Thursday, August 04, 2005

N : Biarkan Saja



Memandangkan Akademi Fantasia dah nak abis, elok saja aku remove segala yang kurang menyenangkan dari terpapar di sini. Pada certain orang ok, pada certain orang tidak. Pada aku pun tidak juga hehe. Kurang menyenangkan jika diolah membawa maksud agak susah. Suka ati aku je nak terjemah camni kan. Bila dah membawa maksud agak susah, maka bolehlah cerita pasal kesusahan dodulu. Nangis sket kat sana, nangis sket kat sini sampai orang pun rasa kurang menyenangkan melihat kelakuan kite itu. So, betullahkan kurang menyenangkan itu bermaksud agak susah? Jadi tak bolehlah salahkan orang yang bercerita tentang kesusahan mereka yang melampau atau dibuat-buat sehingga membawa kepada rasa kurang menyenangkan? huhuhu. Eh, aku citer pasal siapa nih?

Adakah demam AF korang akan kebah selepas tamatnya konsert dan diari AF3 ini? Sebab mengikut plan terkini AF4 bakal ditangguhkan. Tak tau la bila plak dorang akan buat. Dorang ni kena plan dan susun strategi lebih lagi. Mana nak cari peserta yang 2 kali lebih magik dari Mawi? 2 kali lebih poyo tapi perform best, dari Felix tapi nak cari lebih getek, ramai je yang boleh buat rasanya, tu pun kalau sanggup la kan.. hehe. Aku tak sure lagi pasal ni. Mungkin ada kaitan dengan teguran TPM tempoh hari. Mungkin juga duit undian AF kali ni boleh cover 3 tahun akan datang. Sapa tahu kan. Tapi ada gak kata Maestro nak pastikan kontrak AF1 tamat dulu. Sebab kalau ramai sangat, tak terhandle dan album yang kuar pun takat tangkap muat je. Tak nak la orang tu punya bagus masa kat akademi, tetiba keluar album ngalahkan yang dapat no 4. Tu tak masuk bab video klip yang macam tak cukup budget lagi.

Aku ada terbaca dalam paper, salah seorang dari mereka yang berkerja dengan kompeni A (ada S,ada T, ada R, ada O, nama sebenar kompeni tu tak ingat lak haha), mengatakan peratus undian sengaja tak nak dipaparkan untuk memberi unsur lebih suspen dan satu kejutan sewaktu konsert. Haiyoo. Banyak teori orang boleh buat andaian kalau camni. Apa tujuan nak buat lebih suspen dan kezutan? Pada aku, diulangi pada aku la kan, aku hanya "AKAN" terkejut andai peratus Mawi jauh ketinggalan sewaktu konsert nak bermula. Boleh je letak peratus Mawi rendah dari yang lain, pastu salahkan pengundi yang alpa. Tu pun kalau diumumkan sebelum konsert, kalau terus bagi keputusan? Kalau result peratus masa final sama macam minggu-minggu dulu, pastinya takde la suspen atau satu kejutan tapi bila dah bagitau awal-awal ianya satu kejutan sewaktu konsert? Apa lagi kejutan andai bukan peratus Mawi kurang atau sama dekat dengan pesaing dia? Atau peratus peserta no 4 jadi no 2? hahaha. Aku lebih bersetuju andai hari Jumaat dan Sabtu pihak Astro tidak menyiarkan peratusan itu atau jua sebaliknya baru menyiarkan peratusan tersebut. Bukan setakat final. Kalau boleh bermula dari konsert minggu pertama lagi. Tapi sapalah aku. Aku bukan pemegang saham kompeni itu. Aku hanya ada decoder dan piring satelit kat umah je.

Jadi dalam masa dua tiga hari ni, eloklah aku lompat blog orang baca pasal AF ni. Biarkan saja mereka yang mengulas. Biarkan saja aku yang membaca spekulasi di blog mereka. Biar saja aku hidupkan lighter, bakar sana sini kat fanatik dia ni, dia tu. Orang benci dan meluat pasal student ni, aku buat-buat cover abis. Orang minat dan sanjung taksub kat student ni, aku tambah kayu dan arang supaya api tak padam. Biar panas dan panas hehehe.
Hey, takmo join? Bila lagi nak buat camni, assume je buat semua ni hanya Fantasia, in realiti kite jadi kite jua. Lagipun, nak tunggu AF4 tak tau bila lagi.

Friday, July 22, 2005

S : Cermin Retak Dan Magik = Nimrec Kater Nad Kigam



Hisam naanekreb nimrec kater ipat nakub lasap nimrec atam. Ni pasal cermin kereta aku yang retak suatu ketika dulu. Edkat al amal tagnas, muleb iapmas 2 nalub igal aynasar. Tapi seperti kebiasaanlah kan, aku ni kalau nak bercerita tentang sesuatu perkara, jarang sangat menyentuh hal-hal semalam atau yang baru berlaku, selalunya yang dah makan masa berbulan-bulan atau dah bertahun-tahun. Halilaucek lasap 3fa eheheh. Itu pun aku tak pernah nak ulas secepat mungkin. Asaib kima asam aud agit irah aggnihes aynalakada uka nakraib ej asam uti ulalreb apnat taub apa-apa. Sepertimana aku pernah bagitau dalam blog yang lalu, aku suka uji minda dan daya ingatan aku sendiri. Abuc naktagni icnirepes nikgnum gnatnet utauses awitsirep. Saja suka-suka. Nad anarek ahasu gnay hatn apa-apa in hal, uka tagniret kilab nawak-nawak namaz rajaleb ulud. Pastu rasa syahdu sorang-sorang hahaha. Hepmah lut.
Oh ya, kalau ikutkan turutan, cermin kereta aku ni retak setelah peristiwa tombol jam aku patah dan tak leh guna. Nad kat amal sapeles uti nimrec atam gnay uka hapmet tak iadek kalup kater. Tapi kalau baca kat blog, turutan dia errr.. tak ikut turutanlah hahaha.
Naktuki ranebes uka derusni nimrec ut ipat uka asar sok aid laham ualak rakut nimrec. Eh, tukar cermin, tentulah free kan, tapi memandangkan aku tinted dan sesungguhnya tinted untuk wind screen adalah paling mahal di antara cermin-cermin yang ada, nak plak kena drive sampai PJ kedai VCool yang aku buat tinted dulu tu, bila aku fikir dengan masa dan duit yang aku kene keluarkan, baiklah aku cari alternatif lain. Aynrihka nagned nautnab nawak-nawak, uka tapad tikides ofni gnatnet nakgnubmas kilab nimrec kater hin.
So dibawah adalah turutan gambar cermin kereta aku yang retak dan telah dimagikkan sehingga nampak sket je. Ipat ualak gnaro kat uat, gnamem kat kapman al.

Garisan retak dari pandangan luar kereta.



Garisan retak dari pandangan dalam kereta.



Alat yang digunakan untuk hilangkan garisan retak



Menggunakan cahaya ultra ungu untuk proses mempercepatkan gam yang digunakan kering



Tada! sudah siap itu Magik. Ada nampak garisan retak itu lagi?