Monday, January 22, 2007


N : Di Tahun Ini




Bukan satu, bukan dua, tapi telah tiga minggu berlalu menjelang tahun 2007 ini. Tahun Hijrah juga baru aje bermula. Begitu cepatnya tanpa disedari. Aku tak punya waktu untuk menjeling kalendar dua menjak ini apatah lagi menonton tv cerita kegemaran aku. Teramat sibuknya kehidupan seharian aku sejak pulang dari "sana". Kerja dari seawal jam 9 pagi dan berakhir dalam 2 atau 3 pagi setiap hari non-stop termasuk Sabtu dan Ahad selama sebulan lebih? Penatnya hanya terasa bila dah berakhir waktu seksaan itu. Pelik gak rasa sebab masa time busy tu, aku tak fikir lak pasal badan tak larat ke, tak cukup tidur ke dan segala macam lagi.
Punyalah aku tak check kalendar, maka raya AidilAdha baru-baru ni, aku terbeli tiket flight balik kampung pada 31hb Disember 2006. Aku duk terbayang raya Haji jatuh pada Isnin 1hb Jan 2007. Hampeh dot com nya. So pagi raya orang duk sibuk-sibuk nak ke masjid, aku masih lagi atas awan. Tapi ikutkan sebenar kalau aku pakai baju melayu siap-siap, sempat lagi singgah masjid tapi dengan beg baju yang aku bawak lagi, mana nak letak, kan. Satu lagi, terasa amat janggal lah pada aku kalau pakai baju melayu siap2 masuk airport. Tak pernah aku buat. Tak kisahlah kalau orang lain biasa buat. Sejuk aircond kat airport lagi. Wah, banyaklah alasan aku huhu.
So malam tu seperti yang telah dirancang oleh kawan-kawan skolah lama, satu perlawanan futsal pun bermula. Hahaha, dorang ni ajak main futsal sempena nak sambut tahun baru, takde mention pun dalam email pasal hari tu gak adalah raya Haji. Aku lak hanya fikir, kalau malam tu main futsal, esoknya larat ke nak pi masjid untuk sunat aidiladha? Sebab ikut kalendar sejarah aku, aku tak pernah main futsal, dan kali terakhir aku main bola adalah sebelum menjelang millineum. Hebatkan?
Malam tu aku rasa tak sampai 20 minit pun dalam padang, tapi rasa macam nak pengsan hahaha. Habis game plus lepak-lepak berborak adalah kat 11 malam lebih. On the way balik rumah, ingatkan nak gak singgah tengok bunga api tapi badan memang tak larat dah. Aku takut tertido dalam kereta je.
Seminggu selepas aku berada di KL, aku call ke kampung. Amat mengejutkan kerana aku pun tak baca paper. Banyak masa la katakan. Actually, the day yang aku balik ke KL, pagi tu, ada satu kejadian berlaku kat rumah jiran aku tengah malam seblum tu, di mana aku tak tidor lagi rasanya. Dalam jam 12 malam lebih kurang. Maknanya malam tu kejadian tu berlaku, dan pagi tu aku balik KL. Ada satu kes bunuh berlaku. Rumah jiran aku tu selang 2 buah rumah je dari rumah aku. Aku tak tau citer detail camna, lagipun masa bercakap kat phone tu, aku ada mende penting yang lain yang aku nak tau. Nantilah aku cari cerita detail ala-ala CSI.
Rasa macam banyak je nak cerita, tapi dalam masa yang sama banyak mende lain lak nak kena buat. Laterrr.


Wednesday, November 01, 2006


N : Tersenarai Dalam Statistik Itu



Siapa sangka siapa duga. Adakah harus aku perkatakan di sini sekali lagi tentang gerak hati jadi versi 2 atau apa? Aku dah rasa sejak hari itu. Sebelum masuknya Ramadhan, dan akhirnya berlaku jua. Aku tersenarai dalam statistik OPS yang lalu. Bagaimana pula sambutan Aidilfitri anda?
Aku tidak ingin menceritakan spesifik bagaimana ianya berlaku, di mana, bila? Kerana ianya telah pun berlaku. Ianya telah pun berlalu. Walaupun masih segar diingatan, namun aku sedaya mungkin untuk melupakannya. Namun, apa yang ingin aku perkatakan adalah disebaliknya. Seandainya...
Sempena sambutan Aidilfitiri tahun ini, terlalu banyak sms aku terima. Dan aku tersenarai dalam statistik OPS tersebut beberapa hari (hampir seminggu awal)sebelum tibanya Syawal. Dan selepas itu hingga tibanya Syawal, bertalu sms aku terima. Malah ada sms yang aku terima dari orang yang tak pernah aku terfikir untuk mengirimkannya. Hanya dengan tiba-tiba mereka menghantar sms? Adakah kerana gerak hati mereka? Tahu tentang kejadian yang berlaku atau secara kebetulan atau entahlah, sukar untuk aku menterjemahkannya. Aku tak mampu untuk membalasnya waktu itu kerana fikiran melayang mengenangkan tentang kemalangan itu. Bagaimana aku dalam sedar tahu kemalangan sedang menunggu aku di hadapan sana. Hanya tidak pasti di selekoh mana, dengan apa, waktu bila? Malah aku ada hantar sms kepada seseorang 3 jam sebelum itu berkenaan ini. Gilak seyy.

Alhamdulillah segalanya selamat walapun kenderaan yang aku naiki remuk tersadai dalam workshop kini. Menunggu waktu untuk diperbaiki, diganti mana yang perlu. Apa yang aku terfikir (mungkin aku tak patut fikirkannya) atau mana mungkin aku dapat fikirkannya andainya ianya berlaku kerana sekarang adalah sebaliknya. Kerana itu aku dapat menaip di sini.
Aku terfikir andai kemalangan itu .. zzz.. tamat disitu dan sms dari kamu, kamu dan kamu, aku tidak membalasnya (ada juga yang aku tidak berkesempatan membalasnya, maafkan aku) ... andai aku tidak membalasnya dan blog ini juga berakhir sepi begitu saja? Adakah ko akan terfikirkannya? Kewujudan yang terlenyap sepi?
Maafkan aku kerana tidak berkesempatan membalas sms kamu dan kamu. Maafkan aku kerana membalas hanya di awal Syawal menjelma. Kerana Aidilfitri tahun ini sedari awal aku tahu ianya tiada makna buat aku. Instinct kut?

Selamat menjalani ibadah puasa sunat Syawal 6. Sesungguhnya ibadah sunat Syawal tidak boleh diniat sekalikan dengan Qada Ramadhan. Sila rujuk akhbar ruangan agama baru-baru ni.