Tuesday, December 13, 2005

N : Sambungan - Episod 6




Alangkah bestnya walaupun aku tau aku masih busy, namun mengenangkan diberi cuti untuk warga kerja di Selangor, aku tak lepaskan peluang tersebut. Tanpa memikirkan apa yang sepatutnya berlaku Selasa keesokkkannya, aku melangkah ke KLCC tanpa tujuan yang pasti. Ingat nak tengok Harry Potter, tapi waktu tayangan jam 2:45pm, tu pun dah blinking kaler merah. Aku belum nonton Harry Potter? Cerita Narnia, Perhaps Love, Rock, The Fog dan sebagainya tak menarik sangat minat aku buat masa ini. Manakala AeonFlux aku rasa lebih sesuai cari dvd aje nanti.
Masa nak cari tempat nak lunch, orang tersangat ramai. Jam dah menunjukkan pukul 1. Melihat pass card kat beberapa orang yang macam rushing, baru teringat mereka bekerja, dan aku bercuti hehehe. Kerana aku merasakan sukar nak cari meja kosong waktu itu, aku singgah tempat paberet yang dah lama aku tak kunjungi. *Favourite ke hapa kalau dah lama tak pergi kan!*. Aku lepak dalam Kunokuniya. Membelek beberapa buah buku mencari maklumat yang perlu. Jam 2 lebey aku dapati aku tengah makan makanan Jepun. Asalnya nak cari nasi lauk tempatan. Arghhh.

Masuk opis tu rasa macam tak best je. Sebab baru ni pc aku crash lagi. Dan membuatkan aku sibuk extra tak pasal-pasal. Seperti entry yang lalu, aku ada cerita kenapa pc aku crash. Tapi kali ni crash sebab lain plak. Yang aku tension tu sebab segala mende kena install balik. Mana nak cari CD, mana nak cari license key dan sebagainya. Tu belum lagi dengan rasa tension bila drive D jadi E dan sebagainya. Walaupun data lama masih selamat tapi tau la kan, maknanya segala path lari. Klik icon ni kat desktop, kuar animasi cari file. Tensi amat. Nyaris call Era pagi Jemaat hahaha. Hingga aku taip ni pun, masih banyak software aku tak install lagi. Sebab buat kerja-kerja ni, menghabiskan masa aku dalam sehari setengah paling kurang. Tu kalau concentrate duk betulkan itu ini kat pc. Tapi kalau aku juga harus menyelesaikan kerja-kerja yang lainnya makanya 2 hari pun tak tentu settle. Kerja-kerja pembetulan belum betul sepenuhnya, pc aku crash lagi sekali. Kali ni dengan background kat desktop kene locked. Maknanya aku tak leh tukar gambar lain selain mesej yang dia kasi "Your windows has been infected". Aku dan run segala anti virus, tapi part gambar kat background tu bukan sebahagian dari virus. Just gambar! Aku dah delete file tu kat hard disk. Dia kuar balik. Aku search segala nama yang berkaitan dengan gambar tu dan delete. Dia still ada. Hey, apa yang dah berlaku? Gambar tertera tu bukan nama file dia ke? Or what? Power rangers tul orang yang buat ni. Boleh main sorok-sorok sesuka hati dan tak leh delete sesuka hati.
Namun akhirnya, aku tau juga camna nak buat hehehe. By the time aku taip ni, background pc aku berlatar belakangkan salah satu gambar dari fotopages aku. Erk, banyak lagi tak upload, tak de masa.

Berbalik kisah lalu, berkenaan handphone aku yang amat misteri itu. Aku perasan gak la beberapa bulan lalu tapi paling ketara sebelum raya. Banyak mesej yang aku terima, aku bukak.. kosong. Alias empty. Hanya dari sender je yang aku dapat. So camna tu? Dan almost semua sms yang aku tak leh baca tu, aku assume ucapan selamat hari raya, boleh gitu? Takkan aku nak suh dorang sms lagi sekali kan. Dan mereka juga takkan percaya apa yang aku hadapi. Masalahnya, aku juga tak percaya apa yang aku hadapi hahaha. Mungkin salah operator, mesti sms aku dorang tapis ni hahaha. Ngalahkan celebriti lak.
Namun lately, satu lagi masalah misteri yang timbul. Orang call aku, aku tak leh jawab atau answer call tersebut huhuhu. Tau la kan handphone aku tu touch screen, bila ada call, akan keluar button untuk answer kat screen tu. Problem yang tersirat ialah, gambar button tu tak keluar. Penat aku tekan je sekitar kawasan button itu kunonnya dengan harapan, gambar takde at least touch kat area tu, dia leh accept, tapi hampa. Kadang orang call berkali-kali tapi masalah yang sama gak, so aku tak leh nak jawab call itu. Kalau aku berada dekat dengan talian tetap, aku akan cuba call guna phone lain, tapi kalau dah aku kat luar? Kiranya untuk pandang-pandang jeling-jeling aje lah. Aku kire ni sabotaj operator gak nak suruh aku tukar ke phone yang ada 3G hahaha. Lain la kalau ada orang nak sponsor huhuhu.
So, kesimpulannya (alasan la ni), seperti yang aku nyatakan dalam entry yang lalu tapi aku tak post kat sini hehe, bahwasanya bukan aku saja-saja tak nak reply sms dorang itu atau dorang ini, tapi masalah misteri aku tu masih belum terjawab. Sehingga aku taip untuk episod ke Enam ini, masalah tersebut hanya berlaku sekali sekala aje. Maknanya belum pulih sepenuhnya.
Tu baru cerita pasal mesej sms yang hilang atau tak leh jawab call, belum pasal sms sampai teramat lewatnya. Maybe aku dah cerita pasal ni dalam entry yang lalu, or maybe juga belum. Ceritanya seperti ini. Ada sekali tu, aku terima sms dengan mesej pertanyaan, "Kat sana hujan lebat tak?". Aku dengan jujurnya reply "tak". Dapat balik pertanyaan "apa yang tak?". Aku yang rasa hairan ni reply la " dah tu tanya pasal hujan ke tak, kat sini". Terima lagi sms dengan penjelasan "itu soalan hari Isnin la". Dan sesungguhnya, aku reply jawab "tak" tu pada hari Khamis pagi. Grrr! See sabotaj dari operator? huhuhu.

Namun, segala ... *bersambung*

No comments: