Wednesday, July 15, 2009


N : Krono J-14




Apa yang telah terjadi pada kenangan? Sememangnya aku tak pernah melupakan.. Macam biasa dengar ek?

Sesuatu yang indah pernah berlaku dalam hidup kita, belum pasti ianya akan berulang. Apatah lagi untuk dikekalkan keindahan tersebut. Hanya minda dapat mengenang, mengingati keindahan tersebut. Kalau dicerita pun, yang mendengar atau yang membaca tidak dapat menterjemahkan dengan tepat. Apa yang kita lihat, apa yang kita alami pada waktu itu, hanya diri kita sahaja yang lebih menghargai. Kalau reti nak menghargai. Makanya, dengan kata standard mudah yang lain, pengalaman adalah orang itu sendiri yang mengalaminya. Yang mendengar atau membaca hanya boleh berimiginasi semata.

Keindahan yang berlaku dalam hidup kita, bagaikan melihat keindahan warna pelangi. Hanya sementara. Takkan kekal di situ. Melihat pelangi dari satu sudut sini, tidak sama melihat dari sudut di sana. Jika muncul lagi pelangi tersebut, pastinya kita tidak melihat dari tempat yang sama. Macam pengalaman indah yang kita alami. Unik? Dan mengharapkan warna pelangi muncul di tempat yang sama kerana kita merasakan itulah yang paling cantik pernah kita lihat, ibarat ... ermmm ... aku lontarkan kembali soalan ini, ada ke peluang kedua tersebut? Boleh ke?

Mengimbas kembali kenangan paling indah waktu persekolahan, semuanya dalam memori kita. Kita boleh bercerita tapi habis setakat itu aje la. Itu pun bukan sepanjang masa kita terfikir tentang perkara tersebut. Kerana apa? Terlalu banyak jawapan yang boleh diberikan jika nak dijawab persoalan "kerana apa" itu. Minda kita tak akan berputar bermain selalu memori tersebut kerana seperti yang dikatakan di atas, kita tidak dapat mengekalkannya sepanjang masa. Setiap detik berubah. Apatah lagi diselang seli dengan rasa kecewa, sedih, mengguris hati, sakit hati, geram, marah dan sebagainya.

Peluang kedua? Terpulang kepada masing-masing, atas dasar apa yang kita perlukan peluang kedua ini. Sebab belajar? kerjaya? hubungan sesama manusia? atau apa saja tapi pastinya bukan berkaitan pengalaman indah, ceria, gembira, teruja, yang paling best pernah kita alami. Boleh ke diharapkan peluang kedua macam tu muncul kembali? Malas dah nak harap apa-apa. Bak kata Sheila Atas Tujuh.. Berhenti Mengharap. Nak kena paste lirik kat sini gak ke?

Kenapa dah tak harap wish macam tu? Sebab kebarangkaliannya atau pembolehubah rawaknya diberitakan sumber pengetahuan ketidaktentuan. Mudah fahamkan? huhuhu. Wish aku dodulu tak come true pun, dan yang paling best ever (huh, ada gak wish paling best ever?) yang aku rasa dengar lagu Berhenti Mengharap tu macam sesuai je kan... ialah wish masa birthday. Wish waktu pagi, waktu petang hari yang sama dah dapat tau keputusan yang ianya not come true. Walaupun target adalah hujung bulan tapi faktor ketentuan numerikal mengesahkan simptom tersebut, di mana bulan tersebut dah berlalu dengan jawapan adalah seperti di hari lahir tersebut. Unik gak nih? huhuhu. Macam tengok Dr Who atau Back to the future la plak.

Segala yang indah yang berlaku dalam hidup kita, hargai selagi mampu kerana percayalah, ianya tidak berulang. Jika ada pun, tidak seratus peratus sama atau minda kita je yang cuba manipulasi ke arah yang sama, yang akhirnya keindahan tersebut tidak lagi menjadi natural. Keindahan yang datang tanpa dirancang adalah yang paling best. Macam juga nak tengok pelangi.. nak tengok yang terjadi dilangit atau nak buat sendiri macam eksperimen sains zaman sekolah dulu? Sama tak serupa. Seperti di lirik Laskar Pelangi ... Walau dunia tak seindah syurga, bersyukurlah pada yang Kuasa.

PS:
Bila yang tertulis untukku adalah yang terbaik untukmu ... yang telah terukir abadi sebagai kenangan yang terindah.


No comments: