Tuesday, November 15, 2005

N : I Know What I Did Last Month



Sekali lagi ianya terjadi. Apa yang aku dah kemaskini tidak terpahat kat blog. Tak berapa pasti kenapa nak jadi camtu atau camni, yang nyata tak terpos. Malah ada yang dah pos tapi hilang dari blog. Kalau ada sesapa yang perasan la kan. Berkenaan azam tahun baru? Tapi itu lebih kepada kesilapan sendiri atau kesilapan teknologi yang serba canggih tapi menyusahkan dan tau-tau .. eh mana pergi da posting yang lalu? Hilang camtu aje. Takde backup lak tu. Hampeh dot kom dot mai.
Walau bagaimana pun, aku akan ringkaskan seringkas mungkin segala yang aku dah taip sebelum ni. Pertama berkenaan cerita Buli Balik yang aku pergi tengok kat wayang. Kisah Nordin mendapat peluang untuk membalas apa yang dia kena dari siri filem pertama Buli. Ok abis kat situ. Ringkas kan? Muahaha. Baca dibawah kalau nak yang tak berapa ringkas atau skip je kat komen huhuhu.

Aku pergi menonton filem Buli Balik pada hari pertama tayangan kat pawagam. Tak kira la kalau ada yang tengok dulu dari tu yang dikira "khas" untuk orang VIP segala. Orang cam aku mana nak dapat jemputan camtu. Kalau ada pun belum tentu aku pergi. Dah yang lain VIP, aku hanya NVIP. Juga tak dikira la kan kalau ada yang pergi nonton siang pada hari pertama. Tapi still hari pertama la kan. Lagi pun seingat aku, tak pernah la aku nak pergi tengok wayang hari pertama. Apa tah lagi filem melayu. Biasanya dengar dari mulut orang dulu samada cerita tu best atau tak, baru decide nak pergi. Dan kadangkala orang komen tak best tapi terasa nak tengok, aku beli VCD kat Speedy Video at least. So bukan cetak rompak ya. Unless kat kedai-kedai camtu telah mengkaburkan pembeli cam aku. Ko tau apa maksud aku. Tapi filem dari Afdlin Shauki boleh saja dikecualikan. Memang tidak mengecewakan. Pendapat aku la kan. Mungkin juga sebab aku dah suka dan boleh terima dengan rancangan AH-HA (kenapa tak de musim seterusnya?). Aku boleh gelak-gelak tengok tapi ada juga orang lain tak minat. Jadi kecualian tentang filem arahan Afdlin Shauki ni bergantung pada orang juga la.
Memandangkan aku antara golongan yang agak pertama (ikut hari tayangan umum) masuk pawagam tengok BULI BALIK, tentunya aku takde sebarang maklumat atau komen dari orang ramai tentang filem ni. Ada bagus, ada tak bagusnya. Mungkin juga ada bagus dalam tak bagus atau tak bagus dalam bagus. Tak boleh nak jangka apa-apa. Adakah macam filem Buli ceritanya macam takde ending? Atau kali ni ada ending atau bagaimana? Adakah jalan ceritanya membuatkan gelak sepanjang masa? Pelbagai persoalan, pelbagai andaian dibuat sebelum cerita bermula. Bila dah abis tengok, baru tau. Rupanya filem ini bukan untuk gelak sepanjang masa. Banyak persoalan dan pengajaran yang boleh diambil. Kalau nak!

Dalam BB ni pada pendapat aku, diulangi, pendapat aku, lakonan yang dikira cemerlang tentunya dari AC Mizal dalam menyamar setiap karakter. Lawak tentunya. Lakonan Hans Isaac yang hilang ingatan so real, cuma terover sket kut waktu ending. Kalau dia buat penyesalan yang biasa-biasa je tentunya lagi best. Dia cemerlang kerana dalam Buli orang sakit hati tapi dalam Buli Balik, dia buat orang ada rasa simpati. Tipikal perasaan orang kita kut hehehe. Lakonan Ako yang selamba juga memang best terutama part dia dera (kenakan) Roy. Uiks, macam aku berminat je kenakan orang muhahaha. Watak Nordin yang tak suka Roy tapi ingin bantu tanpa sengaja, amat cemerlang. Banyak pengajaran tapi aku kurang gemar la plak part dia lepuk Roy tepi padang tu. Macam tiba-tiba sangat. Sebelum tu ada gak tunjuk tak suka tapi part tu macam ... Atau ada extended version kat sini? Tapi bila fikir balik, ni kira twist yang paling bagus. Tengah rasa respek kat Nordin, tiba-tiba je rasa simpati kat Roy. Memang excellent.
Ini hanya beberapa watak yang aku boleh senaraikan. Kalau ikutkan aku, walaupun watak lain agak kecil atau sampingan tapi hasil lakonan mereka memang best. Dalam serius ada lawak. Dalam lawak ada serius. Dalam gelak ada sedih dan dalam sedih boleh gelak.

Aku tau, kalau ini nak dinamakan promosi, aku dah dikira tersangat lewat hahaha. Tapi aku dengar Afdlin nak kuarkan DVD untuk filem Buli Balik nih. Ini satu berita baru, mungkin pertama kali dalam industri filem melayu ada versi DVD. Atau mungkin juga dah ada sebelum ini tapi aku tak tau. Kalau filem dulu-dulu di DVD kan, tu tak kira la kan. Ni aku cakap pasal dia (afdlin) sendiri yang nak terbitkan versi DVD. Adakah DVD ini gabungan filem Buli dan Buli Balik? Sama-samalah kita tunggu. So pada yang tak sempat nak menonton cerita ni kat pawagam, jangan teragak-agak dapatkan DVD. Atau setidaknya VCD.


Monday, November 14, 2005

S : Iwam Kadit Tapadnem Natubmas? = Mawi Tidak Mendapat Sambutan?




Uka kat itsap id anam palis aynranebes. Adakah tidak cukup promosi atau belum cukup dikenali? Tresnok id muidats kapesalob Alauk Unaggneret adap 7 Rebmevon gnay ulal gnay turut naklipmanem arauj Imedaka Aisatnaf misum ek agit, Iwam, kadit tapadnem natubmas gnay nakgnasgnarebmem. Mari ikuti post-mortem ala CSI ini.

Aparebeb irah mulebes gnalup ek gnupmak kutnu tubmaynem Laways id anas, uka acabret malad rabhka gnatnet tresnok tubesret. Malah dengan pembelian sekotak kopi yang berharga RM20 dan mendapat pas percuma untuk masuk dan menonton konsert yang disertai Mawi, tentunya jauh lebih murah dari pergi menonton konsert mingguan AF. Numan salej, agrah "harumes" uti muleb upmam takimem kududnep Lurad Nami nurut iamareb-iamar nakiskaynem tresnok awemitsi tubesret. Nampaknya, tidak sefanatik penduduk Darul Naim. Kan atak gnaruk isomorp, natahilek ripmah paites gnait upmal ada rennab nakmulkamem gnatnet tresnok uti nad gnapmaprep salej hajaw iwam isaihgnem rennab tubesret.
Adakah penduduk Darul Iman tidak mengenali Mawi? Ohoh, hadus itsap naataynek tubesret huaj rasasret. Maaf zahir batin ye. Ualak gnaro gnupmak uka kusamret kot autek gnupmak nup hel mac uka malad tresnok nauggnim FA, aynankam halutnet akerem ituki aguj nagnacnar ut nak? *teringat lagi masa balik kampung ogos lalu siap kena tanya, betul ke "aku" dicelah-celah penonton konsert AF itu?* ahahah anam kan koros ut?
Berbalik kepada konsert tadi. Mulebes adna aumes ayacrep talub-talub, tapme iges tapet uata kutneb dimarip attah kutnebreb nuk nad redniles ilakes nup, aynasawhab gnajnapes uka adareb id anas, adait gnusgnal rabahk nigna suk-suk uata sms utas amil saleb, utas utas amil saleb, utas nes rep sms, amil saleb nes tinimes *nalki Igid* gnay nakatagnem tresnok tubesret naklatabid uata Iwam kadit tapad ridah. Takde, takde, takde. Adait apaises gnay pakacreb lasap nalatabmep tresnok tubesret uata Iwam kat idaj gnatad. Tu semua helah orang suratkhabar atau sekadar nak cover. Idaj apa aynranebes ukalreb?

Berikut adalah beberapa teori atau jua hakikat yang perlu diterima oleh orang luar andai masih tidak mengenali tentang mereka di sini. Amatrep, gnatnet ayar. Kononnya nak sedapkan hati, uar-uarkan la sebab raya, maka ramai tak punya masa nak pergi tengok konsert Mawi. Ipat ayntakikah, kusam ayar audek nup, uka kognet iamar had kapelem tak ipet tual macam had edkat hamur narij aggnatet uata arades aram gnay kan haraizid igal. Aku cakap "macam", ala-ala perumpamaan gitu. Babes ayntakikah hadus halutnet uka nup adareb id anas itamkinem nigna tual gnatep-gnatep, ualak kat, anam uka kan uat aumes in. Kekenyangan dan kepenatan ziarah sana sini, so amik masa sket, lepak-lepak tepi laut. Natanepek anarek adap irah naasaibek, uka udnamem igrep hamur kida uka aynah kibma asam amil saleb tinim, anarek ayar aynup lasap, idaj 2 maj. Pergi balik memakan masa 4 jam. Rre ut urab malad naarednek, muleb trap nakam-nakam isan gnagad igal eheheh. Sampai kawan dari sekolah lama nak singgah pun leh cancel dan datang keesokkan harinya. Ipat ayar nuhat in gnamem kases tamaret. Kemalangan sepanjang masa. Habsin naarednek gnay isaihgnem ayarnalaj halada malad amil saleb aterek ut, 2 ej etalp natapmet.

Faktor kedua ni mengikut teori kazen aku, dorang-dorang kat sini macam ala-ala kontrol macho gitu. Akerem in puggnas kat igrep kognet tresnok Iwam evil irad anek aynat "he, ok nup igrep kognet?" atau soalan "lerr ko pun pergi ke?" utsap itukiid "aynkitanaf ok" nad gnubmasid nagned ala-ala kaleg live uhuhuh. So memandangkan tak nak dapat title tersebut atau sewaktu dengannya, mereka sanggup tak pergi. Halamiret takikah awhab nakkaynabek akerem id inis nakub macam akerem-akerem gnay nial id nunis gnay hibel akus ralegreb "kitanaf". Kalau fanatik yang dari A sampai Z tau segala serba serbi, lagi bagus. Igal remeleg romeleg nameleg utig. Kira kunon-kunon bila tau dari A sampai Z tentang artis tu, dia pun kira dah ditahap artis gak la hohoho. Revetahw, Dnimreven.

Faktor ketiga yang juga merupakan faktor utama dalam kes ini yang arif ialah tentang promosi penganjurnya. Aynai natiakreb kag al nagned rotkaf audek ualak ok mahaf maladnem hibel teks irad utis. Beli sekotak kopi, dapat pas atau tiket percuma ke konsert Mawi? Inisid napalisek kahip rujnagnep. Faktor kena beli sekotak kopi membuatkan sambutan di kalangan penduduk darul Iman sangat tidak memberangsangkan. Utkawes uka ratnah aterek ek rac hsaw, libmas karob-karob aynat gnatnet ajrek id anam sulp artxe artxe, tilesret kag al, "kat igrep tresnok Iwam tak muidats?". Napawaj iawaip uata ripmah apures uata aynkadites tniop akerem gnay amas halai "enek ileb katokes ipok, hecel rra", "enek ileb ipok ulud urab hel kognet", "tekit amucrep ipat enek ileb ipok", "ipok apa enek ileb ut? sedap ke?". Eh macam-macam ayat la yang berkisah pasal kopi yang ayat mereka ni semua aku dah terjemah ke baku lebih kurang.
Hagnet irah adap aynmalam gnusgnalreb tresnok Iwam, uka igrep knab nad nakam hagnet irah id haubes iadek nakam kat huaj irad muidats tubesret. Masa aku pandu melalui sekitar kawasan itu, kelihatan dua atau tiga orang berbaju MawiFC dan ada lah dua tiga orang yang lain pakaian selain tshirt rasmi MawiFC. Natahilek iareg licek gnay lauj iroseska natiakreb Iwam, nikgnum, nad gnay aynhibeles katokreb-katok nad takgnitreb tak iareg aynhalebes. Mulanya aku tak terfikir tentang kotak-kotak itu, secara positif aku fikir tu kotak aksesori MawiFC hehehe. Asam kan nakam malad maj 3 hibel ut, urab kitedret, he, ut katok ipok tuk gnay gnaro iamar anek ileb mulebes tapad tekit. Masa aku masih di KL, aku bayangkan tentunya aku kena beratur panjang kalau nak dapatkan tiket tu *imejin macam beratur masa kat stadium Melawati*. Ipat aud agit ilak uka ulal muidats ut id asam gnay nanialreb, edkat nasirab gnay natahilek. Senang kata, macam takde apa yang bakal berlaku malam tu.
Malam uti, uka igrep ilakes igal ek muidats, aynranebes uka igrep ek tapmet nial hibelret ulud, tsuj mulebes haggnis hamur kickap uka, uka ajas kibma nalaj iulalem muidats tubesret. Imiginasi kereta park kiri kanan jalan, sesak nak masuk bandar macam bila ada perlawanan bola sepak seperti yang biasa berlaku. Ipat alib uka abit id upmal taraysi taked nagned muidats uti, ayarnalaj sabeb irad naarednek gnay krap tak ipet ut. Aku plan nak sms waiem, bagitau, konsert Mawi "macam" takde sambutan kat sini tapi aku batalkan niat aku tu. Nikgnum uka palis aynkaga babes uka anam kapman apareb iamar malad muidats ut, nak. Sehinggalah keluar muka depan kat sebuah akhbar mengatakan berlakunya sabotaj sms terhadap konsert Mawi. Halapais gnay kan taub "lah" inmac? Kenapa sewaktu Mawi ke KT ada sms ni, kenapa tidak di konsert yang ada sebelum-sebelum itu? Halam naridahek Iwam ek Lurad Mian hibel isrevortnok gnidnabreb Iwam kan haggnis Lurad Nami. Sanggup mat-mat cari gelemer panggil Mawi buat kenyataan kat tv. Akerem in hibel tukat Iwam adapirad rikif anmac kan naklibats imonoke aragen. Time rege minyak naik, harga barang itu ini naik, takde plak muka-muka mat cari gelemer ni masuk tv buat kenyataan?? Kesian sungguh penduduk di kawasan mereka diperbodohkan dengan mengambil mereka ini terlibat dalam jurusan politik. He, uka tulal ek anam aaad.
Berbalik pasal Mawi tadi, sesungguhnya sepanjang aku berada di sana, berjumpa sanak saudara yang pasang cd Mawi sepanjang masa, bertemu rakan yang setahun sekali belum tentu, hanya thru emel dan telefon semata dan juga orang tak dikenali sepanjang singgah di mana-mana kedai, tiada kisah sekelumit pun pasal sms tentang Mawi tak hadir ke konsert atau konsert dibatalkan. Adait sms ikgned utmac. Tiada, tiada, tiada. Katokes ipok al aynacnup.

Sepatutnya pihak penganjur jual tket dan dapat sekotak kopi percuma daripada menjual sekotak kopi dan dapat tiket ke konsert Mawi percuma. Kapman adait azeb? Agak sukar untuk aku perjelaskan secara detail beli tiket dapat kopi lebih memikat dari beli kopi dapat tiket free. Ipat nakrikif tikides maladnem, itsem ok mahaf duskam uka nad aynutnet rotkaf gnay iaranesret id sata helob id isata apnat nakigurem kahip rujnagnep uti iridnes.

Entah la, tu teori aku dan kazen-kazen aje.

*kaynab naataynek id sata halada naamapmurep, parah mulkam*

Thursday, November 10, 2005

N : Apa Ertinya



Bagaikan tiada erti mesej dan pesanan dalam post yang lalu. Seelok dan seberhati mana pun tika memandu pulang ke kampung halaman menjelang Aidilfitri, andai pemandu lainnya tidak mengendahkan keselamatan pihak lain, mangsa tidak dapat diduga.

Pada Ramadhan yang lalu, beberapa hari sebelum tibanya Syawal, selepas sahaja masuk waktu berbuka, hp aku berbunyi kerana menerima sms. Kerana inilah hari pertama aku berbuka di kampung setelah sekian sebelum itu berpuasa dan berbuka di hutan batu, melihat nama yang tertera di skrin hp, aku menangguhkannya terlebih dulu. Aku teruskan suapan. Terdetik di hati "ah, mesti kawan aku sorang ni sms nak ucap Selamat Hari Raya". Jimat kos la tu.
Namun sebelum solat Maghrib tertunai, aku semak sms yang aku terima sebelum itu. Mesejnya membuatkan aku kaku seketika. SMS memberitahu bahwa salah seorang rakanku, SJ mengalami kemalangan di Kuala Lipis dan dikhuatiri telah meninggal dunia di tempat kejadian sewaktu beliau sedang memandu menghala ke kampung halaman. Otak aku dengan pantas flashback segala memori antara aku dengan dia. Cuba mengingatkan bila kali terakhir aku berjumpa beliau. Berborak dengan beliau atau jua aku ada buat salah silap terhadap beliau. Namun aku gagal untuk mengingati dengan tepat. Agak lama juga aku tak berjumpa dengan beliau. Sebelum Ramadhan lagi.

Aku mengenali SJ kerana sama tempat kerja, sesungguhnya dia agak pendiam dan low profile (pada aku la), namun hubungan tambah erat kerana bowling. Kami masuk liga yang sama, tapi team lain-lain. Aku tak tau dia pun masuk liga tersebut, sementelah dia jua tidak tahu tentang aku. Kerana itu, kami dalam team yang berlainan. Pernah diusulkan untuk berganding bersama dalam satu team untuk liga akan datang di tahun 2006, namun kini hanya tinggal kenangan.
Di pagi Isnin, dalam waktu besahur, aku sms seorang lagi rakanku R juga merupakan boss SJ, bertanyakan alamat kampung SJ. Selepas Subuh aku memandu menuju ke Kelantan, namun dalam jam 8 lebih tika aku dah sampai Machang, aku terima sms dari R mengatakan jam 9 pagi, pihak hospital nak buat post-mortem, jangkaan jam 11 baru bertolak dari sana. Aku punya masa 4 jam lebih kurang sebelum jenazah tiba. Aku menghala ke Rantau Panjang.
Seelok aku tiba di Rantau Panjang jam 10 pagi, terima sms menyatakan jenazah telah di bawa keluar dari hospital dan menuju ke kampung SJ. Aku ronda-ronda tanpa beli apa-apa di sana. Jam 11:30 aku bertolak menuju ke rumah keluarga SJ di Kuala Krai. Jalan amat sesak. Ada berlaku kemalangan membabitkan 3 buat kereta jalan dari Tanah Merah ke Machang.

Sebaik tiba di rumah itu dalam tak sampai 20 minit, jenazah SJ tiba. Kelihatan seorang wanita kepiluan sekali, tiba bersama van jenazah hospital. Terdetik di hati aku, siapakan gerangan wanita ini?. Sekali lagi aku agak terperanjat, malah rasa hiba dan simpati namun ku gagahi jua menahan emosi. Di rumah itu, aku baru dapat tau SJ dah bertunang dan majlis akad nikah dijadualkan pada 12hb November ini. SJ pergi 2 minggu sebelum tibanya hari tersebut. Sesungguhnya tak ramai yang tau SJ akan melangsungkan perkahwinan November ini, malah aku sendiri tidak tau beliau dah bertunang atau aku yang tak ambik tau hal orang lain.
Dalam jam 3 lebih aku mohon diri, walaupun mengikut pihak keluarga, jenazah akan dikebumikan selepas solat Asar. Memandangkan perjalanan untuk aku pulang ke rumah masih jauh yang memakan masa dalam 3 jam. Aku terpaksa undur diri tapi aku terasa amat bersalah sangat waktu itu kerana pulang awal. Aku risaukan perjalanan jalan kampung yang gelap. Apatah lagi tuan punya lembu gemar membiarkan ternakan mereka berkeliaran hingga ke jalan raya. Sesungguhnya 3 hari sebelum itu, kereta pakcik aku terpaksa masuk bengkel kerana lembu. Mujur juga dia bawak tak laju waktu itu. Dan jalan itu yang bakal aku lalui dari Kelantan.

Mengikut laporan dari pihak polis Kuala Lipis, kereta dari arah bertentangan telah tersasar dan berpusing lalu melanggar kenderaan yang dibawa oleh SJ. Ianya berlaku kat selekoh, dan sebaik pelanggaran itu berlaku, datang pula kereta dari arah belakang dan melanggar sekali lagi kereta yang dipandu SJ. Kemalangan berlaku dalam jam 3 lebih camtu. Kiranya waktu yang sama aku dalam perjalanan pulang ke kampung.

Semoga roh SJ dicucuri rahmatNya. Al Fatihah.