Thursday, August 03, 2006

N : Mengapa Perlu Endah




Pagi itu ada sesuatu yang aku rasa macam tak kena tapi sesuatu tersebut tidaklah aku endahkan sangat. Memandu ke arah selatan di waktu pagi adalah satu kebiasaan. Cuma melihat seorang pemandu wanita berbekalkan sticker P di kereta yang membuat pilihan saat akhir jalan mana nak dituju (kanan atau kiri, lebih kepada berentuk Y, bukan simpang 90 darjah kiri kanan ye), hampir saja menyebabkan berlaku perkara tidak diingini. Tak biasa dengan laluan tersebut atau sedang mencari lokasi yang nak dituju, entah bangunan apa agaknya? Namun aku bernasib baik kerana telah menjangkakan hal tersebut. Aku tekan minyak agar lebih laju untuk mara terus ke depan ambil laluan kanan sebelum kereta itu buat pilihan. Sangkaanku benar, kereta itu membuat pilihan di saat akhir ke arah kanan. Aku lihat dicermin, kereta dibelakangku terpaksa brake mengejut gara-gara wanita tersebut memandu bagai jalan itu dia yang punya. Kelihatan kereta dipandu wanita itu bergerak amat perlahan. Masih slow bagai takde apa yang berlaku di belakangnya. Grrr!

Aku teruskan perjalanan, namun rasa hati berdebar sekali. Tak pasti adakah disebabkan peristiwa tadi atau apa. Tapi aku tak patut meletakkan diri di situasi tersebut. Habis disitu.

Jam 10 pagi, aku ke JPJ bersama seorang kawan. Mintak tolong dia tunjukkan lokasi yang aku memang tak tau di mana letaknya JPJ Cheras? Tujuan ke sana asalnya untuk batalkan hak milik dan tukar hak milik. Err camna tu? Mula-mula nak batalkan hak milik finance kepada nama aku, kemudian baru plan nak tukar kepada nama pembeli baru. Sebelum ni aku dah pergi JPJ Putrajaya tapi urusan yang aku perlu ni takde. Jawapannya YA, andai korang tertanya ada JPJ kat Putrajaya? Berbalik kepada JPJ Cheras, memang hampehlah sebab urusan yang aku nak buat, tak boleh buat walaupun ada surat sumpah dari pihak pemberi finance mengatakan kenderaan aku itu telah habis dibayar sepenuhnya. Surat sumpah wujud sebab surat asal yang diberi kat aku dah hilang entah ke mana huhuhu. Kenderaan aku tu pulak asalnya berdaftar di Padang Jawa, Selangor. Tidak pula aku tau kena pergi tempat asal sebab sebelum itu, maksud aku sebelum itu ialah sebulan sebelum itu, aku dah singgah JPJ KT untuk buat urusan batal hak milik dan tukar hak milik semua nih. Kebetulan ke sana kerana ada kenduri kawin (tak sangka pengantin perempuan itu ada kaitan yang tak jauh dengan Ijin). Memandangkan pagi itu yang agak terhad kerana aku harus pulang ke KL, maka permintaan pegawai JPJ KT minta aku buat surat sumpah sebab hilang surat asal serta salinan kad pengenalan tidak dapat aku lakukan pagi tersebut. Aku plan nak buat kat KL je. Tapi tak sangka la plak jadi macam ni punya susah. Tak boleh buat kat JPJ Cheras satu hal tapi bila tukang bagi nombor cakap surat salinan segala tu mana-mana kedai boleh buat, aku pun rasa bengang gak la. Macam la aku jual kenderaan curi?? Memang aku dah jual kenderaan itu, tapi nama tak tukar, kesian la mamat yang beli tu. So semua ni aku kena settlekan sebelum pertengahan Ogos.

Sewaktu perjalanan balik dalam jam 11 pagi camtu, tengah gosip macam-macam termasuk pasal satu perkahwinan atas dasar rampasan (lantak ler) yang bakal berlaku tak lama lagi ni huhuhu entah macamana, masa nak overtake sebuah lori yang tak besar sangat, tiba-tiba aku terdengar bunyi macam rim kereta aku berlaga dengan jalan raya. Bising teramat. Panik jap aku terbayang tayar kereta dah tak de kat tempatnya. Bayangkan hanya ada rim sahaja hahaha. Aku perlahankan kereta dan berhenti tepi jalan. Bila tengok kat tayar belakang, ternampak kepala skru melekat kat tayar. Skru bukan paku atau apa-apa objek yang tajam. Nak mencari kedai tayar berdekatan menjadi satu hal yang tidak menyenangkan. Aku tinjau kawasan sekitar, tapi hanya nampak kedai yang tiada kaitan. Aku pandu ke arah deretan kedai yang ada, tapi masih hampa. Akhirnya aku berhenti berdekatan kedai servis kereta. Aku call member aku dengan harapan dia boleh datang membantu tapi hampa sebab dia tak bawak kereta namun, dia agak familiar dengan kawasan tersebut. So dia bagi guide kat mana kedai tayar yang ada di sekitar situ. Patut dia tau sebab pernah tukat tayar dan rim kat kedai tu. Aku tinjau dengan berjalan kaki dahulu. Akhirnya nampak. Dan memandu perlahan ke arah kedai tersebut. Kerja-kerja sepatutnya dilakukan. Setelah dikeluarkan skru dari tayar itu yang agak susah pada mulanya, aku tengok pun macam tak percaya. Tengok ajelah kat gambar (guna kemra phone) tu panjang mana skru tersebut dan ianya tak de la tajam pun.
Part yang paling tak best bila aku diberitahu bahwasanya tayar tersebut perlu ditukar. Dan kedai tu pun tak punya senarai yang banyak untuk aku buat pilihan. Masa berjalan, aku perlu buat keputusan. Akhirnya aku decide tukar satu tayar je dulu, patut ikutkan kena tukar sepasang agar bunga tayar sama. Tapi kedai tu mahal sangat harganya, pada aku la kan. Aku terpaksa plan untuk ke Klang hari minggu untuk tukar tayar yang sama jenis. Oh ya, sebelum kerja-kerja bukak tayar di jalankan, kawan aku ni terima berita pasal Hani Mohsin. Aku pun macam tak percaya apatah lagi diberitahu ianya disebabkan berkaitan dengan sakit jantung. Al-fatihah buat allahyarham.
By the time aku nak post citer nih, sure tau la kan citer ni bila tarikhnya, sebab aku ada kaitkan dengan arwah Hani, geran kenderaan telah selamat dibatalkan hak milik kat JPJ Padang Jawa dan tayar sebelah lagi juga telah selamat ditukar. Sama jenis tapi lain harga. Beza dengan harga kat kedai yang aku tukar sebelum itu ialah RM67. Itu sebab tukar satu je, kalau keempat-empat tayar (darab dengan 4 la)? Takkan nak berkira kut pasal tol dan minyak ke Klang? Kalau pergi petang (tunggu pas Maghrib sket) pasti beza duit tu boleh singgah untuk makan seafood atau ikan bakar hehehe.


No comments: