Monday, March 14, 2005

N : Apanek Tepes



Aku terpaksa akui kata-kata seorang blogger di vad363, memang tak worth untuk tonton sepet berulang kali. Walaupun agak bercanggah dengan komen di lain-lain blog yang mempromosikan Sepet untuk ditonton lebih dari sekali atau berulang-ulang kali, aku rasa terpanggil atau sengaja memanggilkan diri untuk bersetuju sedikit dengan apa yang dia cuba sampaikan. Kerana ramai mengatakan Sepet itu terlalu bagus atau setidaknya memuji ala-ala iklan petronas, maka menonton kali kedua membuatkan aku lebih memerhatikan apa yang tidak sepatutnya berlaku didalam Sepet. Andai mereka mengatakan Sepet satu filem yang membuat minda kita berfikir atau dengan kata lain tidak memperbodohkan penonton, maka aku rasa kita perlu memikirkan apa yang sepatutnya kita fikir dan bukan membiarkan ianya berlalu tanpa ada jawapan yang pasti.
Aku pasti ramai yang keliru dengan ending Sepet. Ada yang mengatakan Jason yang menjawab panggilan Orked walaupun telah ditunjukkan scene Jason kemalangan teruk. Andai Jason mampu menjawab panggilan telefon tersebut, tidak mungkin terkeluar kata-kata seorang yang berlagak cool akan terbit dari mulut seorang yang mengalami kemalangan seperti itu. Maka, korang akan bertanya, kalau bukan Jason, siapa? Malah ada yang mengandaikan telefon itu dijawab oleh orang yang menyelamatkan Jason. Tapi itu juga tidak mungkin kerana setidaknya orang yang menjawab akan memberitahu keadaan Jason yang kemalangan atau lainlah kalau nak ditunjukkan dalam Sepet orang di Malaysia sememangnya perangai camtu, yang datang menolong dan jawab telefon orang lain akan berlagak seolah itu handphone dia punya? Itu ke sifat orang Malaysia? Aku pasti itu bukan motif tersembunyi yang nak disampaikan dalam Sepet. Jadi siapa yang menjawab telefon itu?
Mengikut cara aku berfikir,mungkin kalau korang boleh terima, maka korang pun tak perlu rasa tertanya-tanya cam aku lagi..huhuhu. Kita perlu berfikir kerana filem ini tidak memperbodohkan penonton bukan? Itu asalnya yang diuar-uarkan,bukan? Jadi, mengikut teori aku, panggilan telefon yang dibuat oleh Orked sememangnya dijawab oleh Jason tetapi... tetapi sebelum Jason kemalangan. Jason sempat menerima panggilan telefon dari Orked dan korang pun dah dengar dialog antara mereka berdua. Scene itu memang habis disitu. Kemudian Jason meneruskan perjalanannya menuju ke airport untuk bertemu Orked di sana dan malangnya dia mengalami kemalangan seperti mana yang ditunjukkan. Jadi mengapa handphone Jason berdering dan siapa pula yang menelefonnya jika bukan Orked? Hey come on la, bukan Orked je tau nombor handphone Jason. Untuk tidak mengelirukan lagi, aku bagi satu teori sahaja. Masih ingat tak Jason berbual melalui telefon dengan sahabatnya Keong 3 atau 2 jam sebelum itu? Kan dalam perbualan mereka, Jason ajak Keong temankan dia ke airport? Jadi pada pendapat aku, sewaktu Jason kemalangan, Keong yang menelefon Jason nak bertanyakan di mana Jason tak sampai-sampai lagi. Tak pasti samada Keong nak tanya Jason tak sampai ke airport lagi (maknanya Keong dah tiba dulu) atau Keong tunggu Jason datang ke rumahnya untuk Jason ambik dan pergi sama-sama ke airport. Perasaan Jason yang baru menerima panggilan dan pengakuan dari Orked, aku rasa ianya membuatkan Jason rasa sedih, terharu or whatsoever yang menyebabkan kosentrasi beliau di jalanraya sedikit terganggu. Kalau korang yang tengok scene tu boleh jurai-jurai airmata, takkan si Jason yang terima panggilan tu tak de rasa apa-apa, kan? Sebab tu korang leh dengar Jason cuba berlagak cool, padahal dia pun rasa sayu gak.
Aku juga rasa terpanggil nak komplen pasal sampul surat yang dikirim oleh Jason dan dibuka oleh Orked. Kalau diperhatikan sewaktu Orked terima bunga dan surat yang dikirim melalui maknya, sampul surat tu jenis airmail yang ada kaler biru merah di hujung surat tapi masa Orked buka kat bilik dia, kelihatan sampul surat kaler putih. Begitu juga sewaktu keluarga mereka main scrabble, Jason letak kat postbox, sampul surat kosong kaler light blue dan Orked tak bukak-bukak sampailah dah nak fly. Kelihatan Orked berlari naik semula ke biliknya dan mengambil sampul surat airmail(merah biru kat hujung) dari dalam laci. Tetapi berlaku sebaliknya pula bila dalam perjalanan menuju ke airport. Sampul surat yang dibuka berwarna putih. Kalau korang pun rasa keliru part nih, assume saja Jason memang agak nakal suka letak surat dalam sampul surat lain. Kira pakai banyak sampullah ni.
Dan part paling best, ada gak yang salin no handphone Jason. Aku dengar dorang salin sebab nak contact Jason tanya vcd lanun terkini...huhuhu. Tapi malangnya, no yang Jason bagi kat Orked tidak sama yang di dial oleh kak Yam masa nak inform kat Jason yang Orked dah dapat biasiswa dan nak fly. Ala, yang masa Jason suh kak Yam pesan kat Orked "selamat jalan" tu. Tapi tidak mengapalah sebab aku terpaksa assume yang si Jason ni dah tukar no handphone. Normal what!
Ada yang kata Sepet ni ala-ala tahun 80an. Sebab nak kaitkan dengan kehidupan Yasmin atau juga tengok kepada kereta yang digunakan pak Atan. Tapi teori tu terpaksa disangkal sebab tahun 80an mana ada handphone dengan simkad? mana ada Leonardo Di Caprio atau Takeshi. Dan si gengster Jimmy lak pakai Toyota Unser? Jadi teori mengatakan Sepet ditahun 80an terpaksa disangkal sama sekali. Terima ajelah ianya dalam tahun hujung 90an yang dah nak masuk millineum mengikut kenderaan yang dipaparkan dalam filem tersebut. Aku lebih suka jika dikatakan Sepet dalam tahun 2000 dan ke atas. Jika Yasmin berjaya dalam iklan petronasnya dalam mengambarkan suasana yang sepatutnya yang aku pun suka gak tapi untuk Sepet aku rasa kureng sket la.

"Where do you get your hair done?"
"Bisexual Saloon"

No comments: