Thursday, June 23, 2005

N : Fuad Pelajar Kedua



Kalau tidak kerana pelawaan Bad untuk menonton konsert AF di stadium Melawati, aku rasa kemungkinan besarnya aku bakal tertidur depan tv seawal jam 9 malam. Bukan sebab aku bosan atau tak suka tengok konsert AF. Sebenarnya, memandu untuk satu perjalanan yang jauh tak kurang dari 5 jam agak meletihkan. Aku memang dah plan, abis sangat tengok je ulangan konsert AF tu hari Ahad keesokkannya kalau tak larat nak tengok malam tu namun panggilan dari Bad mengubah plan asal. Tiba-tiba je segar dan bersemangat..huhuhu. Terimakasih tak terhingga kat Bad.
Masa tengah menunggu dan meninjau luar stadium tu, terasa hangat bahang demam orang yang sedang beratur untuk masuk. Melihat peminat fanatik, fantastik dan bombastik dengan poster, banner dan baju kaler-kaler memeriahkan suasana di luar stadium waktu itu.
Image hosted by Photobucket.com
Secara ringkasnya, konsert malam itu sangat menghiburkan. Tak nampak sangat cacat cela. Suara semua pelajar yang menyanyi tu macam semua ok kat telinga aku. Tapi, bila aku tengok balik ulangan kat tv hari Ahad itu, terasa ada beberapa orang la juga yang macam tak best performance dia. Speaker tv kat rumah aku dah rosak kut?
Persembahan pertama malam itu dimulakan dengan Marsha. Lenggokan tariannya lebih seksi dari suaranya. Namun aku puji kerana dia dapat membawa lagu fast song dengan agak baik, pada aku. Tapi tarian dia bersama penari yang ada macam teragak-agak, step lari sket sana sini. Aku rasa dia lebih sesuai buat performance sorang-sorang atas stage. Lirik yang seolah terlebih tu, bila aku tengok balik kat extended, dia menyanyi dengan cara yang sama. Adakah memang terlebih lirik atau disengajakan? Atau masa prektis dah silap hingga terbawa-bawa sampai ke konsert sebenar?Mungkin penonton di rumah atau sebahagian besar di stadium tidak dapat mendengar dengan jelas suara chipmunk yang dibuat oleh Aidil di permulaan lagu yang dinyanyikan oleh Marsha.Habis sangat dengar Marsha sebut lirik yang belakang sahaja. Muzik kuat sangat agaknya.
Mengembalikan ke zaman silam dengan efek hitam putih memberi satu extra bonus kepada Aidil. Namun sayang sekali kerana segala prop yang ada tidak dihiraukan oleh Aidil. Rasanya para cikgu boleh menjelaskan bagaimana untuk appreciate dengan objek yang disediakan di atas pentas. Nyanyian Aidil ok memang macam penyanyi ala-ala zaman lampau tapi perlu dimantapkan lagi.
Satu tarian ala-ala persilatan yang cukup menarik dalam PGL tidak dapat dipersembahkan dengan begitu baik oleh Amy, malah pergerakan beliau bagai melawan arus, slow dari tempo. Terlalu banyak tarian tangan dihadapan muka nampak merimaskan. Kemungkinan beliau cuba menjaga pernafasan untuk nyanyian.
Persembahan bersahaja oleh Reza yang dicedok secara empat segi tepat sepatutnya boleh diubahsuai menggunakan teknik cahaya lampu seperti persembahan Yazer. Berdiri tegak untuk beberapa rangkap lirik lagu menampakkan pentas yang ada terlalu luas. Ada beberapa part tak sama macam lirik asal, kemungkinan diubahsuai oleh Reza sendiri.
Satu persembahan yang memukau oleh Yazer. Idea ingin menggunakan teknik sorot pencahayaan memang kena pada tempatnya. Nyanyian beliau jauh lebih bagus berbanding prektis sebelum itu. Kelihatan beberapa orang guru dan penonton mengalir air mata mendengar dendangan Yazer.
Persembahan dari Kefli sangat menghiburkan namun nyanyian perlu banyak diperbaiki. Aku dengar macam termengah-mengah pun ada malam tu. Tapi aku rasa ramai penonton di stadium malam itu lebih terhibur menonton rakan-rakan yang sebagai backup penari terutama sewaktu joget antara Felix dengan Aznil. Sungguh lucu. Begitu juga tarian oleh Ekin dan Mawi. Anggukan Yazer ala rockers sewaktu menari juga amat lawak jadinya. Tapi kat tv tak ditunjukkan sangat, nampak pun sipi-sipi je.
Kecil-kecil cili padi. Amylea melaksanakan tugasan beliau dengan mudah. Dari segi vokal tidak ada apa yang perlu dipertikaikan. Satu persembahan yang memukau penonton di stadium malam itu.
Satu persembahan yang agak baik oleh Fuad berbanding minggu lepas. Ekspresi wajah beliau walaupun over tapi tidak begitu terlebih berbanding yang dulu. Dari segi vokal, tiada apa yang nak dipertikaikan.
Mendengar nyanyian Akma jika tidak melihat siapa orangnya mungkin mengelirukan. Suara beliau kadangnya seperti artis ini, kadangnya seperti artis itu. Namun tugasan untuk beliau dilaksanakan dengan agak cemerlang.
Persembahan dari Felix malam itu kurang aura. Dia seperti cuba mengawal dari membuat kesilapan atau menjaga lirik yang bakal dinyanyikan untuk rangkap seterusnya. Penghayatan beliau tidak ada untuk lagu tersebut. Tidak dapat menyampaikan maksud lagu tersebut kepada penonton.
Lagu ini seharusnya satu bonus buat Ekin namun beliau gagal mengambil kesempatan untuk menunjukkan tahap kemampuan beliau yang sebenar. Nyanyian beliau agak bergetar sikit sana sini. Mungkin terlalu berhati-hati dalam menyampaikan lagu tersebut.
Satu persembahan yang ditunggu-tunggu oleh peminat AF. Fanatik Mawi tentunya berdebar-debar 13 kali ganda berbanding anti-fanatik Mawi yang mengharapkan berulangnya sekali lagi tragedi seperti minggu lalu. Kesilapan lirik atau kesilapan melodi yang dicari oleh ramai pihak tidak berjaya dikesan. Mawi melaksanakan tugasnya dengan baik. Malah persembahan beliau amat menghiburkan apatah lagi di backup oleh rakan-rakan seperjuangan dalam skesta mini yang agak mencuit hati. Nyanyian beliau belum ditahap terbaik. Ala kadar sahaja. Masih banyak yang boleh dipertingkatkan lagi.
Dari segi vokal, tidak dapat dinafikan Idayu punya suara yang bagus. Namun rasa segan agak terserlah dalam persembahan beliau. Masih disekat-sekat. Andai beliau boleh berlakon dengan baik sewaktu membuat kezutan untuk MM, beliau juga boleh membuang sifat segan untuk sementara, semasa membuat persembahan di atas pentas. Aku tak rasa lagu yang disampaikan oleh Idayu adalah satu arrangement baru. Entah kenapa aku terasa penyanyi asal pernah menyanyikan lagu ini dengan tempo ini. Tugasan ini disempurnakan oleh Idayu dengan mudah.

Penyingkiran Fuad dari AF malam itu tidak memeranjatkan walaupun kedudukan beliau di tempat ke 3 seolah dah cukup baik. Namun perbezaan tempat tetapi peratusan masih sama, apa sahaja boleh berlaku. Melihat sesi luahkan hati sesama pelajar dalam extended, aku rasa hanya Felix, Mawi dan mungkin Kefli yang agak jujur dalam menegur sikap Fuad sebelum tu di asrama. Yang lain tidak bersuara tetapi setelah Fuad tersingkir, baru nak cakap itu ini dan semuanya macam bagus je esp pelajar perempuan la. Rindu takde orang kacau la dan etc etc. Huh, sebelum tu bukan kalau boleh nak elak je ke?

** Gambar tiket diatas adalah sumbangan dari BadrulAfterSix thru KK. Terimakasih tak terhingga.

No comments: