Wednesday, October 26, 2005

N : Aidilfitri Eksklusif




Salam Aidilfitri buat semua sahabat blog dan kawan-kawan, baik yang dikenali secara zahir atau hanya di alam siber. Maaf zahir dan batin andai ada salah silap, ada menyinggung perasaan kalian tanpa disedari, terkasar bahasa, tersilap bicara atau terlebih reverse kata-kata. Semoga kita semua mendapat keberkatan menjelang Syawal ini.

Kepada yang memandu, sentiasa berwaspada di mana jua hala tuju anda atau kepada yang sekadar menjadi penumpang, janganlah leka, sentiasalah alert. Anda juga sesungguhnya perlu memainkan peranan kepada siapa jua yang memandu kenderaan yang anda naiki.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Raikan penuh kesyukuran dan ceria sentiasa.


***Ucapan Aidilfitri di atas eksklusif disampaikan bersahaja oleh reversemode.blogspot.com muahahaha***

Selepas Aidilfitri ini, aku plan nak teruskan satu projek 'End' berkaitan blog ini yang bermain di minda sekian lama. Namun selama ini masih kelam membuatkan aku teragak-agak bila agaknya paling sesuai untuk aku laksanakan. Semalam mencetuskan kembali idea ini. Sesungguhnya, tidak boleh tidak, aku terpaksa melaksanakannya...

No comments: