Wednesday, November 14, 2007


N : When or Where?




Dah hampir seminggu aku buntu. Aku buntu nak mengingatkan apakah password untuk external hard disk notebook aku yang aku dah set setahun lepas... muahahaha .. yup setahun lepas. Sebenarnya camni, masa aku buat kat settings tu, aku letak beberapa hints untuk beberapa password. Maksudnya, kalau hints A, password adalah yg aku set A , kalau hints B, kena bagi yang B dan seterusnya. Masa aku setkan setiap satu tu, rasanya macam aku boleh ingat semuanya huhuhu. Lagipun masa tu, aku fikir, mende alah ni, akan sentiasa datang secara rawak(random). Kalau hari ni aku guna bagi A, esok mungkin B, lusa C dan seterusnya. Tapi yang dirancang tak jadi sebagaimana yang aku fikir dari mula. Silap programmer untuk external hard disk tu. Siapalah mamat yang tak reti tu muahaha.
Al kisahnya, setahun berlalu, dan sepanjang aku guna hard disk tu, dia hanya bagi hints A. Aku nanti-nantikan juga kut-kut ada hints B atau C atau apa-apa je lah, tapi hampa. Maka, aku terpaksa memaksakan diri anggap tu semua human error. Tak kan jadi random sebagaimana yang aku anggap sebelum ni. Hints yang aku terima sepanjang setahun tu ialah hints A, so password tentunya yang dah di set A la kan. Nak jadi cerita ..ermmm.
Nak dijadikan cerita, aku tak on notebook agak lama juga kali ni, kiranya sepanjang cuti raya aku langsung tak berkesempatan nak 'on'. Macam sibuk sangat, macam beraya sakan aku nih hahaha. So bila dah start jejak kat opis balik, aku try la nak buat backup kat external hard disk tu. Nah, sekali hints tak sama macam selalu, maka jenuh la segala kemungkinan password yang aku create sebelum tu.. aku try, tapi hampeh *icon muka sedey*
Dekat seminggu aku tunggu-tunggu kut-kut la dapat ilham ala-ala macam nak bekam tu kan. Manalah tau tetiba je datang dari sudut otak yang tah kat mana-mana nih, aku leh ingat balik password yang aku dah buat tu. Berpuluh kali try, tetap gagal. Biasalah try 3 kali, fail, kena cabut usb tu, dan sambung balik dan try lagi... seksa sungguh.
Entah macam mana malam ni, aku rasa aku kena buat backup gak. Terasa macam bakal berjaya, walaupun aku tak pasti. Dalam duk fikir-fikir nak mencuba lagi sekali, datang lak permintaan jadi pemegang tombak, eh bukan, disuruh amik gambar pengantin. Tak faham kut sebab aku dah letak tag kat situ "oleh seorang yang tak tahu pasal kamera", lagi nak buat permintaan kan! Kalau suh jadi pemegang mop ok la jugak.
Berbalik kepada isu, baru hari ni aku perasan hints yang selama ni aku baca lain, aku translate dalam otak lain, maka tentunya aku bagi password yang salah selama nih hahaha. Bayangkan aku jadi tension tak pasal-pasal sebab fikir kat mana silap aku. Hints tu mudah je .. "Where were you born?" .. otak aku translate "When were you born?". Bayangkan, memang sah lah aku masukkan tarikh lahir hahaha. Pastu dapat error kata password salah, maka segala birth date orang termasuk ketua kampung aku cuba masukkan huhuhu. Gagal dan terus gagal. Digit saja, salah, digit dan huruf pun salah. Yang huruf, ada yang buat huruf besar on certain tu, pun salah. *icon gelak guling-guling* bila tadi baru perasan hints tu aku yang tersilap translate selama ni hahaha. Macam naik kete, tunjuk kanan tapi bagitau kat driver belok kiri. Tapi yang ni buat aku sedar diri yang aku ni bodo english muahaha huk huk huk.. air air.. tersedak nih.

background music- Jenny dari The Click Five
first you said you wont, then you said you will.. lempang kang haha


Tuesday, October 30, 2007


N : Beckham Di sini




Sepanjang Ramadhan yang baru berlalu, hampir setiap ketika aku merasakan ada sesuatu yang mengerakkan hati dan minda agar aku untuk melakukan perkara ni. Pantang aku asyik membuat sesuatu, tetiba je muncul dalam minda aku pasal mende alah ni. Lakukanlah! Lakukanlah! tapi aku tau aku tak berani huhuhu.
Pernah diceritakan oleh ustaz zaman aku masih bersekolah dulu dan ianya sebahagian cerita sewaktu peristiwa Israk Mikraj. Sesuatu yang pernah aku baca pun tak berapa lama dulu yang mebuatkan aku teringat balik kisah ni. Sesuatu yang aku fikir nak cuba buat, pada masa tu la kan (entah berapa tahun lepas agaknya) tapi dalam masa yang sama, rasa ngeri dan takut menyelubungi aku. Apatah lagi ianya berkaitan darah. Aku ni memang tak boleh tengok darah rasanya. Aku tau pasal tak leh tengok darah, pun zaman bergelar pelajar gak. Masa tu semangat jalan kaki ramai-ramai dari kolej ke klinik pelajar. Elok beratur setelah check darah jenis apa semua tu, tengah tunggu giliran untuk derma darah, tetiba ada sorang kawan baik aku nih panggil. Dia lambai dari jauh. Aku tengok la dia sedang baring kat katil derma darah. Aku lambai balik. Melihat tiub masuk ke tangan dia dan nampak darah menitik masuk ke beg plastik tu. Aku tengok kat situ je kut sebab sedar-sedar aku dah terbaring kat katil huhuhu. Bila aku terjaga, aku tanyalah macam mana aku boleh ada kat atas katil tu. Nurse cakap aku pengsan muahahaha. So, bermula dari peristiwa tu aku rasa aku tak leh tengok darah. Agaknya la kan. Kenapa agaknya? Sebab ada kes tertentu aku okay je bila tertengok darah. Mungkin ada masa-masa kut muahaha.
Berbalik kepada apa yang aku tergerak hati nak buat tapi ada rasa sedikit berani dalam takut. Entahlah. Masa cuti beraya pun, aku inform kat mak aku pasal nih hehehe. Kira macam memang dah bersungguh la ni, cuma masa je tak pasti bila. Aku tunggu gak kut-kut dapat ilham tentang bila tarikh yang sesuai. Any sign atau apa saja yang boleh mengerakkan hati aku tentang tarikh yang bakal aku hadapi. Mak aku ceritalah nenek aku pernah buat. Ermm kenapa aku tak pernah tau sebelum ni ek?
Seminggu selepas cuti raya, aku dapat rasa mende ni datang lagi. Instinct kali ni lagi kuat dari sebelum ni masa Ramadhan dulu. Aku biarkan dua tiga hari, masih terasa amat kuat. Akhirnya aku rasa aku tau bila patut aku buat. Aku call mak aku hahaha. Mak aku cakap, takde apa yang nak dirisaukan. Dah dengar mak aku cakap camtu, pas sembahyang Jumaat tu aku hantar kawan yang tumpang dengan aku balik opis. Aku masuk opis balik sekejap, tarik nafas dalam-dalam hehe. Fikir balik, betul ke aku nak buat nih? Aku rasa "ya" dah kut. Aku bergegas ke kereta. Ternampak kawan aku sorang lagi baru balik dari masjid. Aku call dia mintak temankan. Bukan apa. Untuk langkah-langkah yang tak terjangka. Manalah tau kut-kut bila tertengok darah aku pengsan, at least dia ada boleh tolong drive kan hehehe.
Akhirnya aku menuju ke tempat yang sepatutnya. Aku berjaya juga melakukan bekam atau al hijamah yang selama nih aku tak yakin aku boleh buat. Imagine pisau ditoreh sikit sikit kat badan. Masa pisau cecah badan, aku bayang terasa macam kene mesin jahit pun ada hahaha. Tapi mesin jahit pakai jarum je kan sedangkan ni agaknya guna pisau cukur (aku tak tengok pun camna rupa pisau yg digunakan). Dan ada gak rasa geli sebab torehan dia halus-halus. Sebelum dimulakan proses nih, banyak gak diberitahu kelebihan berbekam dan kenapa kita mesti berbekam. Kalau dicari cerita berkenaan peristiwa Israk Mikraj, pasti jumpa pasal berbekam nih. Sehingga cerita ini ditaip, masih banyak bekas-bekas kat badan aku nih. Segala open-house atau jamuan raya yang seangkatan dengannya aku tak dapat penuhi semua baru-baru ni. Sebab bila bekas torehan tu dah kering, rasa macam gatal-gatak sket, nak garu je tapi sabo je la. Aku diberitahu hanya dua atau tiga hari je dah hilang kesan lebam-lebam tu. So tunggu aje la.


Friday, September 28, 2007


N : Lerr, Kenapa Ni?



Kenapa ni? Kenapa tu? Ntah lerr.
Sebulan atau dua bulan atau tiga bulan kebelakangan ni aku perasan ada mende yang tak kena dengan aku. Tapi bila nak cari spesifik tarikh bila ianya bermula, aku pun tak tau. Apa dah jadi dengan aku? Aku masih lagi tercari-cari jawapannya sampai sekarang. Okay, ikhlasnya aku nak bagitau yang aku tak bersungguh cari jawapannya, maka sampai sekarang aku tak tau apa yang dah berlaku. Ermm, mungkin ni pun sebahagian yang terjadi dengan aku. Apa aku citer nih?

Aku tak jangka akan ada sesiapa yang faham dan aku tak minta pun sesiapa untuk faham apa yang sedang berlaku dalam hidup aku. Cuma sehabis ringkas yang boleh aku bagi jawapan, ialah ... err belum ada jawapan lagi. Tapi kepada sesiapa yang cuba hubungi aku, aku rasa dialah lebih tau apa yang dia dapat keputusan dari aku. Itu pun kalau dapat jawapannya, kalau tak, maka masih sia-sia untuk aku cuba sampaikan kat sini.

Sebetulnya, ramai gak kawan-kawan aku yang duk contact aku samada melalui sms, telefon atau email. Yang jadi masalahnya, terutama sms atau ada miss call, yang mulanya aku rancang nak reply kemudian atau call balik, aku tangguhkan sejam dua. Dari tangguh siang hari ke malam hari. Dari sehari ke sehari, sedar-sedar dah lebih dari dua atau tiga hari, yang akhirnya aku rasa, elok aku tak return call atau reply sms. Dan mende ni dah macam jadi habit atau hobi baru lak. Asalnya, segala sms atau call aku terima kadangkala aku memang dalam keadaan sibuk teramat, kadang tengah diskusi dan lain-lain. Percayalah, kalau aku dalam busy mode, memang tahap busy level 5. Kalau aku dalam relax mode, memang relax tahap level below 0. Namun, apa yang aku nak cakap nih ialah, aku makin malas nak reply sms atau call. Ini lah jawapan yang aku cari-cari, kenapa dalam hal ni aku jadi macam "owh, dia nih sms, owh dia ni call tadi" (ni masa mode aku tengah buat hal-hal lain) then dalam hati, aku bernawaitu, kejap lagi la aku reply. Tapi akhirnya senyap macam tu je. Menjelang ramadahan pun sama, betapa banyaknya sms diterima tapi aku masih macam nih.. Arghhhhh.

So kepada kawan-kawan semua yang ada sms atau call atau email dan dalam masa yg sama ada tersinggah ke sini dan baca. Aku nak mohon maaf banyak-banyak. Mungkin aku perlukan sedikit masa. Life aku sekarang ni agak kelam kabut. Orang lain alami up side down, aku lak alami mode forward and reverse. Tak perlulah detail kat sini, cukuplah yang tertentu aje yang tau. Andai aku berada ditahap level 1 kebawah, mungkin jua sms dari aku korang tak terbalas.

Selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan dengan penuh hikmah. Semoga kehidupan aku lebih baik adanya dari semalam semalam dan semalamnya. Amin.



Thursday, August 23, 2007


N : Gagal Untuk Mengingati




Tiba-tiba sepi seketika....kan?
Sedang aku mengumpul berita gembira tentang bertemu rakan-rakan lama, sedang aku memikirkan sesuatu apa yang nak dicoretkan di sini, memikirkan di mana aku harus mulakan cerita ini, masih terfikir bagaimana akhirnya aku dapat juga menghubungi kawan-kawan lama dan merancang untuk bertemu jika punya waktu...dan dalam masa tersebut jua.. aku terima sms dari rakan sekolah lama, terima email dari rakan sekolah lama, bahwa salah seorang dari kami telah pergi meninggalkan kami semua. Mendapat berita tersebut membuatkan aku terpaku tak berdaya, lemah jemari nak teruskan coretan ini dan akhirnya sepi buat seketika. Aku cuba melangkau masa lampau, cuba mengingati beliau, namun gagal. Hanya kias wajah sahaja yang bermain dibenak aku nih. Aku tak dapat nak capai kembali data dalam otak aku nih yang entah di mana aku letak. Kalau guna komputer, boleh juga aku guna fungsi Carian, tapi ni otak aku sendiri, aku gagal. Tak dapat mengingati wajah beliau sepenuhnya. Jangkamasa yang melebihi 15-20 tahun bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita ingat setiap wajah yang pernah bersama kita sewaktu belajar dulu. Terkadang nama betul pun kita tak mampu untuk menghafalnya, terutama andai sewatu belajar tu, mereka bukanlah dalam kelompok atau kawan yang pernah hadir berkongsi gelak ketawa, berkongsi suka duka dalam hidup kita. Al-fatihah buat beliau.

Tuesday, July 17, 2007


N : Skoooool Reunion




Awal tahun baru ni, kalau ikutkan sebenarnya hujung tahun lepas, melalui email yahoogroups sekolah lama aku. Sekolah masa ambil SRP, bukan sekolah sewaktu ambil SPM. Ada perancangan untuk bermain futsal di malam hari di tahun baru 2007 dimana hari yang sama juga adalah Hari Raya AidilAdha. Aku beria reply email kata jadi walaupun dalam masa yang sama aku tau aku tak pernah main futsal sebelum ni. Bila difikir-fikirkan balik, kali terakhir aku main bola kat padang pun sebelum millenium. Maknanya tak kurang dari 7 tahun tu. Huh, larat ke aku ni nak lari ke sana sini?
Bila nak tiba waktunya, dapat lak email, tempat futsal tu tak benarkan pakai boot ada stuck. Hohoho, nasib baik dapat email tu sebab aku tak teringat langsung pasal kasut nak main futsal. Mana taknya selama ni duk main bowling je kan, takde kasut pun leh je sewa muahaha. Nak tak nak, kena gak singgah kedai beli kasut, yang rupanya lebih pada kasut nak pegi jalan dari kasut tendang bola huhuhu.
Aku nak join futsal, bukan sebab nak main futsal pun, tapi lebih kepada nak jumpa rakan-rakan lama. Itu aje. So malam tu aku sampai agak lewat sket sebab tak jumpa tempat tu. Kalau main bola, boleh la aku cari padang. Ni futsal yang terletak di tempat tertutup, mana nak tau kan. Masa aku sampai, adalah dalam 10 atau 15 minit dorang dah start. Lepas pakai kasut semua, terpaksalah ala-ala pro lari ke sana ke sini untuk warm up. Dalam masa yang sama aku duk gelak-gelak sebab terfikir.. larat ke nih? Tengah warm up tu, ada sorang lagi baru sampai, so aku bukan lah orang terakhir sampai. Then elok la join the game, kira balance la player. Main futsal rumput ala-ala karpet ni yang aku lemah, kena lak kasut tapak rata je. Brek sket, laju je slide dia, so ada la dua kali gak jatuh muahaha. Aku tengok yang lain main steady je. Tak sampai 20 minit ke sana ke sini, aku dah termengah tak ingat punya hahaha, yang lain maintain je. Mana taknya dorang tiap-tiap minggu turun. Last-last aku jadi keeper je hohoho. Damn, dorang rembat takde belas punya. Jenuh nak tepis sana sini, dan kerap gak la bocor huhuhu. Bila game abis, aku yang tersandar kat dinding tak bergerak hihi.
Part two. Errr yang tadi tu kira abis la citer kat situ. Ni kes accident tahun lepas membabitkan kereta atas nama aku, driver bukan aku dengan sebuah motorsikal. Kejadian berlaku dalam jam 8 malam camtu. Kira dah gelap la kan. Kereta nak keluar dari simpang. Tengok kiri tengok kanan, jalan clear (based on lampu kenderaan waktu malam la kan), so elok je keluar, tetiba dummm. Entah mana datang motorsikal tetiba nih. Rupanya tak pasang lampu. Orang yang berdiri kat simpang pun terkejut sebab dorang pun tak perasan ada motorsikal. Imagine. Pergi balai buat report. Polis boleh suggest jangan letak motorsikal tak pasang lampu sebab tu takde kaitan dengan kes. Yang jadi kes ialah kereta keluar dari simpang yang dikira cuai. What?? Camtu ke?
Penunggang dan pembonceng di suruh ke hospital, check mana patut. Tak lama lepas tu dorang sampai kat balai polis yang sama. Maknanya hanya ada luka sikit sana sini, takde la patah ke apa ke. Kalau tak camna leh sampai balai polis kan. Masa cakap pasal tak pasang lampu tu, dorang diam je, takde bantah pun. Dah tau salah tak pasang lampu kan. Bila diskas, kiranya settle kat situ aje lah. Ingatkan memang betul habis camtu tapi ...
Beberapa bulan selepas itu, aku terima surat lawyer cakap pasal kemalangan tu dan aku perlu ke mahkamah. Dalam tu punyalah bagus letak orang tu cedera sangat teruk sampai tak leh kerja, bil perubatan tinggi, trauma and so on. Pakaian rosak teruk termasuk kasut, walhal hanya pakai selipar jepun je malam tu. Banyak sangat sampai aku pun tak leh recall. Dalam surat dari lawyer tu juga suruh aku refer hospital besar tempat dorang terima rawatan semua tu. Dalam hati aku, oo kene refer hospital ek? ok.
First aku contact member aku tanya sapa kawan sekolah yang kerja kat situ. Then member aku bagi satu nama ni, sekarang dah jadi pakar tulang kat hospital tu. Owh dia ke? Aku dah gelak-gelak. Mana taknya, dia tu naik satu bas sekolah dengan aku dulu. Tak sangka dah jadi pakar sekarang nih. Teringat aku masa awal form 4. Masa tu ramai gila menunggu offer sekolah berasrama penuh tapi dia cool aje. Aku tanya sebab aku tau dia tak apply mana-mana sedangkan result dia jauh teramat bagus dari aku. Dia jawab, nak ke sekolah sains nak buat apa, sekolah kita ni pun ada lebih dari 6 makmal sains, kira macam sekolah sains gak la. Dan result batch kita masa SRP semua bagus, maknanya cikgu-cikgu yang ngajar kat sekolah tu memang bagus. Aku setuju dengan pendapat dia tapi sebab ada kes tertentu yang akhirnya membuatkan aku tukar ke sekolah lain di negeri lain. Nyesal gak dah tukar sekolah. Ni citer lain ye.
Akhirnya aku contact juga dia, takut gak dia dah tak kenal aku lagi. Tapi dari cerita dia, rasa sedih pun ada. Dia ada mention pasal arwah ayah aku yang kena operate masuk besi kat kaki pasal accident dulu (tak ingat bila). Dia tau tu ayah aku sebab ayah aku memang ada mention kat dia pasal aku kat KL ni and so on tapi masa aku balik kampung takde plak ayah aku cerita pasal dia. So selama ni dia la yang operate ayah aku, tapi memang takde rezeki untuk berjumpa agaknya, masa aku lawat ayah kat hospital, dia takde. Even masa aku kena tido kat spital, doktor lain yang datang check.
Sebelum aku call dia, aku call pejabat lawyer mintak nama penuh dan no kad pengenalan budak-budak tu. Borak sekejap tanya bila tarikh budak-budak tu jumpa lawyer and so on. Berdasarkan tarikh diberi, secara sinis aku cakap, budak-budak tu boleh lak ke pejabat lawyer di awal pagi tanpa bertongkat whatsoever sedangkan mereka tu accident malam sebelum tu. Aku tanya, dia tengok budak-budak tu macam mana, teruk sangat ke? Dia jawab, biasa je, takde gaya trauma ke apa. Then aku cakap la, yang pegi letak ayat-ayat canggih(psl cedera teruk, trauma and so on) tu apa hal? Boleh dia cadangkan kat aku, tu tak perlu risau, insuran akan bayar semua tu, even aku tak perlu ke mahkamah pun. Persoalannya, macam ni ke keje seorang lawyer untuk dapatkan duit? Is it? Akhirnya aku fikir balik, agaknya dia ni takde kes kut nak handle, tu yang macam terdesak je. Member aku sorang lagi lawyer gak, kalau mende leh settle luar mahkamah, dia suggest buat camtu je. Pada hari tu, aku pergi mahkamah amik member aku yang baru abis bentang kes dia. Pergi lepak kedai kopi hahaha. Tunjuk la surat aku dapat tu. Aku just nak mintak pendapat kedua je sebab dia pun ada mention, kes macam ni, normally lawyer insuran yang akan handle. Berdasarkan segala maklumat dan bukti yang aku ada, termasuk beberapa orang kat simpang yag sanggup jadi saksi, motor tu tak pasang lampu, memang agak memberansangkan juga.
Lupa aku nak bagitau, masa aku call member aku yang jadi doktor tu, aku bagi nama dan no kad pengenalan budak-budak tu kat dia untuk check medical record dorang which aku rasa agak tak patut tapi bila fikir dorang lagi buat mende yang tak patut kat aku, so kene la balik kan. Member aku cakap based on malam tu punya accident, dorang hanya luka-luka luar je. Sebagai pesakit luar je yang tak perlu menerima rawatan susulan tapi salah seorang tu pernah alami accident sebelum ni, so member aku cakap, maybe sebab ni dia berani bawak kes ni ke mahkamah, somehow kalau perlu dia sanggup je ke mahkamah bagitau perkara sebenar. Lega la sket bila dia cakap camtu. Now, bertambah lagi bukti yang aku ada.
Malam tu, tu la first time aku jumpa dia balik setelah lebih dari 20 tahun tak jumpa. Best gak lepak-lepak kat warung, makan-makan sambil borak-borak kisah lama. Dan yang bestnya, semua yang lepak tu punya profession yang orang tak sangka, dah ala-ala macam mat lepak tepi simpang je kan hehe.
Ada sorang yang datang, aku sendri tak ingat nama dia dan kelas mana, masa introduce tu, member aku ni cakap dia mekanik. Aku pelik gak asalnya, tapi bila dia kata dia mekanik orang, bawak gergaji, skru driver segala tool ada. Tetiba aku terfikir, jadi doktor ni kena takde perasaan kut muahahaha.
Kes mahkamah tu dah settle pun, dan aku tak bawak pun segala bukti yang aku ada tu, biar je la budak-budak tu dapat habuan yang dorang nak sangat-sangat. Lantaklah. Yang penting pada aku, kerana kes ni, membuatkan aku dapat bertemu kembali rakan lama aku. Satu nilai yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Alhamdulillah, aku bertemu lagi dengan kawan aku ni dan beberapa orang lagi sewaktu lepak makan-makan malam tu.

PS: Ada reunion kolej, tapi aku tak pergi. Kenapa? Nanti la jika punya masa. Tajuk pun school reunion kan, takkan nak citer pasal kolej lak hahaha.

Thursday, June 28, 2007


N : Pisang Dua Ringgit




Hanya kerana pisang goreng. Yup, hanya kerana nak makan pisang goreng suatu petang itu. Terkadang kita tak sangka sesuatu kejadian yang berlaku itu walaupun kecil, itulah penyebab segalanya. Suratan atau takdir telah menentukannya. Syukur ke hadrat Ilahi atas segala ketentuan ini.

Bulan Mei yang lalu, aku memandu ke arah selatan tanah air, mengambil cuti, mengikut rakan yang ada sedikit kerja di sana. Tujuan lain yang aku pasti tak kan tergapai ialah mencari rakan-rakan lama. Baik rakan satu sekolah atau rakan yang pernah aku kenali di tempat tinggal suatu tika dulu. Pertama kali aku jejak di kota JB setelah keluar dari tempat itu ialah tahun 1989. Aku tinggalkan bandaraya itu beberapa tahun sebelum itu. Banyak kali aku tiba di kota itu, namun macam selalunya, tiada siapa yang aku dapat jumpa di bandaraya yang agak sibuk ini. Kali ini, sangkaanku silap sama sekali.

Tujuan aku ke sana kali ini hanya nak relax. Jalan-jalan perati dan cuba ingatkan kembali sewaktu aku dibesarkan di kota ini. Perubahan yang ketara, jalan bersimpang siur dan banyak juga yang telah hilang dari pandangan dan wujud bangunan baru. Dari satu shopping complex ke satu shopping complex aku pergi. Shopping tetingkap je.

On the way nak balik rumah, kawan aku ni (disebut "AO" dalam kes ini) tanya nak beli apa-apa tak untuk makan petang. Aku jawab tak kisah namun terasa juga agak lapar kerana penat berjalan ke sana ke mari. So, dia cadangkan untuk beli pisang goreng je di tempat favourite dia sejak dulu. Aku drive ke gerai tersebut, namun hampa kerana pisang baru nak digoreng lagi, orang plak masih ramai yang menunggu. Dia masuk balik kereta dan cadangkan pergi ke gerai lagi satu yang tak berapa jauh dari situ. Bila tiba, dia turun untuk order, manakala aku sebagai driver hanya menunggu dalam kereta. Gerai ni sebenarnya tak jauh dari sekolah lama aku. Sambil menunggu aku lihat beberapa pengunjung gerai tersebut yang agak ramai juga. Maju gak jual pisang goreng ni ek? Detik hati aku melihat pelanggan yang tak putus-putus datang dan pergi. Sambil layan Letto dalam kereta, aku terpandang la satu group lelaki ni yang lepak kat gerai tu. Ni gaya-gaya ex-schoolmate aku je, kata hati aku. Tetiba aku lihat AO join dan duduk dalam kelompok mereka. Pastu handphone aku berbunyi, AO ajak join sekali pekena air dulu sementara menunggu pisang yang di order siap. Aku park kereta dan join lepak sekali. Episod pun bermula.
Masa start berbual tu, AO cakap tu semua senior dia masa sekolah dan AO bagitau mereka yang aku pun pernah sekolah situ. Walaupun asalnya aku tak terniat nak cakap pun yang aku pernah sekolah tu sebab tak lama kat situ aku hijrah ke tempat lain. Pastu meleret la borak tanya batch mana. Agaknya dah takdir kut. Salah seorang tu batch aku dulu tapi aku tak cam dia sebab dia kelas lain waktu itu. Maka terpaksa la aku recall nama-nama yang aku ingat. Nasib menyebelahi aku, ada juga akhirnya yang dia kenal nama-nama yg aku bagitau dan memang dah nasib aku agaknya, dia ada no contact orang yang aku sebut. Bila aku tanya pasal seorang lagi, dia cakap.. oo dia tu sekarang tolong ayah dia berniaga. Macam tak percaya je aku dengar... kenapa? Kerana ..
Paling aku tak sangka, salah seorang kawan aku tu, sekarang ni membantu ayahnya di kedai Mee Rebus Stulang!! masa aku dengar tu, aku agak terkejut.. mana taknya.. dah berapa kali kalau aku ke JB, mesti aku singgah tempat tu tapi tak terfikir aku akan jumpa kawan lama juga kat situ. Tahun-tahun terdahulu kalau aku singgah makan kat situ, melihat ke arah laut setentang dengan Singapura, terkenang jeti kat selat Tebrau tu, tempat aku memancing, tangkap ketam atau kutip remis bersama kawan-kawan. Aktiviti sekolah wind surfing juga diadakan di situ. Kini, nak ke arah jeti tu dah berpagar jadi kawasan larangan.
Malam tu aku straight ke Stulang. Masa aku tiba tu, bila duduk di meja makan, aku cuba perati semua pekerja disitu, andai ada aku kenal. Aku kenal seseorang yang aku bertanya siang sebelum itu (dia tak ingat aku, wuarghh), namun perkara tak disangka, jumpa seorang lagi kawan aku malam tu. Berbual agak panjang juga, masuk topik kasut sekolah (ni gelak tak ingatnya bila di recall balik jenama kasut time tu), aktiviti kat kawasan perumahan, sambil menyebut nama rakan-rakan lain. Terasa macam baru 2 atau 3 tahun lepas je berlaku peristiwa tu. Ada juga yang telah pergi buat selamanya. Al-fatihah.

Keesokkannya, aku sms ke contact number yg aku dapat masa lepak makan pisang goreng sehari sebelum tu. Mula aku sms letak nama penuh dia. Bila dia jawab ye, aku reply letak nama panggilan dia huhuhu. Terus je dapat reply.. "uiks, ni mcm member lama nih". Pastu aku call dia tapi masih tak cakap nama aku, just mention salah seorang nama rakan sekelas, baru je dia nak cakap ooo ko, aku cepat2 pintas cakap, tu bukan aku, tu kawan kita yag duduk satu row dengan kita, dia tak puas hati muahahaha. Kemudian aku citer la, yg aku ni rival dia. Dia cakap mana ada? Then aku cakap la kat dia, exam penggal akhir dia dapat no 1. Dia dah gelak sakkan sebab aku leh recall ke tahap tu. Mana aku tak ingat sebab akhirnya dlm exam tu aku kalah kat dia dan hanya dapat no 2. Dan tahun tu adalah terakhir aku kat situ dan bertukar ke sekolah lain. Aku tau dia takde saingan lagi selepas tu. Good for him hehehe. Plan nak jumpa dia keesokkan harinya, namun tak kesampaian, aku plak sibuk ke rumah yang dulunya jiran depan rumah aku. Mereka duduk agak jauh dari bandaraya tu. Selepas ke rumah tu, aku terus memandu ke KL. Aku percaya andai next time aku ke sana lagi, lagi ramai aku akan jumpa sebab sewaktu bercakap di telefon, ada beberapa nama yang aku sendiri hampir lupa, telah disegarkan kembali untuk aku mengingati mereka.

Tahun ni ibarat tahun reunion aku kut. Kenapa?.. andai punya masa, aku recall dari awal tahun 2007.

ps: Teringat tournament bowling Kebun Pisang.. di situ juga aku mengenali beberapa rakan baru. Disitulah perlawanan bowling, di situ jugalah tempat berkelah. Baru perasan, dah lama tak dengar khabar berita mereka, apatah untuk bertemu. Semoga semuanya baik-baik adanya.

Thursday, March 15, 2007


N : Kajian, Novel, Drama, Melaka?




Semalam aku jumpa seseorang yang agak dah lama aku tak jumpa. Tak kurang dari setahun rasanya. Relative sendiri tu huhuhu. Melepak di sebuah restoran kat jln Ampang, mendengar serba ringkas cerita dan urusan 'bisnes' yang sememangnya jauh dari bidang aku hehe. Seseorang ini adalah director/producer dalam hal-hal media untuk rancangan di tv. Seperti yang dirancang dua tiga hari sebelum tu, kami bergerak dari situ, ke sebuah hotel sekitar KL ni. Berjumpa dengan seorang penulis novel, sebab dia duk kat situ pun sementara dia jejak KL ni.
Mengikut perancangan, novel tersebut ingin direalisasikan menjadi drama berepisod atau setidaknya tele-movie untuk 1 jam 45 minit camtu. Aku tak baca novel tu lagi, somehow dari jalan cerita yang diceritakan sendiri (sipnosis la lebih kurang namanya, ye ke?) oleh penulis novel tersebut, aku rasa tertarik
dengan apa yang nak dibuat. Ceritanya bukan pada imiginasi penulis semata atau berkisar cintan cintun atau berkisar masalah masyarakat kelas atasan seperti yang banyak disiarkan kat tv sekarang ni. Bukan citer ala Bawang Merah bawang Putih atau bawang besar bwang kecik huhuhu. Penulis ni banyak mengkaji tentang persekitaran sesuatu tempat juga waktu dan sebagainya. Err, tu yang aku nampaklah dalam perbualan singkat berkisar novel dia tu. Memandangkan menjadikan ia sebuah drama or apa saja yang melibatkan pelakon dan segalanya itu bukan bidang aku, makanya aku hanya banyak mendengar.
Sambil bercerita dan diskusi tentang novel tersebut, ada satu topik dalam perbualan mereka yang aku tertarik iaitu pasal kajian berkenaan negeri Melaka yang pernah dijajah oleh Portugis satu masa lampau. By the way, kajian ke atas negeri Melaka tiada kaitan dengan novel yang nak dijadikan drama ye. Dalam kajian tersebut, ada satu masa di mana Acheh pernah take over Melaka dari Portugis selama lebih kurang 8 atau 10 bulan camtu. Taklukkan oleh Acheh jatuh kembali ke tangan Portugis disebabkan adanya pembelot dikalangan mereka waktu itu. Terfikir aku waktu tu, andai difilemkan, tentunya satu sejarah tersembunyi yang tak pernah diajar sewaktu sekolah akan mendapat sesuatu dari kisah ini. Macam juga kisah Hang Tuah. Masa sekolah dulu kita diajar Hang Jebat derhaka, namun bila kita disuruh melihat dari perspektif lain, aku merasakan taat setia Tuah tidak aku respect compare dengan Jebat yang kecewa dan cuba menegakkan keadilan bila disangka sahabatnya telah dijatuhi hukuman bunuh tanpa usul periksa yang sewajarnya. Aku terfikir kalaulah ada dikalangan sahabat atau kawan yang sanggup buat camni demi alasan setia pada "tugas" atau "arahan". Persoalannya, adakah kamu, kamu atau kamu menjadi Hang Tuah atau Hang Jebat dalam hidup aku?

Tuesday, March 13, 2007


N : Paras Normal




Pada mulanya, aku agak teruja ingin tahu, bagaimana terjadi, apa yang menyebabkan ianya terjadi dan siapa yang terlibat. Namun, setelah mendengar serba sedikit kisah yang agak banyak juga, makanya aku rasa tidak perlulah aku detail kan di sini. Kejadian tersebut sebuah kisah biasa yang kita pernah baca, lihat atau dengar dari media. Kisah seorang remaja yang ditegur oleh ayah saudara kerana pulang lewat malam. Ada isu berbangkit, mungkin isunya telah lama terpendam, mungkin juga baru berlaku malam itu. Hanya mungkin? Remaja tersebut pula dipengaruhi oleh bahan khayalan yang membuatkan dia dibawah paras normal, pertengkaran agak panjang yang akhirnya terbawa ke ruang dapur. Maka kejadian tersebut berlaku. Tanpa niat? Aku pun tak tau keputusannya lagi.

Sunday, February 18, 2007


N : Tahun 80an




Jika sesiapa pernah tengok cerita bertajuk Rock, sebuah band yang hampir terkenal.. digambarkan cerita tersebut dalam era 80an. Hanya mereka yang melalui zaman itu sahaja akan rasa lebih menghargai, merasa lebih lucu kerana cerita tersebut mengungkap kembali sesuatu yang kita dah tak ingat lagi atau sebahagian tak berlaku di sekeliling kita namun berlaku dalam kehidupan kawan-kawan lain yang melalui zaman tersebut.

Cerita Music and Lyrics lakonan Hugh Grant dan Drew Barrymore juga mengambarkan sebuah kumpulan pop yang pernah popular di era 80an dan perjalanan kehidupan salah seorang ahli band tersebut sehingga kini. Namun jalan ceritanya biasa-biasa aje, tapi lagu-lagu dalam cerita tersebut walaupun pertama kali dengar, amat menarik perhatian aku. Salah satunya ialah seperti lirik dibawah. Mungkin orang lain berpendapat lain tapi pada aku tunjang cerita ni adalah berkisar kepada bagaimana lagu ini dicipta.

Satu lagu lagi yang aku suka ialah sewaktu pembukaan cerita ni iaitu bertajuk Pop, Goes My Heart. Pastikan tengok tarian mereka huhuhu.

Way Back Into Love

-Lady-
I've been living with a shadow overhead
I've been sleeping with a cloud above my bed
I've been lonely for so long
Trapped in the past, I just can't seem to move on

-Guy-
I've been hiding all my hopes and dreams away
Just in case I ever need em again someday
I've been setting aside time
To clear a little space in the corners of my mind

-Both-
All I want to do is find a way back into love
I can't make it through without a way back into love
Oh oh oh

-Lady-
I've been watching but the stars refuse to shine
I've been searching but I just don't see the signs
I know that it's out there
There's got to be something for my soul somewhere

-Guy-
I've been looking for someone to shed some light
Not just somebody just to get me through the night
I could use some direction
And I'm open to your suggestions

-Both-
All I want to do is find a way back into love
I can't make it through without a way back into love
And if I open my heart again
I guess I'm hoping you'll be there for me in the end

-Lady-
There are moments when I don't know if it's real
Or if anybody feels the way I feel
I need inspiration
Not just another negotiation

-Both-
All I want to do is find a way back into love
I can't make it through without a way back into love
And if I open my heart to you
I'm hoping you'll show me what to do
And if you help me to start again
You know that'll be there for you in the end


Tuesday, January 23, 2007


N : Lebih Afdal




Agak lama juga aku nak bagitau, tapi selalunya masa aku ingat, aku tak buat dan sebetulnya aku takde depan pc masa tu. Mungkin juga perkara ni tak berapa penting sangat membuatkan aku tak ambil endah tentang adakah ianya perlu atau tidak perlu. Ianya berkaitan dengan blog ni gak. Hanya blog ini sahaja, aku rasa. Blog orang lain ok je kut, aku rasalah kan.

Kalau dodulu sesiapa yang menggunakan IE ( Internet Explorer ) sebagai browser mereka untuk baca blog, segala setting kat blog aku memang tak betul. Terkadang setting belah kanan yang ada About Me segala tu secara tidak manual ( automatic la kan) lari ke bawah. Aku memang tak check semua tu, tapi ramai gak la kawan2 yang komplen. Terimakasih atas keperihatinan anda semua. Maka, kalau aku tak pakai IE, aku guna apa?

Kita sebagai pengguna, sesungguhnya punya banyak pilihan berkenaan browser apa yang kita nak gunakan untuk menjelajah dan mencari maklumat di internet. Tidak hanya bergantung kepada produk microsoft semata-mata. Tapi kebanyakkan kite, beli pc, install Windows dan IE yang memang bundle sekali, maka tiadalah upaya atau masa nak mencari alternatif lain. Aku rasa tak kurang dari 10 pilihan browser yang ada di internet sekarang ini. Itu tak spesific ikut Operating System apa yang digunakan lagi.

Berbalik kepada blog ( sebab ni bukan pasal info IT ye ), segala setting aku hanya test kat browser Mozilla Firefox sahaja. Bila aku rasa ok, takde lah aku nak test dengan IE selepas itu. Sehinggalah satu hari tu, aku guna pc kat CC yang memang ada IE je. Baru aku tau apa masalahnya. Kat mana nak dapat Mozilla Firefox? Lihat sebelah kanan sebelum list blogspot kawan2 yang ada "Best Viewed with". Klik link tersebut untuk maklumat selanjutnya. Namun, sebagaimana menggunakan IE, browser ini juga harus untuk memuat turun (download) segala extension yang perlu seandainya ia belum ada. Maksud aku, tiba-tiba ada site perlukan flash player, maka kamu dan kamu perlu download untuk menjadikan browser Firefox ini mesra untuk requirement tersebut. Bukan hanya browser Firefox atau IE sahaja, semua browser pun begitu juga.

Apa beza ketara setiap browser ini? Yang dapat aku simpulkan paling minima ialah dari segi kepantasan (speed). Ada satu browser claim lebih laju 30 peratus dari yang lain tapi aku telah serasi (ala sebutan Ajai) dengan Firefox.

Maka, adakah ianya perlu atau tidak perlu? Terpulang kepada anda. Hanya anda sendiri yang boleh menentukan keperluan yang anda inginkan untuk pc anda. Kalau ada sesapa yang baru download Firefox ni dan baru aje menggunakannya, bolehlah buat karangan darjah 5 tentang pengalaman anda guna Firefox berbanding IE. Selamat mencuba.


Monday, January 22, 2007


N : Di Tahun Ini




Bukan satu, bukan dua, tapi telah tiga minggu berlalu menjelang tahun 2007 ini. Tahun Hijrah juga baru aje bermula. Begitu cepatnya tanpa disedari. Aku tak punya waktu untuk menjeling kalendar dua menjak ini apatah lagi menonton tv cerita kegemaran aku. Teramat sibuknya kehidupan seharian aku sejak pulang dari "sana". Kerja dari seawal jam 9 pagi dan berakhir dalam 2 atau 3 pagi setiap hari non-stop termasuk Sabtu dan Ahad selama sebulan lebih? Penatnya hanya terasa bila dah berakhir waktu seksaan itu. Pelik gak rasa sebab masa time busy tu, aku tak fikir lak pasal badan tak larat ke, tak cukup tidur ke dan segala macam lagi.
Punyalah aku tak check kalendar, maka raya AidilAdha baru-baru ni, aku terbeli tiket flight balik kampung pada 31hb Disember 2006. Aku duk terbayang raya Haji jatuh pada Isnin 1hb Jan 2007. Hampeh dot com nya. So pagi raya orang duk sibuk-sibuk nak ke masjid, aku masih lagi atas awan. Tapi ikutkan sebenar kalau aku pakai baju melayu siap-siap, sempat lagi singgah masjid tapi dengan beg baju yang aku bawak lagi, mana nak letak, kan. Satu lagi, terasa amat janggal lah pada aku kalau pakai baju melayu siap2 masuk airport. Tak pernah aku buat. Tak kisahlah kalau orang lain biasa buat. Sejuk aircond kat airport lagi. Wah, banyaklah alasan aku huhu.
So malam tu seperti yang telah dirancang oleh kawan-kawan skolah lama, satu perlawanan futsal pun bermula. Hahaha, dorang ni ajak main futsal sempena nak sambut tahun baru, takde mention pun dalam email pasal hari tu gak adalah raya Haji. Aku lak hanya fikir, kalau malam tu main futsal, esoknya larat ke nak pi masjid untuk sunat aidiladha? Sebab ikut kalendar sejarah aku, aku tak pernah main futsal, dan kali terakhir aku main bola adalah sebelum menjelang millineum. Hebatkan?
Malam tu aku rasa tak sampai 20 minit pun dalam padang, tapi rasa macam nak pengsan hahaha. Habis game plus lepak-lepak berborak adalah kat 11 malam lebih. On the way balik rumah, ingatkan nak gak singgah tengok bunga api tapi badan memang tak larat dah. Aku takut tertido dalam kereta je.
Seminggu selepas aku berada di KL, aku call ke kampung. Amat mengejutkan kerana aku pun tak baca paper. Banyak masa la katakan. Actually, the day yang aku balik ke KL, pagi tu, ada satu kejadian berlaku kat rumah jiran aku tengah malam seblum tu, di mana aku tak tidor lagi rasanya. Dalam jam 12 malam lebih kurang. Maknanya malam tu kejadian tu berlaku, dan pagi tu aku balik KL. Ada satu kes bunuh berlaku. Rumah jiran aku tu selang 2 buah rumah je dari rumah aku. Aku tak tau citer detail camna, lagipun masa bercakap kat phone tu, aku ada mende penting yang lain yang aku nak tau. Nantilah aku cari cerita detail ala-ala CSI.
Rasa macam banyak je nak cerita, tapi dalam masa yang sama banyak mende lain lak nak kena buat. Laterrr.