Monday, May 11, 2009


N : Krono J-12



Masa duk melihat kenderaan lalu lalang kat hi-way melalui dinding kaca dengan tiada tujuan spesifik.. tetiba aku terfikir kembali pasal sesuatu. Aku sebut 'terfikir kembali' sebab perkara ni pernah terjah di minda aku suatu tika dulu tapi tak pernah aku mencari makna disebalik apa yang timbul kat benak aku masa tu. Apa yang aku fikir?

Sebagai seorang yang cuba menerokai alam standard dan cuba keluar dari kekangan 'standard' tersebut, yang tiada siapa pun set mende alah ni, aku terfikir, bila kita punya peluang yang melibatkan tempat atau perhubungan dengan seseorang, secara standard kita akan mengambil kesempatan yang tidak sepatutnya. Atau dengan kata lain, selalu saja tersilap pilihan, tersilap buat keputusan. Yang lebih parah, kita tak rasa itu satu kesilapan. Malah merasakan tindakan kita betul seadanya. Setidaknya kita rasa betul dah tu apa yang kita decide time tu.

Pernah tak bila kita pergi ke suatu tempat, katakan ianya negeri atau negara, bila tiba kat situ, kita dapat tau ada beberapa perkara menarik lagi yang kita tak tau sebelum ke tempat itu. Kita memang, kalau boleh nak singgah di lokasi-lokasi itu juga, tapi sayangnya, masa yang terhad tidak mengizinkan kita. Ok la kalau ianya disebabkan masa. Bagaimana kalau bukan sebab masa? Yang aku nak cakap ni di luar standard kekangan masa la. Maka, tanpa rasa kita bakal buat silap, kita membuat andaian bahwa, lain kali la kita singgah lagi ke lokasi itu, yang akhirnya sampai ke hari ini, lokasi yang kita nak pergi tu, hanya berlalu mengikut peredaran waktu, tanpa kita pasti bila agaknya lagi kita akan pergi lagi ke situ.

Bila cerita pasal tempat atau lokasi, tidaklah ralat sangat jika dicari segala maksud tersembunyi yang kita tak perasan tu. Tapi bagaimana kalau melibatkan perhubungan dengan sesama insan. Yulks..'insan'..muahahaha.. (kalau nak standard guna 'manusia' atau 'orang' ye).

Berbalik pasal hubungan sesama manusia. Apa yang kita terlepas pandang selalunya berkisar tentang perjumpaan. Maksud aku, bila adanya satu perjumpaan yang dirancang, terkadang kita ada perkara lain yang kita rasa lebih penting, maka kita menganggap, lain kali la jumpa. Kalau orang tu memang setiap masa boleh berjumpa, tu secara standard nya tiada masalah sangat. Tapi bagaimana kalau kawan sekolah yang setahun sekali pun payah nak jumpa, tetiba dapat muncul sekitar lokasi kita tinggal atau bekerja, dan ajak berjumpa... tetapi... dengan apa jua alasan pada masa itu yang kita fikir sangatlah betul tindakan kita, maka kita menangguhkannya ke suatu tarikh lain, yang sebenarnya kita sendiri kurang pasti bila agaknya muncul kembali situasi itu. Kalau berpeluang jumpa, ok la. Bagaimana kalau suatu hari, dapat berita dari orang lain bahwa yang nak jumpa kita tu, yang kita buat keputusan next time la jumpa, rupanya kita tak berpeluang lagi untuk berjumpa sampai bila-bila?

Ok la mungkin jua kita (korang la) tidak merasa terkilan sebab berkemungkinan orang yang ajak berjumpa tu, hanyalah seorang pelakon tambahan dalam hidup korang je huhuhu. Tapi bagaimana kalau dia kawan rapat zaman belajar dulu? Keras sungguh hatimu jika tidak merasakan apa-apa. Ermmm, mungkin gak ada selisih faham atau tak puas hati disaat akhir zaman persekolahan yang hingga kini terbawa-bawa sampai sanggup mengelak dari berjumpa. Ni kes pinjam baju tapi pulang tak basuh...grrr.. tension tension muahahaha.. *tu contoh iklan je tau*.

Bagaimana kalau dalam satu situasi, perjumpaan beramai-ramai, kita berjumpa kembali dengan orang tu, pastu, seperti mana yang aku mention kat atas tadi, kerana kita tidak memikirkan secara mendalam, kerana kita fikir apa yang kita decide masa tu adalah benar seadanya, maka kita pun 'kaku' walaupun sepatutnya mesra kerana lama tak jumpa. Kerana kita fikir next time pasti berulang dan kita boleh betulkan kembali apa yang tak kena pada masa itu. Ego je bunyinya, kan? Tapi benarkah next time itu, kita pasti bertemu kembali? Pasti ke? Apa yang bermain diminda aku seawal coretan ini.. perkara ni bukan melibatkan lokasi atau tempat yang tidak bernadi. Ini adalah satu perhubungan yang berkait dengan adanya seseorang itu atau bakal menghilang buat selamanya dari muka bumi ini. Maka bila dah terjadi, akan muncul pula perkataan standard.. 'kalaulah' .. 'mesti/pasti'....

Ok la kalau masih terfikir nak guna perkataan standard 'kalaulah" tu. Kalaulah aku macam ni macam tu, mesti akan begini begitu. Tapi secara standardnya kita manusia, akan berfikir ke arah sama atau dinasihatkan supaya fikir ke arah yang sama (dah jadi standard dah kalau macam tu).. disuruh melupakan apa yang berlalu, lupakan apa yang dah terjadi, tak perlu kesalkan segala yang dah berlaku... hoho standardnya. Secara tersembunyinya, kita tak pernah nak fikir disebaliknya, maka sebab tu, kita akan mengulangi perkara yang sama lagi pada masa akan datang tanpa kita sedar. Jadilah kita juga tergolong antara insan yang suka mengambil kesempatan dalam mencari dan memberi alasan, "tanpa" kita sedar.

Kalau dari mula kita mengalah, pasti tak muncul perkataan standard 'kalaulah' .. tapi dah nama pun ego.. fikir sendri larr.



No comments: