Monday, June 13, 2005

N : Eliza Pelajar Pertama



Malam Sabtu baru ni, sekali lagi aku ter`berjaya tidak menonton konsert AF secara langsung. Ada alasan yang tidak dapat dijelaskan disini. Aku belum tau apa itu Afundi agaknya. Agaknyalah kan. Aku belum hafal nama-nama yang ingin di hantar ke talian 32999. Belum lagi. Walaupun sehari sebelum itu aku banyak menghabiskan masa menonton diari extended, namun belum ada lagi yang benar-benar menarik perhatian aku untuk terus menerus (setakat tengok gitu-gitu je) mengikut perkembangan pelajar AF ini. Kalau ada setakat ini pun, aku nak tengok apa Mawi dah boleh buat semasa di dalam diari dan perkembangan Felix. Kebetulan pula mereka bagai bersahabat baik. Menerima sms dari rakan-rakan lewat tengah malam tentang Eliza tersingkir dan persembahan Mawi yang hancus agak mengejutkan juga. Menonton imbasan selepas konsert malam itu, ditambah dengan komen dari pengetua M Nasir mengesahkan lagi pelajar harapan ramai, Mawi, telah menghampakan ribuan penonton di malam itu. Seperti diduga, inilah waktunya fanatik pelajar lain memperli fanatik Mawi. Lumrah. Aku kene tengok konsert ulangan, nak tau apa Mawi dah buat.

Di hari Ahad itu, melihat ulangan konsert AF, ada beberapa jangkaan dan harapan dari pelajar yang bakal membuat persembahan yang sepatutnya lebih baik tapi terjadi disebaliknya. Adakah sebab terkejut last minute kerana melihat peratusan undi yang diumumkan sebelum nyanyian bermula? Hanya mereka sahaja yang tau.
Aku expect Idayu bakal mengkagumkan dihari konsert, namun aku rasa dia menyanyi lagi bagus sewaktu dia prektis. Kiranya masa konsert tu, hanya 70% sahaja yang dipersembahkan berbanding sewaktu prektis.
Manakala Kefli, aku rasa banyak juga perubahan ke arah yang lebih baik dapat dia lakukan dihari konsert berbanding prektis depan tenaga pengajar. Jauh lebih baik berbanding konsert 1. Ada perubahan positif dari beliau.
Fuad, nyanyian beliau mengikut lengok zainal, lebih baik dari Kaer yang cuba meng R & B kan yang tidak sepatutnya, namun ekspresi muka terlalu berlebihan. Melihat sewaktu prektis, membuatkan aku tak sanggup menonton tv sewaktu konsert. Biar saja mendengar dari melihat, lebih memadai.
Aku mengharapkan Amylea lebih banyak bermain dengan mata dihari konsert berbanding sewaktu prektis, namun yang berlaku adalah sebaliknya, tidak langsung sama banyak, apatah lagi 3 kali ganda seperti yang AAH minta dia lakukan. Tapi terasa enjoy menonton persembahan dari beliau.
Lagu yang didendangkan oleh Amy dengan ala-ala tidak berminat nak menyampaikan, membuatkan aku juga tidak tertarik dengan lagu tersebut.
Aidil seharusnya kekal di atas kerusi sehingga penamat lagu. Aku rasa itu lebih elok. Nyanyian beliau tidak begitu baik berbanding sewaktu prektis apatah lagi aku tak berkenan sangat bila dengar "babe" jadi "babeh".
Suara Ekin dengan lagu yang disampaikan tidak begitu baik berbanding prektis. Apa yang dibuat sewaktu prektis tidak digunakan sewaktu konsert sebenar. Kemungkinan penari yang ada tidak alert. Aku lebih suka jika Amylea saja yang kekal di situ bersama Felix yang cuba menganggu. Aura Felix yang kuat juga mengkaburkan terus imej Ekin dalam lagu tersebut.
Terhangat Di Pasaran adalah suatu lagu yang tidak mencabar vokal secara keseluruhan. Lebih kepada menguji kepantasan menyebut lirik. Di sini hafal adalah sangat perlu namun kelihatan Reza gagal melaksanakannya malah hampir saja tenggelam dari backup singer oleh Fuad yang cuba take over. Lagu ini hanya menarik kerana ianya masih segar dikalangan remaja macam gak lagu Pop Yeh Yeh di konsert 1. Kalau fanatik KRU, pasti je dorang kata Reza bawak lagu ni best. Agaknyalah.
Mendengar dendangan Marsha, aku tak rasa best sangat macam lembik je pun ada, aksi mengoda je lebih. Lepas ni aku dapat rasa tenaga pengajar akan bagi lagu yang slow melow kat dia. Cuba bagi yang lagu rancak macam Cant Fight The Moon Light (tengok dia goda cara camna lak), mungkin lagu pelbagai genre akan menguji tahap vokal beliau yang orang ramai uar-uarkan sangat best itu.
Jika lagu rock, terutama slow rock, Yazer amat sesuai dengan lagu-lagu berentak yang sewaktu dengannya. Malah aku rasa kalau lagu yang Aidil nyanyi malam konsert itu dibawakan oleh Yazer, bayangkan sendiri la ek. Sewaktu prektis, nyanyian dari Yazer agak hancur dan aku hampir tak konfiden jika itu yang beliau cuba persembahkan di malam konsert. Namun, seperti Kefli, syabas buat Yazer yang juga membawa sedikit perubahan positif sewaktu mendendangkan lagu beliau.
Expectation fanatik Mawi terlalu tinggi. Namun, expectation anti-fanatik Mawi lebih tinggi lagi untuk melihat beliau gagal atau bakal membuat suatu kesilapan. Dan akhirnya, mereka yang tidak berminat dengan gaya fanatik Mawi, yang merasa tergugat dengan peratusan undian terhadap Mawi, telah mendapat bonus untuk menempelak para fanatik Mawi. Mawi telah memberi point yang sungguh besar untuk pengundi pelajar lain (yang hantar sms atau yang takat buih mulut je) untuk menempelak para pengundi beliau.
Manakala nyanyian Eliza sewaktu prektis dan konsert tidak jauh beza. Pada aku, beliau tak perlu lari ke sana ke mari kerana itu saja dah membuatkan kawalan pernafasan untuk vokal beliau sedikit terganggu. Namun persembahan beliau adalah menghiburkan juga selain Felix dan Amylea.

Tidak dapat tidak, aku akui tersingkirnya Eliza malam Sabtu yang lalu sedikit memuramkan suasana di dalam Diari terutama sewaktu kelas EE dan LJ. Pada aku, hanya Amylea dan Eliza saja yang menari dengan baik. Yang lain-lain tu macam bersenam waktu pagi dalam rancangan RTM pun ada. Namun masa masih ada lagi untuk perubahan ke arah yang lebih positif.



Wednesday, June 08, 2005

N : Realiti TV Ke?



Lompat blog sana lompat blog sini, boleh dikatakan semua citer mende yang sama, Akademi Fantasia. Citer AF, AF dan AF. Apa bestnya AF nih? Anda dah demam? Itulah soalan paling bosan untuk aku dengar kali nih. Bosan sebab aku belum demam AF lagi...huhuhu. Masa konsert prelude, aku ignore untuk tengok. Malah TOP 12 yang terpilih, jadi bahan kontroversi sebab ada student yg lagi hebat pada pandangan ribuan penonton tidak terpilih. Kata mereka lah. Mereka itu adalah kamu, kamu dan kamu. Aku tak tengok time tu, so diam je la. Bila episod di akademi bermula, dah ramai plak duk ngomel sana sini kata yang tu gedik over, yang ni cakap lazer, yg tu berlagak dan ntah apa lagilah. Kiranya dalam realiti astro ni, macam-macam ada. Kepada yang tak puas hati sebab pelajar yang patut terpilih pada pandangan diaorang tu tapi tak terpilih, dah buat pakatan ala-ala mogok takmo afundi. Apa? Takmo Afundi? Hish, mana boleh jadi camni. Orang-orang kat astro baru nak calculate berapa bulan bonus nak dibayar tahun ni tetiba banyak lak cakap takmo afundi sebab pelajar faveret tak dapat masuk. Itu belum lagi masuk blog yang kempen "Katakan Tak Nak SMS" atau "Katakan Tak Nak Afundi".
Sepanjang minggu pertama diari, aku tak tengok. Tak ada rasa nak tengok gelagat diaorang buat masa ini. Belum lagi. Aku banyak habiskan waktu buat mende lain. Masa konsert pertama Sabtu lepas, aku setakat sempat tengok persembahan Akma, Reza, Felix dan Amy aje. Time lain tu banyak aku surf channel lain. Masa aku tengok sesi perbualan antara Aznil dengan Reza, aku terfikir adakah ni hanya satu lakonan? Sebab Ahmad Dhani dari kumpulan Dewa sangatlah jauh berbeza dengan yg dijemput itu. Tapi akhirnya aku tau rupanya hanyalah lakonan si Reza kononnya dia adalah salah seorang peminat Dewa. Kalau benar dia seorang peminat yg lebih berminat dari aku, tentunya konsert Dewa di KL Tower tidak akan dilepaskan begitu saja atau setidaknya bertanyakan mamat yg dijemput tu pasal konsert yg baru berlalu. Eh wait, dia tak kenal mamat tu, sure dia juga tak ambik tau pasal Dewa nak buat konsert. Hampeh la lu Reza. Nak tarik perhatian pengundi tak perlu cakap mende tu semua macam gak dia tegur salah seorang pelajar lain yang tak perlu gedik-gedik ngadap kamera. Ok ok, aku tak tengok pun dia cakap camtu kat pelajar lain sebab aku tak tengok diari, tapi kalau dah ramai kawan-kawan duk bercerita pasal topik ni, maka kebenaran yang berlaku di diari sukar dipertikai. Unless kalau tak wujud bab sound-sound ni, aku edit balik part tu. Kalau dah tulis kat blog boleh edit tapi kalau dah sound orang depan jutaan rakyat Malaysia, mana nak modify dah, kan.
Selepas tamat konsert pertama, aku tengok balik M Nasir pengetua baru bagi AF3 mengumumkan ada lagi konsert seterusnya untuk menambah 2 orang lagi pelajar ke dalam akademi. Aku off tv. Malas nak tengok. Rasa macam dah tau sapa yang bakal ditarik masuk. Dalam kul 1:30 am, kecoh-kecoh dengar Mawi dan Marsha terpilih untuk cukupkan kuota baru. Huh, seperti yang aku jangka.
Keesokkannya, baru aku tergerak nak tengok konsert pertama ulangan. Kesimpulannya hanya 6 orang teratas yang aku rasa nyanyian mereka agak baik iaitu Idayu, Amy, Ekin, Yazer, Felix dan Akma. Aku letak secara rawak bukan mana nama yg dulu adalah paling bagus. Tak. Nyanyi bagus bukan matlamat dalam AF, hanya undian penentu segala. Ingat tu.
Untuk nyanyian ulangan yang macam repeat paper exam atau amik ujian memandu yang tak lulus tu, aku rasa Shiha, Isa dan Haider selain Mawi boleh dikategorikan sangat memberi saingan. Yang lain-lain tu maybe kene ambik exam sekali lagi la kut. Aku tak nampak kelebihan untuk Marsha kali ini. Tapi dia tetap lagi ok berbanding dengan pelajar (lelaki) yang dah terserap ke dalam akademi.
Sewaktu melihat konsert prelude di channel 15, pada pandangan aku, ramai gak suaranya yang bagus tapi berkemungkinan lagu yang dipilih tak sesuai. Tak sesuai dengan cara pembawakkan, tak sesuai dengan selera juri atau tak sesuai segala-galanya. Ntahlah. Nak kata teruk, tak boleh sebab mereka adalah 20 orang yang terpilih. So pada aku yang dikira best tapi maybe lagu yang dibawa masa konsert prelude tak sesuai ialah Rina, Haider dan mungkin juga Mawi. Lagu yang Mawi bawak kalau ada backup singer (*sebab ni kan lagu berkumpulan*) akan jadi lagi best kut. Aku takmo la kaitkan kontroversi sebab dia bawak lagu nasyid. So aku cuba beri pandangan lain. Tajuk lagu yang Rina nak bawak, masa sebelum dia nyanyi pun, aku cuba fikir sapa penyanyi asal lagu ni? Tergerak dihati, takde lagu lain lagi ke yang dia boleh pilih? Sebab bila nyanyi lagu orang tak pernah dengar, penonton di stadium tak akan rasa enjoy. Bila suasana ni tak wujud, dengan tak semena menunjukkan orang lain tak suka dengan nyanyian dia. So pada aku pemilihan lagu sangat penting untuk satu-satu pertandingan. Bukan main hentam nyanyi saja. Untuk Haider pula, lagu Bon Jovi yang dibawa menyerlahkan kelemahan dia sewaktu pertandingan malam itu. Lagu Bon Jovi tu boleh dianggap fast song. Tak cukup stamina boleh menampakkan bagai tak berdaya nak follow at least macam penyanyi asal buat. Aku rasa lebih elok Haider nyanyi lagu melayu malam itu. Slow rock pun takpe. Peluang untuk dia terpilih lebih cerah berbanding Aidil atau Reza sebenarnya.
Hari tu kecoh Mawi tak dapat masuk AF. Banyak andaian tanpa bukti yang dikeluarkan oleh orang ramai. Ada yang cakap lebih elok dia tak masuk, elok dia seperti sedia ada, takmo rosakkan dia or whatever la kan, ada gak yang kata M Nasir hentak-hentak meja, tak pasti adakah sebab tak puas hati Mawi tak masuk ke atau sebab lain. Persoalannya Ye ke hentak meja? Kalau ye pun, kemungkinan M Nasir nak test keteguhan meja tu, kalau tak elok boleh suggest beli meja baru kat Ikea di Ikano Power Center. Pada aku, by the time Mawi pergi buat ujibakat AF, dia dah tau apa dia nak buat. Dia dah akil baligh. Tak semestinya bekas seorang Qari tidak sesuai masuk akademi. Lagikan budak sekolah agama banyak kes masuk paper mengalahkan pelajar sekolah harian biasa. Takde plak terfikir yang mereka-mereka ni semua bakal duduk dalam Jabatan Agama suatu hari nanti atau duk kat mahkamah syariah atau bakal menjadi seorang yang mengeluarkan fatwa? Atau kita cuma perlu fikir, mereka masuk sekolah agama, dah keluar nanti bawak haluan masing-masing dan tak semestinya jadi seperti yang aku list kan seperti di atas. Camtu ke? Kenapa rakyat Malaysia takmo bendung agar mereka yang masuk sekolah agama ni bakal hanya bergelar ustaz, imam, bilal or whatever yang berkait yang sewaktu dengannya? Kenapa hanya Mawi? Andai tidak diberitahu latarbelakang tentang siapa Mawi, adakah menjadi kecoh seperti ini? Aku rasa elok pihak Astro di rancangan akan datang tidak perlu dedahkan sangat latar belakang setiap calon yang terpilih.
Hari tu juga ada yang bercakap Mawi tak dapat tu banyak hikmahnya. Now Mawi dah terpilih. Agak-agak siapa yang dapat manfaat apabila Mawi terpilih masuk? Tak lain tak tak bukan, rakan sepelajar dengannya, Marsha. Fikirkan, andai Mawi dah terpilih awal-awal, aku rasa peluang TERTUTUP terus buat Marsha. Peminat, penonton setia yang menyokong Marsha tu patut berTERIMAKASIH kepada Mawi. Hanya kerana Mawi, Marsha terpilih, takde sebab lain lagi. Kalau Mawi dah terpilih sejak konsert prelude, seluruh Malaysia tidak akan hiraukan siapa Marsha. Kerana dari segi vokal, pelajar perempuan yang sedia ada sangat kompetitif. Kalau ikutkan, Shiha atau Isa lagi bagus malam tu.
Diari minggu ke dua telah bermula. Kalau diminggu pertama dah dengar macam-macam versi yang tak berkenan tentang pelajar. Now dah ada versi baru. Episod air mata ala-ala Rosma AF1. Aku takmo komen pasal tak leh makan tu makan ni. Maybe alergik, aku boleh terima tapi demand ikan tenggiri kira satu hal la gak kan, tak tau la kalau tenggiri kat sana singgit 3 kilo...huhuhu. Namun kemasukkan Mawi ke akademi, bergabung plak dengan Felix, aku rasa dua orang ni yang bakal menceriakan diari dari minggu ke minggu. Kita tunggu aje la. So far dua orang ni buat aku gelak je. Lawak walaupun dorang tu sebenarnya buat dengan serius. Kalau dah sampai Marlia pun leh cakap "awak jadi pak lawak je la Felix"...ermm.
Tengok blog tu,suh afundi si dia nih, blog yang ni, suh undi si dia tu. Tapi banyak blog suh undi Mawi dan Felix. Member kamcing dlm akademi. Namun ada blog boikot takmo undi langsung. Biarkan biarkan. Strategi mereka. Biarkan. Apa lak strategi aku? Kalau aku lak, mana-mana pelajar yang diminati tu (* ni yang mana-mana yg aku rasa tak leh jadi juara la kan *)... ala kalau tengok peratusan semasa pun macam boleh agak sapa bakal ke final. Kena terima hakikat nih. So strategi aku ialah aku TAKKAN undi pelajar yang aku minat tapi dalam masa yg sama tak rasa dia leh jadi juara. Jimat duit sms. Lebih cepat pelajar tu keluar, lebih cepat dapat jumpa dorang. Kalau yang masuk sampai final, jenuh la nak ada peluang jumpa secara live. Kalau ada pun, ramai la yang duk buat fanclub tu fanclub ni, kemudian amik kesempatan caj tinggi nak mampus semata-mata nak buat perjumpaan yang belum tentu pelajar tu duk sebelah ko sepanjang masa, kan kan? Takat bergambar dua tiga klik, abis. Duit makan sekian-sekian, balance kononnya untuk duit kelab, pastu tak lama senyap camtu je. Mana pergi fanclub AF1? Apa cerita fanclub AF2? Apa aktiviti mereka? Aku memang tak tau sebab tak join kelab mana-mana. Lagipun, nak set gath bersama budak-budak AF walaupun dah tertubuhnya fanclub bukan suatu perkara yang mudah. Mereka ni sibuk memanjang ngalahkan menteri.
Eh, aku tak cakap nak undi sapa-sapa lagi sebab demam AF belum start lagi, maybe juga takde hingga final tapi strategi kena ada dan perlu diuar-uarkan..hahaha. Termakan antibiotik terlebey kut sebelum AF nak start. Tu yg tak demam lagi.