Monday, July 11, 2005

N : Aidil Pelajar Ke Enam



Sewaktu konsert secara percuma berlangsung kat PutraJaya, aku tak berkesempatan untuk menontonnya. Petang Sabtu aku ada game bowling. Aku dapat tau jadual game pun dah petang Jumaat. Aku sekadar sempat sms Bad aje bagitau tak dapat turut serta. Agak meletihkan petang itu dan yang membuatkan aku terasa begitu letih sangat-sangat sebab team aku kalah agak teruk..hahaha. So malam tu aku decide mengadap tv aje. Lepas maghrib aku cuba lelap kejap, kononya masa konsert nak start bolehlah terus ngadap tv. Tadaaa! Aku berjaya ngadap tv untuk tengok live AF di PutraJaya hanya sewaktu Aznil nak umumkan 2 orang pelajar bakal tersingkir. Damn! Hampeh sih.
Dan keesokkan hari Ahad itu, aku masih tidak berpeluang untuk menonton ulangan konsert sebab mengkedai tingkap di KLCC. Bila masuk hari Isnin, baca certain blog, terasa ada sesuatu yang tidak kena. Confuse, tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku sewaktu konsert di PutraJaya itu. Salahkan individu tersebut (kes ni dah settle dah kut) sebab lambat book stadium Melawati, bukan sebab saja-saja AF nak kasi konsert free. Kan dah tak pasal ada kumpulan lain book that stadium Melawati pada hari Sabtu 2hb tu gak. Sapa sangka, kan? Biarkan orang ramai sangka AF memang nak buat konsert free, biarkan mereka..huhuhu. Err kalau tak,tak dapatlah diadakan acara berpiknik sambil tonton AF, kan? At least dikira kezutan yang mengkezutkan jugak team Astro.
Okey, berbalik kepada blog yang telah meng-confuse-kan aku dan rakan-rakan sejak AF1, pelbagai teori keluar. Ditubuhkan unit CSI lagi tapi hampa. Last-last teknik afundi terpaksa digunakan. Memang berdebar nak tunggu reply. Walau bagaimana pun, kes ni aku assume dah settle. Terimakasih kerana memberitahu aku siapa orangnya. Dan tolong jangan tanya aku siapakah orang misteri itu, sebab pemilik blog tak cakap pun, bagitaulah kawan-kawan lain. Kepercayaan beliau akan tetap aku pegang dan simpan. Terimakasih kepada beliau kerana tidak membuat aku keliru dan tertanya-tanya. Kang tak pasal aku leh kurus..hahaha. Camna aku tau ni dah settle? Errmm assume aje aku dah tengok sendiri kemesraan antara mereka telah pun wujud. Fanatik la tu (pinjam ayat Bad) sampai mende-mende camni pun nak amik tau.

Eh lambat plak aku nak sentuh pasal konsert yang menyaksikan Aidil terkeluar kan. Takpelah, anggap aje yang kat atas tu saja buat iklan. Oh ya sepanjang minggu sejak berakhirnya konsert di Putrajaya sehingga konsert pada 9hb, aku tak tengok diari, apatah lagi extended. Hanya berbekalkan maklumat blog rakan-rakan dan juga beberapa blog lain, aku cuba fahami kandungan tersirat paparan diari. Aku sekadar baca dan baca. Banyak perkara, banyak info yang kurang best untuk dibaca, malah boleh saja meracuni minda pembaca macam aku. Tapi berbekalkan info tentang KK yang orang lain salah faham atau tak boleh terima dan cerita yang tah apa-apa kat blog masing-masing, maka secara sedarnya, aku hanya membaca dan tak menerima maklumat tersebut sepenuhnya. Anggap saja andai aku tak melihat dan mendengarnya sendiri berkaitan pelajar itu pelajar ini, aku ignore je. Even lagu yang bakal didendangkan oleh setiap pelajar, aku tak ambik tau pun.
Malam itu, aku suka dengan dendangan Marsha, Amylea, Mawi dan juga Yazer. Ni kire aku macam concentrate la masa dorang ni semua nyanyi. Satu bonus sebab Marsha nyanyi dengan bermain piano. Even Aidil pun masa satu rangkap pertama tu aku rasa ok gak. Patut dia terus turun tangga untuk rangkap seterusnya. Lama sangat kat atas tu macam tak best plak. Paling lawak dah tentu oleh Felix. Baik tempo, lirik dan tarian, semua tak kena. Takde plak kena komen yang sepatutnya. Manakala Kefli, Akma dan Ekin, lagu yang dibawa mereka tak berapa umphh. Untuk Ekin dan Kefli, mungkin bukan lagu yang bersesuaian dengan mereka, manakala Akma, sepertimana para pengkritik ucapkan, takde x-factor. Pada aku mudah je, suara sebenar akma belum terserlah kerana bila dia nyanyi lagu penyanyi ni, suara dia ikut macam penyanyi tu dan so on. Memang la nampak power kalau boleh nyanyi macam tu tapi ntahlah, umphh dia still tak terasa ada. Maybe lagu akan datang kut. Tapi dah berapa kali daa...

Kezutan paling best setakat ini sudah tentunya yang dibuat oleh Aidil. Walaupun awalnya aku dengar dia sebut "chief, chief" masa pandang ke Mawi dan merebahkan diri perlahan-lahan tapi bila orang ramai buat panik, aku pun jadi tergamam kejap. Mamat ni patut buat lawak tapi betul ke memang dia kene heart attack? Sampaikan krew Astro berlari naik pentas. Nampaknya suasana sedih yang cuba dikawal oleh Aznil tidak menjadi setelah dicuri perhatian oleh lakonan spontan Aidil. Tapi dalam Aidil buat lawak camtu, ada gak yang mengalir air mata. Sapa sangka, kan. Fanatik terlewat la. Nak tak nak Aznil kena cover balik dengan buat lawak, mengumumkan pengunduran sebenar adalah (pause kejap).. Aidil ... huhuhu. Yang ni memang lawak.

One more thing yang aku rasa tak berapa best pergi stadium tengok konsert kali ini ialah apabila certain fc yang duk menjerit sewaktu pengkritik atau aznil sedang bercakap. Tak boleh ke dorang ni tunggu pengkritik abis cakap? Ni tengah orang cakap, time tu la nak jerit-jerit. Kalau dah time tu dorang jerit, aku pasti dorang tu tak dengar apa yang pengkritik cakap. Kalau yang nak dengar ni pun rasa macam certain word hilang, apatah lagi yang tukang jerit tu kan? No wonder sewaktu konsert di Putrajaya, komen dari pengkritik disalah tafsir. Mana taknya, certain word je dengar, certain word lagi dengar orang jerit. Aku harap dorang jerit in between pengkritik atau sekiranya memang pengkritik bagi can (mali can) penonton nak jerit, tepuk tangan or whatsoever. Nak buat semua tu tengok keadaan yang sesuai la kan. Aku harap next week tak berlaku mende-mende camni. Harap je la nampaknya!

No comments: