Friday, December 04, 2009


N : Krono B-01




Tak patut betul.. atau tak patut salah ? Hanya nak bagitau.. segala foto tersiar di ambil dari :

ntah.fotopages.com

PS: gambo tersiar dah dapat kelulusan dari empunya fotopages.. sekarang ni bolehla amik free sebab dia belum pro huhuhu..

Wednesday, November 18, 2009


N : Krono J-17




Sebaik mendengar khabaran itu, bagai separuh jiwa hilang.. disentap.. pergi tah ke mana.. longlai. Apakah reaksi yang harus aku berikan? Aku dah memikirkannya atau lebih halusnya berimiginasi beberapa tahun lepas tentang hal ini, namun minda sentiasa cuba mencari helah agar ianya hanya yang indah sahaja bermain dibenakku. Aku dah merangka apa patut aku buat jika takdirnya, khabaran ini tiba jua pada satu hari nanti. Aku rasa waktu itu aku dah bersedia untuk menerima apa saja. Hati aku pasti teguh. Itu yang aku fikir waktu itu .. tapi bila ianya datang dengan tiba-tiba, dalam keadaan aku pening dan mengantuk teramat sangat.. aku buntu.. minda aku tidak dapat memproses data yang aku terima. Mana plan reaksi yang aku dah sediakan sebelum ini? Aku cuba mencari-cari dalam benak aku ni, tapi tak jumpa.. di folder mana aku simpan? Apa nama fail aku dah save dulu tu? Arghhh.. Disaat aku perlukannya, tak pula aku jumpa. Akhirnya, aku sekadar membisu tanpa bicara, namun otak masih berlegar-legar cuba memikirkan sesuatu, agar dapat aku ungkapkan sesuatu.. sekurang-kurangnya fikir aku.. tapi, hingga ke penghujung tiada sepatah perkataan pun yang dapat keluar dari mulutku. Aku biarkan aje mereka berbicara. Terasa mataku berkaca, tapi setidaknya, aku berjaya menahan dari membiarkan ia turut mengikut rentak dengan suasana pada waktu itu. Benarlah seperti mana terungkap diblog ini.. apa yang dirancang, terjadi sebaliknya. Sungguh mengecewakan :(

Pagi esoknya.. hujan. Suasana sekeliling bagai turut sama merasakan apa yang aku rasa. Aku fikir, waktu tengah hari nanti, pasti berhenti hujan itu, namun terus menerus hingga ke petang. Berdiri mengadap di dinding cermin, melihat hujan yang turun di luar.. tak pasti apa yang aku fikir.. hanya lagu Kosong dari Dewa dapat mengungkapkan apa yang aku rasa waktu itu. Melihat telefon bimbit di tangan, mengintai andai ada mesej masuk, tapi kelihatan hanya detik jam sahaja di paparkan di skrin. Tiba-tiba teringat mesej dari seseorang pagi semalam yang agak pelik.. aku sms dia bertanyakan sesuatu yang tidak terlalu memaksa untuk aku dapat jawapan darinya. Tiada balasan.

Aku melangkah ke tingkat bawah menuju ke tempat rakanku bertugas. Cuba mencari alasan tersendiri, agar berbicara itu bakal membuatkan aku lupa segala apa yang berlaku sebelum itu. Agak berjaya juga, walaupun di minda masih memproses tentang khabaran itu. Berjaya dalam erti kata, orang tak perasan apa kita rasa waktu itu. Biar nampak natural.. mungkin hanya ini kelebihan yang aku boleh banggakan sedikit.. ahaks. Berbual dengan orang yang tidak tau apa-apa itu lebih baik. Sewaktu berborak, aku terima balasan mesej. Cukup ringkas, bagai teka teki pula yang harus aku cari sendiri jawapannya. Biarkan dulu, mungkin dia perlu masa. Itu fikirku. Namun aku ingin sekali tahu apa sebenarnya telah berlaku. Pasti tahun hadapan adalah satu perkara besar bakal berlaku. Apakah aku telah bersedia tentang hal ini? Dengan khabaran yang menerjah tiba-tiba, aku sendiri kurang pasti ke mana hala tuju yang harus aku lalui. Owhh tahun 2010 !!



Teringat seorang kawan aku ni yang berada di satu lokasi. Yang dirahsiakan har har har.. Macam best je. Sebenarnya, memang standard aku, tidak meletakkan nama orang, nama tempat dan waktu. Biarlah aku saja yang tau. Mungkin suatu hari nanti, bila aku baca balik apa yang aku taip hari ni, aku akan menguji minda aku sendiri, setakat mana aku mampu mengingat segala peristiwa yang berlaku. Jika aku tak mampu, biarkanlah ianya berlalu mengikut peredaran masa. Aku sekadar mesej dia petang itu untuk mencari jalan keluar kononnya, untuk berbicara hal lain pastinya tapi.. gagal .. hahaha.. Macam dia tau je apa aku tengah rasa waktu itu.. namun untuk bercerita pastinya aku tidak tau dari mana nak mulakan tapi apa yang aku terima kali ini, seolah mengharapkan biar sahaja tersimpan di minda aku.. aku simpan dalam hati, buat sementara ini. Benarkah hanya sementara aje? Tengok ajelah apa bakal terjadi kemudian hari walaupun aku dapat rasa ianya menjadi lebih yyyyyy. Apa perkataan standard yang sesuai untuk aku gantikan dalam "yyyyyy"? Pastinya tak best lah. Dalam pada itu, bagaimana aku nak hadapi hari-hari mendatang bagai tiada apa yang berlaku? Dushhh..

Melayari internet di malam itu terasa membosankan, apatah lagi dengan minda yang terasa amat letih.. menyebabkan segala sendi turut sama tidak bermaya.. tanpa aku sedari, akhirnya aku terlelap dengan telefon masih di tangan.. aku tersedar pun jam dah menunjukkan hampir dua pagi. Masih ada mesej belum terbalas. Fikirku, esok aje lah kalau berkesempatan. Minda aku betul-betul letih kali ini dengan separuh jiwa hilang tah ke mana. Lagu Semua Tentang Kita bagai hampir dengan apa yang aku rasa ketika ini tapi "situasi berbeza".....



PS: gambar yang tersiar takde kaitan dengan jalan cerita .. jika macam ada, itu hanya kebetulan je ..

Monday, November 16, 2009


N : Krono J-16




Kalau dah nama restoran makanan segera, makanan, rasa dan harga adalah standard di mana-mana cawangan kecuali tempat-tempat tertentu. Aku bukan nak komplen pasal harga atau rasa tapi adalah peristiwa yang menjadi kenangan setiap kali jejak ke restoran ni di mana-mana cawangan pun. Walaupun aku jarang ke tempat-tempat macam tu, tapi bila terpandang, memang akan teringat la .. apatah lagi bila sesekali lagu yang berkumandang di radio membuatkan minda aku menerjah suasana di lokasi. Gaya nyanyian pelanggan yang nyanyi sekali mengikut lagu tersebut yang dipasang di restoran itu seolah macam baru je berlaku.

Tarikh dia aku masih ingat tapi takyah la letak kat sini. Aku boleh ingat sebab pagi sebelum tu aku ada tournament bowling. Oopss, aku tau, bila kawan-kawan ajak aku main bowling, aku cakap dah pencen hehe sebab aku lebih kepada futsal tapi tournament tu memang sekali tu je la aku join sebab boss besar yang paksa masuk dan aku terpaksarela. Kalau ikutkan, kali terakhir aku lontar bola boling sebelum join tournament tu rasanya dah melebihi 3 tahun. Memang aku tak ambil tau langsung, tak join mana-mana game hatta untuk bersuka-suka dengan kawan-kawan dalam jangkamasa itu. Aku ada sebab tersendiri yang sukar aku catitkan di sini, biarlah memori dalam minda aku berlalu begitu saja. Tiba-tiba terpaksarela melibatkan diri semula, abis alasan dah aku bagi.. alasan paling best.. kalau aku main kang, korang semua kalah, tak pasal piala pusingan dapat kat aku .. ha ha ham hampeh je alasan.. malam tu, jejak stor, cari balik apa yang ada, bola, kasut .. lorr sedeynya, sebab dah lama tak guna, tapak kasut dah berderai rupanya. Ehh, aku bukan nak catitkan pasal bowling ni kat sini.. patutnya selingan je .. so aku lompat balik pasal restoran segera tu.

Petang tu, aku bertolak ke sana.. sakit-sakit tangan, kaki masih terasa lagi sebab dah lama tak main bowling tu. Ikutkan, balik dari game, aku nak tidor je hehe .. tapi ngenangkan exam dah semakin hampir dan nak bercerita serba sikit kat kawan kamceng aku sorang ni yang bercuti sebelum tu, kenalah kuatkan semangat gak. Nak study sorang-sorang memang la aku tak berapa nak reti sangat, ntah betul ntah tidak.. hentam saja. Aku cakap "bercerita" sebab aku rasa tu ayat lebih afdal dari kata nak "mengajar".. sebab aku pun belajar gak.



Weh, sebenarnya aku teragak-agak juga nak masuk restoran makanan segera yang diboikot oleh orang ramai.. well sekarang apa jadi? takde boikot dah ke? aku tengok ramai je masuk huhuhu. Dah penat bercerita, beratur la nak beli makanan.. ni la part paling best.. beratur punya panjang.. plan siap-siap nak order apa.. sampai kat kaunter .. owh, yang tu dah abis, yang tu pun dah abis.. eh yang tu ada lagi.. tapi dia punya ni dah abis, boleh ganti yang lain? owh yang ni pun dah abis encik.. aku pun tanyalah apsal semua dah abis?.. sebenarnya encik, gas yang dah abis, so tak leh nak masak lagi.. gas dah abis? aku blurr jap terima jawapan adik yang jaga kat kaunter tu.. dalam hati takkan la restoran besar macam ni tak alert pasal gas nak abis? Akhirnya dapat la makanan yang dalam set tapi taklah setnya sebab dah abis dan diganti dengan mende lain. Apa yang aku terfikir masa tu, dasyat gak la kempen boikot nih.. aku rasa stok yang dah abis. Adakah terlampau ramai yang beli atau stok dikurangkan? Atau gak restoran tu boikot kiteorang dan takmo jual apa yang kiteorang nak beli.. owhh tidak..

Ye la ye la.. kisah bowling tu jangan ceritanya tergantung macam tu je? Tapi takde apa pun yang aku nak cerita kat sini, cuma nak bagitau, tahun mendatang aku takkan join dah tournament tu, cukuplah yang tu. Pasal piala pusingan tu? Adakah juara yang lalu dapat bertahan? Apa patut aku catit kat sini..ermm .. piala tu aku bawak balik .. kan dah rugi orang yang ajak aku join game tu hehehe..


ps: gambar yang tersiar takde kaitan dengan jalan cerita .. jika macam ada, itu hanya kebetulan je hahaha..

Friday, October 02, 2009


N : Krono J-15



Diari 1964 atau lebih tepatnya Diary 1964. Kenapa itu lebih tepat? Kerana tertera dimuka depan buku itu dalam bahasa.. ermm.. yg pastinya bukan bahasa Malaysia atau bahasa melayu atau keduanya lah. Apa menariknya diari 1964 berbanding cerita sekitar bulan Ramadhan yg standard seperti kat blog lain, cerita pasal shopping untuk raya, persiapan raya, tak ketinggalan ibadat yang hanya dilebihkan sekitar Ramadhan? Apatah lagi sekarang ini masing-masing teruja dengan standard-nya bercerita perihal sambutan Syawal yang masih lagi Syawal tika aku menaip nih. Ini pun aku nak kisahkan pasal sambutan Syawal tapi tak ikut standard orang yang sambut Syawal. Maksud aku, bukan cerita pasal sambutan raya tapi lebih kepada Diari yang aku tau kewujudannya pada Syawal baru-baru ni.

Lagipun demam selsema seminggu sebelum raya, pastu sihat dua hari Syawal dan demam balik hingga sekarang memang la tak berapa nak best sangat. Tapi kire best la gak dapat ngadap laut pepagi Syawal masa kat kg tu.

Pada hari aku nak berkonvoi dengan kazen aku suatu pagi untuk pulang ke KL, makcik aku.. mak pada kazen aku tu la, tunjukkan satu diari lama. Lama la kan kalau dah tertera tahun 1964. Aku pun tak wujud lagi masa ni. Makcik aku bagi pada anak dia untuk tengok-tengok apa yang ada dalam kandungan diari tu. Aku ada gak belek-belek sket. Tengok dari muka depan, pastu belek dari arah belakang. Tulisan campur-campur. Ada rumi dan kebanyakkannya jawi. Aku rasa lar sebab tak belek satu persatu pun. Ada ayat Al Quran yang tercatat tapi aku tak tau berkenaan dengan apa. Ada kisah pasal kalendar, pasal peristiwa tahun tertentu. Oh ya, walaupun ianya diari tahun 1964 tapi peristiwa yang tercatat dalam tu melangkau masa sehingga tahun 80an tak silap aku. Sebab apa aku cakap macam tu?

Ada beberapa muka surat dalam diari tu menarik perhatian aku, dalam aku duk belek sekali lalu. Pertamanya pasal salahsilah keluarga yang aku kurang amik tau sebelum ni huhuhu. Keduanya pasal tarikh lahir setiap orang, termasuk aku dan kazen-kazen. Yang last tercatat kazen yang dilahirkan tahun 1988 rasanya. Masa tanggal pusat untuk individu tertentu pun ada gak. Tapi yang lebih menarik perhatian aku, tentunya la pasal aku sendiri. Tu pun aku sempat tengok tercatat dalam dua muka surat. Kalau belek lagi mungkin ada, mungkin juga takde. Tulisan tangan yang berwarna merah atas sket nama aku tu yang buat aku terimbas kembali zaman sekolah. Aku teringat pasal makcik aku cerita pasal nama aku, bukanlah nama aku guna sekarang huhuhu. Owh owh, bukan Reversemode pastinya, bukan juga nama yg tertera sebelah kanan blog ni hahaha. Aku pernah tanya gak kenapa ditukar, tapi takde jawapan yang pasti.. ermm ye ke? Biar aku je la tau sebabnya. Kalau guna balik nama tu, nanti glemer terlebih plak hahaha. Elok la jadi insan biasa ala-ala standard macam orang lain.

Sepanjang perjalanan pulang secara berkonvoi tu, banyak la tempat kiteorang berhenti. Bukan berhenti sebab jalan jam ke apa, tapi lebih kepada nak menembak. Ada teman sesama nikon memang best, tak terasa masa berlalu begitu pantas. Itu yang amik masa lebih dua belas jam perjalanan. Iya la, bertolak jam tujuh pagi, tiba jam sebelas lebih malam. Dah tiba rumah, baru terasa letih teramat. Ermm, ke sebab ni aku demam tak abis-abis lagi?

Cerita pasal bernikon.. aku tulis skali la kat sini, malas nak buat entri lain yang nanti aku tak tau bila nak updet lagi. Pada Syawal pertama, aku singgah umah kazen aku ni, dah bertahun sebenarnya dia tak beraya di Malaysia sebab belajar kat sana nun, maka setiap kali raya, dia bukan dalam mode bercuti tapi kali ni waktu bercuti dia pakej sekali dengan raya. Dan kalau ikut kalendar, raya makin lama makin awal, maka raya untuk tahun akan datang pastinya sekali dalam cuti dia. Masa aku singgah umah tu, dia suruh ke arah dapur, rupanya nak tunjuk foto-foto yang dia dah shoot dan menariknya, dia tampal kat dinding dengan guna frame kotak-kotak yang dipotong tak berapa tepat sangat ukurannya hehehe. Konon-kononnya itu la galeri dia. Berangan la tu tapi aku tengok macam menarik gak. Bagi aku idea nak buat kat umah sendri nih hahaha. Dalam duk borak-borak tu, dia cakap nanti datang la tengok pameran foto dia kat galeri seni bla bla yang aku tak berapa nak tangkap sangat apa dia cakap masa tu. Apatah lagi bila dia bagitau, masa pameran tu, dia dah terbang keluar dari negara ni sebab sambung belajar, aku anggap dia buat lawak je. Tetapi, hari-hari yang lain plus masa berkonvoi tu, baru aku jelas pameran apa dan kat mana cuma tarikhnya aku tak pasti. Memandangkan dia dah iklan kat blog dia, maka aku iklan kan la sekali kat sini. Dulu dia rajin la letak gambo kat fotopages dia, link dari fotopages aku tapi sejak dia ada blog, langsung tak updet dah..sebab dalam blog dia pun dah letak gambo yang dia nak letak.. aku tak link ke blog dia dari sini sebab perlu ke dia tau aku ada blog? huhuhu.

Tarikh pameran bermula 23 Oktober 2009 sehingga 22 Januari 2010 bertempat di Islamic Arts Museum Malaysia Kuala Lumpur. Aku pun tak pasti lagi kat mana tempat ni akekeke. Cari sendiri la dalam peta ye..

Salam Lebaran buat semua.

ps: diari tu milik arwah atok yg telah pergi pada 1989. Al fatihah

Friday, July 17, 2009


N : Krono K-01




Hari itu aku amik cuti. Takde plan pun nak cuti apatah lagi di tengah-tengah minggu, bukan Jumaat atau Isnin yang boleh disekalikan dengan Sabtu dan Ahad. Tapi memandangkan cuti ni adalah cuti ganti sempena cuti umum bulan sebelum tu yang aku terlupa nak apply sejak awal, lagi pula cuti ganti ni tak tolak cuti sedia ada, apa kisah cuti tengah minggu kerja, kan.

Kebetulan pula time ni memang tengah hangat cerita Revenge Of The Fallen. Aku bercuti time orang lain kerja. Tiket memang takde masalah huhuhu. So pagi tu aku keluar rumah macam biasa, ala-ala macam nak pergi kerja tapi bercuti, so singgah opis jap breakfast dengan kawan-kawan (huh, yo yo oo lak kan). Dipendekkan cerita .. aku dah berada di sekitar panggung wayang. Aku ingat hari bekerja tak ramai orang.. ramai juga rupanya.

Terasa lawak pun ada gak sebab pergi tengok sorang-sorang, kawan aku dah tengok hari ke 2 tayangan.. hampeh sebab tak leh join dorang. Tapi pergi tengok sorang-sorang ni bukanlah pengalaman pertama dan bukan juga paling gempak. Aku mention "gempak" sebab walaupun aku sorang-sorang tapi pastinya ramai lagi dalam panggung tu. Yang paling gempak pernah berlaku dalam hidup aku ialah pergi tengok wayang sorang-sorang dalam panggung wayang hanya aku sorang je dalam tu. Gempak kan? huhuhu. Kalah selebriti, macam aku book satu panggung wayang la plak muahahaha. Cerita bertajuk "As Good As It Gets" kalau tak silap. Pasal sorang ni yang terlalu jaga kebersihan, pergi restoran pun bawak sudu garpu sendiri. Abis kat sini pasal ni.

Sebelum masuk panggung tu, aku beratur la nak beli popcorn dengan air. Aku fikir at least ada something untuk dikunyah masa menonton tu. Elok selesai membeli, aku pandang la orang yang masih beratur nak beli tiket. Tiba-tiba aku ternampak seseorang.. macam kenal... muahahaha.. seseorang ni tengah beratur nak beli tiket? Aku pergi kat dia.. terkejut tak sangka sebab aku ada kat situ kut tapi aku buat selamba je la. Siap bagi tau aku duk row mana dan ajak join sekali hahaha. Aku gelak tak ingat masa tengah taip ni. Sebab apa? Elok lepas dia beli, aku tanya la dia.. tak kerja ke? Jawapan innocent abis.. kerja. Aku bagitau la aku bercuti walaupun dia nampak aku kat opis pagi sebelum tu time breakfast. Dia dah ala-ala tak selesa dengan jawapan aku tu kan.. tapi aku buat derk je la. Bila dah masuk panggung, aku nampak dia bercakap kat phone.. tiba-tiba dia keluar. Oh btw, walaupun aku satu row tapi bukan sebelah-sebelah. Masa cerita dah start lebih kurang 5 minit camtu (iklan je time ni belum cerita sebenar), dia masuk balik dengan kawan sekerja lain.. muahaha.. hampeh tul dorang ni. Agaknya dia ni fikir, alang kantoi biar lebih dari sorang kut hahaha. Ermm aku bukan nak detail kan citer pasal ni. Yang aku nak citer ialah betapa tak puas hatinya dengan citer Transformers ni.


Ermm, camna aku leh nak cerita pasal ROTF ni ek? Bukan standard aku ni huhuhu. Apa yang aku tak puas hati? Banyak sangat. Antaranya :

Pertama: objek bergerak dengan kamera sekali bergerak.. memang memeningkan.

Kedua: tah mana datang robot ala-ala terminator.. kalau dah power tahap tu, kenapa tak semua sekali jadi terminator? Ke selepas ni dalam filem terminator ada transformers plak?

Ketiga: kisah robot yang menyerang kat setengah bandar di China, kisah tu dianggap khabar angin semata. Kan masa part one dulu masa perang robot kat town (US) ramai yang terlibat. Macam ler 2 - 3 orang je tau pasal transfromer ni. (ni kalu refer filem yg pertama la kan).

Keempat: Mamat yang dilantik presiden, halau autobots kluar dari bumi.. dia plan nak serang dengan senjata yang sedia ada? hohoho. Dia dan presiden masa tu ada kat Pluto agaknya tak tau dan tak kaji sejarah US diserang Decepticons.

Kelima: Decepticons kidnap parents Sam untuk jadikan tebusan, somehow bawak org tua tu ke padang pasir tempat bertempur antara Autobots dan Decepticons. Yang tak kenanya, dah dapat detect Sam kat mana, apa guna nak bawak parents dia lagi? Rasanya takde pun part Decepticons ugut Sam suruh serah diri.

Keenam: Megatron boleh dihidupkan dengan Allsparks Cube tapi Optimus Prime tak leh.. dah jenuh plak si Sam tu nak cari key untuk hidupkan Prime.

Ketujuh: Jetfire bagitau Sam bahwa hanya Prime boleh kalahkan Fallen. Tapi zaman dulu lagi masa Prime ada 6, kenapa nak sacrifice mati bersama untuk protect Key? Pegi je la belasah Fallen masa tu.

Kelapan: kamera pergi shoot mamat tu punya underwear sekadar nak bagitau dia masih fanatik dgn S7.. untuk apa?

Kesembilan: berbalik kepada yang ketiga. Masa kat China (Shanghai kalu tak silap).. transformers ni leh detect sesama dia tapi masa Sam date dgn awek macam terminator tu, bumblebee tak prasan pun.

Kesepuluh : Masa filem pertama pun aku tak puas hati gak. Masa bertarung tu, laju sangat.. aku tak leh folo mana autobots mana decepticons. Lain kali suh pakai jersey la weh.

Banyak lagi boleh senarai, sepuluh pun ok pe.

Dan yang paling menjadi tanda tanya kat aku dan sesapa la kut selepas ni kalau terbaca ni dan ditanya kat orang lain pasni kan.. cube tu kalau kena kat mana-mana mekanikal atau eletronik equipment, akan transform jadi robot kan.. Kenapa mesti jadi robot jahat je atau dengan kata lain, jadi klik decepticons bukan autobots?

autobotsss.. transform !

Wednesday, July 15, 2009


N : Krono J-14




Apa yang telah terjadi pada kenangan? Sememangnya aku tak pernah melupakan.. Macam biasa dengar ek?

Sesuatu yang indah pernah berlaku dalam hidup kita, belum pasti ianya akan berulang. Apatah lagi untuk dikekalkan keindahan tersebut. Hanya minda dapat mengenang, mengingati keindahan tersebut. Kalau dicerita pun, yang mendengar atau yang membaca tidak dapat menterjemahkan dengan tepat. Apa yang kita lihat, apa yang kita alami pada waktu itu, hanya diri kita sahaja yang lebih menghargai. Kalau reti nak menghargai. Makanya, dengan kata standard mudah yang lain, pengalaman adalah orang itu sendiri yang mengalaminya. Yang mendengar atau membaca hanya boleh berimiginasi semata.

Keindahan yang berlaku dalam hidup kita, bagaikan melihat keindahan warna pelangi. Hanya sementara. Takkan kekal di situ. Melihat pelangi dari satu sudut sini, tidak sama melihat dari sudut di sana. Jika muncul lagi pelangi tersebut, pastinya kita tidak melihat dari tempat yang sama. Macam pengalaman indah yang kita alami. Unik? Dan mengharapkan warna pelangi muncul di tempat yang sama kerana kita merasakan itulah yang paling cantik pernah kita lihat, ibarat ... ermmm ... aku lontarkan kembali soalan ini, ada ke peluang kedua tersebut? Boleh ke?

Mengimbas kembali kenangan paling indah waktu persekolahan, semuanya dalam memori kita. Kita boleh bercerita tapi habis setakat itu aje la. Itu pun bukan sepanjang masa kita terfikir tentang perkara tersebut. Kerana apa? Terlalu banyak jawapan yang boleh diberikan jika nak dijawab persoalan "kerana apa" itu. Minda kita tak akan berputar bermain selalu memori tersebut kerana seperti yang dikatakan di atas, kita tidak dapat mengekalkannya sepanjang masa. Setiap detik berubah. Apatah lagi diselang seli dengan rasa kecewa, sedih, mengguris hati, sakit hati, geram, marah dan sebagainya.

Peluang kedua? Terpulang kepada masing-masing, atas dasar apa yang kita perlukan peluang kedua ini. Sebab belajar? kerjaya? hubungan sesama manusia? atau apa saja tapi pastinya bukan berkaitan pengalaman indah, ceria, gembira, teruja, yang paling best pernah kita alami. Boleh ke diharapkan peluang kedua macam tu muncul kembali? Malas dah nak harap apa-apa. Bak kata Sheila Atas Tujuh.. Berhenti Mengharap. Nak kena paste lirik kat sini gak ke?

Kenapa dah tak harap wish macam tu? Sebab kebarangkaliannya atau pembolehubah rawaknya diberitakan sumber pengetahuan ketidaktentuan. Mudah fahamkan? huhuhu. Wish aku dodulu tak come true pun, dan yang paling best ever (huh, ada gak wish paling best ever?) yang aku rasa dengar lagu Berhenti Mengharap tu macam sesuai je kan... ialah wish masa birthday. Wish waktu pagi, waktu petang hari yang sama dah dapat tau keputusan yang ianya not come true. Walaupun target adalah hujung bulan tapi faktor ketentuan numerikal mengesahkan simptom tersebut, di mana bulan tersebut dah berlalu dengan jawapan adalah seperti di hari lahir tersebut. Unik gak nih? huhuhu. Macam tengok Dr Who atau Back to the future la plak.

Segala yang indah yang berlaku dalam hidup kita, hargai selagi mampu kerana percayalah, ianya tidak berulang. Jika ada pun, tidak seratus peratus sama atau minda kita je yang cuba manipulasi ke arah yang sama, yang akhirnya keindahan tersebut tidak lagi menjadi natural. Keindahan yang datang tanpa dirancang adalah yang paling best. Macam juga nak tengok pelangi.. nak tengok yang terjadi dilangit atau nak buat sendiri macam eksperimen sains zaman sekolah dulu? Sama tak serupa. Seperti di lirik Laskar Pelangi ... Walau dunia tak seindah syurga, bersyukurlah pada yang Kuasa.

PS:
Bila yang tertulis untukku adalah yang terbaik untukmu ... yang telah terukir abadi sebagai kenangan yang terindah.


Thursday, May 14, 2009


N : Krono J-13




Masa tu aku terpaksa amik subjek ni.. terpaksa sebab bukan aku sukarela suka-suka nak pilih. Senior aku cakap subjek ni susah. Bila aku tanya dia dapat apa sampai declare "susah" pada dia tu? Sekadar' B'. Dush..ok,ok, aku faham. Maknanya paling tinggi aku leh dapat mesti C+ je. Ini ikut teori aku la.. teori standard sejak awal jejak kampus itu. Kalau dia dapat A, aku setakat B+ atau B je paling tinggi pun. Itu ikut teori, kalau realiti mungkin C+ atau teruk dari tu, standard la kan untuk orang malas cam aku nih huhuhu.

Menariknya, subjek ni aku terpaksa juga daftar walaupun bila dah seminggu berjalan, aku memang di alam realiti, sedar diri.. subjek ni clash boom bang dengan subjek lain. Kelas di waktu yang sama tapi bangunan lain-lain, subjek ni di fakulti sini, subjek tu di fakulti sana. Apa pilihan yang aku ada? Nak drop salah satu, aku rasa macam tak mampu. Sebab kawan-kawan. Kalau aku amik tahun seterusnya, sorang-sorang la aku.. nanti macam repeat paper la plak. Subjek yang aku amik ni 5 jam seminggu.. kelas 2 jam, 2 jam dan 1 jam. Kelas 1 jam ni plak pada hari Sabtu pagi. Kelas subjek lagi satu plak, 2 jam, 2 jam dan 3 jam di makmal. Tapi yang 2 jam, 2 jam tu la boleh bertembung plak masanya. Seronoknya hidup aku time tu, aku rasa!! Betul-betul macam seorang mahasiswa. Sebelum-sebelum tu aku rasa macam main-main je, takde nak kisah untuk score, janji lulus dah. Masa tu aku fikir, aku tunggu masa je ikut jejak kawan-kawan lain yg GB. Diaorang yang dapat result bagus masa SPM pun dah "grad dulu tanpa sijil" dari situ, inikan plak aku?

Maka aku buat keputusan untuk teruskan juga, walaupun hakikatnya aku sedar, aku tak mampu untuk berada di dua kelas serentak pada satu masa. Aku pakat dengan kawan, untuk 4 jam dalam seminggu tu, aku ke kelas subjek B, hanya pada Sabtu aku ke kelas subjek A sebab hari Sabtu dorang ni memang tak minat pergi kelas. Setiap kali aku masuk kelas hari Sabtu, memang aku blur abis sebab 4 jam punya kelas aku tertinggal. Harapkan nota fotostet kawan-kawan je. Tu pun jenuh aku nak baca dengan tulisan tangan yg berbeza. Itu ok lagi, ada tu dengan gambarajah graf yang berwarna, ada ditangan aku hitam semuanya. Tak leh nak beza mana satu garisan warna merah, biru atau hitam yang nota kawan aku dah buat. Nak fotostet warna, tak mampu. Sebulan berlalu, dari target C+, turun ke C, kemudian D, dan sekejap-sekejap terfikir, aku bakal repeat paper rasanya..hahaha.

Kisah waktu lain:
Hampir setiap malam, aku melepak kat cafe dengan kawan aku sorang ni. Orangnya berasal dari negeri S. Dia memang amik kursus tu, subjek yang aku amik semester ni (katakan), dia dah amik tahun lepas. Ini pun aku tersedar dia dari fakulti tu bila aku mengeluh depan dia betapa susahnya nak faham subjek tu, dengan teori, formula dan graf, sebab kenapa jadi camtu camni.. realitinya susah untuk aku faham sebab tak masuk kelas, harap baca nota orang,je kan.. Dia memang akui subjek tu susah, apatah lagi kalau orang macam aku ni amik sebagai minor. Start dari malam tu, bila lepak dengan dia, segala soalan berkenaan subjek tu aku tanya, walaupun kadang-kadang aku tak faham kenapa patut formula camni, kenapa patut pakai formula tu? So malam-malam seterusnya, takde la aku lepak kosong gosip sana sini ke, at least lepak-lepak pun masih bercerita pasal belajar.. macam nerd la plak.
Bila dah dekat nak ujian, kawan-kawan aku (lelaki2 dan perempuan2 ye) ni bawak semua kertas soalan lepas-lepas, discuss sama-sama pasal jawapan tu. Lebih dari tiga per empat, dorang dah ada jawapan, so masa perbincangan jadi lebih singkat. Walaupun setengahnya soalan dan jawapan objektif, tapi semuanya dekat-dekat, memang hampeh dot com. Tak leh langsung nak beza yang mana satu paling tepat. Semuanya betul, hanya satu paling tepat, camna tu?

Hari peperiksaan tiba, aku sampai agak awal depan dewan, masih memegang kertas soalan tahun-tahun sudah, melihat jawapan yang ada, cuba fahamkan kenapa jawapannya mesti begitu dan begitu. Tiba-tiba aku di sapa oleh seseorang. Tinggal satu blok di kolej aku. Pangkat abang, walaupun beza umornya berbelas tahun atau dua puluh tahun mungkin, namun aku sekadar panggil dia abang. Berasal dari Pahang. Dia sambung belajar setelah bekerja agak sekian lama. Sporting dan agak kelakar orangnya, memang best kalau orang macam dia boleh bercampur dengan kiteorang yang masih lepasan sekolah ni.

Berbalik pada tadi, lepas dia tegur aku, tengok aku masih kelam kabut duk study depan dewan, dia pun join sekali tengok apa yang aku tengok. Dia plak tanya aku kenapa jawapan untuk soalan tu yang itu dan itu, guna formula mana dan sebagainya. Aku yang memang tak tau apa-apa sangat, bagitau je la masa perbincangan dengan kawan-kawan, itulah jawapan yang kami rasa paling betul. Dia jawab yg ni betul, tapi jawapan lebih tepat ialah camni dan camni, kenapa dan sebabnya, dia bagitau satu-satu.. tak sangka, last minit sebelum masuk dewan besar tu, aku dapat ilmu baru. Lebih dari 10 soalan rasanya dia betulkan apa yang aku dan kawan-kawan jawab salah (pada kami memang dah betul sebelum tu).

Masa dalam dewan, aku dan kawan-kawan cuba duk dekat-dekat (nawaitu nak share jawapan la tu).. ayat sopan untuk tiru la ni kan. Tapi tak bestnya sebab yang duk belakang aku dan kawan-kawan ni tadi semuanya perempuan..arghh segan la plus tak macho la kan meniru masa exam hahaha.
Bila kertas soalan di tangan, aku jawap mana yang patut, dan divert segala jawapan aku ikut abang yang duk satu blok dengan aku tu.. yang ajar aku last minit, ikut formula yang dicadangkan and so on. Jadi jawapan aku tentunya jauh lari dari kawan-kawan aku yang lain. Kawan-kawan duk sebelah cuba berkomunikasi dengan aku, bagitau jawapan aku salah, aku cuba tunjuk, buatlah cara aku.. siap boleh konflik dalam dewan besar tu. Last-last dorang tiru sama sendiri, ignore jawapan dari aku. Apakan daya, aku pun bukan orang yang masuk kelas tu sepenuh masa kan..

Masa nak kuar dewan, perempuan yang duk belakang kawan aku belah kanan siap tegur kenapa jawapan aku jauh lari dari diaorang punya. Kenapa tak follow macam yang dah discuss sebelum tu? Aku tak mampu nak jawab, sebab mungkin jua jawapan aku tu salah.. aku tak argue. Just senyap je. Err, dia ada plan nak tiru aku ke? hahaha. (masa aku taip citer ni, baru terfikir pasal ni).
Terserempak kembali dengan abang tu, dia angkat tangan tunjuk ibu jari tanda bagus sambil tersenyum. Aku pun balas balik (tapi dalam hati, mungkin aku dah silap formula kut).

Hari result keluar:
Result yang ditampal kat fakulti tu hanya ada no matriks dan markah je. Lega sket sebab orang takkan tau apa result kita dapat kalau tak tau no matriks kita. Memang mendebarkan untuk tengok keputusan, apatah lagi kawan-kawan aku yang lain kebanyakkan dapat markah dalam 70 ke 80. Dorang kata ada gak result yang agak rendah.. tak sampai 60. Akukah itu?
On de way ke fakulti tersebut, terserempak dengan abang tu dan kawan-kawan sebaya dia. Sedang berborak sesama. Semuanya nampak happy. Kawan aku cakap, dorang tu semua score, ada beberapa orang dapat full mark. Wow!!
Masa aku tiba dan tengok papan yang tampal result tu, aku check no matriks aku.. err lemah rasanya, macam tak caya pun ada, aku yang tak masuk kelas dan bergantung pada nota kawan-kawan, belajar masa melepak kat cafe dan dapat ilmu baru last minute sebelum masuk dewan.. markah aku sama dengan abang tu?? Terimakasih aku tak terhingga pada dia. Kalau dia tak sapa aku masa aku tengah study, tak mungkin aku dapat jawab dengan lebih tepat berbanding jawapan yang betul. Sampai aku taip kat blog ni, aku tak pernah bagitau kawan-kawan aku yang lain macam mana aku boleh dapat markah penuh gak. Kawan-kawan aku memang tak tau sebab setengah jam sebelum masuk dewan, aku dikira ada diskusi baru, yang tidak sekadar berikan jawapan, namun memberikan penjelasan terperinci kenapa perlu jawab sebegitu.

Namun, semua itu hanya tinggal kenangan. Dalam dua atau tiga tahun aku masuk alam pekerjaan, aku dapat berita, abang tu dah pergi buat selamanya. Al-fatihah buat arwah.

ps: Cerita ni aku plan nak letak hujung tahun lepas atau awal tahun ni... Apa kes cerita pasal zaman 'student' tetiba, kan..

Monday, May 11, 2009


N : Krono J-12



Masa duk melihat kenderaan lalu lalang kat hi-way melalui dinding kaca dengan tiada tujuan spesifik.. tetiba aku terfikir kembali pasal sesuatu. Aku sebut 'terfikir kembali' sebab perkara ni pernah terjah di minda aku suatu tika dulu tapi tak pernah aku mencari makna disebalik apa yang timbul kat benak aku masa tu. Apa yang aku fikir?

Sebagai seorang yang cuba menerokai alam standard dan cuba keluar dari kekangan 'standard' tersebut, yang tiada siapa pun set mende alah ni, aku terfikir, bila kita punya peluang yang melibatkan tempat atau perhubungan dengan seseorang, secara standard kita akan mengambil kesempatan yang tidak sepatutnya. Atau dengan kata lain, selalu saja tersilap pilihan, tersilap buat keputusan. Yang lebih parah, kita tak rasa itu satu kesilapan. Malah merasakan tindakan kita betul seadanya. Setidaknya kita rasa betul dah tu apa yang kita decide time tu.

Pernah tak bila kita pergi ke suatu tempat, katakan ianya negeri atau negara, bila tiba kat situ, kita dapat tau ada beberapa perkara menarik lagi yang kita tak tau sebelum ke tempat itu. Kita memang, kalau boleh nak singgah di lokasi-lokasi itu juga, tapi sayangnya, masa yang terhad tidak mengizinkan kita. Ok la kalau ianya disebabkan masa. Bagaimana kalau bukan sebab masa? Yang aku nak cakap ni di luar standard kekangan masa la. Maka, tanpa rasa kita bakal buat silap, kita membuat andaian bahwa, lain kali la kita singgah lagi ke lokasi itu, yang akhirnya sampai ke hari ini, lokasi yang kita nak pergi tu, hanya berlalu mengikut peredaran waktu, tanpa kita pasti bila agaknya lagi kita akan pergi lagi ke situ.

Bila cerita pasal tempat atau lokasi, tidaklah ralat sangat jika dicari segala maksud tersembunyi yang kita tak perasan tu. Tapi bagaimana kalau melibatkan perhubungan dengan sesama insan. Yulks..'insan'..muahahaha.. (kalau nak standard guna 'manusia' atau 'orang' ye).

Berbalik pasal hubungan sesama manusia. Apa yang kita terlepas pandang selalunya berkisar tentang perjumpaan. Maksud aku, bila adanya satu perjumpaan yang dirancang, terkadang kita ada perkara lain yang kita rasa lebih penting, maka kita menganggap, lain kali la jumpa. Kalau orang tu memang setiap masa boleh berjumpa, tu secara standard nya tiada masalah sangat. Tapi bagaimana kalau kawan sekolah yang setahun sekali pun payah nak jumpa, tetiba dapat muncul sekitar lokasi kita tinggal atau bekerja, dan ajak berjumpa... tetapi... dengan apa jua alasan pada masa itu yang kita fikir sangatlah betul tindakan kita, maka kita menangguhkannya ke suatu tarikh lain, yang sebenarnya kita sendiri kurang pasti bila agaknya muncul kembali situasi itu. Kalau berpeluang jumpa, ok la. Bagaimana kalau suatu hari, dapat berita dari orang lain bahwa yang nak jumpa kita tu, yang kita buat keputusan next time la jumpa, rupanya kita tak berpeluang lagi untuk berjumpa sampai bila-bila?

Ok la mungkin jua kita (korang la) tidak merasa terkilan sebab berkemungkinan orang yang ajak berjumpa tu, hanyalah seorang pelakon tambahan dalam hidup korang je huhuhu. Tapi bagaimana kalau dia kawan rapat zaman belajar dulu? Keras sungguh hatimu jika tidak merasakan apa-apa. Ermmm, mungkin gak ada selisih faham atau tak puas hati disaat akhir zaman persekolahan yang hingga kini terbawa-bawa sampai sanggup mengelak dari berjumpa. Ni kes pinjam baju tapi pulang tak basuh...grrr.. tension tension muahahaha.. *tu contoh iklan je tau*.

Bagaimana kalau dalam satu situasi, perjumpaan beramai-ramai, kita berjumpa kembali dengan orang tu, pastu, seperti mana yang aku mention kat atas tadi, kerana kita tidak memikirkan secara mendalam, kerana kita fikir apa yang kita decide masa tu adalah benar seadanya, maka kita pun 'kaku' walaupun sepatutnya mesra kerana lama tak jumpa. Kerana kita fikir next time pasti berulang dan kita boleh betulkan kembali apa yang tak kena pada masa itu. Ego je bunyinya, kan? Tapi benarkah next time itu, kita pasti bertemu kembali? Pasti ke? Apa yang bermain diminda aku seawal coretan ini.. perkara ni bukan melibatkan lokasi atau tempat yang tidak bernadi. Ini adalah satu perhubungan yang berkait dengan adanya seseorang itu atau bakal menghilang buat selamanya dari muka bumi ini. Maka bila dah terjadi, akan muncul pula perkataan standard.. 'kalaulah' .. 'mesti/pasti'....

Ok la kalau masih terfikir nak guna perkataan standard 'kalaulah" tu. Kalaulah aku macam ni macam tu, mesti akan begini begitu. Tapi secara standardnya kita manusia, akan berfikir ke arah sama atau dinasihatkan supaya fikir ke arah yang sama (dah jadi standard dah kalau macam tu).. disuruh melupakan apa yang berlalu, lupakan apa yang dah terjadi, tak perlu kesalkan segala yang dah berlaku... hoho standardnya. Secara tersembunyinya, kita tak pernah nak fikir disebaliknya, maka sebab tu, kita akan mengulangi perkara yang sama lagi pada masa akan datang tanpa kita sedar. Jadilah kita juga tergolong antara insan yang suka mengambil kesempatan dalam mencari dan memberi alasan, "tanpa" kita sedar.

Kalau dari mula kita mengalah, pasti tak muncul perkataan standard 'kalaulah' .. tapi dah nama pun ego.. fikir sendri larr.



Tuesday, April 14, 2009


N : Krono J-11



Suratan atau kebetulan? Macam tajuk lagu la plak. Ya, betul gak kalau dikatakan ianya tajuk lagu yang dinyanyikan oleh KRM suatu tika dulu. Tetapi, mengikut takrifan standard, apa itu kebetulan? Aku pun tak pasti huhuhu. Yang aku rasa.. melalui deria rasa ke 7 (yang dieja 'tujuh').. kebetulan tu macam sesuatu kejadian, sama atau serupa yang telah berlaku tanpa dirancang, yang tidak spesifik tempat dan masa. 'Kebetulan' juga wujud bila sesuatu yang tak dirancang, telah berlaku. Kejadian 'kebetulan' ini, tidaklah terhad untuk yang elok sahaja... atau sebaliknya.

Tetapi.. sesuatu yang dirancang dan telah terhasil di atas perancangan tersebut, juga dikatakan 'kebetulan'. Biasanya 'kebetulan' sebegini adalah kerana tak betul-betul teliti perancangannya.. lebih kepada atas dasar nasib. Namun, kalau dah teliti perancangan sesuatu itu, yang biasanya selalu terjadi tapi ntah macam mana kali ini tak menjadi, maka 'kebetulan' gak tu. 'Kebetulan' tak jadi. Ayat penyata yang amat mudah difahami. Andai kata tak faham apa yang cuba diperjelaskan seperti di atas, angggaplah ianya 'kebetulan' korang memang tak faham muahahaha.

Bagaimana dengan 'kebetulan' persamaan? Contohnya, hari ni kita pakai baju warna pelangi (bagi contoh pasal baju untuk orang lelaki tak de la terasa sangat, tapi kalau pompuan memang sensitif, kenapa?),.. sekali pergi shopping complex, tengok ramainya pakai baju warna sama, brand sama, corak kat baju pun sama.. memang takde perancangan pun dengan mereka yang lain tapi .. itulah namanya 'kebetulan' persamaan. Apa ko rasa? Oren?
Kita dapat perhatikan.. bagaikan magnet sama kutub, mereka ini akan beredar jauh-jauh dari bertembung lagi huhu. Lainlah kalau ko salah seorang dari mereka.. dah plan lepas acara boria, pergi shopping sakan dulu sebelum ke detinasi lain selepas itu.

Itu satu contoh pasal pakaian. Camna plak kalau persamaan 'kebetulan' ni berkaitan dengan kehidupan kita sejak dulu hingga kini. Bila ditanya, dicari, punyalah banyak persamaan.. adakah namanya juga kebetulan? Atau ianya telah menjadi satu suratan? Aku pun tak tau.. yang aku tau, bila dah banyak sangat persamaan 'kebetulan'..yang berlaku dalam hidup seseorang dengan seseorang yang lain.. aku assume.. hanya assume je.. bukan standard pun kalau setakat assume kan.. terkadang aku assume ianya mungkin dah satu suratan antara seseorang itu dengan seseorang yang lagi satu itu. Atas dasar apa suratan itu? Bagus aku timbulkan soalan ni sebab.. 'kebetulan' la plak aku takde jawapan untuk soalan ni hahaha.

ps: 'kebetulan' post bulan ni, patut Feb2009 ..

Thursday, March 12, 2009


N : Krono J-10





Sampai bila harus aku memberikan alasan yang serupa seperti mereka? Walaupun ayatnya dengan nada yang berlainan, atau menggunakan bahasa yang berlainan tapi maksudnya tidak jauh lari dari apa yang nak disampaikan. Mengapa harus aku terikat dengan peraturan yang standard ini? Kenapa mesti aku ikut? Walaupun kadang-kadang aku fikir, aku boleh je ubah kalau aku nak. Eh, ye ke aku boleh ubah sesuka hati aku? Mari dilihat apakah alasan standard yang mereka dan aku tak boleh lari dari menyampaikannya kepada orang lain. Aku fikir, standard ni hanya terpakai kalau yang bekerja kat opis agaknya dan apa-apa sahaja yang berlaku dalam lingkugan tersebut. Aku tak boleh fikirkan selain dari pekerjaan yang tidak melibatkan suasana di opis kerana aku hanya fikirkan tentang aku dan mereka yang bersituasi macam aku. Tak standard lah kalau aku fikir pasal orang lain yang tak sama situasi macam aku...huhuhu.

"Tengah meeting la, nanti call balik"
"Tengah drive ni, tak pakai handsfree"
"Busy giler nih, banyak mende nak kena settle, due date dah dekat!"
"Tak dapat pergi la, ada orang atau sedara datang ke rumah"
"Tak baca lagi email tu, bila send?"
"Tak leh nak call balik, kredit abis"
"Tak perasan ada msg, tertido tadi"


Kalau boleh, aku nak bebas dari segala alasan standard di atas. Nak je aku kuar dari bilik mesyuarat kalau ada call dan bercakap sampai settle apa yang orang call aku tu nak sampaikan. Tak kisahlah samada ianya penting atau tak. Buat macam mesyuarat tu aku boleh pause sesuka hati aku. Walaupun keje kat opis banyak, date line dah dekat, tapi aku boleh je buat perkara lain yang aku nak buat. Tidak terkejar atau risau pasal date line yang ada. Bila fikir secara tak standard, apalah sangat kalau keje yang ada tu tak dapat disiapkan seperti yang dikehendaki. Kenapa perlu buat keje macam esok lusa dah tak wujud, kan?
Hey, cuba baca balik perenggan di atas tu...ayat aku bermula dengan "Kalau Boleh". Tu nak kena masuk dalam kategori standard gak ke?

PS: aku dah taip banyak tapi aku tak letak kat blog, dan aku tak sure yang ni dah ada ke belum..ikut date aku save file ni awal tahun 2007 hahaha...