Thursday, February 03, 2005

N : Treasure Hunt Jadi Explorace



Sepatutnya, bukan sepatutnya, memang dari awal aku hanya register untuk masuk Treasure Hunt. Acara Explorace aku takat jeling-jeling je la masa nak isi borang. Lagi pun mengikut agenda, acara Explorace dan Treasure Hunt ni berjalan pada waktu yang sama. Aku fikir dengan tidak adanya stamina orang macam aku ni, better masuk treasure hunt la dari kena buat ntah apa-apa macam rancangan kat TV3 tu. Walau bagaimanapun,acara favourite ramai ni kurang mendapat sambutan. Maka Treasure hunt ditangguhkan sehingga acara explorace tamat. Memandangkan jumlah peserta yang diinginkan seramai 10 orang tidak mencukupi, maka ianya dikurangkan menjadi 5. Namun, untuk pasukan aku, 5 tu pun susah nak suruh orang join. Kumpulan lain sekejap je dah siapkan peserta masing-masing. Pada mulanya aku nak tunggu aje, tak nak join explorace tu sebab bimbangkan treasure hunt lak tak cukup orang. Kalau dah setiap kumpulan perlukan 5 orang untuk acara treasure hunt dan yang register hanya 2 orang, mana nak cari lagi selepas tu?
Bila pihak AJK memberitahu acara tresure hunt hanya dimulakan setelah acara explorace tamat, maka aku dah rasa senang hati untuk join acara pertama itu dengan nawaitu akan masuk acara treasure hunt pula selepas itu. Masa diberikan selama satu jam. Kami diberikan taklimat. Untuk mendapatkan clue pertama, kami perlu menjawab 6 dari 10 soalan yang diberikan. Sungguh nasib kami kurang baik kerana ada beberapa soalan berkenaan Shakespeare yang keluar. Manalah aku tau part-part nih. Kumpulan kami yang ke 2 terakhir dapat melepaskan diri dari belenggu tersebut. Nak dapat jawab 6 soalan bukan semudah yang disangka. Kalau tak kerana jadi agen rahsia pergi intip jawapan kumpulan lain, aku pasti kumpulan kami memang dah kalah sebelum dapat clue pertama lagi..hahaha.
Soalan dari clue pertama saja dah membuatkan kumpulan aku termengah-mengah. Mana taknya, berlari naik bukit berkecuraman dalam 45 darjah camtu. Nak berjalan saja, ikutkan masa compare dengan kumpulan lain, dah dikira agak terlewat. Clue ke 2 dan 3 takde masalah. Masuk clue ke 4, kami dah tersalah faham lokasi yang dikehendaki. Hampir 15 minit buang masa di tempat yang tidak sepatutnya. Akhirnya bertanyakan pekerja disekitar kawasan tersebut. Orang tu tunjukkan ke arah padang golf, nun jauh ke bawah. Maka berlari la kami sehingga sampai ke padang golf tersebut yang terletak di luar kawasan penginapan. Bila tiba di situ, baru tau kat situ sepatutnya dah clue ke 6. Oh tidak, clue 4 tak settle kan lagi, clue ke 5 ntah di mana. Nak tak nak terpaksa berpatah balik menuju ke atas bukit mencari dan cuba memahami semula apa yang silapnya sewaktu menterjemah clue ke 4 itu. Akhirnya ke temu jua tempat yang di cari, jumpa clue ke 5 tapi clue ke 4 yang memerlukan barang yang sepatutnya ada di situ tidak dijumpai. Sementelah aku hanya berdua sahaja di lokasi tersebut. Rakan-rakan sekumpulan dah tertinggal di belakang sewaktu berlari naik bukit tersebut. Dan tentunya mereka tidak tau di mana aku berada kerana laluannya agak jauh tersasar untuk dilihat dari jalan utama. Dengan 2 pasang mata, barang yang dicari di kawasan tersebut memang menyukarkan. Sungguh lama buang masa kat situ. Akhirnya kata sepakat, kami give up dan terus menuju ke arah AJK yang terlibat. Di pertengahan jalan, kami bertemu seorang lagi rakan dari kumpulan yang mengatakan belum ada lagi kumpulan yang berjaya mendapatkan barang yang dikehendaki. Dan dia pula bersemangat setelah kami memberitahu di mana kami sejak tadi. Masa diperuntukkan hampir 15 minit lagi di situ. Barang yang dicari tidak dijumpai. Apa yang boleh kami rumuskan, kemungkinan barang tersebut diambil oleh kumpulan lain lebih dari satu. Namun kalau ada sekali pun, kami dah tentu yang terlewat kerana lagi separuh clue tak dapat disempurnakan. Kalah sudah pasti. Berjalan kembali ke padang sungguh memenatkan.
Bila tibanya acara treasure hunt, memang dah tak larat dengan pula cuaca yang agak terik. Keesokkannya, aduh, sakit segala urat sendi terutama di bahagian kaki. Inilah padahnya buat extreme tanpa senaman ringan dulu. Segala perancangan dari awal telah menjadi sebaliknya.




No comments: