Monday, September 12, 2005

N : Ungu Violet



Aku bukan nak ulas pasal filem Ungu Violet walaupun tajuk di atas adalah apa yang telah tercatat. Dan realitinya aku bukan seorang pengulas filem atau seangkatan dengannya. Malah jauh sekali cuba berjinak-jinak dengan ulasan sepertimana yang boleh dibaca di Spiral atau SultanMuzaffar atau di mana saja. Aku tidak pandai bermain dengan bahasa. Tidak bijak dalam menyusun kata-kata. Yang aku tau bagaimana nak mop lantai dengan betul hahaha. Setidaknya aku cenderung kepada part time chatting yang suatu ketika dulu bagai sepenuh masa. Namun ada sesuatu yang aku tertarik dengan filem ini. Kerjaya Lando. Alangkah bestnya kalau aku seterer dia berkaitan kamera. Tiba-tiba aku menyimpan keinginan untuk memiliki kamera SLR. Atau spesifiknya Digital SLR atau seangkatan dengannya. Yang aku ada hanya Olympus IS200 (AF SLR), guna filem. Tapi aku dah tak guna lagi sejak ada compact digital kamera. Salah amik gambar boleh delete hehehe. Walau bagaimana pun objek yang aku amik tidak sepertimana kerjaya Lando. Boleh aje refer fotopages aku dan tau di mana minat aku huhuhu.
Oh ya, disebalik kerjaya Lando dan kameranya, aku tertarik dengan lagu tema filem Ungu Violet ini, iaitu Menanti Sebuah Jawaban yang dipersembah dengan begitu baik oleh kumpulan Padi. Ok, aku tau ramai yang tau pasal lagu ni. Fine. Tapi bagaimana dengan lagu-lagu lain dari album dia? Aku baru aje berkesempatan mendengar sekali lalu album penuh kumpulan Padi yang dikeluarkan oleh Sony BMG. Secara naifnya, aku berpendapat, album ini menjurus kepada muzik seakan kumpulan Dewa. Best Banget. Lagu lain yang aku minat dari album ini adalah seperti Tak Hanya Diam, Elok, Siapa Gerangan Dirinya, Save My Soul, Ternyata Cinta, Masih Tetap Tersenyum dan sudah tentunya yang paling disukai iaitu Menanti Sebuah Jawaban. Lagu Save My Soul bagai terawang mindaku dengan muzik yang pernah dibawa seakan dari kumpulan Duran Duran manakala lagu Masih Tetap Tersenyum ala-ala lagu zaman P Ramlee. Di bawah adalah lirik penuh Menanti Sebuah Jawaban.


Image hosted by Photobucket.com

Aku tak bisa luluhkan hatimu
Dan aku tak bisa menyentuh cintamu ...

Seiring jejak kakiku bergetar
Aku telah terpagut oleh cintamu
Menelusup hariku dengan harapan
Namun kau masih terdiam membisu

Sepenuhnya aku ingin memelukmu
Mendekap penuh harapan
tuk mencintaimu
Setulusnya aku akan terus menunggu
Menanti sebuah jawaban
tuk memilikimu...

Betapa pilunya rindu menusuk jiwaku
Semoga kau tau isi hatiku
Dan seiring waktu yang terus berputar
Aku masih terhanyut dalam mimpiku

Aku tak bisa luluhkan hatimu
Dan aku tak bisa menyentuh cintamu ...


*Terimakasih tak terhingga buat Kalin*

No comments: