Monday, March 07, 2005

N : Sepet



Maka, aku juga sudah menonton Sepet. Jumaat malam yang lalu bersama lebih 35 orang rakan (yang belum, yang baru dan juga yang masih baru kenal) memenuhkan tgv di KLCC. Aku tiba jam 8 malam. Sambil menaiki escalator, aku memerhatikan sekeliling andai mengenali wajah-wajah yang aku pernah kenal. Tapi agak hampa. Agaknya mereka pergi dinner ramai2 kut. Bila tiba di tingkat yang ada food court, aku tinjau sekeliling, cuma dapat mengecam kIffa dan Abg Salim. Tiada yang lainnya. Sms ke Bad masih belum dapat reply. Mungkin juga suasana yang agak bising, maka bunyi hp tidak kedengaran. Menunggu di paras tgv membuatkan aku merasa kurang selesa. Pertama, aku risau andai ada juga yang disekeliling aku menunggu orang yang sama kerana orang yang aku kenali tiada di sekitar. Maka aku meneruskan ke tingkat Kinokuniya. Lebih selesa di situ. Dapat mesej dari Bad yang berada di Madam Kwan.
Jam 8.45 seperti dijanjikan, semuanya bertemu di sekitar paras tgv. Senarai yang hadir? boleh refer at BadrulAfterSix tu tak termasuk yang pergi beli tiket sendiri.

Aku tak reti review filem. Cuma aku nak bagitau mengikut pandangan aku tentang filem Sepet. Kalau orang lain kata best, malah ada yang kata perfect bagi A untuk semua kategori, aku rasa aku berkemungkinan melihat dari perspektif yang lain kut. Sehingga aku terfikir balik apa yang aku dah tengok tentang filem Sepet ini? Pada aku secara keseluruhan, cerita Sepet ini masih belum yang terbaik. Walaupun dia didalam kelasnya yang tersendiri, the best filem melayu berbanding filem-filem lain zaman ini yang pentingkan keuntungan semata-mata, namun aku dapat rasa Yasmin Ahmad mampu menghasilkan cerita yang lebih baik dari Sepet. Jika dia punya budget sekali ganda dari apa yang dihabiskan untuk menghasilkan Sepet, aku percaya filem yang dihasilkan mampu pergi lebih jauh. Namun budget bukanlah satu ukuran dalam menentukan samada filem yang dihasilkan bagus atau tidak. Idea dalam menghasilkan sesuatu filem itu adalah fokus. Dalam Sepet, berkemungkinan bunyinya agak cerewet tapi aku masih mengharap agar andai Yasmin Ahmad ingin menghasilkan dalam bentuk VCD pasnih, subtitle itu perlu, baik dari Kantonis/Mandarin ke Melayu atau Inggeris ke Melayu atau apa saja terjemahan yang boleh membuatkan lebih ramai penonton memahami sebutan setiap karakter. Andai scene berkemban tiada dlm filem Sepet, aku rasa tiada kritikan yang boleh dibuat oleh mana-mana pihak. Aku rasa ini part major yang orang nak cari kelemahan, yang lain tu cam takde sangat lah. Itu pada akulah kan.
Ramai juga yang aku tanya tak perasan pasal kenderaan yang dipandu oleh bapak Orked menuju ke airport berpusing melalui jalan yang sama. Kepada yang nak tengok lagi tu, cuba perhatikan latar belakang bangunan yang ada. Atau aku yang silap tengok?
Dan aku juga terfikir balik, mana yang lebih baik, dalam perjalanan ke lapangan terbang tu, Orked dapat menghubungi Jason meluahkan apa yg sepatutnya terlebih dahulu atau scene hand phone berdering atas jalan seperti yang ditunjukkan itu perlu diwujudkan dulu? Kerana scene yang ada sekarang menimbulkan banyak tanda tanya. Siapa yang jawab phone itu? Dan aku mengharapkan scene Orked dapat meluahkan kepada Jason terlebih dahulu dan tidak ingin tanda tanya timbul lagi kerana aku tidak mengharapkan sambungan Sepet kerana pada aku filem Sepet telah cukup menarik seperti sedia ada. Dah tu? takan baca kat blog je kut, pergilah tengok sendiri citer Sepet. Kesimpulannya.. tak rugi tengok dan ianya mesti tonton.

No comments: