Friday, April 08, 2011

N : Krono J-23




Terasa nak sambung lebih lanjut Krono J-22 tu, tapi .. aku tau secara standard nya aku kurang kemampuan untuk pergi lebih terperinci dalam sesuatu perkara yang aku cuba nak sampaikan, yang nak diceritakan, yang nak dimerapukan. Urghh.. merapu pun aku tak mampu? hampeh dot com kan.. hahaha.

Ikutkan hati, nak disandarkan kisah merapu tersebut dengan zaman akan datang, zaman di mana kejatuhan nilai kewangan melampau. Bila? Terlalu banyak teori kat internet sekarang ni. Melihat sekeliling dan keadaan semasa, rasanya kesemua teori itu menjurus ke situ.. itu pun kalau nak fikir dengan logik akal. Kalaulah teori tersebut kata lama lagi, aku pun tak berapa nak ambil kisah. Ini pun aku hanya letak kat blog ni untuk aku baca dan rujukan untuk diri aku sendiri. Ada beberapa perkara yang aku cuba buat dari sekarang tapi belum mampu.. arghhh !

Secara santai jika difikirkan tentang andai sistem kewangan tidak wujud, maka banyak sistem lain tidak dapat disandarkan kepadanya. Orang cerdik pandai kononnya tu pasti tak dapat manipulasi dengan apa yang dia ada, tak dapat wujudkan sistem yang makin mengarut, yang buatkan orang ramai terikut tanpa sedar, yang akhirnya membawa kepada lebih kemudaratan dari kebaikan terhadap manusia itu sendiri. Bukan nak nafikan segalanya bahwa sistem kewangan yang ada ni tak berguna, tetapi dengan apa yang diwujudkan ini, menyebabkan muncul begitu ramai para-manipulasi persekitaran yang menjuruskan golongan manusia ke arah kemudaratan tanpa disedari.

Kalau manusia berkerja tanpa sandaran mata wang atau duit, adakah ko fikir, mereka akan berlumba-lumba kerja siang malam untuk mendapat satu jumlah yang tak pernah cukup? Apakah ukuran yang dikatakan cukup itu? Kalau bab makan minum, kita sendiri tahu limit kita.. setakat mana.. setakat banyak mana boleh masuk dalam satu masa. Tapi, kalau berkait dengan mata wang? Itu yang ada bekerja siang malam.. ada yang buat kerja sambilan.. tak kiralah siang kerja lain, malam kerja lain. Sehinggakan sampai satu tahap, mereka merasakan sehari 24 jam itu tidak mencukupi. Kehidupan sosial ntah ke mana, masa diluangkan bersama keluarga pun harap hujung minggu.. itu pun kalau ada.. ada kes dalam sebulan belum tentu.. terkadang sampai setahun. Kononnya nak kumpul duit dan bawa keluarga jalan-jalan. Itu ada benarnya, tapi tak terasa "kehilangan" ke melihat anak-anak membesar depan mata atau menjalani bersama suasana perjalanan kehidupan berkeluarga? Nak tunggu pencen, baru nak fikirkan hal ni? Ermm.. kenapa satu perjalanan kehidupan yang tidak panjang itu dihabiskan untuk itu? Semua berkerja bertungkus lumus mencari yag dikatakan "duit" itu untuk hari retired.. tired itu letih.. retired itu adakah mengulangi keletihan ? huhuhu...

Apa mudaratnya? Yang paling utama tentunya berkaitan dengan kesihatan diri. Manusia bukan robot, boleh buat kerja 24 jam sehari selama setahun tanpa henti. Sakit sana sini, pergi hospital.. abis duit belanja doktor dan kilang yang supply ubat. Ini baru pasal kerja yang dibuat lebih dari satu..siang malam atau korbankan hari minggu sebab nak cari extra income kononnya. Baru cerita bab sistem kewangan, belum lagi sistem-sistem yang lain. Ada kerja yang seolah hari esok tiada lagi, sampai stress nak kena siapkan sesuatu perkara.. kena kejar date line katanya? Bab yang ni akan dikisahkan lain kali aje la. Bila mereka dah berlari selari dengan sistem kewangan ni, maka timbul macam-macam kemudaratan lain selain kesihatan. Maka manipulasi persekitaran berlaku dan sukar dihentikan. Kalau takde mata wang, agak-agak rasuah wujud tak? Riba sebab pinjaman atau simpanan wujud tak? Gelaran materialistik ada tak? Gelaran jutawan? Billionaire ? Mungkinkah manusia akan mengejar pangkat? Untuk apa? Sebab nak dapat makan nasi 5 pinggan masa lunch? Orang berpolitik akan jadi sekotor hari ni tak? Atau ada ke yang nak jadi wakil rakyat? Orang yang kerjayanya mencuri atau merompak, agaknya ramai tak? Ada peminta sedekah? Ada tak yang akan manipulasi guna budak sekolah mintak derma? Rasa-rasa ada tak iklan kat internet yang mengajak manusia tak perlu kerja tapi boleh jadi jutawan? Ini lah contoh mereka yang suka manipulasi persekitaran yang ada. Boleh bayangkan iklan.." jomlah join internet bisnes, dapat 5 tan buah nenas atau epal sehari ". Kalau bukan bersandarkan duit, agak-agak orang yang manipulasi situasi macam ni dapat sambutan tak? Apa ko nak buat dengan nenas atau epal 5 tan sehari ? Makan sendiri? Berapa lama boleh tahan? 20 tahun?

Manusia hanya boleh terpengaruh.. dipengaruh sebab duit. Kalau selain dari itu, orang yang cerdik pandai dalam manipulasi ni, sukar nak berjaya dalam kerja-kerja macam ni, malah ada yang sampai menjurus kepada penipuan. Sebenarnya banyak isu berkaitan dengan perkara ni yang boleh diceritakan di sini, tapi aku bukan orang yang suka cerita panjang-panjang macam novel. Yang lain-lain tu fikir sendiri dan pandai-pandailah kaitkan yang menjerumuskan kita ke arah kemudaratannya. Mudah dipengaruhi atau terpengaruh sebab takde limit. Maka, mereka dan kita semua berkejar ke arah infiniti... tiada berpenghujung.. dan tiada siapa yang tahu di mana letaknya limit dalam sistem kewangan ni. Sampai mati hidup balik, takde siapa yang boleh cerita kisah ni. Sedangkan manusia yang hidup pun tahu limitnya, tiada yang hidup non-stop, begitu juga dengan bumi yang kita pijak ini. Kita juga tahu akan sampai "limit" nya. Walaupun tiada siapa yang tahu bila, tapi kita percaya akan sampai harinya nanti. Tapi, bab duit dalam sistem kewangan yang manusia cipta, tiada yang tahu di mana titik noktah mengatakan itu lah ending nya.. tak ada!! Namun, manusia terus berlumba mengejarnya.. tanpa sedar, kan?

Boleh diterima tak, kalau sistem kewangan tak pernah diwujudkan, manusia hari ini kurang buat dosa. Pasal duit, dosa yang dapat diwujudkan bercabang-cabang, macam-macam adanya tanpa disedari ..sebab duit, inilah punca utamanya... Bayangkan Nebiru ke Nibiru (carilah guna pakcik Goo), dikatakan bakal melalui orbit tak jauh dari bumi pada tahun tersebut, yang bakal membuatkan semua sistem elektronik di bumi dan juga sistem yang lainnya tidak befungsi. Perlu diingat, sistem kewangan di bank hanyalah digital.. yg bakal meghilangkan kesemua data. Pada masa tu, semuanya jadi sifar, tiada siapa boleh sahkan berapa jumlah yg ko ada.. atau tiada sapa boleh bagi apa yang tertera di buku akaun tersebut sebab sistem tidak wujud lagi.. dan kita kembali kepada zaman yang tidak pernah wujud sistem kewangan seperti hari ini. Maka, apakah yang sangat penting pada kita saat itu? Oklah, aku suruh bayangkan aje.. dan bayang itu berwarna hitam gelap.. kenapa? ada ke yang warna pelangi?

Saturday, March 26, 2011

N : Krono J-22




Kisah persoalan di zaman lampau untuk masa akan datang.. ermm boleh ke buat persoalan macam tu ? Satu ketika, aku terfikir apa agaknya terjadi jika sistem kewangan tidak pernah wujud dlm dunia hari ni, apakah perkerjaan yg ingin korang lakukan untuk meneruskan hidup? Dan adakah kerjaya korang pada hari ini boleh menghasilkan atau bernilai untuk ditukarkan kepada sesuatu untuk mendapatkan makanan atau apa sahaja? Ni persoalan yg agak berat kan? Bukan standard mcm dulu-dulu.

Nah, aku lompat terus atau dalam bahasa sesatnya.. straight to the point. Kalau nak teruskan hidup mestilah adanya dgn makan dan minum... ermm ok, sebelum tu, boleh ke atau ada ke sesapa yg bergelar manusia tak pernah makan dan minum hidup bertahun-tahun? Bukan ini yg nak aku persoalkan. Yang aku duk fikir seketika dulu dan kadang-kadang (bila saja-saja nak fikir) ialah persoalan bagaimana ingin teruskan hidup jika tidak pernah sistem kewangan dunia pada hari ini diwujudkan. Katakanlah tidak wujud, korang nak kerja sebagai apa? Kita ambil kira kerjaya yg gah (popular sejak dulu-dulu lah kan) macam doktor ke? engineer ke? lawyer ke? juru audit? pensyarah ke? atau apa sajalah (ayat selamat untuk meringkaskan segala contoh-contoh yg ada). Itu yg popular sejak dulu.. kenapa popular? Sebab ni aje target kerjaya kalau nak masuk belajar ke peringkat lebih tinggi selepas abis tuntut ilmu di sekolah.. nak masuk universiti, kena la budget kursus yg ala-ala gempak sket kan.. boleh abis belajar ke tak, belakang kira. Err aku and the gang la kut macam tu. Ni belum part asal dapat belajar kat seberang laut.
Berbalik pada tadi.. maksud aku pasal kerjaya yg popular tu la.. boleh ke lepasan sekolah terus mintak kerja nak jadi doktor atau jurutera? Mesti la tak boleh kan. Kalaulah boleh, PTPTN tak boleh buat bisnes .. ahaks !!

Itu pasal kerjaya yg popular .. yg hanya dapat selepas tamat belajar kat sekolah. Kalau pun dah diajar kat sekolah pun, itu masih belum cukup untuk mohon jadi apa-apa kerjaya yg diberi contoh seperti kat atas tadi. Kena ada sijil katanya. Bukan sijil berhenti sekolah dan tertera kat sijil tu yg ditandatangan oleh pengetua atau guru besar, tercatat "bahwa pelajar ini layak diambil jadi engineer di syarikat tuan".. boleh ke cam tu? Laku ke? Pasal apa mendealah kerjaya ni dianggap popular? sebab apa ye? Dah termaktub.. sebab duit. Ada ke nak buat dengan percuma? Belajar bertahun-tahun kat Univ, tambah lagi hutang yang tak dapat biasiswa.. keluar aje bagi perkhidmatan percuma seumur hidup.. ada ke orang mcm ni? Tapi yg pasti pada hari ini, kerjaya popular ni ada kelas yg tersendiri, tapi kalau matlamat adalah duit.. banyak dah kerjaya yang tak perlu belajar tinggi-tinggi atau dengan kata lain, tak perlu masuk Univ pun. Kerjaya sales atau ala-ala sales. Kenapa atau apa itu "ala-ala sales"? Baca la seterusnya kalau rajin.. (lain kali la, bukan dalam karangan merapu ni).

Apa yang aku cerita kat atas tu, semuanya berkaitan dgn sistem.. bukan pasal sistem kewangan aje. Yang aku nak bagitau, kita ni terjerat dalam "sistem". Aku tak rasa nak ulas pasal sistem ni lagi.. tapi kalau ada yg dah dapat jawapannya, baguslah. Dan siapa pula yg buat sistem tu.. yg buat kita semua terperangkap tanpa disedari? Uishh, ada plak yg marah aku ni cakap kita ni terperangkap dlm sistem.. pulak tu TANPA disedari? Macam mana nak sedar, sebab lahir je kita kat dunia ni, benda alah sistem ni dah wujud. Owh, bila aku sebut "sistem".. ni adalah umum, ada macam-macam.. cuma kali ni nak cakap pasal sistem kewangan dunia je.. apa akan jadi kalau tak diwujudkan? Cuba bayangkan dunia hari ini tanpa duit. Mereka kata kita kenalah berbalik macam dulu-dulu, guna sistem Barter. Macam tukar-tukar barang tu. Aku bagi ko pen kilometrico 5 batang, ko bagi aku ferrari.. macam tu la lebih kurang, walau pun macam tak adil. Dah tu, tokey ferrari tu nak tulis atau sign dokumen guna apa kan? hahaha... Ni hujah tak logik sangat la. Banyak yg boleh dihujahkan tapi malas la plak, nanti panjang berjela. Yang baca aku sorang je, yang lain masuk pun baca tajuk je kut .. so tak perlu bagi info banyak-banyak kat sini..huhuhu..

Makanya, mereka cakap sistem Barter tu dah jadi sejarah.. kini dah ada sistem kewangan ..yg ada ni dah ok. Ya ke dah ok? Nilai pun tak tetap, ok apanya.. itu baru cakap pasal nilai yg tak tetap, macam mana kalau kita masuk part nilai yg dah takde. Dengan kata lain duit tu dah takde nilai. Macam duit "pokok pisang".. pernah dengar? Itu duit zaman Jepun langgar Malaya, duit tu tak laku dah. Duit yg ada kini macam mana pulak nasibnya? Aku tinggalkan persoalan ni macam ni ajelah.. boleh fikir sendiri dengan jiwa yg tenteram selepas ni (kenapa perkara ni aku timbulkan dari awal).. bila dah kaitkan dgn duit tu, boleh la fikir-fikirkan balik pasal kerjaya yg ada kini atau bakal menjadi pilihan..

Sebenarnya, perkara ni aku terfikir sejak hujung tahun 2004, dan kembali bermain difikiran sejak dua menjak kebelakangan ni dengan melihat, mendengar dan membaca segala peristiwa dunia yang berlaku akhir-akhir ni. Pasal rusuhan, pasal perang, pasal kena serang, pasal gempa bumi sana sini dan peristiwa yang berkait dgn tahun 2004.. pasal tsunami. Kesemua mangsa yang terselamat, agak-agak apa yang paling penting dalam hidup mereka masa ini? Apa yg mereka perlukan? ..Tak lama dah, duit yg ada bakal susut dan akan hilang nilainya.. kenapa? Ada la perkara yg nak dicerita dan kaitkan, tapi nanti la kalau... rajin !!

Masa ni betapa kita baru nak pandai menghargai mereka dalam bidang pertanian, selama ni tak nampak dan tak terfikir sbb main beli kat "serupa Market"... dan kita mengeluh bila harga naik. Dan andainya sistem kewangan dunia tidak diwujudkan, apa ke menda yg korang nak tukar dgn mereka ni? Dan ..rasa-rasanya laku ke?

Moral: korang yg ada duit lebih tu, sementara masih bernilai, meh la belanja aku makan, pastu belikan macbook atau ipad 2 ke aku .. akekeke.. nak buat apa simpan banyak-banyak, nanti jadi macam duit pokok pisang je tau...hohoho..