Wednesday, September 21, 2005

N : September Blended




September belum lagi berakhir namun terasa perjalanan dalam bulan ni macam terkejar-kejar. Atau dikejar-kejar? Agak kelam kabut. Kelam pun aku, kabut juga aku.

Image hosted by Photobucket.com

Ermm, kenapa kelam dan kabut dicantumkan membawa maksud lain? *jauh termenung awek sebelah ni ek? hehe*
Cuti panjang dihujung Ogos lalu rupanya tersirat. Tanpa perancangan tanpa perjanjian. Ia menawarkan kepedihan di antara tawa, namun aku masih tetap tersenyum. Kehidupan dan destinasi perjalanan tidak hanya di sini. Seperti halnya sang mentari yang tiada henti menyinari bumi, begitu jugalah aku yang tak akan berhentikan langkahku. Hanya kerana itu.
Kerana cuti panjang juga, aku telah beberapa kali tertangguh untuk membawa pulang motor yang telah ditempah. Motor? Ya, motorsikal kategori scooter akhirnya aku beli juga setelah fikiranku diracuni oleh Vad tanpa putus asa muahahaha. Rasanya dah setahun dia buat promosi tentang ini. Namun dalam masa yang sama, aku juga agak berminat. Asalnya aku survey Majesty, namun aku dapat tahu takde keluaran lagi. Memang sepatutnya aku beli tahun lepas tapi ada peristiwa kritikal yang membuatkan aku terpaksa lupakan buat sementara. Oh ya segala cerita pasal motor ni, rekabentuk motor, boleh la lihat diblog Vad. Andai tiada aral, satu ekspedisi mini akan diadakan antara aku dan Vad. Arah tuju aku lupa la plak. Dan setakat ni, aku dua orang je kut, betul punya mini daa hahaha.
Tarikh mini ekspedisi memang tidak ditetapkan lagi. Aku akan hanya lebih bersemangat andai kamera yang aku nak beli dah ada dalam tangan. Kamera? Yup, aku nak cuba dapatkan kamera yang ok sket dari yang aku guna sekarang ini. Dalam 2 minggu juga aku mengambil masa mencari dan mencari apakah kamera yang betul-betul aku nak dan ditahap kemampuan aku sebagai seorang yang baru belajar tentang kamera. Sementelah aku melihat tayangan Ungu Violet tapi tak mungkin aku akan beli kamera yang digunakan Lando tu, mahal banget sey. Sewatu percutian panjang Ogos lalu juga aku mendapati kazen aku telah beli Sony DSC-H1. Ada 12 optical zoom. Teruja aku ahaks. Sambil belek-belek kamera dia dan baca sedikit info kat majalah-majalah kamera yang dia beli dan buat koleksi, ada beberapa jenama yang menjadi tarikan aku. Dari situ aku dah buat keputusan untuk beli kamera ini, atau itu atau yang itu hehehe. Macam jutawan la plak leh main pilih-pilih tanpa perlu fikirkan keperluan lain yang lebih penting untuk teruskan hidup. Arghh.
Ikutkan hati aku sebenarnya, aku memang tak berminat jenama Sony kalau dalam pilihan untuk mencari kamera. Kerana Sony bukanlah satu jenama asal yang mengeluarkan kamera sejak lampau. Kalau barangan elektronik lain tu ok la kan. Masa aku cari, baca spesifikasi dan compare beberapa kamera yang aku nak melalui website dpreview, aku dah set beberapa yang aku berkenan. Kodak P850, P880, Lumix DMC-FZ20, DMC-FZ30 dan Sony DSC-H1. Aku listkan juga DSC-H1 ni sebab nak compare apa bestnya H1 berbanding yang lain tu. Dan juga sebagai back up andainya yang aku minat tu mahal sesangat, maka aku amik gak la H1 nih, walaupun rasa macam tak best sebab sama dengan kazen aku. Aku cuba cari yang lain sebab nanti boleh tukar-tukar info dengan dia.
Sabtu yang lalu, sewaktu adanya Matta Fair, aku singgah ke PWTC. Bukan meninjau berkenaan destinasi pelancongan. Tidak. Ianya tidak menarik perhatian aku buat masa ini walaupun pasport telah dibuat baru hehehe. Aku masuk ke PhotoFest untuk melihat kamera yang dipamerkan. Kamera je bukan produk lain. Asalnya aku ingat nak join Gath Kipli yang sebahagiannya ditungkus lumus oleh wakil PFS iaitu KA dan Mika. Tapi memandangkan aku kena servis kereta dan motor pada hari tersebut, maka aku terpaksa lupakan nawaitu aku itu. Namun yang dirancang tidak sebagaimana perancangan. Siap servis kereta dah masuk tengahhari, aku terasa malas la plak nak pergi servis motor. Apatah lagi sewaktu baca suratkhabar kat kedai masa sarapan pagi itu, aku terbaca iklan tentang PhotoFest di PWTC. Terus bergegas ke sana.
Booth pertama aku singgah ialah Panasonic. Yang terpamer FZ20. Sewaktu borak-borak dengan orang yang tukang jual, err ke tukang promosi? atau tukang jawab soklan merapu dari aku? Apa-apa je la kan. Aku dapat tahu FZ30 belum masuk Malaysia, maka tidak diketahui spesifikasinya apatah lagi harganya. Dalam hati rasa pelik la gak kan, takkan spesifikasi pun tak tau. Patut dorang dah aware pasal ni semua. Agak frust bile tau FZ30 belum wujud lagi kat Malaysia. So pilihan yang ada hanya FZ20. Lepas tu aku jengok kat booth Kodak. Terus tanya tentang siri yang aku cari. Jawapan sama gak. Belum masuk Malaysia even belum launch kat US pun lagi. Aduhh, pilihan aku dah semakin mengecil. Aku hanya ada FZ20 atau H1 saja. Yang mana aku pilih? Atau aku cari yang lain? Tunggu la bila tiba saat itu.
Apa jua pilihan aku skali pun, aku amat berterimakasih kat Lan Mika kerana memberi sedikit sebanyak guide tentang fungsi kamera yang aku nak cari. Apa yang patut aku consider, yang mana lebih berbaloi dan sebagainya. Kelihatan SM tergesa-gesa mengeluarkan duit di ATM dalam PWTC tersebut dan terus berlalu macam mengejar sesuatu. Adakah dia nak bayar harga ke destinasi yang telah dipilih atau masuk kembali ke PhotoFest untuk membeli sesuatu. Hanya plastik FotoKemm berada ditangan beliau waktu itu. Aku panggil pun dia tak dengar atau fikirannya hanya tumpukan pada sesuatu waktu itu maka keadaan sekeliling bagai tidak wujud dalam kotak fikirannya? hehehe. Yang pasti dia melangkah laju selepas keluarkan duit di atm itu.
Keluar dari PWTC, aku singgah kedai jual kamera. Survey harga. Balik dari sana terus tuju ke rumah sebab selsema aku makin worst. Makan ubat then tido. Aku assume di malam konsert AE yang diadakan kat Stadium Putra Bukit Jalil aku tak dapat turut serta. Namun nak sms Bad rasa macam tak kena pulak. Aku terfikir, mana tau lepas bangun tido segalanya ok, kan. Dah la ni pertama kali aku bakal tengok secara langsung dari stadium, bukan siaran langsung macam tahun-tahun lalu.
Akhirnya malam itu aku berada juga di stadium tersebut bersama rakan-rakan seangkatan yang menonton konsert AF sama-sama sebelum ini. Kedudukan yang dipilih asalnya rasa macam dah strategik tapi sistem bunyi yang kurang jelas pendengaran pada aku ditambah skrip adengan Oh Fatimah membuatkan aku "hanya mampu melihat". Bicara mereka lebih jelas ditelinga aku dari ucapan Aznil dan Linda. Nasib baik sewaktu persembahan artis, aku rasa macam ok je semua. Dengar dengan clearnya kecuali masa persembahan Nash. Mulanya aku ingat dia tak nyanyi part tinggi. Tapi bila 2 - 3 kali camtu tapi gaya dia tarik abis, baru tau microphone problem. Terus fikiran aku menerawang tentang peristiwa lalu sewaktu Khai buat persembahan di konsert akhir AF1. Aznil jadi penyelamat. Begitu juga kali ini, namun agak terlambat atau microphone gantian juga bermasalah? Namun terasa enjoy walaupun aku masih terasa kurang kick AE kali ini berbanding tahun-tahun lalu. Adakah kerana lokasinya? Sistem bunyi? lagu yang disampaikan artis? Aku sendiri kurang pasti. Aznil dan Linda dan selingan iklan dari Saiful Apek banyak menjadi penyelamat AE kali ini. Itu pendapat aku. Andai robot diwujudkan semula, aku rasa lagi best. Err promote robot tu ek, muahahaha.
Keluar dari stadium singgah makan di tepi lebuhraya.

Kesimpulannya, aku mengecewakan Ijip kerana September Blended bukanlah sejenis minuman apatah lagi makanan huhuhu.

No comments: