Tuesday, December 20, 2005

N : Sambungan - Episod 7




Namun, segala masalah picisan tersebut tidaklah berhenti setakat itu saja. Ingatkan tu je la yang berlaku. Sepanjang berada dalam zone kebizian yang teramat sangat, selalulah (memang terpaksa) balik agak lewat juga la. Kira cerita macam Numbers, House dan CSI yang awal-awal mesti terlepas punya. Tapi nasib baik dah tengok House abis satu musim. Eh, cerita Lost musim kedua pun aku dah tengok tapi tak tergerak la plak nak memperincikan perjalanan cerita tu kat sini, nanti tak suspen la plak kan. Tapi kan, hehehe bahagian kapal terbang yang terbahagi kepada 3 bahagian (masih ingat?), yang satu bahagian lagi, ramai gak yang selamat. Dan mereka juga (yang terselamat ni) menghadapi masalah yang sama dengan mereka yang diceritakan disepanjang musim pertama.

Berbalik kepada masalah tak terjangka. So pada satu malam tu, aku kuar dari opis pun dah kul 9 lebih. Sampai rumah, tengok jiran buat open house raya. Dan seperti lazimnya, tetamu yang datang bukanlah jiran-jiran bersebelahan apatah lagi orang macam aku. Standard piawai la kan. Itu aku tak la kisah sangat pun, sebab banyak je open house kalau aku dijemput pun belum tentu aku dapat pergi kan heh heh. Tapi yang buat aku kisah sangat ialah pasal parking kereta. Pendek kata (keje keje keje, opps teriklan la plak), aku terpaksa la block kereta kat depan rumah tu. Fine!. Takde masalah.

Tak sampai setengah jam, maka ada la yang nak balik dan keluarkan kereta. Sepatutnya tiada masalah. Sepatutnya la kan. Tapi dah nama pun nak menjadi masalah, kereta aku start tu plak tak nak hidup. Enjin masih lagi panas. Tiga empat kali try, lampu kat dashboard dah makin malap. Aku assume bateri dah nak abis hayat. Malangnya katun energizer macam dalam iklan mamat yang nak amik gambar pengantin yang kehabisan bateri tu, tak plak datang. Maybe dia tau, tu bateri kereta. Tak de kene mengena dengan dia. So apa solution aku dengan keadaan terdesak camtu?

The best solution ever, terpaksa la aku tolak kereta tu. Arghhh. Pastu park elok-elok tepi jalan. Kali ni aku nak lock kereta tak boleh plak, sebab bateri dah nak out, so remote key tak leh pakai. Bunyi pun dah lemah. So aku lock secara manual. Ok la kut untuk malam tu. Bila check pintu lain, alamak, masih boleh dibuka. Aku kena buat satu-satu agaknya. Tapi bila aku dah bukak pintu tu, ho ho, berbunyi la alarm kereta tu. Kalau time tu takde orang tak pe la gak, ni orang masih ramai kat open house jiran. Adusss. Jenuh la plak aku nak cari button untuk matikan alarm tu. Dipendekkan cerita, settle la gak malam tu. Untuk malam tu je. Keesokkan hari aku perlu buat sesuatu. Nak cari mekanik time tu memang tak terlintas. Even ada yang cadang guna jumper, tapi aku dengan selamba derk cakap tak pe la, aku settle kan esok je. Gaya cool tak bertempat hahaha.

Keesokkannya, seawal pagi aku call service advisor sebelum aku pergi kedai nak beli bateri baru. Memang masalah sebab size bateri yang aku nak ni so limited. Orang kedai kat workshop ni memang tak amik buat stock sebab tak banyak kereta pakai bateri cam kat kete tu. Nasib baik aku dah kuarkan bateri bawak sekali pergi kedai, kalau tak, ada je dorang ni suh aku beli yang dorang ada, pastu tentunya aku balik rumah, try pasang tak leh then aku kene pergi sana balik. Banyak keje tak bergaji la plak nak kene buat. Dah la pagi tu masa nak bukak bateri, alarm kete tu berbunyi lagi. Err aku baru tau sebenarnya kalau nak bukak bateri tu, kena bukak dua-dua sekali cepat-cepat. Kalau bukak sebelah je memang bising la. Hampeh tul.

Lepas dah pasang bateri baru, aku drive pergi tempat servis. Nak kena check segala sistem elektronik yang mungkin lari sebab bukak bateri sebelum tu. Tapi result nampaknya tidaklah membimbangkan. Walaupun terasa tension sebab kene tolak kereta dan buat segala macam kat depan rumah tu tapi bila aku fikir balik, jika dan hanya jika (if and only if kata depa), kereta aku tak leh start masa aku masih kat opis? Dah malam? Takde orang lagi kat opis hanya guard security sahaja yang pondoknya nun jauh di sana? Boleh imejin? Maka tentunya apa yang berlaku kat depan rumah tu hanya secebis picisan sahaja dalam hidup aku ini.

Bila direnungkan balik, aku rasa tahun 2005 ini sungguh mencabar minda dan perasaan. Pelbagai peristiwa berlaku sejak awal tahun terutama berkaitan kehilangan orang-orang tertentu. Suatu pengalaman yang agak sukar dibebaskan begitu saja. Namun aku harus terus melangkah sambil tidak lupa memandang ke arah belakang sekali sekala sebagai pedoman menghadapi setiap cabaran yang mungkin di masa mendatang. Ye la tu, whatever!!

No comments: