Thursday, August 18, 2005

N : Mewarna Part 5 Dan Lost



Aku rasa aku dah tau sket-sket pasal mewarna ni. Gambar-gambar sebelum ni aku guna Lasso. So warna yang dipenuhkan menjadi agak berpecah-pecah dihujungnya. So 2 hari lepas aku baru terdiscover penggunaan freeform-pen. Warna yang dipenuhkan pada aku nampak sedikit smooth. Pada aku ye je la, pada orang lain mungkin tidak terutama yang memang bekerja dalam bidang-bidang grafik atau sewaktu dengannya.
Err, walaupun aku sebut "gambar-gambar" tapi kat bawah sebelum tu hanya ada 2 aje, itu bermaksud aku malas nak upload yang lain-lain sebab hasilnya sama. Dalam erti kata lain, aku sendiri tak puas hati. Orang buat blog, aku nak buat gak, orang lukis-lukis, aku nak buat gak, orang mewarna ala komik, pun aku nak buat gak, padahal ni semua bukan bidang aku. Dah la tu, semua menda alah ni, kebanyakkannya aku buat separuh jalan. Ni pun part mewarna aku tak pasti bila aku akan give up atau bakal rasa, ah malas dah nak buat. Terfikir gak sekali-sekala, kalaulah aku tumpukan kat satu satu bidang tu dengan konsentret atau bersungguh-sungguh macam orang lain buat. Err, tu Kalau la kan... biasanya kalau tu memang ayat dia macam, err macam tu la kan. Arr yang macam tu.

Image hosted by Photobucket.com

Gambar di atas bukan aku saja-saja nak warnakan ia dengan warna pink *gelak getik*.

Oh ya, aku baru je abiskan tengok Lost season One. Still rasanya macam jauh lagi citer tu, masih banyak tanda tanya, macam cerita Alias dulu-dulu la, kan. So aku citer sket la apa yang bakal dikeluarkan kat tv dalam seminggu dua lagi. Citer ni agak tak ikut turutan. Sebab aku malas nak ingatkan semua detail detail. Rakit yang dibuat tu dah siap, dan akhirnya mereka pun berlayar. Atas rakit hanya Michael dan anaknya Waltz, Jin mamat korea dan Sawyer. Sebelum daripada itu, Danielle, pompuan France tu datang ke kawasan dorang bagitau "mereka" akan datang menyerang. Hanya ada 3 pilihan... lari, sembunyi atau mati? Tanda-tanda "mereka" akan datang ke situ ialah bila adanya asap hitam. So diringkaskan, masa duk kecoh dekat rakit tu (sebelum berlepas), dorang nampaklah asap hitam berkepul ke udara.
Akhirnya, Jack, Locke, Sayid dan Hurley yg tau pasal Hatch sebelum tu, plan nak bukak mende alah tu dengan harapan semua orang boleh di tempatkan kat situ. So dorang ni bawaklah Danielle ke sana. Danielle tak pernah tengok mende tu. Still Sayid membantah agar Hatch tu tidak dibuka. Tapi majoriti nak bukak, somehow dorang perlukan bahan letupan untuk bukak Hatch itu. So Danielle cakap bahan letupan ada lat Black Rock. So dorang kena plan cepat sebelum malam menjelma. Perjalanan bermula sejam lepas dorang diskusi.
Jack, Hurley, Locke akan ikut Danielle ke Black Rock manakala Sayid akan handle yang lain pindah dari pantai ke gua buat sementara. Aku ringkaskan lagi (sebab citer ni kan banyak flashback, so tu semua aku skip). Jack bagi pistol kat Sawyer yang tengah tebang pokok buluh, ni incase "mereka" datang menyerang. Memandangkan Sawyer bakal berlayar, dia cerita kat Jack pasal jumpa ayah Jack kat sebuah bar di Sydney beberapa minggu yang lalu sebelum ayah Jack mati. Kate offer diri nak ikut Jack ke Black Rock, dan ada sorang lagi mamat bernama Arzt. Sebelum tu dorang ni semua ada kat Malaysia sepanjang musim AF3. Berakhirnya konsert AF3 kat stadium Melawati hari tu, dorang pegi pulau tu balik untuk berlakon. Eh ni aku tambah je tau *gelak guling2*. Arzt ni nak ikut sebab dia claim dia tau pasal bahan letupan atau dynamite dan macam mana nak handle semua tu. So mereka berenam pun meneruskan perjalanan ke Black Rock. Selepas dari tu, barulah rakit tu berlepas.
Dalam perjalanan ke Black Rock, baru sampai satu kawasan yang dinamakan "aku lupa lak nama tempat itu", tapi something macam ada penunggu la, Arzt tarik diri dan nak balik semula ke pantai sebab takut. So mereka berlima teruskan perjalanan, tak lama selepas tu dengar orang jerit-jerit, rupanya Arzt yang berlari ketakutan dan nampak pokok-pokok tumbang segala. Semua bertempiaran lari kecuali Locke yang cool dan menyuruh Hurley jangan bergerak. Setelah mende alah tu hilang, Danielle cakap area tu macam ada sesuatu yang mengawal kawasan itu. Ala-ala security system la. Dorang jalan lagi dan akhirnya sampai ke Black Rock. Apakah yang dimaksudkan Black Rock itu dan bagaimanakah rupanya? Tunggu entry selepas ini..hahaha.

No comments: