Thursday, August 18, 2005

N : Lost Finale



**first time aku update blog dalam hari yang sama, ngalahkah update diari AF huhuhu**

Black Rock yang dimaksudkan adalah sebuah kapal. Kapal ni dibuat andaian datang dari Afrika bawak hamba abdi kerana adanya beberapa tengkorak yang masih bergari. Bagaimana ianya terletak tengah-tengah hutan, agak misteri untuk dijawab. Walaupun Arzt kata,adakah ini disebabkan Tsunami yang melanda? Orang lain buat derk je. Setelah tiba di situ, Danielle pun blah dari situ. Kerja-kerja menyelongkar kapal tersebut dibuat oleh Jack, Locke dan Kate manakala Arzt dan Hurley tak ikut masuk. Dorang jumpa dynamite dan bawak keluar. Arzt memainkan peranannya bagitau camna nak handle bahan letupan itu dan bahaya yang mungkin pasal dynamite itu dah lama terbiar. Tengah dia explain dan tunjuk cara-cara handle dynamite itu, tiba-tiba "Boooom!". Hilang satu lagi watak dalam citer Lost ni.
On the way balik, mereka diserang oleh Security System tu. Aku pun tak sure mende apa sebab nampak macam asap atau bayang-bayang hitam lalu antara pokok-pokok dalam hutan tu. Lepas tu macam biasa la, pokok tumbang-tumbang dan Locke kene seret. *Biar kat sini je la aku citer*

Di kawasan pantai, Danielle kononnya cari Sayid. Charlie yang bersama Claire time tu berlari dapatkan Sayid yang menghala ke gua, tinggal Claire dengan Danielle. Danielle mintak nak dukung anak Claire. Masa Sayid dan Charlie sampai, Sun (minah Korea) tengah pegang Claire yang berdarah kepalanya. Rupanya Danielle melarikan anak Claire. Nama anak itu Aaron (baru dinamakan setelah kene culik). Sayid dan Charlie berlari ke arah asap hitam yang berkepul itu cuba dapatkan Aaron dari Danielle kerana menjangkakan itulah hala yang dituju. Mereka berlari menuju ke kapal terbang yang menyebabkan Boone jatuh dan terbunuh itu. Charlie tengok..oh ada heroin.

Rombongan amik dynamite sampai ke tempat Hatch. Kerja-kerja pemasangan bahan letupan bermula. Sementara itu, radar ciptaan atau ubahsuai oleh Sayid yang diambil dari kapal terbang sebelum tu, yang digunakan atas rakit, dapat detect sebuah kapal berhampiran.
Sayid dan Charlie tiba tempat asap itu, rupanya tertipu oleh Danielle. Akhirnya baby tersebut diserahkan kembali. Danielle kata dia terdengar bisikan "mereka" akan dapatkan baby itu pada mulanya tapi selepas itu bisikan itu mengatakan nak budak lelaki. Sapa lagi yang ada atas pulau tu kan??. Ditengah laut itu, kapal yang dapat signal dari mereka yang atas rakit datang tapi malangnya mereka yang datang tu hanya nakkan budak lelaki itu sahaja. Pergelutan berlaku. Sawyer tertembak dan jatuh ke laut, Jin terjun untuk dapatkan Sawyer. Waltz terlepas dari Michael. Michael kene belasah dan jatuh ke laut. Mereka yang dari atas kapal (actually bot kecik je) baling macam bahan api dalam botol, meletupkan rakit tersebut. Waltz dibawa lari.

Di tempat Hatch itu, Hurley baru perasan tentang nombor yang tertera kat Hatch itu. Beliau cuba menghalang Hatch tersebut diletupkan atau dengan kata lain dibuka. Masa dia berlari cuba menghalang, fuse telah dihidupkan, dan akhirnya "booom". Hatch tersebut dibuka dan didalamnya yang jauh ke dalam kelihatan... bersambung di musim ke dua.

Nasib la sapa baca spoiler ini, sure tak suspen sangat lepas ni. Tapi aku tak kisah sebab ramai yang tak follow pun cerita ni, tak macam Alias dulu yang aku terpaksa mengreversekan segala cerita yang belum main kat tv. Selamat menonton Lost.

1 comment:

Anonymous said...

These cameras are being manufactured at bulk indigenously. [url=http://www.mulberryhandbagssale.co.uk]http://www.mulberryhandbagssale.co.uk[/url Principal Advisory Council-A group of teacher leaders to run ideas by them and help with decision making. [url=http://www.goosecoatsale.ca]http://www.goosecoatsale.ca[/url] Uoawfitaw
[url=http://www.pandorajewelryvip.co.uk]pandora store[/url] Tyifksrsm [url=http://www.officialcanadagooseparkae.com]canada goose toronto factory[/url] pneeskiaz