Wednesday, September 13, 2006

N : Takdir Dan Waktu




Berlari-lari tanpa menghiraukan aku, dia, kau dan juga mereka. Tidak menunggu. Tiada kemungkinan untuk memperlahankan. Tiada!! Begitu pantasnya hingga tanpa aku sedari ia tiba jua. Dah setahun? Tersentak namun itulah hakikatnya. Putaran masa yang tiada mengendahkan sesiapa. Seperti mana perancangan aku yang lalu, bertolak seawal pagi sebelum Subuh. Tiba ke destinasi yang dituju lebih dari masa yang pernah aku ambil kebiasaannya kerana di pagi itu, hampir sepanjang jalan ada konvoi kemerdekaan. Pulang kerana majlis tahlil ke setahun.

Terimbas kembali setahun yang lalu. Lebih tepatnya seminggu sebelum setahun yang lalu. Masih segar diingatan. Bagaikan baru semalam ianya berlaku. Takdir telah menentukan ayah pergi buat selamanya. Tiada kata akhir, tiada pesanan. Bila mengingatkan diri tentang "takdir", maka itulah hakikat yang harus aku terima, harus aku tempohi dalam perjalanan hidup aku.

Berkenaan rakanku yang menghidapi kidney failure itu, menjadi persoalan dalam benak aku kebelakangan ini tentang adakah ini juga takdir yang telah menentukan aku tidak dapat bertemu dengan rakanku itu? Yang aku dah plan sejak awal sebelum cuti merdeka. Aku dah call kawan aku yang lain untuk ajak pergi ke hospital bersama, namun, mengetahui dia telah keluar dari hospital dan tidak dapat dihubungi melalui talian telefon, sungguh mengecewakan. Menjadi persoalan yang tidak terjawab, adakah aku punya peluang dilain waktu? Apakah hikmah aku tidak bertemu dengannya kali ini? Maka benarlah dengan kata-kata, kita hanya merancang.

No comments: