Monday, June 13, 2005

N : Eliza Pelajar Pertama



Malam Sabtu baru ni, sekali lagi aku ter`berjaya tidak menonton konsert AF secara langsung. Ada alasan yang tidak dapat dijelaskan disini. Aku belum tau apa itu Afundi agaknya. Agaknyalah kan. Aku belum hafal nama-nama yang ingin di hantar ke talian 32999. Belum lagi. Walaupun sehari sebelum itu aku banyak menghabiskan masa menonton diari extended, namun belum ada lagi yang benar-benar menarik perhatian aku untuk terus menerus (setakat tengok gitu-gitu je) mengikut perkembangan pelajar AF ini. Kalau ada setakat ini pun, aku nak tengok apa Mawi dah boleh buat semasa di dalam diari dan perkembangan Felix. Kebetulan pula mereka bagai bersahabat baik. Menerima sms dari rakan-rakan lewat tengah malam tentang Eliza tersingkir dan persembahan Mawi yang hancus agak mengejutkan juga. Menonton imbasan selepas konsert malam itu, ditambah dengan komen dari pengetua M Nasir mengesahkan lagi pelajar harapan ramai, Mawi, telah menghampakan ribuan penonton di malam itu. Seperti diduga, inilah waktunya fanatik pelajar lain memperli fanatik Mawi. Lumrah. Aku kene tengok konsert ulangan, nak tau apa Mawi dah buat.

Di hari Ahad itu, melihat ulangan konsert AF, ada beberapa jangkaan dan harapan dari pelajar yang bakal membuat persembahan yang sepatutnya lebih baik tapi terjadi disebaliknya. Adakah sebab terkejut last minute kerana melihat peratusan undi yang diumumkan sebelum nyanyian bermula? Hanya mereka sahaja yang tau.
Aku expect Idayu bakal mengkagumkan dihari konsert, namun aku rasa dia menyanyi lagi bagus sewaktu dia prektis. Kiranya masa konsert tu, hanya 70% sahaja yang dipersembahkan berbanding sewaktu prektis.
Manakala Kefli, aku rasa banyak juga perubahan ke arah yang lebih baik dapat dia lakukan dihari konsert berbanding prektis depan tenaga pengajar. Jauh lebih baik berbanding konsert 1. Ada perubahan positif dari beliau.
Fuad, nyanyian beliau mengikut lengok zainal, lebih baik dari Kaer yang cuba meng R & B kan yang tidak sepatutnya, namun ekspresi muka terlalu berlebihan. Melihat sewaktu prektis, membuatkan aku tak sanggup menonton tv sewaktu konsert. Biar saja mendengar dari melihat, lebih memadai.
Aku mengharapkan Amylea lebih banyak bermain dengan mata dihari konsert berbanding sewaktu prektis, namun yang berlaku adalah sebaliknya, tidak langsung sama banyak, apatah lagi 3 kali ganda seperti yang AAH minta dia lakukan. Tapi terasa enjoy menonton persembahan dari beliau.
Lagu yang didendangkan oleh Amy dengan ala-ala tidak berminat nak menyampaikan, membuatkan aku juga tidak tertarik dengan lagu tersebut.
Aidil seharusnya kekal di atas kerusi sehingga penamat lagu. Aku rasa itu lebih elok. Nyanyian beliau tidak begitu baik berbanding sewaktu prektis apatah lagi aku tak berkenan sangat bila dengar "babe" jadi "babeh".
Suara Ekin dengan lagu yang disampaikan tidak begitu baik berbanding prektis. Apa yang dibuat sewaktu prektis tidak digunakan sewaktu konsert sebenar. Kemungkinan penari yang ada tidak alert. Aku lebih suka jika Amylea saja yang kekal di situ bersama Felix yang cuba menganggu. Aura Felix yang kuat juga mengkaburkan terus imej Ekin dalam lagu tersebut.
Terhangat Di Pasaran adalah suatu lagu yang tidak mencabar vokal secara keseluruhan. Lebih kepada menguji kepantasan menyebut lirik. Di sini hafal adalah sangat perlu namun kelihatan Reza gagal melaksanakannya malah hampir saja tenggelam dari backup singer oleh Fuad yang cuba take over. Lagu ini hanya menarik kerana ianya masih segar dikalangan remaja macam gak lagu Pop Yeh Yeh di konsert 1. Kalau fanatik KRU, pasti je dorang kata Reza bawak lagu ni best. Agaknyalah.
Mendengar dendangan Marsha, aku tak rasa best sangat macam lembik je pun ada, aksi mengoda je lebih. Lepas ni aku dapat rasa tenaga pengajar akan bagi lagu yang slow melow kat dia. Cuba bagi yang lagu rancak macam Cant Fight The Moon Light (tengok dia goda cara camna lak), mungkin lagu pelbagai genre akan menguji tahap vokal beliau yang orang ramai uar-uarkan sangat best itu.
Jika lagu rock, terutama slow rock, Yazer amat sesuai dengan lagu-lagu berentak yang sewaktu dengannya. Malah aku rasa kalau lagu yang Aidil nyanyi malam konsert itu dibawakan oleh Yazer, bayangkan sendiri la ek. Sewaktu prektis, nyanyian dari Yazer agak hancur dan aku hampir tak konfiden jika itu yang beliau cuba persembahkan di malam konsert. Namun, seperti Kefli, syabas buat Yazer yang juga membawa sedikit perubahan positif sewaktu mendendangkan lagu beliau.
Expectation fanatik Mawi terlalu tinggi. Namun, expectation anti-fanatik Mawi lebih tinggi lagi untuk melihat beliau gagal atau bakal membuat suatu kesilapan. Dan akhirnya, mereka yang tidak berminat dengan gaya fanatik Mawi, yang merasa tergugat dengan peratusan undian terhadap Mawi, telah mendapat bonus untuk menempelak para fanatik Mawi. Mawi telah memberi point yang sungguh besar untuk pengundi pelajar lain (yang hantar sms atau yang takat buih mulut je) untuk menempelak para pengundi beliau.
Manakala nyanyian Eliza sewaktu prektis dan konsert tidak jauh beza. Pada aku, beliau tak perlu lari ke sana ke mari kerana itu saja dah membuatkan kawalan pernafasan untuk vokal beliau sedikit terganggu. Namun persembahan beliau adalah menghiburkan juga selain Felix dan Amylea.

Tidak dapat tidak, aku akui tersingkirnya Eliza malam Sabtu yang lalu sedikit memuramkan suasana di dalam Diari terutama sewaktu kelas EE dan LJ. Pada aku, hanya Amylea dan Eliza saja yang menari dengan baik. Yang lain-lain tu macam bersenam waktu pagi dalam rancangan RTM pun ada. Namun masa masih ada lagi untuk perubahan ke arah yang lebih positif.



No comments: