Wednesday, November 18, 2009


N : Krono J-17




Sebaik mendengar khabaran itu, bagai separuh jiwa hilang.. disentap.. pergi tah ke mana.. longlai. Apakah reaksi yang harus aku berikan? Aku dah memikirkannya atau lebih halusnya berimiginasi beberapa tahun lepas tentang hal ini, namun minda sentiasa cuba mencari helah agar ianya hanya yang indah sahaja bermain dibenakku. Aku dah merangka apa patut aku buat jika takdirnya, khabaran ini tiba jua pada satu hari nanti. Aku rasa waktu itu aku dah bersedia untuk menerima apa saja. Hati aku pasti teguh. Itu yang aku fikir waktu itu .. tapi bila ianya datang dengan tiba-tiba, dalam keadaan aku pening dan mengantuk teramat sangat.. aku buntu.. minda aku tidak dapat memproses data yang aku terima. Mana plan reaksi yang aku dah sediakan sebelum ini? Aku cuba mencari-cari dalam benak aku ni, tapi tak jumpa.. di folder mana aku simpan? Apa nama fail aku dah save dulu tu? Arghhh.. Disaat aku perlukannya, tak pula aku jumpa. Akhirnya, aku sekadar membisu tanpa bicara, namun otak masih berlegar-legar cuba memikirkan sesuatu, agar dapat aku ungkapkan sesuatu.. sekurang-kurangnya fikir aku.. tapi, hingga ke penghujung tiada sepatah perkataan pun yang dapat keluar dari mulutku. Aku biarkan aje mereka berbicara. Terasa mataku berkaca, tapi setidaknya, aku berjaya menahan dari membiarkan ia turut mengikut rentak dengan suasana pada waktu itu. Benarlah seperti mana terungkap diblog ini.. apa yang dirancang, terjadi sebaliknya. Sungguh mengecewakan :(

Pagi esoknya.. hujan. Suasana sekeliling bagai turut sama merasakan apa yang aku rasa. Aku fikir, waktu tengah hari nanti, pasti berhenti hujan itu, namun terus menerus hingga ke petang. Berdiri mengadap di dinding cermin, melihat hujan yang turun di luar.. tak pasti apa yang aku fikir.. hanya lagu Kosong dari Dewa dapat mengungkapkan apa yang aku rasa waktu itu. Melihat telefon bimbit di tangan, mengintai andai ada mesej masuk, tapi kelihatan hanya detik jam sahaja di paparkan di skrin. Tiba-tiba teringat mesej dari seseorang pagi semalam yang agak pelik.. aku sms dia bertanyakan sesuatu yang tidak terlalu memaksa untuk aku dapat jawapan darinya. Tiada balasan.

Aku melangkah ke tingkat bawah menuju ke tempat rakanku bertugas. Cuba mencari alasan tersendiri, agar berbicara itu bakal membuatkan aku lupa segala apa yang berlaku sebelum itu. Agak berjaya juga, walaupun di minda masih memproses tentang khabaran itu. Berjaya dalam erti kata, orang tak perasan apa kita rasa waktu itu. Biar nampak natural.. mungkin hanya ini kelebihan yang aku boleh banggakan sedikit.. ahaks. Berbual dengan orang yang tidak tau apa-apa itu lebih baik. Sewaktu berborak, aku terima balasan mesej. Cukup ringkas, bagai teka teki pula yang harus aku cari sendiri jawapannya. Biarkan dulu, mungkin dia perlu masa. Itu fikirku. Namun aku ingin sekali tahu apa sebenarnya telah berlaku. Pasti tahun hadapan adalah satu perkara besar bakal berlaku. Apakah aku telah bersedia tentang hal ini? Dengan khabaran yang menerjah tiba-tiba, aku sendiri kurang pasti ke mana hala tuju yang harus aku lalui. Owhh tahun 2010 !!



Teringat seorang kawan aku ni yang berada di satu lokasi. Yang dirahsiakan har har har.. Macam best je. Sebenarnya, memang standard aku, tidak meletakkan nama orang, nama tempat dan waktu. Biarlah aku saja yang tau. Mungkin suatu hari nanti, bila aku baca balik apa yang aku taip hari ni, aku akan menguji minda aku sendiri, setakat mana aku mampu mengingat segala peristiwa yang berlaku. Jika aku tak mampu, biarkanlah ianya berlalu mengikut peredaran masa. Aku sekadar mesej dia petang itu untuk mencari jalan keluar kononnya, untuk berbicara hal lain pastinya tapi.. gagal .. hahaha.. Macam dia tau je apa aku tengah rasa waktu itu.. namun untuk bercerita pastinya aku tidak tau dari mana nak mulakan tapi apa yang aku terima kali ini, seolah mengharapkan biar sahaja tersimpan di minda aku.. aku simpan dalam hati, buat sementara ini. Benarkah hanya sementara aje? Tengok ajelah apa bakal terjadi kemudian hari walaupun aku dapat rasa ianya menjadi lebih yyyyyy. Apa perkataan standard yang sesuai untuk aku gantikan dalam "yyyyyy"? Pastinya tak best lah. Dalam pada itu, bagaimana aku nak hadapi hari-hari mendatang bagai tiada apa yang berlaku? Dushhh..

Melayari internet di malam itu terasa membosankan, apatah lagi dengan minda yang terasa amat letih.. menyebabkan segala sendi turut sama tidak bermaya.. tanpa aku sedari, akhirnya aku terlelap dengan telefon masih di tangan.. aku tersedar pun jam dah menunjukkan hampir dua pagi. Masih ada mesej belum terbalas. Fikirku, esok aje lah kalau berkesempatan. Minda aku betul-betul letih kali ini dengan separuh jiwa hilang tah ke mana. Lagu Semua Tentang Kita bagai hampir dengan apa yang aku rasa ketika ini tapi "situasi berbeza".....



PS: gambar yang tersiar takde kaitan dengan jalan cerita .. jika macam ada, itu hanya kebetulan je ..

No comments: