tu kecoh Mawi tak dapat masuk AF. Banyak andaian tanpa bukti yang dikeluarkan oleh orang ramai. Ada yang cakap lebih elok dia tak masuk, elok dia seperti sedia ada, takmo rosakkan dia or whatever la kan, ada gak yang kata M Nasir hentak-hentak meja, tak pasti adakah sebab tak puas hati Mawi tak masuk ke atau sebab lain. Persoalannya Ye ke hentak meja? Kalau ye pun, kemungkinan M Nasir nak test keteguhan meja tu, kalau tak elok boleh suggest beli meja baru kat Ikea di Ikano Power Center. Pada aku, by the time Mawi pergi buat ujibakat AF, dia dah tau apa dia nak buat. Dia dah akil baligh. Tak semestinya bekas seorang Qari tidak sesuai masuk akademi. Lagikan budak sekolah agama banyak kes masuk paper mengalahkan pelajar sekolah harian biasa. Takde plak terfikir yang mereka-mereka ni semua bakal duduk dalam Jabatan Agama suatu hari nanti atau duk kat mahkamah syariah atau bakal menjadi seorang yang mengeluarkan fatwa? Atau kita cuma perlu fikir, mereka masuk sekolah agama, dah keluar nanti bawak haluan masing-masing dan tak semestinya jadi seperti yang aku list kan seperti di atas. Camtu ke? Kenapa rakyat Malaysia takmo bendung agar mereka yang masuk sekolah agama ni bakal hanya bergelar ustaz, imam, bilal or whatever yang berkait yang sewaktu dengannya? Kenapa hanya Mawi? Andai tidak diberitahu latarbelakang tentang siapa Mawi, adakah menjadi kecoh seperti ini? Aku rasa elok pihak Astro di rancangan akan datang tidak perlu dedahkan sangat latar belakang setiap calon yang terpilih.
Hari tu juga ada yang bercakap Mawi tak dapat tu banyak hikmahnya. Now Mawi dah terpilih. Agak-agak siapa yang dapat manfaat apabila Mawi terpilih masuk? Tak lain tak tak bukan, rakan sepelajar dengannya, Marsha. Fikirkan, andai Mawi dah terpilih awal-awal, aku rasa peluang TERTUTUP terus buat Marsha. Peminat, penonton setia yang menyokong Marsha tu patut berTERIMAKASIH kepada Mawi. Hanya kerana Mawi, Marsha terpilih, takde sebab lain lagi. Kalau Mawi dah terpilih sejak konsert prelude, seluruh Malaysia tidak akan hiraukan siapa Marsha. Kerana dari segi vokal, pelajar perempuan yang sedia ada sangat kompetitif. Kalau ikutkan, Shiha atau Isa lagi bagus malam tu.
Diari minggu ke dua telah bermula. Kalau diminggu pertama dah dengar macam-macam versi yang tak berkenan tentang pelajar. Now dah ada versi baru. Episod air mata ala-ala Rosma AF1. Aku takmo komen pasal tak leh makan tu makan ni. Maybe alergik, aku boleh terima tapi demand ikan tenggiri kira satu hal la gak kan, tak tau la kalau tenggiri kat sana singgit 3 kilo...huhuhu. Namun kemasukkan Mawi ke akademi, bergabung plak dengan Felix, aku rasa dua orang ni yang bakal menceriakan diari dari minggu ke minggu. Kita tunggu aje la. So far dua orang ni buat aku gelak je. Lawak walaupun dorang tu sebenarnya buat dengan serius. Kalau dah sampai Marlia pun leh cakap "awak jadi pak lawak je la Felix"...ermm.
Tengok blog tu,suh afundi si dia nih, blog yang ni, suh undi si dia tu. Tapi banyak blog suh undi Mawi dan Felix. Member kamcing dlm akademi. Namun ada blog boikot takmo undi langsung. Biarkan biarkan. Strategi mereka. Biarkan. Apa lak strategi aku? Kalau aku lak, mana-mana pelajar yang diminati tu (* ni yang mana-mana yg aku rasa tak leh jadi juara la kan *)... ala kalau tengok peratusan semasa pun macam boleh agak sapa bakal ke final. Kena terima hakikat nih. So strategi aku ialah aku TAKKAN undi pelajar yang aku minat tapi dalam masa yg sama tak rasa dia leh jadi juara. Jimat duit sms. Lebih cepat pelajar tu keluar, lebih cepat dapat jumpa dorang. Kalau yang masuk sampai final, jenuh la nak ada peluang jumpa secara live. Kalau ada pun, ramai la yang duk buat fanclub tu fanclub ni, kemudian amik kesempatan caj tinggi nak mampus semata-mata nak buat perjumpaan yang belum tentu pelajar tu duk sebelah ko sepanjang masa, kan kan? Takat bergambar dua tiga klik, abis. Duit makan sekian-sekian, balance kononnya untuk duit kelab, pastu tak lama senyap camtu je. Mana pergi fanclub AF1? Apa cerita fanclub AF2? Apa aktiviti mereka? Aku memang tak tau sebab tak join kelab mana-mana. Lagipun, nak set gath bersama budak-budak AF walaupun dah tertubuhnya fanclub bukan suatu perkara yang mudah. Mereka ni sibuk memanjang ngalahkan menteri.
Eh, aku tak cakap nak undi sapa-sapa lagi sebab demam AF belum start lagi, maybe juga takde hingga final tapi strategi kena ada dan perlu diuar-uarkan..hahaha. Termakan antibiotik terlebey kut sebelum AF nak start. Tu yg tak demam lagi.

Monday, June 06, 2005

S : Tresnok Awed : Konsert Dewa



3 irah mulebes uti, nawak uka ada aynat uka, kan mirik ileb tekit kat? Dalam hati memang nak pergi tapi ada situasi tertentu yang membuatkan aku geleng-geleng kepala menyatakan jawapan aku kepadanya. Nupualaw irades lawa uka gnamem had nalp kan igrep ipat id uggnim rihkaret uka habu nairidnep. Mungkin takde rezeki kut. Ualak had tekit kat ileb, kan igrep anmac nak? Namun panggilan di petang Jumaat merubah segalanya. Hawehc. Macam tak caya lak aku. Hisakamiret kaynab-kaynab adapek Xisretfalurdab anarek irebmem gnaulep adapek uka notnon evil tresnok Awed.
Petang tu aku saja buat-buat sibuk kat opis dengan melompat-lompat blog orang, tetiba ada call. Lurdab llac uka suret aynat lasap Awed. Aku ingat dia nak ajak aku pergi tapi dia leh tanya aku, eh ko minat Dewa tak? Uka kan bawaj tanim tagnas ut kat nikgnum al babes kaynab ej ugal aid uka kat uat. Iyalah, album Dewa dah banyak, mana nak ikut semua. Ipat takat ugal ralupop ut, helob al nayal nak. Badrul offer tiket ke konsert Dewa, aku pun masa tu berbelah bahagi nak jawab ya atau tak.
Image hosted by Photobucket.com


Amuc kitedret malad itah, nikgnum aynridkat uka naka notnonoem Awed evil tuk. Walaupun dari awal aku cuba mengelak dari beli tiket, tapi akhirnya tiket tu datang ke aku juga. Ipat nak, uka uka kaleg ulud *eheheh* asam Dab llac uka gnatep ut, uka macam itahreb-itah kan bawaj nalaos aid, nakub apa... baca citer lepas ni.
Ada utas igap ayar nuhat na09 al, halada gnaroes tamam JD oidar in gnatad ek hamur ayareb. Dia kena kerja shift petang pada raya tu. Uka arat al hasik tagnas. Sebelum tengahhari dia chow pergi kerja. Kat amal ut aid llac hamur uka, aynat lasap ada gnarab aid laggnitret kat? Aku cari-cari memang takde la kan. Utsap terelem-terel atirec lasap ayar, napaisrep ayar, hiuk hium naramegek aumes ut. So borak macam biasa la kan. Sibah ej pakacreb mulebes katel nofelet, uti tamam JD oidar hurus no oidar gnarakes aguj. Huh, tak lama lepas tu dalam 10 minit gak rasanya, aku dengar kat radio macam dejavu je dengan soalan dan jawapan yang yang berkumandang cuma takde la soalan pasal barang tertinggal ke apa. Arik had tide al nalaubrep ut. Kalauorang lain dengar tak pasal ingat ada orang tu takde kerja di pagi raya call ke radio...uhuhuh. Ok ok abis part tu, tu je la aku nak sampaikan masa Bad call tanya aku tentang Dewa.

Image hosted by Photobucket.com


Os malam ut uka hisam macam kat ayac ej gnay uka naka ek tresnok Awed. Malam tu gak aku sms member aku bagitau kalau takde hal jumpa kat konsert. Igap aynnakoseek, uka igrep sivres aterek, igrep knab. Huh banyak sungguh urusan. Sapel ut urab llac Dab. On the way nak jumpa Bad, aku boleh terlepas pintu masuk sebelum Petronas tu, so terpaksalah aku buat satu round pusing Bukit Jalil dan masuk balik ikut pintu pagar tu. Alib tekit id nagnat, utas igal halasam aynapur. Punyalah ramai aku call dan sms (*yang aku rasa minat Dewa dan boleh diajak tengok konsert*) rupanya ada je hal masing-masing hari tu. Ada gnay kan kognet Srawrats al, ada kan ek anas al nad macam-macam lah igal. Ada gak dapat reply bagitau kalau SO7 oklah, Dewa tak minat sangat. Iapmas luk 7 malam, asam tak Ogos, uka llac Dab uatigab, tekit ecnalab in edkat gnaro al. So Bad suruh aku pegi sorang-sorang enjoy sama mamat dan minah Indo lain...uhuhuh. Errr wait wait, dia tak cakap macam tu, aku je tambah-tambah. Aid amuc pakac epkat al ualak gnaros-gnaros nup.
Aku tiba kat sana pun dah 8:30 pm. Tresnok halet alumreb ipat nakub irad Awed. Aku tak pasti artis jemputan mana yang ada, yang aku perasan ada Gerhana Ska Cinta sebelum itu. Tresnok Awed alumreb kaga tawel malam uti, malad 51:9 mp utmac nad tamat 2 maj naidumek.
Gambar-gambar yang di ambil tak berapa clear sangat tapi boleh la sekadar nak tunjukkan aku berada disitu malam itu.

Aynnakkaynabek uka kibma oediv ipat ada kalp halasam kat hel daol mld cp. Memang hampeh arrr.

ps: Terimakasih skali lagi to BadrulSelepasEnam

Thursday, June 02, 2005

N : Adakah Ko Juga Tahu ?




Korang tahu tak pasal naik ERL dari KL Sentral ke KLIA dengan harga normal RM35 sebenarnya boleh dijimatkan menjadi RM 12.50. Bagaimana?
Satu kajian yang telah dibuat oleh ntah sapa-sapa la kan adalah seperti berikut :

KL Sentral ke Bdr. Tasik Selatan : RM 4.20
KL Sentral ke Putrajaya : RM 9.50
KL Sentral ke Salak Tinggi : RM 12.50
KL Sentral ke KLIA : RM 35.00

Dan diketahui dari :

Bdr. Tasik Selatan ke Putrajaya : RM 5.30
Putrajaya ke KLIA : RM 6.20

Ada 2 cara nak jimat kos jika guna ERL :

Pertama.
Ambil ERL dari KL Sentral ke PutraJaya RM 9.50. Turun dan beli tiket seterusnya dari PutraJaya ke KLIA RM 6.20. Maka kos yang terlibat adalah RM 15.70.
Namun, masa terpaksalah dikorbankan sikit sebab nak tunggu ERL seterusnya dalam 15 - 20 minit camtu. Tapi dapat jimat banyak gak kan? Tu kalau naik sorang-sorang, kalau bersama rakan taulan atau keluarga? So, fikir-fikirkanlah. Boleh belanja aku makan tu...huhuhu.


Kedua.
Amik komuter ke Bdr Tasek Selatan RM 1.00. Kemudian amik ERL ke Putrajaya RM 5.30. Turun lagi dan beli tiket dari Putrajaya ke KLIA RM 6.20. So kos terlibat adalah RM 12.50.
Walaupun kos cara kedua ni lagi jimat (takat RM 3.20) tapi berdasarkan masa tentunya elok sket cara pertama. Lagipun kalau naik komuter, agak sesak sket la kan..

ps: Uar-uarkan kepada mereka yang selalu guna ERL...huhuhu. Sumber-sumber dipetik dari mamat/minah yg bernama ntah sapa-sapa la kan.