Monday, August 08, 2005

N : Semuanya Dunia



Buat pertama kalinya aku menelefon ticket Charge. Dan buat pertama kali juga, dalam kul 9:10am, aku diberitahu tiket Arena dah habis ditempah oleh kompeni A(ada S,ada T, ada R, ada O, nama sebenar kompeni sehingga kini tak dpt dipastikan). Cerita selanjutnya akan disambung kemudian.

Malam konsert yang sungguh mendebarkan. Adakah benar akan ada satu kejutan yg benar-benar kejutan pada aku (mungkin tidak pada orang lain) atau dia terpaksa akur dengan berita sana sini tentang wujudnya konspirasi curiga mimpi ku rasa tak percaya. Oops dah lalut masuk lirik lagu lak. Seperti yang aku katakan, kejutan hanya ada kat aku andai peratusan (err refer entry sebelum ni, malas nak ulang).

Sebagaimana tajuk di atas, apa yg aku nak sampaikan ialah Mawi menang ketiga-tiga kategori yang dipertandingkan melalui undi. Exta bonus untuk staff channel 4. Tapi kalau korang nak terjemahkan maksud lain, terpulanglah. AFVokal dia, AFBaik dia, Juara AF juga dia. Hanya dia dia dan dia sahaja. Kali ni betul-betul aku dapat tag "dia dia dia" walaupun dah start sejak tahun lepas. Aku tau akan ada suara-suara sumbang, suara yang lari tempo hatta salah melodi yang akan atau sedang atau telah mempertikaikan 2 kategori lain yang beliau perolehi. Tapi kenalah terima hakikat, dia menang kerana jumlah undian. Aku masih tak faham kenapa certain blog kecoh-kecoh tentang student ni lagi bagus suaranya tapi terpinggir awal. Disalahkan penonton yang buta seni or whatever lah kan. Meroyan macam tak pernah tengok AF atau tak faham konsep AF atau saja nak meroyan. So far aku assume mereka saja nak meroyan. Mereka yang bijak seni pastinya kene akur dengan program sebegini. Tak payah buang masa nak cakap pasal bakat segala. Dah kalau tiada orang nak undi atau yang mengundi tak ramai walaupun berbakat, suara buluh perindu tetapi masuk AF... susah sebenarnya nak faham pilihan penonton. Tapi aku boleh bagi idea secara umum. Artis yang bagus suaranya, personalitinya, belum tentu ramai yang beli albumnya. Kalau ramai tau lagu artis tersebut pun, mungkin kerana dari radio atau sementelah sekarang ini boleh mendapatkan mp3.

Berbalik kepada konsert final, apa lagi nak dikatakan, Mawi memang layak digelar Juara AF kali ini. Dari tidak tahu apa-apa terutama bab tarian, tak faham tentang tempo apatah lagi silap melodi, pretasinya meningkat dari minggu ke minggu. Itulah tujuan akademi. Ni aku cakap tentang 4 pelajar yang dapat melangkah ke final. Amylea tidak pernah menghampakan baik dalam konsert-konsert yang lalu, malah boleh dikatakan paling menonjol di konsert final ini. Manakala Marsha pula semakin tidak menjadi di akhir-akhir minggu. Dua konsert terakhir telah lupa lirik. Kalau Mawi ketika di awal AF terlupa lirik dan semakin baik dari minggu ke minggu, Marsha disebaliknya pula. Tu la sapa suruh kacau orang yang beriman, kan dah lupa lirik *gelak getik*. Marsha bukan setakat bagus dalam mendendangkan sesebuah lagu kerana kelunakkan suaranya tapi juga aku rasa bakal menjadi seorang pelakon yang bagus andai sesuai dengan watak yang diberikan terutama part air mata dan penggoda. Konfiden yang terlalu tinggi agaknya akhirnya menjatuhkan persembahan felix. Attitude tidak menyukai lagu yang diterima di awal minggu antara sebab beliau gagal menumpukan sepenuh perhatian terhadap lagu yang diterima. Sungguh malang kerana di minggu akhir atau di minggu final, beliau berattitude sedemikian. Sepatutnya beliau jadikan lagu tersebut satu cabaran. Kerana sikap sedemikian rupa, lagu yang didendangkan di konsert final sangat hambar, jauh menghampakan dari lagu-lagu yang pernah beliau persembahkan dari konsert yang lalu. Aku harap beliau berfikiran positif untuk memajukan diri beliau di masa mendatang. Lagi satu, aku harap sesi menyampuk ala nak joke tu patut dikurangkan atau beliau perlu lebih berhati-hati dengan sesuatu suasana, yg mana boleh dan yang mana nampak kureng sesuai perlu bersikap seperti di awal kemunculan AF.

Kesimpulannya, konsert final malam itu bagaikan milik fanatik Mawi, malah lebih manis lagi menutup segala ketidakpuasan hati fanatik pelajar lain terutama pesaing terdekatnya, Felix kerana persembahan yang hambar dari Felix sendiri, mereka(fanatiknya la) bagai akur dengan keputusan tersebut. Syabas buat Mawi, syabas juga kepada Felix, syabas kepada Amylea dan syabas kepada Marsha. Sesungguhnya segalanya Dunia semata.

No comments: