Monday, October 17, 2005

N : Majlis Gemilang di Wisam



Pertama sekali, ingin diucapkan terimakasih kepada Pn Kebun yang sudi menjemput ke Gath di Wisam atas nama majlis berbuka puasa dan sambutan pre-besdays hari Jumaat yang baru berlalu. Sapa punya beseday itu? Segala gambar sila refer ke blog BadrulAfterSix. Aku memang plan nak update kisah di Wisam ni Sabtu yang lalu, tapi gambar-gambar lak takde muhahaha.. alasan! Nak kata aku tak bawak kamera, aku bawak malah ada 2 lagi dalam beg tu tapi terkedu punya pasal bila masing-masing dengan rakusnya mengambil gambar makanan dan para hadirin, membuatkan aku batalkan nawaitu asalku itu. Flash sana sini. Silau ya amat.
Ingin dinyatakan, bahwa majlis tersebut sungguh meriah. Meriah dengan makanan yang aku tak boleh nak ingat kesemuanya sebab aku pun tak terjamah kesemuanya pun. Meriah dengan bazaar Ramadhan yang menjual kad raya Mawi secara ekslusif serta Praap Cookies, tshirt dan cap yang akhirnya menakluki "tempat" pameran kad raya Mawi...huhuhu. Namun Waiem cool aje, mana taknya, tengah berbuka pun ada calling-calling orang nak beli kad raya. Itu tidak termasuk bertemu rakan-rakan yang hebat, antara punca yang menyebabkan majlis tersebut meriah semeriahnya. Anda yang hadir kesemuanya hebat seadanya. Apa? Nama mereka yang hadir? err sila rujuk ke blog BadrulAfterSix atau SultanMuzaffar atau Elkapitan atau OrgKampung atau KAidid atau Waiem atau Meesua atau Batrisya atau leen-ashburn. Sori kalau ada blog yang aku tak war-warkan disini. Mungkin aku tidak tahu akan kewujudan blog kamu itu. Tapi korang leh kritik abis-abisan kalau blog yg aku bagitau ni tak buat liputan tentang Majlis Gemilang di Wisam Jumaat yang lalu. Kritik sampai dorang buat ulasan, okayy!!
Entah bila last aku berkumpul ramai-ramai camtu pun aku tak ingat, maybe sewaktu selepas konsert AF3 minggu entah ke berapa. Selepas itu kalau ada pun bertemu, ada juga yang tiada. Sesuatu event andai dibuat pada hari Jumaat malam yang memerlukan aku tiba awal dan lokasinya pula di KL, biasanya aku sukar untuk menghadirkan diri. Kepada siapa-siapa dari selatan, sangat maklum betapa jalan tersangat sesak sebaik saja keluar dari tol Sg Besi. Kebarangkalian aku stuck seelok selepas palang tol Sg Besi di petang Jumaat adalah dengan nisbah lapan setengah per sepuluh atau diterjemahkan dengan peratusan adalah sebanyak 85%. Maka dengan statistik tersebut, secara warasnya aku terpaksa melupakan segala majlis yang berlaku di hari tersebut. Namun, majlis Gemilang di Wisam, aku dapat jua menghadirkan diri setelah aku ada motor *seperti yang diceritakan dalam pos yang lalu*.
Setibanya aku di Wisam, aku dikhabarkan Pn Kebun menangis 2 hari 2 malam sampai sakit mata kerana mengenangkan baju gaun 9 tingkat yang ditempah sempena majlis di Wisam tidak dapat disiapkan seperti yang diminta. Alasan tailor, benang emas untuk sulaman dah abis. Khabarnya, tailor tersebut nak gantikan dengan sulaman berwarna perak, namun pn Kebun kata "takde kelass". Maka kehadiran yang dinantikan dengan karpet merah di Wisam tidak dipergunakan sebaiknya. Malah kumpulan kompang yang ditempah sejak awal sebelum itu terpaksa dan dipaksa pulang awal kerana tiadanya kehadiran pn Kebun. See? Kalau pn Kebun ada di majlis tersebut, harus super duper meriah tak ingat punya.
Acara fotografi adalah sesuatu yang diluar jangkaan. Pelbagai aksi ada. Aksi tukang amik gambar bukan aksi mereka yang dirakam. Antara aksi terbaik adalah tukang amik gambar harus berlari dengan pantas. Aksi artistik ala-ala kemra-man orang suratkhabar yang berhadapan dengan pemberita lain kat depan dia, so kene angkat kemra tinggi-tinggi dan perlu sandar kat dinding, dan paling kontroversi tentunya acara zoom mengzoom objek yang nak diambil. Imejin tukang amik gambar berdiri jarak 5 kaki dari objek dan nak zoom, dia bergerak ke depan supaya dekat sket dengan objek? That`s pro, ok.

Sekali lagi ingin diucapkan Happy Birthday untuk Cikanos dan Wink. Semoga kesemuanya dimurahkan rezeki dan sihat wal`afiat selalu. Amin.

**Happy Birthday jua buat sahabat PFS yang sambut hari ni, Shaynina.

No comments: