Sunday, August 14, 2005

N : Resepi Rahsia Pantai Timur



Biasa kalau dah dekat nak sampai hari Sabtu malam, soalan lazim yang wujud ialah "ada tiket lebih?", "Pukul berapa jumpa kat sana?" dan sebagainya. Namun ianya berakhir sudah. Takde sapa yang sibuk-sibuk nak call atau sms sana sini, takde sapa yang kecoh-kecoh dalam conf tanya tentang ini. Semuanya akur dunia fantasia telah berakhir minggu lalu. Tiada lagi siaran langsung konsert AF. Tiada lagi debaran siapa yang tersingkir. Tiada lagi rasa panik adakah pelajar favourite anda bakal terlupa lirik dan sebagainya. Semua itu tiada lagi.
Malam Sabtu kali ini, aku berpeluang menjalani aktiviti harian yang agak luar biasa. Luar biasalah berbanding sejak 3 bulan kebelakangan ini. Pergi window shopping sana sini. Err takde window shopping pun, hanya singgah kedai buku mencari "majalah sesuatu". Akhirnya bila tiba time nak makan malam, perancangan di siang hari sebelum itu cuba dilaksanakan. Sementelah jerebu juga semakin berkurangan atau boleh saja dikatakan tiada kerana dari bandar KL ini, boleh kelihatan cahaya lampu nun di puncak Genting. Kalau masa jerebu, nak nampak lampu kat KLCC pun main agak-agak.
So target aku ialah nak makan nasi dagang dari Pantai Timur atau lebih spesifiknya nasi dagang Terengganu. Aku ni agak cerewet sikit bab-bab makan nasi dagang ni terutama berkaitan dengan rasa kuah dan cara ikan itu dimasak. Kalau takat makan nasi dagang dengan ayam, baik aku cari nasi lemak. Nasi dagang asalnya dengan ikan tongkol atau aya (kata org Ganu). Tu originalnya sejak dulu lagi. Tapi tah sapa yang buat alternatif makan dengan ayam? Yang pasti aku tak suka. Ibarat dah biasa makan ayam KFC perisa hot n spicy, tetiba tukar perisa lain, sanggup aku tak masuk KFC. Walaupun aku sedar hot n spicy start dalam 20 tahun yang lalu? Eh, apa-apa pun, aku nak cerita pasal nasi dagang, ok.

Melalui MRR2, aku menyusuri laluan tersebut menghala ke arah Gombak. Atau spesifiknya ke arah tol Gombak. So boleh imagine jalan yang aku lalu itu, ibarat nak pergi ke Pahang gitu (jauhlah pulak aku imagine). Walau bagaimana pun, itulah jalan yang perlu diambil. Kedai makan atau restoran yang aku nak pergi namanya Nasi Dagang House dengan slogan (slogan ke?) "The Secret Recipe of Pantai Timur". Nasi dagang dari kedai ini diwar-warkan antara yang sedap dalam KL. Aku memang dah malas nak teruja sebab sejak dulu pun kawan-kawan duk cakap macam tu, tapi bila rasa sendiri, rasanya itulah sekali aku try kut.

Bila tiba di restoran tersebut dalam jam 9 malam, mak aii, ramainya sampai aku kene berdiri kejap untuk menunggu pelangan yang sedia ada beransur. Tapi penantian tidaklah begitu lama. Mungkin aku agak bernasib baik malam itu, sebab aku tengok orang lain yang tiba agak lewat sikit, terpaksa menunggu dalam 5 hingga 10 minit atau lebih?. Mungkin mereka ni pun macam aku, tiba sabtu malam yang tak tau nak buat apa. Kalau tak sure ngadap tv tengok konsert AF live, at least. Menu yang ada di kedai itu seingat aku la kan, pertama, Nasi Dagang pilihan lauk ikan atau ayam, Nasi Minyak, Nasi Kerabu, Keropok Lekor, Sata, Ubi kayu rebus dan puding gula hangus. Maybe aku ada tertinggal menu lain (dah aku cakap seingat aku je kan). Menu-menu ni ada nama dia tapi aku ignore je la, yang penting rasanya bukan nama komersial yang ditambah. Itu pada aku la kan.

Selepas ambik order, aku tinjau kiri kanan, cuba mengira berapa orang pelanggan yang ada pada masa itu sahaja. Yang sempat aku kira agak-agak mencecah 80 orang termasuk budak-budak dalam 10 - 15 orang gitu. Itu pun sebab aku duduk kat meja dalam, so yang kat luar tu, mana yang ternampak ajelah masuk dalam kiraan aku. Setiap kali waiter bawak dulang nasi, aku assume aku punya tapi silap, orang terdahulu punya order. Adalah 5-6 kali gak yang silap. Menunggu dalam 20 minit, akhirnya tiba jua apa yang telah di order. Nasi dagang telah sampai, yeahh. First thing, aku rasa kuah dia, then rasa ikan dia plak. Dah start makan sesuap, terasa makan kat Terenganu lak. Kesimpulannya, memang seperti yang diwar-warkan oleh rakan-rakan, nasi dagang dari restoran Nasi Dagang House inilah yang aku duk nantikan selama ini. Kalau tidak, terpaksa plan 2 - 3 kali nak balik Terengganu untuk merasa apa yang "kehilangan" berada di KL ni. Secara tidak langsung, aku memang rekomenlah restoran ni. Bakal menjadi destinasi aku yang kerap selepas ini. Walaubagaimana pun, ada gak rasa tak puas hati dengan restoran ini. Jangan salah faham. Aku tak puas hati sebab banyak menu yang di list, dah HABIS time aku sampai. Mula aku perasanlah sata dah abis sebab tinggal batang buluh aje kat tempat bakar kat luar tu. Masa nak order tu, diberitahu keropok lekor juga habis, then order nasi minyak, pun dah habis. Yang tinggal, nasi dagang (yg memang aku target) dan nasi kerabu aje. Juga Cream Caramel atau puding gula hangus. Ingat datang ramai-ramai boleh order lain-lain dan rasa sana sikit sini sikit, tapi hampa. So yang lain terpaksa order nasi kerabu dengan gulai ayam dan juga nasi dagang dengan lauk ayam. Aku rasa sket kuah gulai ayam itu. Aku rasa tu kuah untuk nasi minyak. Aku gerenti. Sebab sedap macam makan nasi minyak kat warung-warung di Terengganu. No wonder nasi minyak dah habis cepat sangat. Puding gula hangus juga sedap.
So macamana nak ke sana? Sambil aku bagi guide, rujuk peta untuk lebih faham.

Image hosted by Photobucket.com

Aku datang dari MRR2, yang kena lalu ikut bukit Antarabangsa, lepas tu lalu Zoo Negara semua tu. Jalan je terus ke arah tol Gombak. Tapi by the time nampak exit ke Jalan Pahang yang nak pergi ke JPJ Wilayah tu, lepas daripada fly over tu, pandai-pandailah himpit ke kiri sket. Sebab Taman Melati dah tak jauh dari situ. Kedai makan yang tersebut terletak kat bangunan agak baru (sebab selama ni aku lalu, aku rasa macam tak pernah nampak pun bangunan tu). Kalau dulu sebelum masuk ke Taman Melati atau dengan kata lain kalau kita nak buat U-Turn, akan kelihatan stesen minyak Petronas kat situ(dlm peta kaler ijau). So restoran ni, sebelum tu lagi. Ada sederet kedai (dlm peta kaler biru). Restoran ni, disebelah kiri ada L.S auto (kedai hardware) dan kanannya nama kedai ialah One Bakery and Cafe. Merujuk pada peta (restoran tu warna merah), sila ikut kotak-kotak kecik warna kuning itu. Andai ikut melalui Jalan Pahang (let say dari Hospital Besar/Chow Kit atau juga dari Jalan Tun Razak yg ada Istana Budaya tu), teruskan perjalanan hingga jumpa bulatan Jalan Pahang. Ambil jalan Pahang tersebut yang menghala seolah nak ke Kuantan. Dari sini terus aje macam nak pergi JPJ Wilayah. Ignore semua traffic lite (maksud janganlah masuk kiri atau kanan mana-mana simpang), terus menuju ke Klang Gate. Di hujung jalan ini, last sekali ada traffic lite kalau ke kanan, pergi ke arah zoo.Tapi sebelum traffic lite tu ambik jalan ke kiri macam nak pergi Genting Hinghlands (tuju tol gombak). Then ikut kotak kuning dalam peta itu.

Kepada mana-mana kenderaan dari Gombak yang seolah menuju ke tol Gombak atau UIA, perlulah ambil exit ke MRR2 yang nak pergi ke Zoo itu. Ikut peta ambik kotak warna oren. Walau bagaimana pun, perlu buat U-Turn area Klang Gate (macam nak masuk ke Jalan Pahang). Then sambung ikut kotak kuning mcm dlm peta.
Selamat Mencuba dan Selamat Menjamu Selera dari Resipi Rahsia Pantai Timur.

*sebenarnya guide diatas aku buat khas untuk seseorang je*. Tapi alang-alang nak cerita kat emel, baiklah aku letak kat blog nih. Peta tak ikut skala dan sangat tak lawa..hahaha. Tu la dulu JPA suh aku amik Town Planning, aku tolak, kalau tak sure 8 kali lagi lawa dari yg ada ni*

**kalau rasa peta ni kecik, click mouse kanan, amik properties, copy URL then paste kat address IE tu. Kalau guna Mozilla, klik mouse kanan then view picture**

Edited by SiteOwner: Restoran itu beroperasi :: Ahad: jam 10 pagi sampai Malam, hari-hari lain start kul 2pm sampai malam

No comments: