Friday, April 08, 2011

N : Krono J-23




Terasa nak sambung lebih lanjut Krono J-22 tu, tapi .. aku tau secara standard nya aku kurang kemampuan untuk pergi lebih terperinci dalam sesuatu perkara yang aku cuba nak sampaikan, yang nak diceritakan, yang nak dimerapukan. Urghh.. merapu pun aku tak mampu? hampeh dot com kan.. hahaha.

Ikutkan hati, nak disandarkan kisah merapu tersebut dengan zaman akan datang, zaman di mana kejatuhan nilai kewangan melampau. Bila? Terlalu banyak teori kat internet sekarang ni. Melihat sekeliling dan keadaan semasa, rasanya kesemua teori itu menjurus ke situ.. itu pun kalau nak fikir dengan logik akal. Kalaulah teori tersebut kata lama lagi, aku pun tak berapa nak ambil kisah. Ini pun aku hanya letak kat blog ni untuk aku baca dan rujukan untuk diri aku sendiri. Ada beberapa perkara yang aku cuba buat dari sekarang tapi belum mampu.. arghhh !

Secara santai jika difikirkan tentang andai sistem kewangan tidak wujud, maka banyak sistem lain tidak dapat disandarkan kepadanya. Orang cerdik pandai kononnya tu pasti tak dapat manipulasi dengan apa yang dia ada, tak dapat wujudkan sistem yang makin mengarut, yang buatkan orang ramai terikut tanpa sedar, yang akhirnya membawa kepada lebih kemudaratan dari kebaikan terhadap manusia itu sendiri. Bukan nak nafikan segalanya bahwa sistem kewangan yang ada ni tak berguna, tetapi dengan apa yang diwujudkan ini, menyebabkan muncul begitu ramai para-manipulasi persekitaran yang menjuruskan golongan manusia ke arah kemudaratan tanpa disedari.

Kalau manusia berkerja tanpa sandaran mata wang atau duit, adakah ko fikir, mereka akan berlumba-lumba kerja siang malam untuk mendapat satu jumlah yang tak pernah cukup? Apakah ukuran yang dikatakan cukup itu? Kalau bab makan minum, kita sendiri tahu limit kita.. setakat mana.. setakat banyak mana boleh masuk dalam satu masa. Tapi, kalau berkait dengan mata wang? Itu yang ada bekerja siang malam.. ada yang buat kerja sambilan.. tak kiralah siang kerja lain, malam kerja lain. Sehinggakan sampai satu tahap, mereka merasakan sehari 24 jam itu tidak mencukupi. Kehidupan sosial ntah ke mana, masa diluangkan bersama keluarga pun harap hujung minggu.. itu pun kalau ada.. ada kes dalam sebulan belum tentu.. terkadang sampai setahun. Kononnya nak kumpul duit dan bawa keluarga jalan-jalan. Itu ada benarnya, tapi tak terasa "kehilangan" ke melihat anak-anak membesar depan mata atau menjalani bersama suasana perjalanan kehidupan berkeluarga? Nak tunggu pencen, baru nak fikirkan hal ni? Ermm.. kenapa satu perjalanan kehidupan yang tidak panjang itu dihabiskan untuk itu? Semua berkerja bertungkus lumus mencari yag dikatakan "duit" itu untuk hari retired.. tired itu letih.. retired itu adakah mengulangi keletihan ? huhuhu...

Apa mudaratnya? Yang paling utama tentunya berkaitan dengan kesihatan diri. Manusia bukan robot, boleh buat kerja 24 jam sehari selama setahun tanpa henti. Sakit sana sini, pergi hospital.. abis duit belanja doktor dan kilang yang supply ubat. Ini baru pasal kerja yang dibuat lebih dari satu..siang malam atau korbankan hari minggu sebab nak cari extra income kononnya. Baru cerita bab sistem kewangan, belum lagi sistem-sistem yang lain. Ada kerja yang seolah hari esok tiada lagi, sampai stress nak kena siapkan sesuatu perkara.. kena kejar date line katanya? Bab yang ni akan dikisahkan lain kali aje la. Bila mereka dah berlari selari dengan sistem kewangan ni, maka timbul macam-macam kemudaratan lain selain kesihatan. Maka manipulasi persekitaran berlaku dan sukar dihentikan. Kalau takde mata wang, agak-agak rasuah wujud tak? Riba sebab pinjaman atau simpanan wujud tak? Gelaran materialistik ada tak? Gelaran jutawan? Billionaire ? Mungkinkah manusia akan mengejar pangkat? Untuk apa? Sebab nak dapat makan nasi 5 pinggan masa lunch? Orang berpolitik akan jadi sekotor hari ni tak? Atau ada ke yang nak jadi wakil rakyat? Orang yang kerjayanya mencuri atau merompak, agaknya ramai tak? Ada peminta sedekah? Ada tak yang akan manipulasi guna budak sekolah mintak derma? Rasa-rasa ada tak iklan kat internet yang mengajak manusia tak perlu kerja tapi boleh jadi jutawan? Ini lah contoh mereka yang suka manipulasi persekitaran yang ada. Boleh bayangkan iklan.." jomlah join internet bisnes, dapat 5 tan buah nenas atau epal sehari ". Kalau bukan bersandarkan duit, agak-agak orang yang manipulasi situasi macam ni dapat sambutan tak? Apa ko nak buat dengan nenas atau epal 5 tan sehari ? Makan sendiri? Berapa lama boleh tahan? 20 tahun?

Manusia hanya boleh terpengaruh.. dipengaruh sebab duit. Kalau selain dari itu, orang yang cerdik pandai dalam manipulasi ni, sukar nak berjaya dalam kerja-kerja macam ni, malah ada yang sampai menjurus kepada penipuan. Sebenarnya banyak isu berkaitan dengan perkara ni yang boleh diceritakan di sini, tapi aku bukan orang yang suka cerita panjang-panjang macam novel. Yang lain-lain tu fikir sendiri dan pandai-pandailah kaitkan yang menjerumuskan kita ke arah kemudaratannya. Mudah dipengaruhi atau terpengaruh sebab takde limit. Maka, mereka dan kita semua berkejar ke arah infiniti... tiada berpenghujung.. dan tiada siapa yang tahu di mana letaknya limit dalam sistem kewangan ni. Sampai mati hidup balik, takde siapa yang boleh cerita kisah ni. Sedangkan manusia yang hidup pun tahu limitnya, tiada yang hidup non-stop, begitu juga dengan bumi yang kita pijak ini. Kita juga tahu akan sampai "limit" nya. Walaupun tiada siapa yang tahu bila, tapi kita percaya akan sampai harinya nanti. Tapi, bab duit dalam sistem kewangan yang manusia cipta, tiada yang tahu di mana titik noktah mengatakan itu lah ending nya.. tak ada!! Namun, manusia terus berlumba mengejarnya.. tanpa sedar, kan?

Boleh diterima tak, kalau sistem kewangan tak pernah diwujudkan, manusia hari ini kurang buat dosa. Pasal duit, dosa yang dapat diwujudkan bercabang-cabang, macam-macam adanya tanpa disedari ..sebab duit, inilah punca utamanya... Bayangkan Nebiru ke Nibiru (carilah guna pakcik Goo), dikatakan bakal melalui orbit tak jauh dari bumi pada tahun tersebut, yang bakal membuatkan semua sistem elektronik di bumi dan juga sistem yang lainnya tidak befungsi. Perlu diingat, sistem kewangan di bank hanyalah digital.. yg bakal meghilangkan kesemua data. Pada masa tu, semuanya jadi sifar, tiada siapa boleh sahkan berapa jumlah yg ko ada.. atau tiada sapa boleh bagi apa yang tertera di buku akaun tersebut sebab sistem tidak wujud lagi.. dan kita kembali kepada zaman yang tidak pernah wujud sistem kewangan seperti hari ini. Maka, apakah yang sangat penting pada kita saat itu? Oklah, aku suruh bayangkan aje.. dan bayang itu berwarna hitam gelap.. kenapa? ada ke yang warna pelangi?

No comments: