Wednesday, December 07, 2005

N : Sambungan - Episod 5




Wassup? By the time aku post entry ini, bermakna entah yang ke berapa aku cuba cerita apa yang sepatut dan tak sepatutnya. Apa? Ko rasa aku tak tulis apa-apa? Actually aku ada taip something or two three things or whatever things. Tapi semuanya sekerat jalan. Takde ending. Uiks, penting ke ending? hahaha. Bila aku taip yang ni, baru terfikir, peduli apa dengan ending kan.

Lagipun aku tak perlu risau andai aku tak post entry baru. Takde sapa yang follow. Blog macam aku ni, dikira blog bila dah tak tau nak pergi baca kat mana lagi huhuhu. Apatah lagi kalau aku buat segalanya reverse. Macam tak bagi orang baca je kan? Bukan tak bagi baca, tapi more to aku tak suka para ahli speed reading. Kadang tulis lain, baca terskip dan faham lain. Tapi yang pentingnya, ini bukan blog ala SultanMuzaffar hahaha. Dia cakap nak retired or rehat dari penulisan sekejap pun (selepas AF1 or AF2 tak silap aku), bertalu mesej dalam komen suruh dia tulis balik. Tak kasi rehat hahaha. Until now, aku still respect cara dia bahagi masa tengok something, ulas kat blog, dalam masa yang sama kerja di pejabat. Bravo!

So, kesimpulan segalanya adalah kerana aku sibuk teramat. Sibuk dalam pelbagai perkara macam aku cerita detail sebelum ni hingga tak berkesempatan nak post. See, sebab aku tak post entry tu, so korang tak tau la apa yang buat aku sibuk sangat kan hehehe. Peduli la kan. Seperti mana entry yang lepas, aku ada cakap nak sambung kisah email tu kan, yang aku cerita dalam entry sebelum ni. Masih ingat? Oh dush, lupa, aku tak post gak entry tu. Tapi fahamkan situasi aku bahwasanya aku ada tulis la cerita yang patut dan tak patut sebelum ni tapi tak post je har har (*gelak evil*).

Berbalik kisah email yang wujud tapi aku tak tau kewujudannya. Kisahnya aku tetiba terima email kat yahoo mail aku ni. Bila aku tengok kandungan email dalam tu, dah macam berantai. Maksud aku, dorang yang hantar ni, dah banyak kali send and reply sesama dorang. Pasal gathering. Dan aku perhatikan salah satu senarai email tu adalah email aku. Tak pelik kan. Tapi email aku tu atas kompeni yang aku tak berada kat sana pun. Cuma aku terbaca salah sorang dalam senarai email tu dan cakap, email aku tu dah bounce huhuhu. By the way, aku dah email balik bagitau yang aku tak tau menahu pun email aku wujud kat kompeni tu. Baiknya administrator dia buatkan untuk aku, walaupun aku sekadar jadi tukang mop kat kompeni tu dalam setahun lebih je. Tu sebelum millenium. Sekarang dah tahun berapa? Nak kata address email lama, aku tengok dah ubah baru, ada dot com dot my lagi. Unless admin dia cakap nampak aku datang opis sana hari-hari cam biasa. Erkk!

Gathering bersama mereka? Aku tak berkesempatan nak join. Mungkin lepas aku dah tak sibuk, aku cuba aturkan balik. Itu pun kalau dorang nak, hahaha. Tapi yang pastinya, semua dalam senarai email, paling akhir aku jumpa ialah 5 atau 6 tahun lepas dan paling lama 15 tahun. Sungguh kesal tak dapat turut serta. Andai kerja dihujung tahun tak sesibuk sekarang (macam aku citer dalam entry yang lepas hahaha), pastinya aku dapat join sekali.

Seperti mana entry yang lalu, aku ada cakap pasal roommate KZ. Aku memang dah lost contact dengan KZ ni selepas dia grad. Cuba tanya sana sini andai sesapa yang kenal atau pernah study kat sana dulu, tapi hingga sekarang, masih gagal :(. Sewaktu aku taip cerita ni, aku masih belum contact balik roommate KZ lagi, maybe selepas aku dah tak sibuk. Setelah 15 tahun, tiba-tiba roommate dia muncul dalam email aku. Adakah harapan untuk aku mengetahui atau berjumpa dengan KZ makin cerah? Mungkin ya, mungkin tidak.

Berkenaan dengan handphone aku tu, hingga sekarang aku belum ... *bersambung*

No comments: